prinsip

27
PRINSIP-PRINSIP ASAS BSMM Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan. Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut: i. Kemanusian Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama, dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia. ii. Kesaksamaan Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. iii. Keberkecualian Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana

Upload: jho-malar

Post on 19-Dec-2015

108 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PRINSIP

TRANSCRIPT

PRINSIP-PRINSIP ASAS BSMM

Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan,

keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan.

Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut:

i.Kemanusian

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan

hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka

yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah

dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya

adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-

menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman,

persahabatan, kerjasama, dan kedamaian yang berkekalan dalam

kalangan manusia.

ii.Kesaksamaan

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik

dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan

individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang

paling serius.

iii.Keberkecualian

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya,

persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan

tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama

atau ideologi.

iv.Kebebasan

Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang berkuasa

awam, dan tertakluk kepada undang-undang negara, persatuan tetap

menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip

pergerakan.

v.Khidmat sukarela

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan

untuk mencari untung

vi.Ketunggalan

Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah dalam

sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua

pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

vii.Kesejagatan

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi

seluruh dunia di mana semua persatuan mempunyai taraf dan

tanggungjawab yang sama serta saling membantu di antara satu sama

lain.

LOGO

Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah

Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau

International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864.

Lambang palang merah merupakan lambang terbalik dari bendera Switzerland.

Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang

ada persamaan dengan bendera negara tersebut.

Emblem Palang Merah

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia

selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis Persekutuan Swiss,

sebagai penjaga Konvensyen Geneva, lambang palang merah menghina

kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang demikian, mereka

menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans

mereka.Langkah itu diikuti oleh banyak negara-negara Arab atau negara- negara

yang mempunyai banyak penduduk Muslim. Kedua-dua lambang ini, palang merah

dan bulan sabit merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.

Emblem Bulan Sabit Merah

Logo Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia

Logo PBSM pada pakaian seragam

MOTO

• The original motto of the International Committee of the Red Cross was

Inter Arma Caritas

(“In War, Charity")

• the primary motto of the ICRC (as per Article 3 of the ICRC statutes),1961

Per Humanitatem ad Pacem

("With humanity, towards peace").

• The primary motto of IFRC (Article 1 of the Constitution of the Federation).

SLOGAN

• From 1999 to 2003, the common slogan for all activities of the International Movement was

The Power of Humanity.

• In December 2003, the 28th International Conference in Geneva adopted the conference motto

Protecting Human Dignity

• as the new Movement slogan.

• Dalam rangka menyambut Gari Palang Merah/Bulanb Sabit Merah Sedunia ke145 pada tanggal 8 Mei 2008

Bersama untuk Kemanusiaan

(“Together For Humanity. ”)

• Tema Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia tahun 2010 ini adalah‘

Our world. Your move

• Tema Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia tahun 2011 ini adalah‘

Mencari Sukarelawan Di Dalam Diri Anda’.

yang disambut pada setiap 8 Mei

• Peringatan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia yang jatuh pada 8 Mei 2012, Gerakan mengusung tema besar yaitu “

Youth on The Move

BENDERA BSMM

LAMBANG PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH

Ketika ini 3 lambang rasmi yang diterima pakai iaitu Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. Setakat tahun 2009, sebanyak 158 persatuan kebangsaan menggunakan lambang Palang Merah, 35 menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan1 negara iaitu Israel menggunakan lambing Kristal Merah.

Kegunaan Lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah

Ada 2 kegunaan lambang ini.

Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan.

Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yangmemakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atauBulan Sabit Merah.

Lambang Bulan Sabit Merah Malaysia

•Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagaimanamengikut Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975.

  

TUGAS-TUGASA HLI-AHLI JAWATANKUASA PASUKAN

BANTUAN SUKARELA BULAN SABIT MERAHMALAYSIA

 KOMANDAN

Bertanggungjawab mempastikan disiplin, latihan, kecekapan, pakaian seragam, rekod dan kewangan pasukan di dalam keadaan baik.

Menerima dan melaksanakan arahan yang diterima daripada Cabang /Cawangan dari semasa ke semasa.

Mengatur kursus dan latihan untuk ahli-ahli pasukan seperti mana peruntukan Buku Panduan Latihan.

Mengatur program aktiviti tahunan pasukan.

Mengagihkan tugas rasmi BSMM di kalangan anggota pasukannya dan mempastikan kehadiran anggota pasukannya dalam setiaptugas yang telah diberikan.

Bertanggungjawab menghantar laporan pasukan kepada Cabang setiap tahun.

PENOLONG KOMANDAN

Memikul tanggungjawab Komandan pasukan semasa ketiadaan beliau.

Membantu Komandan di dalam perlaksanaan tugasnya.

KUARTERMASTER

Mengendalikan penerimaan peralatan-peralatan pasukan atau peralatan yang dipinjam daripada Cabang / Cawangan / IPK atauorganisasi lain agar sentiasa terpelihara.

Mengadakan rekod-rekod mengenai alatan serta aset pasukan dan memastikan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.

Mengetuai pasukan semasa ketiadaan Komandan dan Penolong Komandan.

KETUA UTAMA SEKSYEN

Melatih dan menjaga disiplin anggota seksyen di bawah jagaannya.

Bertanggungjawab mengetuai dua orang Ketua Seksyen.

Bertindak sebagai Setiausaha di dalam mesyuarat pasukannya.

Mengetuai pasukan semasa ketiadaan semua pegawai atasan pasukannya.

PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

--Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina

dan politik.

--Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan

perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.

Komposisi keahlian adalah seperti berikut :

--Ahli kanak-kanak (Sekolah rendah)

--Belia (Sekolah menengah)

--Pasukan bantuan sukarela (Dewasa, guru pelatih, mahasiswa, para ikhtisas,

anggota perubatan)

--Ahli seumur hidup (Atas bayaran sekurang-kurangnya RM1000)

--Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada individu yang beri sumbangan)

Keahlian Biasa

 --Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2.00 setahun.

--Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.

--Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang

Ahli Belia

 --Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan

terbahagi seperti berikut :

--Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-

kanak ( Link ).

--Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda ( Junior )

--Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela ( Voluntary Aid

Detachment-VAD)

Ahli Seumur Hidup

--Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan Cawangan.

--Yuran : Tidak kurang daripada RM1000.00.

Ahli Kehormat Seumur Hidup

--Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan.

--Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun.

Pasukan Bantuan Sukarela

--Yuran – RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar  yuran sekaligus untuk 5 tahun.

Pendaftaran ahli

--Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat

Kebangsaan.

--Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-

masing.

--Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh

Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.

Penyelarasan pendaftaran keahlian

 --Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat

Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan.

--Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan

atau Cabang.

--Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar.

Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan

hendaklah diserahkan kepada:

--Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan,

--Salinan kedua disimpan oleh Cawangan.

--Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit.

--Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup.

Pendaftaran kumpulan

--Pasukan kanak-kanak

--Pasukan Belia

--Pasukan Belia Terbuka

--Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam

--Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam

--Pasukan Bantuan Sukarela di IPT

Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak / belia

--Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan 1 pasukan BSMM.

--Setiap pasukan – Minimum 15 ahli.

--Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan

disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha

Cawangan

--Cawangan perlu mengangkat permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Kebangsaan

untuk kelulusan dan pendaftaran jika tepati syarat.

--Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh IPK dan dihantar ke sekolah. –

Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Tahunan perlu diperbaharui setiap tahun

sebelum Februari disertai dengan yuran tahunan ahli.

Pendaftaran pasukan belia terbuka

--Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja.

--Ahli – Minimum 15 orang.

--Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk

disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan.

Pendaftaran pasukan bantuan sukarela

 --Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang.

--Ahli – Minimum 15 orang.

--Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak.

KUASA PENGANJUR

Tanggungjawab kuasa penganjur

--Meluluskan pendaftaran tahunan melalui IPK.

--Merupakan salah seorang dari 2 penurun tandatangan rasmi bagi akaun unit

BSMM. --Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan pemimpin BSMM.

--Mengesahkan sebarang surat rasmi yang berkaitan BSMM --Meluluskan

permohonan untuk aktiviti luar.

--Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sekolah.

STRUKTUR UNIT

Struktur unit terdiri daripada

--Kanak-kanak (Link)

--Belia (Youth) --Pasukan Bantuan Sukarela

--Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya

80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.

--Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing.

--Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh

pengetua.

--Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM

yang dilantik oleh guru besar.

--Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan

unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa.

--Contohnya : Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak ( ditunjukkan

oleh huruf ‘PK’), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia

unit ke 118 didaftarkan.

PENGURUSAN FOLIO / BUKU LOG / LAPORAN AKTIVITI

BUKU LOG

--Mengandungi cacatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan

Mengesahkan penglibatan seseorang.

--Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan cacatan harian sesuatu aktiviti

--Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz

buku log (21cm x 32cm)

--Kulit luar dibalut dengan plastik ( pvc book wrapper ) agar tidak mudah rosak.

PAKAIAN SERAGAM

Pakaian PBSM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian pelatih atau pelajar dan

pakaian pemimpin. Perbezaan pakaian antara pelatih dan pemimpin hanyalah dari segi bush

jaket dan pangkat. Gambar di bawah adalah contoh pakaian lengkap seragam pelajar dari

kanak-kanak hingga remaja.

Baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar adalah

seperti dalam jadual di bawah:

1 Baju PBSM Lelaki

2 Baju PBSM Perempuan

3 Seluar putih

4 T-shirt PBSM putih lengan pendek

5 T-shirt PBSM putih lengan panjang

6 T-shirt PBSM merah lengan pendek

7 T-shirt PBSM merah lengan panjang

8 Beret hitam

9 Lencana beret PBSM

10 Lencana bahu negeri

11 Lencana bahu logo PBSM

12 Lencana kolar PBSM

13 Lencana poket PBSM

14 Lanyard hitam single

15 Tali pinggang

16 Butang

17 Topi

18 Pangkat bagi pelajar

19 Kasut potong hitam

20 Kain anduh

Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin PBSM:

1 Bush jaket pegawai lelaki

2 Bush jaket pegawai wanita

3 Vest pegawai

4 Baju korporat pegawai lelaki

5 Baju korporat pegawai wanita

6 Lanyard hitam double

7 Pangkat bagi pegawai

Susunan pangkat bermula dari jawatan tertinggi dalam Pergerakan Palang Merah atau Bulan

Sabit Merah Malaysia.

SUSUNAN PANGKAT UNIT BANTUAN SUKARELA PBSM1 Briged

JeneralPengarah UBS Kebangsaan

2 Leftenan Kolonel

Penolong Pengarah UBS Kebangsaan

3 Mejar Pegawai Penjaga Belia UBS Cawangan

4 Kapten Komandan

5 Leftenan Timbalan Komandan

6 Leftenan Muda

Kuartermaster Unit

7 Staf Sarjan Ketua Utama Seksyen

8 Sarjan Ketua Seksyen

9 Koperal Penolong Ketua Seksyen

10 Lans Koperal

Senior