tajuk kurikullum sains politik islam di … · kurikulum sains politik islam yang diperkenalkan di...

23
1 TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: PENGALAMAN DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA Oleh Dr Bharuddin bin Che Pa, 1 Profesor Madya Dr Shukeri Mohamad 2 dan Dr Siti Arni Basir 3 Pendahuluan Siasah syar‘iyyah merupakan satu cabang ilmu dalam bidang pengajian Islam yang kini lebih dikenali sebagai Ilmu Sains Politik Islam. Aspek utama yang menjadi teras kepada ilmu siasah syar‘iyyah ialah mempelajari dan mengkaji tentang kaedah mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan syara‘ berpandukan al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijtihad yang boleh menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Di peringkat awal ilmu siasah syar‘iyyah tidak dianggap sebagai satu bidang khusus dalam pendidikan Islam, sebaliknya ia hanya dianggap sebagai salah satu dari sub bidang yang dibincangkan dalam pengajian ilmu fiqh sahaja. Sebaliknya hari ini siasah syar`iyyah telah berkembang menjadi suatu disiplin ilmu yang wujud secara terpisah. Dalam sejarah perkembangan ilmu, para ulama dan sarjana politik Islam telah memperkenalkan ilmu siasah syar`iyyah sesuai dengan perkembangan dan keperluan di zaman mereka. Di zaman awal Islam mereka membicarakan siasah syar`iyyah yang tulin bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah tanpa terpengaruh dengan orientasi politik luaran. Contoh ulama sedemikian ialah seperti al-Mawardi, Abu Ya`la, al-Imam al-Juwayni, Abu Yusuf, al- Ghazali dan lain-lain. Ada juga ulama yang menghuraikan siasah syar`iyyah dalam bentuk pendekatan falsafah seperti al-Farabi, al-Kindi dan Ibn Sina. Di samping itu terdapat juga perbahasan ilmu tersebut dalam bentuk realiti pentadbiran semasa yang berupa nasihat kepada raja dan para pemimpin semasa. Dalam sistem pendidikan hari ini ilmu siasah syar`iyyah lebih dikenali dengan istilah ilmu sains politik Islam atau Islamic political Sciences.

Upload: doantuong

Post on 02-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

1

TAJUK

KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI:

PENGALAMAN DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Oleh

Dr Bharuddin bin Che Pa,1 Profesor Madya Dr Shukeri Mohamad

2

dan Dr Siti Arni Basir3

Pendahuluan

Siasah syar‘iyyah merupakan satu cabang ilmu dalam bidang pengajian Islam yang kini

lebih dikenali sebagai Ilmu Sains Politik Islam. Aspek utama yang menjadi teras kepada ilmu

siasah syar‘iyyah ialah mempelajari dan mengkaji tentang kaedah mengendalikan urusan

pemerintahan negara mengikut landasan syara‘ berpandukan al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijtihad

yang boleh menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Di peringkat awal ilmu siasah

syar‘iyyah tidak dianggap sebagai satu bidang khusus dalam pendidikan Islam, sebaliknya ia

hanya dianggap sebagai salah satu dari sub bidang yang dibincangkan dalam pengajian ilmu fiqh

sahaja. Sebaliknya hari ini siasah syar`iyyah telah berkembang menjadi suatu disiplin ilmu yang

wujud secara terpisah. Dalam sejarah perkembangan ilmu, para ulama dan sarjana politik Islam

telah memperkenalkan ilmu siasah syar`iyyah sesuai dengan perkembangan dan keperluan di

zaman mereka. Di zaman awal Islam mereka membicarakan siasah syar`iyyah yang tulin

bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah tanpa terpengaruh dengan orientasi politik luaran. Contoh

ulama sedemikian ialah seperti al-Mawardi, Abu Ya`la, al-Imam al-Juwayni, Abu Yusuf, al-

Ghazali dan lain-lain. Ada juga ulama yang menghuraikan siasah syar`iyyah dalam bentuk

pendekatan falsafah seperti al-Farabi, al-Kindi dan Ibn Sina. Di samping itu terdapat juga

perbahasan ilmu tersebut dalam bentuk realiti pentadbiran semasa yang berupa nasihat kepada

raja dan para pemimpin semasa. Dalam sistem pendidikan hari ini ilmu siasah syar`iyyah lebih

dikenali dengan istilah ilmu sains politik Islam atau Islamic political Sciences.

Page 2: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

2

Konsep kenegaraan yang terdapat dalam siasah syar‘iyyah telah diperkenalkan dalam

bentuk perbandingan melalui kurikulum tersendiri yang di ajar di Jabatan Siasah Syar`iyyah

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (selepas ini akan disebut APIUM). Kertas kerja ini

bertujuan untuk membincangkan perkembangan kurikulum Sains Politik Islam yang terdapat di

beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia dan dinegara-negara lain. Bidang Sains Politik

Islam merupakan suatu bidang dalam pengajian Islam yang ditawarkan di APIUM sejak Akademi

tersebut ditubuhkan sehinggalah hari ini. Oleh itu huraian kertas kerja ini akan dibuat berdasarkan

pengalaman semakan kurikulum Sains Politik Islam yang dilakukan di Jabatan Siasah Syar‘iyyah

Akademi Pengajian Islam pada tahun 2009. Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di

Jabatan siasah syar`iyyah pada asasnya menyediakan dua bidang utama dalam Sains Politik Islam

iaitu bidang politik dan pentadbiran. Kurikulum dalam bidang politik termasuklah perbincangan

tentang; Pengantar Sains Politik, Kaedah-Kaedah Siasah Syar‘Iyyah, Sejarah Perkembangan

Politik Islam, Sejarah Pemikiran Politik Moden, Institusi politik Islam, Perhubungan Antarabangsa

Islam, Kepimpinan Islam, Etika Ahli Politik Dalam Islam, Pemikiran Politik Islam Perbandingan

serta Islam dan Idologi Moden. Manakala kurikulum dalam bidang pentadbiran pula merangkumi

beberapa bidang seperti; Pentadbiran dan Dasar Awam Malaysia, Sistem Pentadbiran Islam,

Pentadbiran Organisasi Awam Islam, Pentadbiran Politik dan Masyarakat Malaysia, Pengurusan

Kualiti Perbandingan, Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi, Etika Penjawat Awam Dalam Islam

dan lain-lain.

Pengertian Siasah Dari Segi Bahasa

Perkataan siasah syar‘iyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu al-Siasah dan al-

Syar‘iyyah. Kedua-dua perkataan tersebut perlu diperjelaskan sebagai kunci bagi memahami

konsep siasah syar‘iyyah yang sebenar. Perbincangan akan dimulakan dengan pengertiannya dari

segi bahasa. Kemudian pengertian kedua-dua perkataan tersebut secara gandingan akan

diperjelaskan pula dari segi istilah. Mengikut Kamus Arab, perkataan siasah adalah kata terbitan

(masdar) daripada kata dasar sasa – yasusu - siasatan. Apabila disebut sasa al-amr, siyasatan ia

bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan, pekerjaan dan sebagainya dengan baik.4

Menurut Ibn Manzur kata dasarnya sasa atau sawasa adalah jelas menunjukkan perkataan siasah

adalah istilah yang berasal dari perkataan arab. Sebab itu beliau menolak pandangan yang

mengatakan perkataan siasah berasal dari bahasa Farsi atau Monghul.5 Dalam penggunaan istilah

bahasa Arab perkataan siasah memberi maksud yang sangat umum termasuklah mengendalikan

urusan yang berkaitan dengan manusia, haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6 Jika disebut sasa

Page 3: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

3

al-dabbah misalnya, ia memberi maksud seseorang itu menjaga atau memelihara binatang. Selain

itu siasah juga diertikan sebagai arahan dan larangan serta tugas mendidik yang menjadi

sebahagian dari usaha mentadbir.7

Perkataan siasah boleh digunakan dalam pelbagai aspek, namun demikian semua

maksudnya tidak terkeluar dari maksud asalnya iaitu melakukan sesuatu tindakan yang

menguntungkan atau mendatangkan kebaikan.8 Keuntungan dan kebaikan tersebut diperolehi

dengan pelbagai cara seperti dengan cara memimpin, merancang, mengurus, mentadbir,

mengendalikan urusan, mejaga keperluan, membantu dan sebagainya.9 Oleh itu siasah adalah satu

istilah yang sangat berkaitan dengan urusan kerajaan dan rakyat, skopnya ialah bagaimana pihak

kerajaan mengendalikan hal-ehwal kenegaraan yang memberi kebaikan dan keuntungan kepada

rakyat dan masyarakat.

Pengertian Syar‘iyyah Dari Segi Bahasa

Perkataan Syar‘iyyah diambil dari lafaz syara‘( شرع ). Ia sebagai menjelaskan atau

membuktikan mengenai sesuatu yang disandarkan kepada syara‘ dan menerimanya sebagai sesuatu

yang sah. Secara literalnya, perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi

syarak.10

Namun dari segi bahasanya ia bermaksud jalan yang lurus dan tempat laluan air. Tempat

laluan air itulah yang disebut al-Syar’. Selain itu ia juga disamakan dengan perkataan al-Din dan

al-Millah11

.

Di dalam pengajian Ilmu Fiqh para Fuqaha mentakrifkan al-Syariah sebagai hukum-hakam

yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan kepada sekalian hambaNya.

Dinamakan hukum-hukum tersebut syariah kerana ia suatu ajaran yang lurus dan disamakan

kedudukannya seperti tempat aliran air kerana Syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal manusia

sebagimana air menghidupkan tubuh badan.12

Dari segi kaedah Bahasa Arab perkataan syar‘iyyah menunjukkan sesuatu yang

disandarkan (dinisbahkan) kepada syarak dan syarak menerimanya sebagai sesuatu yang sah, atau

secara literalnya perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi hukum

syarak.13

Apabila Syariah dinisbahkan kepada agama, maka ia adalah suatu perkara yang

disyarakkan oleh Allah. Atau dengan kata lain perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang

dinisbahkan kepada hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam pentadbiran

Page 4: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

4

negara, di mana pemimpin-pemimpin dan pentadbir yang tidak melaksanakan hukum-hukum

Allah sebagai syariah akan menerima balasan buruk di akhirat kelak.14

Definisi Siasah Syar‘iyyah Menurut Istilah

Penggunaan istilah siasah syar‘iyyah dikesan telah berlaku semenjak dahulu lagi melalui

penulisan para ulamak Silam. Para ulamak telah mengemukakan pelbagai definisi terhadap istilah

siasah syar‘iyyah mengikut kefahaman dan persepsi masing-masing. Daripada pelbagai definisi

yang dikemukakan oleh mereka ianya boleh diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu:

Pertama: Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara

menurut perspektif Islam.

Kedua: Siasah Syar‘iyyah sebagai kaedah penentuan hukum di bawah bidangkuasa

kerajaan Islam.

Dalam kertas kerja ini penulis akan membincangkan siasah syar‘iyyah mengikut pengertian

pertama iaitu; Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara menurut

perspektif Islam. Siasah dalam konteks ini menekankan kepada maksud pengendalian urusan

pemerintahan negara mengikut landasan syarak samada berpandukan kepada al-Qur’an, al-Sunnah

atau Ijtihad bagi menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Ianya merangkumi seluruh aspek

pentadbiran dan pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan, ekonomi, sosial,

kemasyarakatan dan sebagainya.

Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama silam

Para Ulama silam telah memberikan pelbagai definisi terhadap siasah syar‘iyyah mengikut

pandangan masing-masing, yang sesuai dengan realiti pada zaman mereka. Di antara ulama yang

memberikan definisi tersebut ialah:

i. Ibn Aqil menyatakan siasah syar`iyyah ialah :

Suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh menyelamatkan orang ramai dan

menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh

Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara tersebut.15

Page 5: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

5

ii. Ibn Nujaim berpendapat:

Siasah syar‘iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah berdasarkan

kemaslahatan yang dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke

atas perbuatan itu.16

iii. Ibn Abidin menegaskan:

Siasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai dengan membimbing dan memimpin

mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat.17

iv. Al-Bujairimi menyatakan:

Siasah ialah mengelokkan urusan rakyat dan mentadbir urusan mereka.18

v. Al-Nasafi pula berpendapat:

Siasah ialah mengendalikan urusan rakyat kepada kebaikan secara lemah lembut atau

kekerasan.19

Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama Kini

Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh ulama

terdahulu. Di antara ulama yang bersetuju dengan pentakrifan di atas ialah:

i. Rizq Muhammad al-Zalbani di mana beliau menjelaskan:

Siasah Syar‘iyyah ialah mengendalikan urusan awam atau bersama berdasarkan hikmat

yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah walaupun tindakan

tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz`i.20

ii. Fathi Ahmad al-Durayni pula berpendapat:

Siasah ialah menjalankan pentadbiran negara (umat) sama ada hal ehwal dalam negara

atau luar negara berpandukan maslahah.21

iii. Dr. Muhammad Na‘im Yasin menjelaskan:

Siasah ialah pentadbiran hal ehwal rakyat yang dijalankan oleh pemimpin Islam atau

pembantunya berdasarkan maqasid al-Ammah.22

walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab.23

iv. Syeikh Abd al-Rahman Taj mendefinisikan siasah syar‘iyyah sebagai:

Page 6: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

6

Hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat,

di mana ianya hendaklah bertepatan dengan ruh syariah, selaras dengan usul-usul

kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu

tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah.24

v. Syeikh Abd al-Wahab Khallaf pula menjelaskan:

Siasah Syar‘iyyah ialah menjalankan pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan

sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar

dari batas-batas syariat dan dasar-dasar umumnya walaupun perkara itu tidak menepati

pendapat para imam mazhab.25

Berdasarkan beberapa pandangan di atas bolehlah dirumuskan bahawa siasah syar‘iyyah

merupakan sistem politik yang mentadbir kerajaan Islam, yang mengurus urusan kerajaan dan

rakyat dalam setiap aspek. Kaedah pentadbiran ini dipetik dari nas-nas syariah yang terdiri dari al-

Qur’an dan al-Sunnah yang ditafsirkan oleh para ulama. Jika sekiranya kaedah pengurusan itu

tidak disebut oleh nas al-Qur’an dan al-Sunnah maka ia hendaklah diambil daripada pendapat

imam mujtahid. Dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan ketetapan-ketetapan umum dan

kaedah-kaedah asas yang ditetapkan oleh syariah Islam. Begitu juga secara dasarnya ia tidak boleh

bercanggah dengan dalil-dalil yang nyata serta semangat perundangan Islam. Oleh itu siasah

syar`iyyah adalah suatu istilah yang digunakan membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin

dengan berpandukan sumber hukum dan kaedah ijtihad bagi membentuk sistem politik Islam.26

Hasil rumusan ijtihad mereka dalam pelbagai bidang dan sektor inilah membentuk polisi–polisi

kerajaan bagi memandu bidang-bidang yang berkaitan.

Menurut penggubalan silibus siyasah syar`iyyah sebagai suatu disiplin tersendiri mula

dicetuskan di Universiti al-Azhar pada awal bulan Jamadil Awal tahun 1342 Hijrah bersamaan

Disember 1923. Beliau sendiri sebagai gurunya pada masa itu. Subjek tersebut diajarkan kepada

kalangan graduan terpilih yang mengikuti program Kehakiman Syar`i di Universiti al-Azhar.

Menurut beliau, sebelumnya subjek ini belum pernah diajar atau dipelajari secara formal. Sebab itu

beliau mengalami sedikit kesukaran pada peringkat awalnya untuk mengajar subjek tersebut secara

sistematik.27

Page 7: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

7

Hasil inisiatif Abd al-Wahab Khallaf melalui sorotan karya-karya tertentu, beliau mencari

titik keseragaman dan penyelarasan tajuk-tajuk hingga berjaya membina tajuk tersendiri. Usaha

beliau melibatkan mengkategorikan bidang siyasah syar`iyyah kepada Dusturiyyah

(Perlembagaan), Kharijiyyah (hubungan luar) dan Maliyyah (kewangan). Kategori ini

kemudiannya dikembangkan dengan membina tajuk-tajuk melalui penjelasan-penjelasan hukum.

Usaha ini dikemaskan lagi melalui telaah perbandingan dengan sistem moden.28

Hasilnya beliau berjaya membangunkan ilmu siyasah syar`iyyah sebagai disiplin tersendiri

berbeza dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Ini dapat dibuktikan melalui pembentukan objektif

serta fokus disiplin ini. Menurut beliau objektif siyasah syar`iyyah ialah melihat hal ehawal umat

Islam ditadbir oleh sistem yang berdasarkan Islam di samping membuktikan kemampuan Islam

menjalankan sebuah pemerintahan yang adil dan merealisasikan maslahah orang ramai di pelbagai

zaman dan negara.”29

Fokusnya pula adalah untuk mengkaji setiap sistem dan peraturan yang

diperlukan dalam pentadbiran negara hingga keputusan yang terhasil selaras dengan prinsip-

prinsip Islam serta dapat memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat.30

Buku-buku Rujukan Utama Bidang Siasah Syar‘iyyah

Sumber utama bagi pengajian siasah syar‘iyyah ialah kitab-kitab turath (buku-buku klasik)

yang ditulis oleh para ulama Islam yang terkenal. Sebahagian besar buku-buku tersebut ditulis

dalam bahasa Arab dan di terbitkan di negara-negera Timur Tengah seperti di negara Lubnan,

Mesir, Syaria, Jordan dan lain-lain. Sebagai contoh di sini disenaraikan beberapa judul buku yang

telah diterbitkan sebagaimana berikut:

i. Al-Farabi (m. 339 H.), Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad, Kitab Ara’ Ahl al-

Madinah al-Fadilah, Beirut: Al-Matba‘ah al-Katulikiyah, 1959.

ii. Al-Mawardi (m. 450 H.), Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Basri al-

Baghdadi, al-Ahkam al-Sultaniyyah Wa al-Wilayah al-Diniyyah, Beirut: Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyah, t.t.

iii. Abu Ya‘la (458 H.), Muhammad Ibn al-Husayni al-Farra’, al-Ahkam al-Sultaniyyah,

Kaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, cet. kedua, 1966.

Page 8: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

8

iv. Al-Juwayni (m. 478 H.), Abdul Malik Ibn Abdullah Ibn Yusuf Ibn Muhammad Ibn

Hayyuyah al-Juwayni al-Naisaburi, Ghiath al-Umam Fi Iltiyath al-Zalam,

Iskandariyyah, t.t.

v. Abu Yusuf, Ya‘qub Ibn Ibrahim, Al-Kharaj, Kaherah: al-Matba‘ah al-Salafiyyah, cet.

ke 6, 1997.

vi. Al-Ghazali (m. 505 H.), Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad, al-Iqtisad Fi al-

I‘tiqad, Kaherah: Maktabah Wa Matba‘ah Muhammad ‘Ali Sabih Wa Awladuh, 1981.

vii. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-

Din, A‘lam al-Muwaqqi‘in, Kaherah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariyyah, 1968.

viii. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-

Din, Al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, 1995.

ix. Ibn Taymiyyah (m. 782 H.), Ahmad Ibn ‘Abd al-Halim Ibn ‘Abd al-Salam Ibn ‘Abd

Allah Ibn Abi al-Qasim Abu al-‘Abbas, al-Siyasah al-Syar‘iyyah Fi Islah al-Ra‘i Wa

al-Ra‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.

x. Ibn Khaldun (m. 808 H.), ‘Abd al-Rahman Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, Tarikh al-

‘Allamah Ibn Khaldun, Beirut: Maktabat al-Madrasah Wa Dar al-Kitab al-Lubnani, j. I,

cet. kedua, 1961.

xi. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Abu al-A‘la, Nizam al-Hayah Fi al-Islam, al-Ittihad al-

Islami al-‘Alami Li Munazzamah al-Tullabiyyah, 1981.

xii. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Nazariyyat al-Islamiyyah al-Siyasiyyah, Damsyiq: Dar al-

Fikr, 1968.

xiii. Khallaf, ‘Abd al-Wahhab, Dr., Al-Siyasah al-Syar‘iyyah Aw Nizam al-Dawlah al-

Islamiyyah Fi al-Syu’un al-Dusturiyyah Wa al-Kharijiyyah Wa al-Maliyyah, Beirut:

Muassasah al-Risalah, 1984.

Kurikullum Sains Politik Islam Di Institusi Pengajian Tinggi

Kurikulum siasah syar‘iyyah atau sains politik Islam ada ditawarkan di beberapa buah Universiti

di Malaysia dan di negara-negara lain. Antaranya ialah:

Di Indonesia kurikulum sains politik Islam ada terdapat di Universitas Islam Negeri

(Uin) Syarif Hidayatullah Jakarta31

. Kurikulum tersebut ditawarkan di Fakultas Syari'ah Dan

Page 9: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

9

Hukum di bawah program studi Siyasah Syar'iyah. Program studi Siyasah Syar'iyah bertujuan

untuk menghasilkan sarjana yang menguasai bidang studi tata negara. Mata Kuliah Keahlian

yang diberikan pada Program Studi ini meliputi: Ilmu Tafsir, Tafsir Ahkam, Hadits Ahkam,

Ushul Fiqh, Ilmu Hukum, Fiqh Siyasah, Fiqh Jinayah, Al-Fatwa, Metodologi Penelitian Siyasah,

Ilmu Falak, Fiqh Mawarits, Fiqh Munakahat, Qawaid Fiqhiyah, Hukum Pidana dan Acara

Pidana, Hukum Tata Negara, Hukum Islam di Indonesia, Muqaranah Mazahib fi al-Jinayat,

Tarikh Tasyri', Kriminologi, dan Fiqh Ibadah.32

Selain itu terdapat juga jurusan Jinayah Siyasah

(Pidana/Tata Negara). Program Studi Pidana Islam bertujuan menghasilkan sarjana yang

menguasai bidang studi pidana Islam. Mata Kuliah Keahlian yang diberikan dalam Program

Studi ini meliputi: Ilmu Tafsir, Tafsir Ahkam, Hadits Ahkam, Ushul Fiqh, Ilmu Hukum, Fiqh

Siyasah, Fiqh Jinayah, Al-Fatwa, Metodologi Penelitian Siyasah, Ilmu Falak, Fiqh Mawaris,

Fiqh Munakahat, Qawaid Fiqhiyah, Hukum Pidana dan Acara Pidana, Hukum Tata Negara,

Hukum Islam di Indonesia, Muqa-ranah Mazahib fi al-Jinayat, Tarikh Tasyri', Kriminologi, dan

Fiqh Ibadah. Untuk mendapatkan Ijazah Strata 1 jumlah kredit yang perlu diambil oleh para

mahasiswa ialah sebanyak 144 jam kredit. Subjek yang ditawarkan berbentuk menyeluruh dan

kontemporari iaitu gabungan subjek Sains Politik Islam dan moden.

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kurikulum sains politik ditawarkan di

Jabatan Sains Politik, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Ijazah yang di keluarkan

ialah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik). Kurukulum Sains Politik di bawah

program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik) ini adalah bertujuan untuk

menghasilkan graduan yang berpengetahuan tentang politik menurut perspektif Islam dan

konvensional. Ini bagi membolehkan mereka bersedia untuk menjadi pemimpin negara dan

umat. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan adalah terdiri dari empat bidang pengkhususan

iaitu; Politik Perbandingan, Perhubungan Antarabangsa, Teori Politik dan Falsafah serta

Pentadbiran Awam.33

Kursus sains politik yang ditawarkan ini memberi ruang kepada pelajar untuk memilih

jurusan Sains Politik sebagai bidang utama pengajian atau major dalam program Sains Politik di

jabatan tersebut. Pelajar juga boleh mengambil jurusan sains politik dalam bentuk double majors

atau double degrees serentak dengan bidang-bidang sains sosial yang lain seperti bidang

Komunikasi, Psikologi, Sejarah, Sosiologi, Antropologi, Undang-undang, Sains Maklumat,

Ekonomi atau diambil serentak dengan bidang ilmu-ilmu Islam seperti bidang fiqh, Al-Quran

dan Sunnah, dan Usuluddin dan Perbandingan Agama. Jabatan ini memperkenalkan program

Page 10: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

10

sains politik menurut perspektif Islam. Ia juga mengutamakan penerapan nilai-nilai Islam dalam

kerangka Sains Politik konvensional.

Di Universiti Sains Islam Malaysia Kurikulum sains politik Islam berada di bawah

tanggungjawab Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Objektif penubuhan Fakulti Kepimpinan

dan Pengurusan adalah untuk menghasilkan graduan yang pakar dalam falsafah dakwah dan

pengurusan serta dapat menyumbang kepada pembangunan dakwah moden. Ia juga bertujuan

untuk melahirkan graduan yang matang dalam bidang pengajian Islam dan komited dalam

bidang dakwah dan pengurusan. Selain itu objektifnya ialah menghasilkan graduan yang mampu

untuk menjalankan tugas secara profesional dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat

dan negara dalam bidang dakwah.34

Jumlah kam kredit yang perlu diambil oleh pelajar ialah

sebanyak 131 jam kredit.

Di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu, kurikulum sains politik Islam ada

ditawarkan di Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Jabatan ini baru di

tubuhkan pada tahun 2006. Kurikulum yang diperkenalkan tertumpu kepada bidang antropologi

dan dakwah, kerja sosial, penyampaian perkhidmatan, politik dan urus tadbir, serta

pembangunan keluarga dan komuniti. Matlamat penawaran program tersebut adalah untuk

melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran memimpin dan berpengetahuan sesuai dengan

cabaran semasa masyarakat dan negara. Ijazah yang dikeluarkan ialah; Ijazah Sarjana Muda

Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Dengan Kepujian.35

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kurikulum sains politik Islam ditawarkan

di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Islam, Fakulti Pengajian Islam.36

Namun demikian subjek

teras di jabatan tersebut ialah dakwah dan kepimpinan Islam. Ini berbeza dengan program yang

terdapat di Akademi Pengajian Islam di mana subjek dakwah tidak diajar di Jabatan Siasah

Syar‘iyyah tetapi diajar di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Selain itu di Al-Fateh

University Tripoli, Libya kurikulum sains politik ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Sains

Politik (Faculty of Economics and Political Sciences). Ijazah yang dikeluarkan ialah Bachelor in

Political Sciences.37

Terdapat beberapa elemen persamaan dengan apa yang ditawarkan di

Akademi Pengajian Islam bagi subjek-subjek politik dan pentadbiran Islam. Tetapi ada sedikit

perbezaan di mana Universiti al-Fateh memberi fokus kepada teori Politik Timur Tengah dan

Page 11: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

11

hubungan antarabangsa negara-negara Arab sedangkan di APIUM Fokusnya ialah gabungan

subjek sains politik Islam dan moden serta pentadbiran Islam dan moden.

Kurikulum Sains politik Islam Di APIUM

Kurikullum siasah syar‘iyyah telah diperkenalkan oleh Akademi Pengajian Islam sejak

Akademi tersebut mula ditubuhkan secara rasmi pada 1 haribulan April 1981. Dibawah struktur

lama sebelum 1996, Akademi Pengajian Islam dikenali dengan nama Akademi Islam. Terdapat

dua fakulti yang ada di Akademi Islam pada masa itu iaitu fakulti Syari‘ah dan fakulti Usuluddin.

Pada peringkat awal di kedua-dua fakulti tersebut tidak terdapat jabatan-jabatan seperti yang ada

sekarang. Kursus Siasah Syar‘iyyah dan politik Islam ada ditawarkan untuk pelajar-pelajar di

Fakulti Syariah. Cuma sebahagian dari kursus tersebut sahaja dikira sebagai kursus wajib dan

sebahagian yang lain pula dianggap sebagai kursus elektif untuk pelajar-pelajar Syariah. Manakala

kursus-kursus pentadbiran pula ditawarkan secara elektif bagi pelajar-pelajar dari fakulti

Usuluddin dan fakulti Syariah.

APIUM seperti yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan

Pengajian Islam dan Akademi Islam. Sebelum tahun 1996 Jabatan Pengajian Islam dan Akademi

Islam merupakan dua institusi yang berlainan dan wujud secara terpisah dalam Universiti Malaya.

Kurikullum Siasah Syar‘iyyah dan pentadbiran telah diperkenalkan secara lebih meluas di

Akademi Pengajian Islam selepas tertubuhnya Jabatan Siasah Syar‘iyyah. Penubuhan Jabatan

Siasah Syari’yyah adalah hasil daripada penstrukturan semula antara Jabatan pengajian Islam dan

Akademi Islam pada 15 Januari 1996, yangmana kedua-duanya sebelum ini merupakan dua

komponen yang terpisah.38

Ini bertujuan supaya kursus-kursus dapat diajar secara lebih mendalam

dan lebih berkesan.39

Daripada penstrukturan semula inilah nama asal Akademi Islam telah ditukar

kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Jabatan Siasah Syar‘iyyah di APIUM juga merupakan satu-satunya jabatan politik dan

pentadbiran Islam yang ditubuhkan di Malaysia. Di bawah strukturnya yang baru selepas tahun

1996 Akademi Pengajian Islam dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pengajian

Syariah, Bahagian Pengajian Usuluddin dan Bahagian Pengajian Bersama. Setiap bahagian

mengandungi beberapa jabatan. Jabatan Siasah Syar‘iyyah telah diletakkan di bawah program

pengajian Syariah dimana ianya merupakan salah satu daripada lima jabatan yang baru

Page 12: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

12

ditubuhkan di Bahagian Pengajian Syariah. Penubuhanya adalah selari dengan penubuhan

jabatan-jabatan lain di Bahagian Pengajian Syariah. Objektif umum penubuhannya ialah supaya

kursus-kursus dapat ditawar dan diajar dengan lebih mendalam dan berkesan serta lebih mudah

difahami, tersusun dan mudah untuk dikuasai oleh pelajar dengan berkesan, di samping bagi

melahirkan ilmuan agama yang pakar di dalam bidang masing-masing. Program yang

dikendalikan oleh Jabatan Siasah Syar‘iyyah pada masa itu lebih dikenali sebagai Sarjana Muda

Syariah (Siasah Syar‘iyyah) atau ijazah yang dianugerahkan ialah Ijazah Sarjana Muda Syariah,

Siasah Syar‘iyyah (Major).40

Sebelum semakan semula kurikulum dilakukan pada tahun 2009,

bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Syariah seseorang pelajar hanya perlu

menyelesaikan sebanyak 102 jam kredit atau dalam tempoh pengajian selama 6 semester

sahaja.41

Semakan Semula Kurikulum Sains Politik Islam di APIUM Tahun 2009

Pada tahun 2009 usaha penyemakan semula kurikulum telah dilakukan di Jabatan Siasah.

Tujuan semakan tersebut ialah bagi memenuhi keperluan Kerangka kelayakan Malaysia

yang menggariskan supaya jumlah kredit bagi program sarjana muda mesti sekurang-

kurangnya mengandungi 120 jam kredit pembelajaran dan memberi penekanan kepada hasil

pembelajaran. Semakan Kurikulum itu juga merupakan salah satu mekanisme untuk

mengukur dan sebagai penanda aras (benchmark) serta memastikan kursus yang

ditawarkan dalam program adalah relevan kepada perkembangan ilmu dan kehendak

pasaran samada di peringkat tempatan atau di peringkat antarabangsa.42

Program Sarjana Muda

Syariah (Sains Politik Islam) yang baru diperkenalkan mulai semester 1 sesi pengajian

2010/2011 merupakan program pengajian dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan jam

kreditnya telah ditetapkan sebanyak 125, dalam tempoh pengajian sekurang-kurangnya 7

semester dan maksimum 11 semester.

Semasa kerja-kerja semakan semula kurikulum dilakukan, ahli jawatankuasa semakan

telah mencadangkan supaya nama asal program Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar’iyyah)

ditukar kepada Ijazah Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam). Manakala nama jabatan

masih kekal sebagai Jabatan Siasah Syar‘iyyah Akademi Pengajian Universiti Malaya,

sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pentadbiran Universiti Malaya. Mesyuarat Jabatan

Siasah Syar‘iyyah pada 8.8.2008 dan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Khas Semakan

Page 13: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

13

Kurikulum pada 24.9.2008 juga telah membincangkan keperluan pertukaran nama

tersebut.43

Kedua-dua mesyuarat telah bersetuju untuk menukar nama Sarjana Muda Syariah

(Siasah Syar’iyyah) kepada Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam) kerana beberapa

sebab. Antaranya sebabnya ialah, (1) Nama Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam) lebih

mudah difahami pelajar dan masyarakat. (2) Perbincangan juga telah diadakan dengan

ahli jawatankuasa Lajnah Siasah Syar’iyyah bertarikh 5.11.2008 berkenaan perkara ini dan

hasil perbincangan mendapati; (a) Pelajar beranggapan nama Siasah Syar’iyyah kurang sesuai

dan tidak berjaya menarik perhatian mereka. (b) Pelajar juga beranggapan nama program

Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar’iyyah) menggambarkan hanya kursus-kursus politik sahaja

yang diajar di jabatan. Sedangkan sebenarnya kurikulum Sains Politik Islam merupakan

gabungan antara bidang politik, pentadbiran, perhubungan antarabangsa Islam dan lain-

lain.44

Semakan kurikulum pada tahun 2009 juga dibuat kerana beberapa keperluan profesional

dalam bidang Sains Politik Islam di Malaysia. Malaysia memerlukan lebih ramai penyelidik

yang mempunyai asas dalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Islam. Ia juga bagi memenuhi

keperluan pembangunan modal insan khususnya dalam bidang Politik dan Pentadbiran Islam.

Ini selaras dengan teras utama RMK9 untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan kreativiti

dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Selain itu ia dilakukan untuk memenuhi

keperluan kerjaya di sektor awam dan swasta seperti institusi pentadbiran, pendidikan,

penyelidikan dan badan-badan profesional yang lain. Usaha ini diharap dapat memenuhi

keperluan guna tenaga selaras dengan perkembangan teknologi dalam bidang politik dan

pentadbiran di Malaysia.

Matlamat Kurikulum Sains Politik Islam di APIUM

Visi utama Program Sains Politik Islam di APIUM ialah untuk melahirkan program

cemerlang dan terkemuka dalam bidang Sains Politik Islam yang mendapat pengiktirafan di

peringkat global. Misinya pula ialah untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains

Politik Islam dengan menyediakan program pengajian terkini. Objektif kurikulum pula ialah

untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains Politik Islam yang memiliki nilai,

etika, integriti dan profesionalisme yang tinggi agar dapat berdaya saing dalam persekitaran

kompetitif, dan dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara dan global.

Page 14: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

14

Dari segi hasil pembelajaran program (programme outcome) adalah diharapkan para siswazah

dapat :

i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang Sains Politik Islam.

ii. Menggunakan kemahiran perisian komputer untuk memahami dan menganalisis isu

politik Islam.

iii. Menunjukkan tanggungjawab sosial dan tanggungjawab terhadap persekitaran

ketika melibatkan diri dalam bidang politik dan pentadbiran Islam.

iv. Mengamalkan nilai-nilai positif, sikap terpuji dan profesionalisme dalam bidang politik

dan pentadbiran Islam.

v. Mengamalkan komunikasi berkesan, bekerja secara berpasukan dan memiliki sifat-sifat

kepimpinan semasa melibatkan diri dalam masyarakat.

vi. Menggunakan keupayaan saintifik dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang

berkaitan dengan politik dan pentadbiran Islam.

vii. Memiliki dan menguruskan maklumat dan pengetahuan yang relevan dengan politik dan

pentadbiran Islam, serta mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat.

viii. Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam kerjaya politik dan

pentadbiran Islam.

Kandungan Kurikulum Sains Politik Islam di Universiti Malaya

Antara faktor terpenting yang memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan pendidikan

Islam ialah wujudnya silibus dan kurikulum yang mantap dalam pengajiannya.45

Dari segi

struktur, jumlah jam kredit keseluruhan Program Sains Politik Islam yang baru diperkenalkan

ialah 125 jam kredit yang terdiri daripada; 21 jam kredit kursus Universiti yang memberi

penekanan kepada pengetahuan umum dan pembentukan sahsiah. 11 jam kredit kursus akademi

yang memberi penekanan kepada asas pengajian Islam, 42 jam kredit kursus teras wajib jurusan

syariah, 36 jam kredit kursus Sains Politik Islam di Jabatan yang memberi penekanan kepada

ilmu Sains Politik Islam dan 15 jam kredit kursus elektif yang membuka pemikiran dan minda

kepada pelbagai ilmu pengetahuan. Di sini penulis kemukakan senarai beberapa subjek Sains

Politik Islam yang ditawarkan oleh Jabatan Siasah Syar‘iyyah APIUM untuk tujuan

perbincangan dan penilaian bersama. Terdapat dua bidang utama yang ditawarkan iaitu bidang

politik dan bidang pentadbiran.

Page 15: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

15

Subjek-subjek Dalam Bidang Politik

1. IHEH 1101 Pengantar Sains Politik

Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar-pelajar kepada bentuk dan kawasan tinjauan ilmu

Sains Politik, mengupas soal-soal definisi ilmu Sains Politik; meninjau bidang-bidang ini seperti

negara, kuasa, ideologi politik, teori pengasingan kuasa dan sistem demokrasi. Ia akan turut

menyentuh politik Malaysia seperti struktur jentera kerajaan, sistem parti dan perundangan.

2. IHEH 1105 Kaedah-Kaedah Siasah Syar‘iyyah

Menghuraikan konsep Siasah Syar‘iyyah dan juga metode-metode yang digunakan dalam Siasah

Syar‘iyyah.Kursus ini juga memberi beberapa contoh aplikasi penggunaan Siasah Syar‘iyyah

dalam bidang politik.

3. IHEH 1106 Sejarah Perkembangan Politik Islam

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan politik Islam

dalam sejarah pemerintahan negara-negara Islam di zaman lampau. Ini termasuklah di zaman

Rasullullah, zaman sahabat, tabi‘in dan seterusnya. Selain dari mendedahkan fakta sejarah

kepada para pelajar, kursus ini akan dijalankan dalam bentuk analisis dan perbincangan secara

kritis terhadap fakta-fakta sejarah yang ada. Ini termasuklah menilai sumber-sumber sejarah dan

kaedah mengambil pengajaran darinya.

4. IHEH 2101 Sejarah Pemikiran Politik Moden

Kursus ini menghuraikan perkembangan pemikiran politik yang merujuk kepada konsep kuasa,

ketertiban (order), kewajiban, kebebasan dan kesaksamaan hak. Ide masyarakat, negara,

pemerintahan (kerajaan dan kedaulatan), individu dan hak dan obligasi politik akan juga diberi

perhatian. Aliran-aliran pemikiran seperti konservatisme, liberalisme dan sosialisme akan juga

dikaji.

5. IHEH 2103 Institusi Politik Islam

Kursus ini untuk memperkenalkan kepada para pelajar Institusi-institusi politik yang terdapat

dalam sistem kerajaan Islam serta fungsi institusi tersebut dalam membangunkan masyarakat dan

negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep pengagihan kuasa kepada legislatif, eksekutif

dan judikatif dan peranannya sebagai sebuah institusi. Selain itu turut dimuatkan tentang

Page 16: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

16

perbahasan konsep al-Dawlah, al-Khilafah, al-wizarah, al-Imamah dan pertubuhan politik yang

lain sebagai sebuah institusi utama dalam sistem politik Islam.

6. IHEH 3110 Perhubungan Antarabangsa Islam

Kursus ini akan membincangkan perhubungan Islam dan peraturan yang mengawal masyarakat

antarabangsa. Ianya akan meliputi : Konsep perhubungan Islam Antarabangsa dan sejarah

perkembangannya, serta sumber-sumbernya. Turut dikaji ialah Negara, termasuk persoalan-

persoalan mengenai rakyat, negeri dan kedaulatan. Begitu juga persoalan-persoalan tentang

kelahiran dan pengiktirafan terhadap kewujudan sesuatu negara itu, hak-hak dan segala

kewajipannya di peringkat antarabangsa. Kursus ini akan menekankan bentuk-bentuk

perhubungan Antarabangsa Islam yang meliputi konsep perdamaian dan peperangan.

Walaubagaimanapun kursus ini juga akan melihat bentuk diplomasi yang dijalankan di zaman

kegemilangan Islam dan yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam kini.

7. IHEH 3114Kepimpinan Islam

Kursus ini akan mendedahkan pelajar tentang konsep kepimpinan serta sumber kuasa politik

bersama institusi perwakilan politik dalam sistem pemerintahan sebuah negara menurut

perspektif Islam. Lanjutan itu konsep kepimpinan Islam mengikut al-Qur’an dan al-Sunnah akan

dikupas. Selain itu ia juga membincangkan persoalan penyerahan kuasa politik kepada pihak

pimpinan dan peranan Majlis al-Syura dalam kerajaan Islam.

8. IHEH 3118 Etika Ahli Politik Dalam Islam

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada adab-adab dan peraturan yang digariskan oleh

Islam dalam menjalankan kegiatan politik dan pentadbiran. Etika merupakan satu elemen yang

amat penting dalam politik kerana ia dapat memimpin ahli politik dan masyarakat kepada

kegiatan politik yang sihat dan membina. Kursus ini merangkumi definisi etika politik dan etika-

etika berpolitik seperti ikhlas, amanah, bertanggungjawab, bersungguh-sungguh, istiqamah, tidak

khianat, berani, tegas dan sebagainya. Contoh-contoh amalan etika politik dalam sejarah

pemerintahan Islam akan disentuh. Di samping itu penilaian terhadap amalan etika politik

semasa juga akan dibincangkan

Page 17: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

17

9. IHEH 3280 Kertas Projek

Kursus ini bertujuan melatih pelajar menjalankan penyelidikan ilmiah dengan mengaplikasikan

metode-metode kajian yang sesuai dengan masalah kajian yang dikaji. Pelajar akan diselia oleh

seorang penyelia yang pakar dalam bidang kajiannya dari jabatan untuk memastikan kerja-kerja

penyelidikan teratur dan data-data yang diperolehi mempunyai nilai validity dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Di akhir semester, pelajar perlu mengemukakan hasil laporan

penyelidikannya dengan mengikut format penulisan ilmiah yang telah ditentukan oleh akademi.

10. IHEH 2305 Pemikiran Politik Islam Perbandingan

Kursus ini secara umumnya untuk mengkaji pemikiran Islam secara topikal yang menyentuh

tentang pemikiran tokoh, aliran tradisi dan moden melalui perbandingan. Oleh itu, pelajar akan

didedahkan dengan faktor-faktor yang mempunyai kesan terhadap lahirnya kepelbagaian politik.

Selain itu, turut didedahkan aliran pemikiran politik yang dibawa oleh tokoh atau aliran. Pelajar

juga akan mengkaji pemikiran politik yang diketengahkan dalam topik tertentu secara

perbandingan.

11. IHEH 3313 Islam dan Ideologi Moden

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada berbagai-bagai ideologi moden dan

menganalisa perbezaan-perbezaan atau persamaan dengan Islam sebagai sistem hidup yang

menyeluruh. Pelajar akan didedahkan kepada usaha manusia untuk mencari “negara yang

sempurna”. Dengan itu lahirlah beberapa falsafah untuk mencipta acuan negara yang diidamkan.

Justeru kursus ini membandingkan beberapa aspek yang tertonjol dalam ideologi tersebut dengan

Islam.

Subjek-subjek Dalam Bidang Pentadbiran

1. IHEH 3111 Pentadbiran dan Dasar Awam Malaysia

Kursus ini akan mendedahkan teori pentadbiran awam dan perlaksanaannya dalam konteks

Malaysia. Ia juga akan memperlihatkan perkembangan dan gaya Pentadbiran Awam di Malaysia

dari sebelum hinggalah selepas kemerdekaan. Selain itu pelajar akan menganalisa keperluan

perubahan dalam pentadbiran awam di Malaysia berasaskan perubahan dan tuntutan masyarakat.

2. IHEH3116 Sistem Pentadbiran Islam

Page 18: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

18

Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan konsep pentadbiran dalam Islam serta perkembangannya

di zaman kegemilangan Islam. Antaranya di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa’ al-Rasyidin.

Selain dari itu, ia juga bertujuan mengenalpasti struktur, sistem serta peranan para pentadbir pada

ketika itu. Sistem-sistem utama seperti syura, khilafah dan wizarah juga dibincangkan.

3. IHEH 3120 Pentadbiran Organisasi Awam Islam

Bahagian pertama kursus ini akan menjelaskan konsep dan bentuk organisasi awam Islam

Malaysia. Penerangan juga meliputi peranan dan kepentingan yang dimainkan oleh organisasi

awam Islam. Bahagian kedua kursus ini akan menjelaskan beberapa isu penting yang dihadapi

dan perlu diselesaikan oleh organisasi awam Islam Malaysia.

4. IHEH2302 Pentadbiran Politik Dan Masyarakat Malaysia

Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman tentang konsep pentadbiran politik serta latar

belakang pentadbiran politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Ia melibatkan

secara ringkasnya sejarah politik di Malaysia. Penelitian diberi terhadap struktur pentadbiran

politik Malaysia (seperti perlembagaan, parlimen, birokrasi, parti-parti politik dan pilihanraya)

dan peranan masyarakat sebelum dan selepas kemerdekaan. Penggubalan dasar yang melibatkan

elemen etnisiti dan komunalisme serta kaitannya dengan sistem politik negara. Akhirnya

meninjau kesan pentadbiran politik dengan budaya politik masyarakat.

5. IHEH 2306 Pengurusan Kualiti Perbandingan

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep dan ciri-ciri pengurusan kualiti. Pendapat

guru-guru kualiti juga akan dibincangkan. Konsep, ciri-ciri dan model mengenai Pengurusan

Kualiti Menyeluruh (TQM) juga akan dibahaskan. Sebagai perbandingan, kursus juga

mengetengahkan kritik terhadap pengurusan kualiti daripada perspektif Islam. Dibincangkan

juga perbezaan pengurusan kualiti konvensional dan pengurusan kualiti islam. Akhirnya,

dibahaskan bagaimana integrasi pengurusan kualiti dilakukan dengan menyuntik elemen-elemen

pengurusan Islam terhadap pengurusan kualiti masa kini.

6. IHEH 3303 Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi

Kursus ini akan mengenalpasti aspek-aspek utama dan masalah-masalah mengenai pentadbiran

kakitangan di sesebuah organisasi. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuklah

kepentingan pentadbiran kakitangan di sesebuah organisasi . Selain itu, konsep-konsep utama,

Page 19: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

19

isu, cabaran dan teknik-teknik utama pentadbiran kakitangan. Beberapa aspek kelakuan

organisasi akan turut disentuh.

7. IHEH 3319 Etika Penjawat Awam Dalam Islam

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran memahami aspek etika Islam

dalam berorganisasi bagi mencapai matlamat melahirkan bakal-bakal penjawat awam Islam yang

berakhlak mulia. Untuk itu kursus ini menerangkan secara khusus tentang tanggungjawab

beretika dalam sektor awam, konsep-konsep penting tentang etika kerja dalam pentadbiran

Islam, contoh-contoh etika dalam sejarah Islam, kepentingan beretika dalam perkhidmatan awam

dan kajian kes-kes semasa yang memaparkan isu etika penjawat awam.

8. IHEH 3380 Latihan Industri

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar melaksanakan latihan praktikal lapangan di

organisasi-organisasi tertentu seperti jabatan kerajaan, syarikat swasta atau NGO yang berkaitan

dan relevan dengan program yang dipelajari. Latihan ini dibimbing dan diselia oleh pihak

organisasi dan pensyarah daripada Sains Politik Islam, APIUM.

Peluang Pekerjaan Bagi Graduan Bidang Sains Politik Islam APIUM

Para graduan lepasan Jabatan Siasah Syar`iyyah akan berpeluang untuk menceburkan diri

di dalam profesion-profesion yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga di

peringkat negeri-negeri di Malaysia serta mempunyai peluang yang luas untuk berkhidmat dengan

mana-mana kerajaan di peringkat antarabangsa. Selain itu mereka sesuai untuk berkhidmat dengan

badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan NGO dan lain-lain samada di

Malaysia atau peringkat antarabangsa. Secara khususnya antara kerjaya atau jawatan yang layak

disandang oleh graduan jabatan ini ialah:

i. Berkhidmat dalam bidang pendidikan seperti sebagai pensyarah, pembantu pensyarah,

tutor, Pegawai Pendidikan Siswazah dan lain-lain di Institusi-institusi Pendidikan Awam

dan Swasta. Mereka mempunyai peluang yang cerah untuk meneruskan pengajian di

peringkat M.A. dan Ph.D samada di Malaysia atau luar negara.

ii. Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia atau guru

di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Mereka biasanya terlebih

Page 20: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

20

dahulu mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah atau Diploma Pendidikan di

Universiti atau di Maktab Perguruan di Malaysia.

iii. Berkhidmat dalam bidang pentadbiran seperti; sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik

(PTD), Pegawai Tadbir, Pegawai Penguat Kuasa, Pegawai Penerbitan dan lain-lain.

Graduan ini biasanya dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selepas

temuduga dan ujian yang diadakan. Graduan akan mengikuti latihan anjuran Institut

Tadbiran Awam Negara Malaysia, kemudian dilantik sebagai Pegawai Tadbir.

iv. Pegawai Tadbir di Jabatan Agama Negeri-negeri seluruh Malaysia berdasarkan keperluan.

v. Sebagai Pegawai di badan-badan berkanun dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO). Contohnya di Bank Islam, Syarikat Takaful Nasional dan lain-lain.

vi. Kerjaya dalam bidang politik seperti menjadi Wakil Rakyat, Setiausaha Politik,

Setiausaha Akhbar, penganalisa politik dan lain-lain.

Walaubagaimanapun ini hanya sebahagian sahaja dari ruang dan peluang kerjaya yang

boleh disenaraikan di sini. Yang paling utama ialah, Siasah Syar‘iyyah ini sebenarnya adalah teras

dan kemuncak kepada seluruh pengajian Islam. Ia bukan sekadar mendedahkan para mahasiswa

tentang keunggulan sistem politik islam dan pentadbirannya, malah menyediakan kemampuan dan

kepakaran untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Tanpa Siasah Syar‘iyyah, Syariah sukar

didaulat atau dimartabatkan sewajarnya. Bertitiktolak dari sinilah, maka satu rangka bagi program

pengajian Siasah Syar‘iyyah yang bersepadu telah dihasilkan. Program ini dimantapkan lagi

dengan kombinasi pengajian politik dan pentadbiran moden. Ini sekaligus memberikan

keistimewaan kepada Jabatan ini untuk melahirkan satu indentiti pemimpin dan pentadbir muslim

yang unggul di semua peringkat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, bidang siasah syar‘iyyah yang kini lebih dikenali dengan Ilmu Sains Politik

Islam merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting dalam pengajian Islam. Ilmu ini sentiasa

relevan sepanjang masa kerana ia sentiasa sesuai dengan perubahan masa dan keadaan. Oleh itu

kurikulum siasah syar‘iyyah atau sains politik Islam sepatutnya terus diajar dan di perkenalkan di

pusat-pusat Pengajian tinggi Islam. Terbukti ia masih ditawarkan di beberapa buah Universiti di

Malaysia dan di negara-negara Islam yang lain. Tanggungjawab utama umat Islam hari ini ialah

malaksanakan kurikulum tersebut secara berkesan sehingga dapat melahirkan para graduan yang

Page 21: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

21

berketerampilan, bermutu tinggi dan bersedia untuk bersaing dalam persekitaran sejagat yang

kompetitif. Untuk melahirkan generasi yang berketerampilan dalam semua bidang ilmu,

kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan mestilah mengambil pendekatan

multidisiplinary kerana pelbagai disiplin ilmu seperti politik, pentadbiran, hubungan antarabangsa,

teknologi maklumat, perniagaan, ekonomi dan lain-lain saling berkaitan antara satu sama lain.

Para pensyarah sudah tentu memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan hala tuju

masa depan yang gemilang kepada para pelajar bimbingannya. Para mahasiswa pula perlu

menerima segala cadangan yang baik untuk menjadikan diri mereka insan kamil yang seimbang

dalam semua aspek kehidupan.

Nota Hujung

1 Dr Bharuddin Che Pa merupakan pensyarah dan Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2 Profesor Madya Dr Shukeri Mohamad merupakan Profesor Madya di Program Asasi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Nilam Puri, Kelantan.

3 Dr Siti Arni Basir merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

4 Al-Muqirri (1994), al-Misbah al-Munir, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, j. 2, h. 295.

5 Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, Beirut, j. 6, h. 108. Lihat juga al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad Ibn ‘Umar

Ibn Hussin (1992), Mukhtar al-Sihhah, Beirut: t. pt., h. 135.

6 Al-Zubaydi (t.t.), Taj al-‘Arus Min Jawahir al-Qamus, Beirut: Dar al-Maktabah al-Hayah, j. 4, h. 169; Lihat juga

Ibrahim Anis (t.t.), al-Mu‘jam al-Wasit, t.tp., h. 462.

7 Al-Tahir, Ahmad al-Zawawi (t.t.), Tartib al-Qamus al-Muhit, Beirut, j. 2, h. 646.

8 Ibn Manzur (1990), op.cit., j. 7 h. 413.

9 Shukeri Mohammad (1999), Siasah Syar`iyyah dan kedudukannya Sebagai Metod Penentuan hukum. Dalam

Abdul Karim Ali dan Raihanah Hj. Azhari (ed.) (1999), Hukum Islam Semasa bagi Masyarakat Malaysia yang

Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 99.

10

Ibrahim Anis dan lain-lain (t.t.), t.tp., Al-Mu‘jam al-Wasit, c. 2, j. 1, h. 681.

11

Badran Abu al-‘Ayn (t.t) al-Syari‘ah al-Islamiyyah. Iskandariyyah: Mu’assasah Syabab al-Jami‘ah, h. 27.

12

Yusuf Hamid al-‘Alim (Dr.), (t.t.), al-Maqasid al-‘Ammah Li al-Syari‘ah al-Islamiyyah, Khartoum: Dar al-

Sudaniyyah Li al-Kutub, h. 19-21.

13

Ahmad al-‘Ayid (t.t.), Mu‘jam al-Asasi, t.tp., al-Munazzamah al-Arabiyyah Li al-Tarbiyyah Wa al-Thaqafah wa

al-‘Ulum: Jami‘ah al-Duwal al-‘Arabiyyah, Larus, h. 681.

14

Haji Said Haji Ibrahim (1997), Manhaj Ilmu Fiqh, Kuala Lumpur: Dar al-Ma‘rifah, h. 3833.

Page 22: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

22

15

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.t.), al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, h. 11.

16

Zainuddin Ibn Nujaim (t.t.), al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanzu al-Daqa’iq, c. ke 3, Dar al-Kitab al-Islami, j. 5. h. 11.

17

Muhammad Amin Ibn ‘Abidin (1966), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ‘Ala al-Durr al-Mukhtar, c. 3, Beirut: Dar al-

Fikr, j. 4, h. 15.

18

Sulayman Ibn ‘Umar Ibn Muhammad al-Bujayrimi (1965), Hasyiyah al-Bujayrimi ‘Ala al-Manhaj, Kaherah:

Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, j. 2, h.178.

19

Najm al-Din Ibn Hafs al-Nasafi (1311 H.), Talabah al-Talabah Fi al-Istilah al-Fiqhiyyah, Baghdad: Maktabah al-

Muthna, h.167.

20

Rizq Muhammad al-Zalbani (t.t.), Mudhakkirah Fi Maddah al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Kaherah: Matba‘ah al-

Syarq, h. 19.

21

Fath al-Durayni (1987), Khasa’is al-Tasyri‘ al-Islami Fi al-Siyasah Wa al-Hukm, Beirut, h. 189.

22

Muhammad Na‘im Yasin, Dr. (1992), Muzakkirah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Amman: Jami‘ah al-Urduniyyah.

23

Abd al-Wahab Khallaf (1988) al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi al-Syu’un al-Dusturiyyah wa al-Kharijiyyah wa al-

Maliyyah. Kuwait: Dar al-Qalam Li Nasr wa al-Tawzi‘, h. 17.

24

‘Abd al-Rahman Taj (1415 H), al-Siyasah al-Syar‘iyyah Wa al-Fiqh al-Islami, Kaherah: al-Azhar, h. 12.

25

Abd al-Wahab Khallaf (1988), op. cit., h. 17.

26

Sistem politik Islam bermaksud peraturan –peraturan dasar dan kaedah-kaedah pelaksanaan yang menjadi garis

panduan serta landasan para pemimpin dan kerajaan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara yang

melibatkan pelbagai sektor dan kementerian.

27

Abd al-Wahab Khallaf (1988), op. Cit., h.5.

28

Ibid. hh. 6-7.

29

Ibid. h. 7.

30

Ibid.

31 Fakultas Syari'ah dan Hukum, Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta; Lihat,

http://www.uinjkt.ac.id/index.php/fakultas/fsh/info-fakultas.html.

32 Ibid.

33

Bachelor of Human Sciences in Political Science; http://www.iium.edu.my/programmes-courses#ug_irkhs

34

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam alaysia; http://www.usim.edu.my/usimweb/index.

35

Jabatan Sains Sosial Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Lihat http://www.fki.udm.edu.my/index

36

Fakulti Pengajian Islam, UKM; http://www.ukm.my/fpi/

37

Lihat Alfateh University; http://www.university-directory.eu/Libya/Alfateh-University.html#

38

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 1997/98,

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 3.

Page 23: TAJUK KURIKULLUM SAINS POLITIK ISLAM DI … · Kurikulum Sains Politik Islam yang diperkenalkan di ... Pengurusan Kualiti Perbandingan, ... haiwan dan pelbagai urusan yang lain.6

23

39

Akademi Islam Universiti Malaya (1986), Dalil Akademi Islam Universiti Malaya 1986/87, Kuala Lumpur:

Akademi Islam Universiti Malaya, hh. 136-137.

40

Nama tersebut masih digunakan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah yang dianugerahkan kepada pelajar-pelajar

Jabatan Siasah Syar‘iyyah dalam Konvekesyen yang diadakan pada 5 Oktober 2011 yang lalu. Lihat Universiti

Malaya, Istiadat Konvokesyen 3-8 Oktober 2011, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hh. 145-153.

41

Akademi Pengajian Islam (2003), Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 2003/2004, Kuala

Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 36.

42

Lihat Jabatan Siasah Syar‘iyyah (2009), Dokumen Pengiktirafan Program Sedia Ada Untuk Kelulusan

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar‘iyyah, h. 3.

43

Rujuk minit mesyuarat Jabatan Siasah Syar‘iyyah pada 8.8.2008 dan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Khas

Semakan Kurikulum pada 24.9.2008 yang memutuskan perlunya menukarkan nama Sarjana Muda Syariah

(Siasah Syar‘iyyah) kepada Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam).

44

Rujuk minit perbincangan antara Ketua Jabatan Siasah Syar‘iyyah dengan Ahli Jawatankuasa Lajnah Siasah

Syar’iyyah yang bertarikh 5.11.2008.

45

Mohd Fauzi Hamat, Dr, Pengajian Akidah Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Di Malaysia: Analisis

Terhadap Silibus Pengajian Di UM dan UKM, dalam Jurnal AFKAR, bil. 7, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan

Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.