politik-perbandingan

Upload: narimah-hashim

Post on 09-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

JKP 214 Politik Perbandingan

Isi Kandungan

Muka Surat.

1.0.Pengenalan.

12.0.Kerangka Teoritikal Almond dan Powell Dalam Kajian

2 - 5 Politik Perbandingan.

3.0.Perbezaan Sistem Politik Amerika dan Britain.

6 - 134.0.Perbandingan Sistem Politik Amerika dan Britain Berdasarkan 14 - 15 Kerangka Teoritikal Struktur-Fungsi Almond & Powell (1966).5.0.Sistem Politik Amerika

16 - 19

6.0.Sistem Politik Britain

20 - 237.0.Kesimpulan.

248.0.Bibliografi.

25 - 269.0.Rujukan

27i1.0.PengenalanSistem-sistem politik boleh dianalisa dan dibandingkan dari segi bagaimana setiap sistem tersebut memainkan peranan bagi fungsi-fungsi tertentu yang terdapat pada sistem-sistem politik yang lain. Easton (1953, 1965) telah membina satu model sistem politik yang berdasarkan kepada input dan output. Beliau mendakwa bahawa sesebuah sistem politik itu wujud di dalam satu persekitaran yang bukan sahaja memerlukannya tetapi juga sumber kepada sokongan yang diperlukan. Keperluan dan sokongan ini adalah dikenali sebagai input. Daripada input ini, sistem tersebut menghasilkan output di dalam bentuk keputusan dan tindakan. Apabila persekitaran tersebut menyerap atau menerima output yang dihasilkan maka tindakbalas yang berbentuk sokongan dan keperluan-keperluan baru akan wujud. Berdasarkan daripada model Easton yang berfokus kepada fungsi dan keupayaan sistem politik, Almond & Powell (1966) telah membina teori sistem dan teori fungsi-struktur yang merupakan satu kerangka teoritikal dalam kajian politik perbandingan. Pendekatan fungsi-struktur ini menganalisa sesebuah sistem politik dari segi bagaimana ia memainkan peranan di dalam fungsi-fungsi tertentu yang terlibat di dalam proses menyerap input dan menghasilkan output. Almond and Powell (1966) mendifinisikan politik sebagai aktiviti-aktiviti yang berkait rapat dengan kawalan berautoriti terhadap tingkah laku satu kumpulan manusia di sesebuah kawasan geografi.2.0.Kerangka Teoritikal Almond dan Powell Dalam Kajian Politik PerbandinganDalam kerangka teoritikal ini, sistem politik tidak terhad kepada sesebuah wilayah atau negeri sahaja malahan wilayah atau negeri tersebut adalah sebahagian daripada satu sistem politik yang lebih besar. Almond dan Powell mendefinisikan konsep ini sebagai ...a set of institutions concerned with formulating and implementing collective goals of a society or of groups within it. (Almond & Powell, 1966). Definisi ini mengandungi tiga konsep yang kritikal iaitu:

i.Sistem : objek yang mempunyai bahagian-bahagian bergerak dan

berinteraksi di dalam persekitarannyaii.Struktur : institusi-institusi yang ditubuhkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifikiii.Fungsi : jenis-jenis aktiviti.

Bagi menganalisa sistem, Almond dan Powell menggunakan pendekatan struktur-fungsi. Mereka mendefinisikan sesebuah sistem politik generik dari segi fungsi-fungsi yang perlu dilakukannya. Bagi sistem-sistem tertentu kaedah yang digunakan ialah dengan menentukan apakah struktur-struktur yang perlu memainkan peranan di setiap fungsi. Fungsi-fungsi tersebut adalah terbahagi kepada tiga kategori iaitu:1. Fungsi-fungsi Proses :

i.Penyuaraan Kepentingan iaitu penyuaraan kepada permintaan

pengubahan atau pengekalan polisi.

ii.Pengumpulan Kepentingan iaitu transformasi permintaan kepada

alternatif polisi.

iii.Pembentukan Polisi iaitu pemilihan polisi-polisi alternatif yang

ada.

iv.Aplikasi iaitu pengimplementasian polisi yang dipilih.

v.Adjudikasi iaitu penyelesaian konflik yang timbul daripada polisi.2. Fungsi-fungsi Sistem:

i.Sosialisasi iaitu penerapan nilai dan norma kepada ahli-ahli di

dalam masyarakat.

ii.Rekrutmen iaitu pemilihan dan penempatan individu-individu bagi

mengisi atau memainkan peranan khas di dalam

sistem politik.

iii.Komunikasi iaitu sistem penyampaian maklumat, isu dan idea

politikal.3. Fungsi-fungsi Polisi:

i.Ekstraksi iaitu pengumpulan sumber-sumber daripada ahli-ahli

kumpulan atau masyarakat.

ii.Pengagihan iaitu penggunaan sumber-sumber yang ada bagi

kepentingan ahli-ahli kumpulan atau masyarakat.

iii.Peraturan iaitu penguatkuasaan peraturan.

iv.Simbol iaitu ekspresi atau pengukuhan nilai-nilai yang dipegang

oleh ahli-ahli kumpulan atau masyarakat.

Seperti yang didefinisikan olah Almond dan Powell, sistem-sistem politik wujud dan berinteraksi dengan persekitaran. Oleh kerana politik adalah berkaitan dengan tingkah laku manusia, maka persekitaran yang dimaksudkan adalah masyarakat di mana sesebuah sistem politik itu berada. Salah satu daripada ciri-ciri relevan pada sesebuah masyarakat ialah budaya politiknya di mana ini didefinisikan oleh Almond dan Powell sebagai ... collective political attitudes, values, feelings, information and skills of the people in a society... (Almond & Powell, 1966).

Tiga aspek utama pada budaya politik yang penting dalam usaha menganalisa sistem politik adalah;i.Propensiti Sistem iaitu penerimaan nilai-nilai sistem dan organisasi.ii.Propensiti Proses iaitu tingkah laku atau perlakuan terhadap penyertaan

sama ada sebagai peserta, subjek atau sektarian.iii. Propensiti Polisi iaitu jangkaan-jangkaan terhadap matlamat dan kaedah kerajaan.

Pemahaman yang mendalam tentang propensiti-propensiti masyarakat di dalam sesebuah sistem politik ini adalah penting bagi memahami sejauh mana desakan permintaan atau keperluan masyarakat di dalam sistem politik tersebut selain melihat bagaimana sistem memberi tindak balas.3.0.Perbezaan Sistem Politik Amerika dan BritainSebelum membandingkan sistem politik Amerika dan Britain menurut kerangka teoritikal Almond dan Powell, adalah mustahak bgai melihat terlebih dahulu perbezaan secara am sistem politik di antara kedua-dua negara ini. Walaupun kedua-dua negara ini mengamalkan sistem politik demokrasi namun menurut sumber [ http://bucknakedpolitics.typepad.com/buck_naked_politics/2007/08/t-13-8-thirteen.html ] secara amnya, terdapat 13 perbezaan di antara sistem politik Amerika dan Britain.

Perbezaan yang pertama ialah negara Amerika adalah negara Republik sementara Britain adalah negara Raja Berperlembagaan. Republik merujuk kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih rakyat seperti Presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal dari bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes dimana negara republik diperintah secara kukubesi atau totalitarian. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi republik sejak 1961, tetapi disebabkan dasar apartheid lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang mengundi. Di dalam sistem politik Britain Raja atau Ratu adalah ketua negara yang mengamalkan demokrasi yang diwakili.

Perbezaan yang kedua ialah kerajaan Britain tidak terbahagi kepada cabang. The House of Commons atau Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak dan parti yang mempunyai ahli terbanyak di dalam dewan tersebut adalah parti yang menjadi pemerintah. Ketua parti memerintah pula akan menjadi Perdana Menteri di mana kuasa bagi jawatan ini adalah hampir serupa dengan Raja. Seseorang Perdana menteri di Britain boleh mengisytihar perang, mencari sekutu, meluluskan penggunaan senjata nuklear dan memilih orang-orang bagi memegang jawatan di kabinet termasuklah juga di pelbagai kementerian dan pejabat-pejabat kerajaan. Perlantikan-perlantikan ini adalah sepenuhnya di bawah kuasa beliau dan tidak tertakluk kepada seliaan atau persetujuan mana-mana pihak. Perdana Menteri juga mempunyai kuasa memecat mana-mana menteri atau setiausaha kerajaan.

Kongres Amerika Syarikat adalah dwidewan dan terdiri dari Dewan Perwakilan Rakyat dan Senat. Dewan Rakyatnya terdiri dari 435 anggota Kongres yang dipanggil "congressmen" atau "congresswomen", yang dipilih oleh rakyat dari kawasan pilihan raya atau "congressional district" masing-masing. Mereka akan memegang jawatan ini selama satu penggal (dua tahun). Bilangan kawasan bagi setiap negeri bergantung kepada saiz penduduk di negeri tersebut, dan setiap negeri-negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil rakyat. Menurut banci Amerika Syarikat 2000, setiap kawasan pilihan raya mempunyai purata penduduk seramai 640,000 orang.

Senat pula terdiri dari 100 ahli dipanggil Senator. Mereka juga dipilih oleh rakyat daripada setiap negeri tetapi berbanding dengan wakil rakyat, tempoh satu penggal mereka adalah lebih lama iaitu enam tahun. Bilangan Senator adalah sama bagi semua negeri iaitu dua Senator bagi setiap negeri. Ahli-ahli Perwakilan Rakyat dan Senator dipilih melalui sistem pilihan raya majoriti mudah.

Dipuncak cabang eksekutif ialah Presiden Amerika Syarikat. Presiden merupakan Panglima Besar angkatan tentera; semua staf militari berada di bawah bidangkuasanya, dan hanya beliau boleh melancarkan serangan senjata nuklear. Presiden berkuasa untuk meluluskan undang-undang, dan memberi pengampunan dan perintah eksekutif. Beliau juga mempunyai tugas-tugas lain di bawah perlembagaan, antara lain memberi ucapan "State of the Union" kepada Kongres pada setiap tahun. Di bawahnya pula ialah Naib Presiden yang berperanan sebagai penasihat pertamanya dan penyokong atau "backup" Presiden, dan merupakan ketua atau Presiden Senat, dengan kuasa untuk menentukan undian apabila ianya terikat (tiebreaking vote). Kedua-dua jawatan tersebut dipilih oleh rakyat setiap empat tahun. Pemilihan Presiden Amerika adalah agak rumit kerana ia membabitkan pemilihan rakyat melalui sistem "Electoral College" atau perwakilan bagi setiap negeri di Amerika Syarikat. Oleh itu, seorang calon Presiden mesti mendapat sokongan lebih 50% dari perwakilan negeri di Amerika Syarikat. Sejak kemenangan George W. Bush yang kontroversial pada pilihan raya 2000, keberkesanan sistem pilihan raya Amerika telah banyak dipertikaikan.Perbezaan ketiga ialah sistem politik Britain tidak mempunyai pilihanraya awal seperti di Amerika. Kempen-kempen pilihanraya biasanya berakhir di antara tiga atau empat minggu. Semua parti politik di Britain lebih suka kepada kempen pilihanraya yang pendek kerana mereka berpendapat pihak awam akan merasa bosan dengan propoganda jika tempoh kempen terlalu lama. Selain itu, kempen yang terlalu lama boleh memberi kesan kepada jumlah pengundi yang hadir semasa hari pengundian.

Perbezaan yang keempat ialah sistem politik Britain tidak mempunyai tarikh khas bagi pilihanraya umum. Apa yang nyata adalah sesebuah kerajaan di Britain akan berakhir dalam tempoh lima tahun dan pilihanraya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut. Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh bagi menentukan tarikh pilihanraya umum. Namun demikian, pilihanraya lazimnya tidak dilakukan terlalu awal atau terlalu lewat. Dalam tradisi Britain hari pilihanraya umum selalunya diadakan pada hari Khamis.

Perbezaan yang kelima ialah calon Presiden Amerika mesti berusia 35 tahun dan lahir di Amerika. Bagi Britain pula calon Perdana Menteri mesti berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan warganegara Britain. Namun demikian, mana-mana rakyat dari negara-negara Komawel juga layak menjadi calon Perdana Menteri. Sebagai contoh, Andrew Bonar Law yang telah menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1922 hingga 1923 adalah warganegara Kanada. Dalam politik Britain, tidak ada had masa atau penggal bagi mana-mana Perdana Menteri atau ahli parlimen memegang jawatan tersebut asalkan seseorang Perdana Menteri atau ahli parlimen senantiasa diundi semula dan menang. Bekas Perdana Menteri Britain seperti Tony Blair, John Major dan Margaret Thatcher masing-masing memegang jawatan tersebut selama sepuluh, enam dan sebelas tahun. Seseorang Perdana Menteri Britain yang kalah dalam pilihanraya umum juga boleh memegang semula jawatan tersebut jika beliau menang semula dalam pilihanraya yang seterusnya. Sebagai contoh, Harold Wilson yang menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1964 hingga 1970 telah memegang semula jawatan Perdana Menteri pada tahun 1974 hingga 1976.

Perbezaan yang keenam ialah pilihanraya umum di Britain adalah ditentukan oleh sistem First-Past-The-Post (FPTP). Sistem FPTP adalah berdasarkan kepada kemenangan majoriti mudah tanpa mengambil kira jumlah sebenar pengundi yang tidak menyokong calon yang menang. Sebagai contoh, jika terdapat 3 calon dari tiga parti politik yang berbeza bertanding di sebuah kawasan yang mempunyai 52 ribu orang pengundi dan berakhir dengan keputusan calon A mendapat 22 ribu undi, calon B mendapat 17 ribu undi dan calon C mendapat 13 ribu undi, maka jelas bahawa pemenang bagi kawasan tersebut ialah calon A. Apa yang menjadi persoalan ialah walaupun calon A menang dengan jumlah undi terbanyak 22 ribu tetapi jumlah sebenar yang menentang atau tidak mengundi beliau ialah 30 ribu orang [ http://www.historylearningsite.co.uk/first_past_the_post.htm. ]. Lazimnya, proses pengiraan undi akan dilakukan sebaik sahaja pusat mengundi ditutup pada jam 10.00 malam. Selepas proses pengiraan undi, mana-mana parti politik bertanding yang menguasai lebih 50 % kerusi di dalam Dewan Rakyat akan diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya tersebut. Ketua parti yang menang akan menjadi Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama beliau juga adalah ahli parlimen yang mewakili kawasannya.

Perbezaan yang ketujuh ialah zon masa pengundian. Berbeza dengan negara Amerika yang besar dan menggunakan tiga zon masa, negara Britain yang agak kecil hanya menggunakan satu zon masa. Ini bermakna kesemua pusat mengundi dibuka pada masa yang sama iaitu pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam. Berbeza dengan Amerika, di Britain tidak ada keputusan pilihanraya yang diketahui selagi terdapat pengundi yang sedang mengundi. Keputusan terawal hanya dapat diketahui beberapa jam selepas pusat mengundi ditutup dan keputusan keseluruhan akan dapat diketahui pada keesokan harinya. Oleh itu, kerajaan sementara atau tempoh peralihan tidak diperlukan kerana keputusan keseluruhan akan berkuatkuasa serta merta. Sebagai contoh, jika seseorang Perdana Menteri itu kalah dalam pilihanraya umum, beliau perlu keluar dari pejabat Perdana Menteri di 10 Downing Street secepat yang mungkin supaya pengganti beliau dapat mengambil alih tugas dengan segera.

Perbezaan yang kelapan ialah dalam politik Britain Speaker di Dewan Rakyat adalah juga ahli parlimen namun beliau wajib bersifat neutral dan tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak walaupun pada parti beliau sendiri.

Perbezaan yang kesembilan ialah disebabkan oleh sifat unitarian kerajaan Britain, Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua yang berlaku di dalam negara termasuklah perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. Setiap minggu Perdana Menteri wajib berada di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan-soalan daripada ahli-ahli parlimen. Soalan-soalan boleh berkisar pada sebarang subjek seperti pemanasan global, industri perikanan, masalah sosial, undang-undang, pengangkutan, latihan pegawai perubatan dan sebagainya. Kebanyakan ahli-ahli parlimen yang mengemukakan soalan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan meminta Perdana Menteri menetapkan polisi bagi isu-isu tertentu. Tetapi tidak kurang juga ahli-ahli parlimen di barisan pembangkang yang bertujuan untuk mencari kelemahan beliau dari segi maklumat. Kegagalan Perdana Menteri menjawab atau mengetahui isu-isu terkini dalam semua hal boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Perbezaan yang kesepuluh ialah di dalam politik Britain, ketua parti pembangkang yang terbesar di Dewan Rakyat adalah secara rasminya ketua pembangkang. Peranan ketua pembangkang yang memberi tentangan kepada kerajaan adalah diiktiraf sebagai tugas yang penting dan selain menerima gaji sebagai ahli parlimen ketua pembangkang juga menerima gaji tambahan.

Perbezaan yang kesebelas ialah berbeza dengan Perdana Menteri Britain, Pressiden Amerika adalah ketua kerajaan yang menerima gaji yang paling tinggi di dunia. Perdana Menteri Britain hanya menduduki tempat keempat selepas Chancellor Jerman dan Perdana Menteri New Zealand. Namun demikian, berbanding dengan ketua-ketua korporat, bintang filem, jaguh sukan dan lain-lain lagi gaji yang diterima oleh ketua-ketua kerajaan adalah jauh lebih kecil memandangkan tugas mereka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Perbezaan yang kedua belas ialah kedudukan Tuhan di dalam sistem politik. Berbeza dengan sistem politik Amerika, perlembagaan dan ahli-ahli politik Britain tidak menyebut Tuhan sebagai kuasa yang paling teratas.

Perbezaan yang ketiga belas ialah panggilan bagi Presiden Amerika adalah Mr. President (Mister President), manakala panggilan bagi Perdana Menteri Britain adalah Prime Minister tanpa menggunakan gelaran Mr. (Mister) atau Madam.4.0.Perbandingan Sistem Politik Amerika dan Britain Berdasarkan Kerangka Teoritikal Struktur-Fungsi Almond & Powell (1966)Menurut laman web [ http://homepages.udayton.edu/~aherndaw/almnpowl.htm ], kerangka teoritikal fungsi-struktur perbandingan yang dibina oleh Almond dan Powell (1966) menggariskan tujuh fungsi yang perlu dilaksanakan oleh sistem politik iaitu;

i.Rekrutmen politik berkenaan mengumpul dan menyusun individu-individu bagi memegang dan memainkan peranan politik di dalam sesebuah sistem politik bermula daripada pengundi sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin kerajaan. ii.Sosialisasi politik berkenaan menanam dan menerapkan serta membentuk tingkah laku positif, nilai-nilai positif, kepercayaan dan pendapat yang boleh mengukuhkan dan mengekalkan sistem politik. iii.Komunikasi politik berkenaan menyalurkan maklumat-maklumat berunsur politik kepada masyarakat iv. Penyuaraan kepentingan berkenaan menyuarakan permintaan atau keperluan kepada sistem politik v.Penyatuan kepentingan berkenaan memilih permintaan-permintaan dan kesemua permintaan tersebut disatukan bagi tujuan memudahkan pengurusan alternatif-alternatif utama. vi.Pembinaan polisi berkenaan menerima permintaan-permintaan dan menukarkan kesemua permintaan tersebut kepada keputusan berautoriti daripada sistem politik. vii.Pengimplementasian polisi - berkenaan mentadbir atau mengimplementasikan keputusan-keputusan secara berkesan. 5.0.Sistem Politik Amerika

i.Rekrutmen politik.

Pada ketika ini terdapat dua parti polititik yang dominan di Amerika iaitu Republican dan Democrats. Semasa Presiden Bill Clinton dari parti Democrats memegang jawatan Presiden Amerika selama dua penggal iaitu pada tahun 1993 hingga 1997 dan 1997 hingga 2001 sebahagian besar daripada pegawai yang memegang jawatan utama di dalam pentadbiran Amerika adalah daripada parti Democrats sendiri. Sebagai contoh Setiausaha Negara Amerika bagi penggal pertama ialah Warren Christopher dan penggal kedua ialah Madeline Albright.

Apabila parti Republican memenangi pilihanraya umum pada akhir tahun 2000, Presiden George W. Bush telah menggantikan pegawai-pegawai yang memegang jawatan utama di dalam pentadbiran Amerika dengan individu-individu dari parti Republican sendiri di mana Setiausaha Negara Amerika telah dipegang oleh Colin Powell dari 2001 hingga 2005 dan digantikan oleh Condoleezza Rice dari 2005 sehingga kini. Berdasarkan kepada senario ini maka jelas bahawa sistem politik Amerika menjalankan fungsi rekrutmen.ii.Sosialisasi politik.

Di dalam sistem politik Amerika, penekanan bagi penerapan serta membentuk tingkah laku positif, nilai-nilai positif, kepercayaan dan pendapat yang boleh mengukuhkan dan mengekalkan sistem politik sentiasa dititik beratkan. Contohnya, undang-undang No Child Left Behind Act of 2001 yang diluluskan dan diwartakan sebagai undang-undang bagi memperkuatkan Elementary and Secondary Education Act of 1965 (ESEA) serta Medicare Act of 2003 menunjukkan kesungguhan sistem politik Amerika untuk memainkan peranan dalam sosialisasi politik. iii.Komunikasi politik.

Dalam soal menyalurkan maklumat-maklumat berunsur politik kepada masyarakat, sistem politik Amerika telah menggunakan sepenuhnya kepesatan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang jauh lebih pantas dan luas seperti media cetak, elektronik dan Internet. Sebagai contoh, apa jua maklumat berkaitan dengan kerajaan atau politik ianya dapat diketahui oleh seluruh rakyat serta-merta.iv. Penyuaraan kepentingan.

Dengan sistem politik Amerika yang mengamalkan perwakilan di dua dewan iaitu Kongres dan Senat, usaha menyuarakan permintaan atau keperluan kepada sistem politik bukanlah satu masalah. Ini adalah kerana sebarang permintaan atau keperluan kepada sistem politik boleh disuarakan di kedua-dua dewan.v.Penyatuan kepentingan.

Di dalam sistem politik Amerika, pihak pemerintah yang diketuai oleh Presiden dan dibantu oleh kabinetnya serta disokong oleh kedua-dua dewan memainkan peranan yang aktif dalam mengurus alternatif-alternatif utama bagi menyelesaikan masalah-masalah rakyat seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan sebagainya. vi.Pembinaan polisi.

Boleh dikatakan setiap Presiden yang memerintah negara Amerika telah memperkenalkan pelbagai polisi yang bertujuan mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Sebagai contoh, The Digital Millennium Copyright Act yang diluluskan oleh Presiden Clinton pada 21 Oktober 1998, merupakan pindaan pertam yang signifikan terhadap The Copyright Act semenjak tahun 1976. vii.Pengimplementasian polisi.

Memandangkan politik di Amerika telah mencapai usia 231 tahun, pihak yang memerintah tidak kira apa jua parti cukup faham tentang kesungguhan mentadbir atau mengimplementasikan keputusan-keputusan secara berkesan. Ini adalah kerana dalam jangka masa yang panjang ini rakyat juga telah cukup faham apa sebenarnya peranan kerajaan. Apatah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini, sedikit kesilapan dalam pengimplementasian polisi kerajaan akan memberikan kesan yang negatif kepada kepada kerajaan itu sendiri.6.0.Sistem Politik Britain

i.Rekrutmen politik.

Di dalam politik Britain, rekrutmen yang bertujuan mengumpul dan menyusun individu-individu bagi memegang dan memainkan peranan politik di dalam sesebuah sistem politik bermula daripada pengundi sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin kerajaan telah diamalkan sekian lama. Sama ada parti pemerintah atau pembangkang rekrutmen politik ini tetap diberi kepentingan kerana sistem politik Britain bukan sahaja mempercayai keupayaan parti pemerintah untuk memimpin negara tetapi juga keupayaan parti pembangkang menegur parti pemerintah. Sebagai contoh, John Major yang menggantikan Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri Britain dari tahun 1990 hingga tahun 1997 adalah ketua dan anggota yang aktif dalam parti Konservetif. Dalam tempoh yang sama Tony Blair dari parti Buruh yang menjadi pembangkang di dalam parlimen agak lantang mengkritik kerajaan John Major dalam banyak hal. Hasil kritikan tersebut menyebabkan parti Konservetif kalah di dalam pilihanraya umum 1997 dan digantikan oleh parti Buruh yang diketuai oleh Tony Blair.ii.Sosialisasi politik.

Dengan satu-satunya negara di dunia yang bergelar Great Britain sistem politik di negara ini tentunya amat mementingkan penanaman dan penerapan serta pembentukan tingkah laku positif, nilai-nilai positif, kepercayaan dan pendapat yang boleh mengukuhkan dan mengekalkan sistem politik. Sebagai contoh kewujudan parti Konservetif di Britain jelas menunjukkan terdapat keperluan yang mendesak bagi pengekalan nilai-nilai positif yang telah sekian lama dipegang oleh rakyat Britain.iii.Komunikasi politik.

Sama seperti negara Amerika, sistem politik Britain juga mengeksplotasi sepenuhnya kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyalurkan maklumat-maklumat berunsur politik kepada masyarakat. Sebagai contoh, di dalam media elektronik, politik Britain telah sekian lama menggunakan BBC atau British Broadcasting Corporation untuk menyalurkan maklumat kepada rakyatnya.iv. Penyuaraan kepentingan.

Sesi Prime Ministers Questions selama 30 minit pada setiap hari Rabu selain persidangan-persidangan biasa di Dewan Rakyat menunjukkan sistem politik di Britain amat mementingkan penyuaraan permintaan atau keperluan kepada sistem politik. v.Penyatuan kepentingan.

Dengan amalan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, politik Britain secara automatik arif dengan tanggungjawab mendengar dan menerimapermintaan-permintaan rakyat yang bertujuan memberikan kebaikan kepada semua pihak. Dalam hal penyatuan kepentingan, suara rakyat senantiasa diberi keutamaan kerana setiap ahli parlimen di Dewan Rakyat adalah wakil rakyat di kawasan-kawasan tertentu. Sebagai contoh Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair juga adalah wakil rakyat bagi kawasan parlimen Sedgefield.vi.Pembinaan polisi.

Di dalam politik Britain, The House of Commons atau Dewan Rakyat adalah tempat bagi mengusul, mengetengah, membincang dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan isu bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Daripada perbincangan ini maka terhasillah pelbagai polisi atau dasar seperti pendidikan, ekonomi, hubungan luar, sosial, pertanian dan sebagainya. vii.Pengimplementasian polisi.

Setelah pihak pemerintah menetapkan polisi atau dasar terhadap sesuatu masalah atau isu, langkah seterusnya adalah mentadbir atau mengimplementasikan keputusan-keputusan berkaitan polisi tersebut secara berkesan. Sebagai contoh, semasa Tony Blair menjadi Perdana Menteri Britain pelbagai polisi telah ditetapkan dan diimplementasikan secara berkesan seperti Gaji Minimum Kebangsaan, Peningkatan Perbelanjaan Awam bagi Kesihatan dan Pendidikan, Pengekalan Cukai Pendapatan dan sebagainya.7.0.KesimpulanPada kesimpulannya, berdasarkan kerangka teoritikal fungsi-struktur perbandingan politik Almond dan Powell (1966), politik Amerika dan Britain jelas menuruti tujuh fungsi politik yang ditetapkan. Walaupun kedua-dua sistem politik ini pada dasarnya adalah sistem politik demokrasi namun apa yang membezakan politik Amerika dan Britain adalah model demokrasi [ http://www.opinionjournal.com/extra/?id=110006691 ] yang diamalkan di mana ini secara langsung mempengaruhi kaedah, pendekatan dan teknik dalam perlaksanaan fungsi-struktur.8.0.BIBLIOGRAFI1.Almond, Gabriel A., and G. Bingham Powell, Jr. (1966). Comparative Politics: A Developmental Approach. Boston: Little Brown.2.Gerardo L. Munck (2006). The Past And Present Of Comparative Politics Working Paper #330.3.______(2007). The Functions of Political Systems.

Online: http://homepages.udayton.edu/~aherndaw/almnpowl.htm4.______(2005). It's the Third Way, Old Chap. The similiarities and differences between American and British politics.

Online: http://www.opinionjournal.com/extra/?id=1100066915.______(2000-2007). American vs British Election.Online:http://www.historylearningsite.co.uk/american_v_british_elections.htm6.______(2007). Buck Naked Politics. We Strip Off the Gloss : 13 Differences Between the American and British Political Systems.Online:http://bucknakedpolitics.typepad.com/buck_naked_politics/2007/08/t-13-8-thirteen.html7.______(2007). UK Political Parties.

Online: http://www.intersites.co.uk/10653/8.______(2007). Creation Of The Political Party System In The Usa.

Online: http://www.theusgov.com/partysyst.htm9.______(2007). The United States of America Political Parties.

Online: http://www.solcomhouse.com/usapolitcs.htm10.______(2007). The Government of The United States of America.

Online: http://www.solcomhouse.com/governmentusa.htm11.______(2000-2007). First Past The Post.

Online: http://www.historylearningsite.co.uk/first_past_the_post.htm12.David Easton (1953). The Political System. An Inquiry into the State of Political Science, New York.

13.David Easton (1965). A Framework for Political Analysis, Englewood Cliffs.RUJUKAN

PAGE 17