prob solving in maths

2
Nama : Nur Farhana Binti Azizian (M20151000361) Tugasan : Perbincangan 1 1. Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kurikulum? a. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya. b. (Inlow, 1976). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum merupakan satu usaha di mana usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. c. (Stenhouse, 1975). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik. 2. Rethinking Curriculum Mathematics Merujuk Kepada Aspek Apa? a. Komunikasi - berkomunikasi dan menaakul secara matematik b. Merancang & Menyelesaikan - menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk menyelesai masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan seharian. c. Teknologi - menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep dan menyelesaikan masalah. d. Kemahiran - Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara mantik, bersistem, heuristik, tepat, dan teliti e. Meghargai - Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Upload: shahirahsharifuddin

Post on 01-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PROBLEM SOLVING

TRANSCRIPT

Page 1: PROB SOLVING IN MATHS

Nama : Nur Farhana Binti Azizian (M20151000361)

Tugasan : Perbincangan 1

1. Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kurikulum?

a. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); kurikulum merupakan segala

rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau

institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia merupakan

suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,

nilai- nilai dan norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan

masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.

b. (Inlow, 1976). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang

menyatakan bahawa kurikulum merupakan satu usaha di mana usaha

menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid

memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

c. (Stenhouse, 1975). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul

pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan

boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik.

2. Rethinking Curriculum Mathematics Merujuk Kepada Aspek Apa?

a. Komunikasi - berkomunikasi dan menaakul secara matematik

b. Merancang & Menyelesaikan - menggunakan pengetahuan dan

kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk menyelesai masalah

secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan

seharian.

c. Teknologi - menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina

pemahaman konsep dan menyelesaikan masalah.

d. Kemahiran - Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran

matematik secara mantik, bersistem, heuristik, tepat, dan teliti

e. Meghargai - Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Page 2: PROB SOLVING IN MATHS

3. Kurikulum tidak seharusnya rigid. Kenapa?

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan

perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak

seharusnya mempunyai kurikulum yang rigid. Oleh itu ia harus diubahsuai

mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida

Taba (1962) :

"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and

the institutions of our society, but man itself "

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah

membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini.

Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara

dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu

menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional

kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan

canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995).

Sekian, terima kasih.