pkp 3106.docx

Upload: chee-yuin

Post on 14-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    1/20

    1

    Pengenalan

    Dalam subjek Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan (PKP 3106), fokus

    utamanya ialah jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan dalam pendidikan

    pemulihan serta cara-cara pentaksiran bagi masalah murid pemulihan. Misalnya

    masalah pembelajaran asas, kemahiran sosial dan tingkah laku, kemahiran lisan,

    kemahiran bacaan, kemahiran menulis dan kemahiran matematik.

    Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan satu proses mengumpul dan menafsir

    data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan dan menilai data atau maklumat

    untuk membuat keputusan-keputusan tentang murid, terutamanya dalam aspek

    keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, guru didapati menggunakan

    sebahagian besar daripada masa bertugas utnuk mengukur dan menilai pelajar dan

    dirinya. Kegiatan guru mengukur dan menilai murid dan dirinya boleh dijalankan melalui

    kerja-kerja menyemak latihan, nota, jawapan ujian, aktiviti perseorangan dan kumpulan,

    menyoal, menemu bual dan memerhatikan tingkah laku pelajar.

    Penilaian ini adalah penting kerana ia dapat membantu guru mengetahui sama

    ada pengajarannya sesuai untuk murid atau tidak serta sentiasa menyemak semula

    pengajarannya. Oleh itu, aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian hendaklah sentiasa

    dirancang, diselenggarakan, dianalisis, ditafsirkan dan dimaklumlan kepada pihak-pihak

    berkepentingan dengan prosedur yang sah dan boleh dipercayai.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    2/20

    2

    Kelemahan Murid dalam Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku

    Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang

    prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Thacker (1996) pula

    mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektifdengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

    Kemahiran sosial juga didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk

    berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk

    kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan

    tanpa menggangu orang lain.

    Selain itu, kemahiran sosial dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku

    seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapaaspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif,

    kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.

    Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan

    antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga

    membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang

    melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk

    berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan

    emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan

    menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan

    menyebabkan kemurungan.

    Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang

    itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana

    setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri.

    Menurut Kerr & Nelson, kelemahan murid dalam kemahiran sosial dan tingkah

    laku dilihat sebagai :

    Tingkah laku yang mengganggui (Disruptive Behavior) iaitu tingkah laku untuk

    mendapat perhatian orang lain, misalnya out of seat, merayau-rayau,

    mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    3/20

    3

    Tingkah laku yang tidak sesuai dari segi sosial dan tingkah laku kurang matang.

    Misalnya sering menangis, tantrums, terlalu bergantung kepada rakan. Mereka

    mungkin tidak faham apakah tingkah laku yang sesuai untuk situasi tertentu

    seperti bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan.

    Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal) iaitu individu yang terlalu segan dan

    takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri

    daripada bermain atau berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.

    Tingkah laku yang berulangan (stereo type beheviour) iaitu sesetengah kanak-

    kanakmisalnya kanak-kanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku

    seperti gerakan tangan dari depan mata rocking dan lain-lain.

    Tingkah laku yang agresif iaitu tingkah laku di mana seseorang kanak-kanak

    selalu mencederakan orang lain atau merosakkan harta benda.

    Menurut Heward (2003) pula kelemahan murid dalam kemahiran sosial dan

    tingkah laku boleh dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku luaran dan tingkah laku

    dalaman. Contoh-contoh murid yang mempunyai masalah tingkah laku luaran ialah

    kerap bangun dari tempat duduk, menjerit, bercakap kuat, memaki hamun, mengganggu

    rakan, memukul, bergaduh, tidak menghiraukan guru, kerap mengadu, menipu,

    merosakkan harta benda dan sebagainya. Manakala murid yang bermasalah tingkah

    laku dalaman adalah seperti mengasingkan diri, tidak mempunyai kemahiran sosial,

    melibatkan diri dalam dunia khayalan dan fantasi, mengadu sakit, tertekan dan takutpada sesuatu tanpa sebab, prestasi kognitif yang kurang memuaskan, menunjukkan

    tingkah laku yang hyperaktif, suka merayau, pemarah, kurang bersabar dan lain-lain lagi.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    4/20

    4

    Kelemahan Murid dalam Kemahiran Bacaan

    Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan

    diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang

    dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005).Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan

    proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara

    pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang

    mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui

    pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung

    pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif,dan pengalaman

    membaca.

    Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran

    membaca menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa

    Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca

    yang ada dalam diri murid pemulihan adalah seperti tidak kenal huruf. Masalah tidak

    kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan

    baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati

    atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau

    berlainan makna.

    Selain itu, murid-murid juga meninggalkan huruf dan perkataan semasa

    membaca. Masalah ketinggalan huruf ialah huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika

    membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin, mengandungi

    disebut mengandung dan sebagainya. Manakalan masalah ketinggalan perkataan

    ialah perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti Buku itu

    sangat tebal dibaca sebagai Buku itu tebal.

    Murid yang lemah dalam kemahiran bacaan juga tidak memahami apa yang

    dibaca. Misalnya, mereka gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan

    dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya, tidak

    memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah

    lagi pokok itu yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok, gagal

    memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    5/20

    5

    bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca lambat

    memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca, gagal

    menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca, tidak dapat

    mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca

    dan tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya

    dalam buku.

    Di samping itu, murid yang lemah menguasai kemahiran bacaan juga teragak-

    agak iaitu berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca

    disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya. Mereka juga mungkin menambah

    perkataan semasa membaca seperti bulan-bulan disebut bulang-bulang, ikan-ikan

    disebut ikang-ikang dan seumpamanya serta mengulang-ulang perkataan atau suku

    kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah

    gagap.

    Tambahan pula, murid yang lemah menguasai kemahiran bacaan juga

    mengalami masalah salah sebut. Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak

    mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu

    perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan ini

    boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca. Antara tingkah laku yang

    kerap ditunjukkan adalah yang seperti membatang suku kata terlebih dahulu sebelum

    dapat menyebut seluruh perkataan, bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi

    perkataan dan tidak lancar, membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan

    tanda bacaan, tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,

    mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    6/20

    6

    Konsep Pentaksiran

    Pentaksiran dalam bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan

    mentafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang

    dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran (Mohamad Sahari Nordin, 2008).Menurut Salvia dan Ysseldyke (2001), menyatakan pentaksiran sebagai satu proses

    mengumpul dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan dan

    menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan tentang murid,

    terutamanya dalam aspek keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Ia termasuklah

    ujian, temu bual, pemerhatian, sampel-sampel kerja dan apa juga maklumat yang harus

    diperoleh bagi membantu membuat keputusan yang munasabah dalam melaksanakan

    proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

    Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang mana ianya perlu

    difahami terlebih dahulu iaitu :

    i. Pengujian satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan keperluan

    murid.

    ii. Penilaian proses yang menggunakan maklumat atau data untuk membuat

    keputusan

    iii. Peperiksaan pentadbiran alat/instrumen ujian dalam jangka masa, tempat

    dan suasana yang formal.

    iv. Pengukuran skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur prestasi

    individu

    Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan

    dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.

    Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan

    seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam

    domain kognitif, afektif dan psikomotor.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    7/20

    7

    Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan

    Pentaksiran dalam pendidikan khas juga menggunakan prinsip yang sama

    dengan pentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes, pentaksiran yang

    digunakan adalah sama seperti pentaksiran pendidikan normal iaitu pemerhatian ke atastingkah laku murid, membuat penilaian kemajuan murid dan seterusnya mereka bentuk

    program atau strategi pengajaran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.

    Merujuk laman web pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah

    untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa

    dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam

    pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan

    murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut

    peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga

    memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa

    untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil

    dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti

    ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan,

    kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.

    Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberi maklumat dan

    gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran sepertimembaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah

    yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan

    yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Mempelajari kemahiran asas adalah amat

    penting bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan

    membantu murid untuk mempelajari setiap mata pelajaran dengan lebih mudah dan

    cepat jika mereka mahir dalam menguasai kemahiran asas.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    8/20

    8

    Jenis-jenis Pentaksiran

    Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk mengenal

    pasti masalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan (Salvia dan Ysseldyke

    2007). Ia melibatkan pengumpulan maklumat mengenai kekuatan dan bidang keperluanyang perlu diberi perhatian.

    Terdapatlah beberapa jenis pentaksiran. Misalnya, pentaksiran berterusan

    pentaksiran informal atau formal, pentaksiran portfolio, pentaksiran subjektif atau

    objektif, pentaksiran penempatan, pentaksiran diagnostik, pentaksiran pencapaian,

    pentaksiran kecekapan, pentaksiran kemajuan dan pentaksiran formatif atau sumatif.

    Menurut Overton (1992), pentaksiran tidak formal melibatkan penggunaan

    kaedah yang tidak standard bagi menilai kemajuan seperti senarai semak, kerja rumah

    murid, kuiz, projek kumpulan, temu bual murid, pemerhatian tingkah laku murid, dan

    ujian-ujian yang dibina sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor pemarkahan atau gred.

    Pentaksiran tidak formal memberi peluang kepada guru membuat pemantauan

    berterusan ke atas murid yang bermasalah dalam akademik dan murid berkeperluan

    khas.

    Pentaksiran formal berkaitan dengan dokumen bertulis seperti ujian atau

    peperiksaan yang direkodkan. Ia diberi skor pemarkahan atau gred untuk menunjukkan

    pencapaian murid.

    Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada konteks pembelajaran.

    Pentaksiran sumatif dilakukan dalam situasi sebenar murid dan bertujuan untuk

    mengukur hasil pembelajaran serta pelaporannya kepada murid, ibu bapa dan

    pentadbir. Manakala pentaksiran formatif dilakukan dalam situasi sebenar dan diguna

    oleh guru sebagai panduan kaedah pengajaran akan datang.

    Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran formatif. Iamengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi tujuan mengenal pasti

    kesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri adalah bentuk pentaksiran diagnostik di

    mana melibatkan murid membuat pentaksiran terhadap diri mereka.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    9/20

    9

    Pentaksiran (sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau

    objektif. Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu jawapan betul.

    Pentaksiran subjektif adalah bentuk soalan yang mempunyai jawapan betul lebih

    daripada satu (atau lebih daripada satu cara untuk memperoleh jawapan betul).

    Terdapat pelabagai jenis soalan objektif dan subjektif. Jenis soalan objektif termasuklah

    jawapan betul atau salah, aneka pilihan, soalan pelbagai respon dan padanan. Soalan

    subjektif melibatkan soalan berbentuk huraian dan esei.

    Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru Pemulihan

    Pentaksiran dijalankan dalam bilik darjah adalah untuk mengintegrasikan

    pengukuran dan penilaian dengan pengajaran sehingga membantu meningkatkan mutu

    pembelajaran dan pengajaran guru. Pentaksiran adalah berbeza daripada tujuan

    amalan pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan

    adalah untuk mengetahui apa yang berjaya dicapai oleh pelajar dan menetapkan gred

    pencapaian. Oleh itu, ujian dan peperiksaan hanya penting diadakan pada akhir sesuatu

    unit pelajaran atau pada penghujung semester. Namun, pentaksiran dalam kelas,

    adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran.

    Kepentingan pentaksiran kepada seorang guru pemulihan adalah guru dapat

    mengenal pasti faktor yang penyebab kepada sesuatu kelemahan murid. Sebagai

    contohnya, seorang murid yang selalu menarikkan diri dalam P&P guru serta aktivit-

    aktiviti yang dijalankan dalam kelas dan sekolah. Jika guru ingin membantu murid

    mengatasi masalah yang dihadapinya, guru boleh menggunakan cara pentaksiran

    pemerhatian atau pentaksiran lain untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

    menyebabkan sikap dan tingkah laku murid itu. Selepas pentaksiran, guru juga dapat

    mengesan kelemahan murid dalam pelbagai aspek. Misalnya, aspek kemahiran sosial

    dan tingkah laku, kemahiran lisan, kemahiran bacaan, kemahiran menulis, kemahiran

    matematik dan sebagainya.

    Kepentingan pentaksiran seterusnya ialah ia dapat membolehkan pendidik dan

    guru mendapatkan informasi bagi tujuan mengubahsuai dan mempelbagaikan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran jenis ini memaklumkan cara dan kaedah

    kebiasaan pembelajaran pelajar dan cara mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    10/20

    10

    yang diambil oleh pelajar. Oleh itu, pentaksiran ini memerlukan reka bentuk yang teliti

    daripada pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan

    sahaja sesuatu yang diketahui oleh pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam

    tentang bagaimana, bila dan sama ada pelajar boleh mengaplikasikan apa yang mereka

    tahu atau pelajari. Dengan itu, para guru dapat menggunakan informasi dan maklumat

    ini bagi menyalurkan dan menyasarkan arahan dan sember maklum balas kepada

    pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.

    Selain itu, pentaksiran dalam bilik darjah dapat membantu guru mengumpulkan

    maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara berterusan. Proses ini

    melibatkan dua aktiviti yang dikenali pengukuran dan penilaian. Pengukuran

    membolehkan guru membandingkan pencapaian antara pelajar. Penilaian pula,

    merupakan aktiviti menetapkan nilai terhadap perkara yang diukur. Aktiviti ini melibatkan

    tindakan membuat pertimbangan tentang kualiti iaitu sifat-sifat yang diingini dan

    sebaliknya pada sesuatu aspek pencapaian tertentu.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    11/20

    11

    Pentaksiran Kemahiran Sosial & Tingkah Laku

    Bagi mentaksir kelemahan atau masalah murid dalam kemahiran sosial dan

    tingkah laku, guru boleh menggunakan salah satu kaedah daripada pentaksiran tidak

    formal iaitu pemerhatian.

    Kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul

    maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui

    pemerhatian, guru dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan atau masalah yang

    dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran sosial dan tingkah laku. Peranan guru

    ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta

    melihat tingkah laku murid sama ada dari jauh atau dari dekat.

    Sebelum membuat pemerhatian, guru perlu membuat perancangan yang baik

    dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara

    sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan

    yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

    Guru boleh melaksanakan pemerhatian dengan menggunakan strategi dan cara

    serta kriteria tertentu. Antaranya ialah pemerhatian dilaksanakan secara berterusan

    mengikut keperluan yang dirancang, menggunakan instrumen seperti senarai semak,

    rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan

    persekitaran, melaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian

    tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian

    hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan.

    Berikut disertakan satu contoh borang pemerhatian untuk meneliti tingkah laku

    bermasalah yang digunakan oleh guru.

    Nama Murid : Tarikh Pemerhatian :

    Pemerhati : Masa :

    Aktiviti Mata Pelajaran :

    Tingkah Laku :

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    12/20

    12

    Rajah 1 : Borang Pemerhatian Tingkah Laku Bermasalah

    Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau

    tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif

    untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara

    kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid

    secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa

    ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif

    apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa

    yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial

    dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh rekod anekdot:

    REKOD ANEKDOT

    Nama Murid : _______________ Tingkatan : _______________

    Jantina : _______________ Umur : _______________

    Tarikh Tempat Kejadian / Peristiwa Komen

    _______________________

    Nama Guru :

    Rajah 2 : Borang Rekod Anekdot

    Peristiwa peristiwa yang

    berlaku sebelum tingkah

    laku bermasalah

    Tingkah Laku

    Bermasalah

    Kesan-kesan daripada

    tingkah laku bermasalah

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    13/20

    13

    Aktiviti yang dapat membantu mengatasi masalah kemahiran sosial dan tingkah

    laku dalam kalangan murid pemulihan

    Salah satu kelemahan murid dalam kemahiran sosial dan tingkah laku ialah

    pengasingan diri. Mereka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergauldengan kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan

    meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan

    diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna,

    merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri

    individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman.

    Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa

    sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik

    yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi.

    Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor

    masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya

    berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi

    penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau

    mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat

    langsung untuk belajar.

    Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh diatasi menggunakan teori mazhab sosial. Semasa P&P dijalankan, guru boleh

    mengadakan aktiviti kumpulan. Semasa membentuk kumpulan kecil, guru boleh memilih

    beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang dalam

    akademik bersama dengan murid yang mengasingkan diri. Guru mesti pandai

    memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut berminat dan

    berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik.

    Selain itu, guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang

    bermasalah berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru

    hendaklah pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti

    aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas. Guru

    jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Sebaliknya, guru hendaklah

    sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    14/20

    14

    Sebagai contohnya menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid,

    membimbing murid dan memberi semangat jika perlu. Guru juga boleh memberi

    peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan motivasi kepada murid-

    murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah

    laku mereka.

    Semasa mengajar, guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara

    berkumpulan atau berpasangan. Aktiviti yang sesuai dilakukan adalah menyanyi

    bersama. Melalui aktiviti nyanyi bersama, guru dapat menarik perhatian murid yang

    mengasingkan diri. Kawan-kawan yang dipilih oleh guru akan memainkan peranan

    mereka misalnya berdiri atau duduk di sebelaj murid mengasingkan diri, menggalakkan

    mereka nyanyi bersama atau memegang tangan mereka untuk melakukan pergerakan

    sambil menyanyi. Murid yang mengasingkan diri akan berasa diri mereka adalah

    penting, dihormati dan disayangi. Dengan menjalankan aktiviti sebegini secara

    berterusan, sikap murid yang suka mengasingkan diri akan ubah.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    15/20

    15

    Pentaksiran Kemahiran Bacaan

    Bagi mentaksir kelemahan dan masalah murid dalam kemahiran bacaan, guru

    boleh menggunakan kaedah pentaksiran diagnostik iaitu menggunakan ujian diagnostik

    bacaan. Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan gurupemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang

    dihadapi oleh seseorang murid.

    Tujuan ujian diagnostik bacaan ialah:

    Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus

    masalah bacaan yang dihadapi oleh murid.

    Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan

    murid untuk menguasai kemahiran bacaan.

    Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu

    mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

    Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran

    yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

    Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program

    dan bahan bantu belajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

    Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, terdapat beberapa perkara utama

    perlu guru tentukan iaitu objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak

    menguji murid sama ada individu atau kumpulan serta siapa yang hendak diuji iaitu

    sasaran.

    Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-

    murid yang dipilih mengikuti program pemulihan. Ujian diagnostik bacaan harus

    dijalankan secara individu supaya guru dapat memerhati keadaan murid membaca serta

    masalah yang dihadapi oleh mereka. Ujian diagnostik bacaan harus dibina mengikut

    aras iaitu dari mudah ke susah; soalan ujian diagnostik pula harus dibina mengikut

    kemahiran-kemahiran membaca. Kemahiran membaca yang diuji adalah seperti asas

    membaca dengan sebutan yang betul, membaca dan memahami perkataan, frasa dan

    ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul, membaca kuat pelbagai

    bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan

    sebagainya.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    16/20

    16

    Selain itu, ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang diuji itu

    didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut.

    Setiap jawapan murid dalam ujian hendaklah direkodkan kerana keputusan ujian

    diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program

    pengajaran kepada murid tersebut.

    Semasa menjalankan ujian diagnostik ini, guru harus berikan masa yang cukup

    kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag

    dan selesa. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-

    keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. Semua jawapan

    hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa

    kesilapan mereka. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk

    menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

    Selepas menjalankan ujian dignostik ini, jumlah kesalahan kemahiran bacaan

    yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. Hasil analisis

    ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada

    secara kumpulan atau pun individu.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    17/20

    17

    Aktiviti yang dapat membantu mengatasi kelemahan bacaan dalam kalangan

    murid pemulihan

    Terdapat banyak aktiviti yang sesuai bagi membantu murid pemulihan dalam

    menguasai kemahiran bacaan. Jika murid pemulihan itu tidak dapat membaca denganbetul dan lancar, salah satu aktiviti membaca yang boleh dijalankan ialah membaca

    bersama. Aktiviti membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang

    membaca buku yang mempunyai teks bersaiz besar. Guru dan murid duduk bersama

    mengadap buku besar. Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut membaca

    bersama. Tujuan membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat

    bagaimana membaca. Murid membaca mengikut contoh guru.

    Aktiviti membaca bersama ini dapat membentuk sikap positif kerana cara

    membaca ini lebih seronok dan dapat membantu murid memahami buku. Guru juga

    dapat mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan, melibatkan murid secara aktif,

    meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru. Selain itu, guru dapat

    menyediakan contoh teks yang baik dab sesuai untuk digunakan oleh murid. Melalui

    aktiviti ini, guru dapat meransang murid untuk bercakap serta menggalakkan mereka

    berinteraksi dengan teks dan visual. Oleh itu, murid akan berasa seronok kerana

    membaca di dalam suasana yang tidak tertekan. Bahan aktiviti baca bersama ini adalah

    sebuah buku besar yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid pemulihan.

    Sebelum membaca, guru harus menentukan apa yang hendak dibaca oleh murid

    serta sebab buku itu dipilih untuk murid. Guru juga harus menentuk objektif sesi,

    fokusnya mungkin isi kandungan atau strategi membaca. Selain itu, guru hendak

    menentukan sebanyak mana hendak dibaca. Satu perenggan, satu bab, keseluruhan

    teks. Tambahan pula, guru harus memberitahu murid tujuan membaca. Misalnya

    membaca semua perkataan dengan betul dan sebagainya.

    Semasa membaca, guru boleh menggalakkan murid lihat, bercakap dan

    berkongsi. Murid juga digalakkan baca teks sebaik mungkin dengan tidak berhenti

    bersoal jawab sehingga habis. Untuk meminta murid ulang baca, guru boleh

    menggalakkan murid membaca bersama.

    Selepas membaca, dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya murid dapat

    membaca semula dengan sendiri atau bincang dengan rakan

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    18/20

    18

    Refleksi Goh Chee Yuin (920201-07-5052)

    Terlebih dahulu, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja

    kursus Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan pada masa yang telah ditetapkan.

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya En.Fauzi Bin Hassan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkan

    terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu Teh Yi Suan atas segala usaha, pendapat

    dan kerjasama mereka.

    Sebelum menjalankan kerja kursus PKP 3106 ini, taklimat kerja kursus telah

    diberikan oleh En. Fauzi. Selepas penerangan En. Fauzi, kami telah memahami

    kehendak kerja kursus dan mencatat apa yang perlu dibuat semasa menjalankan kerja

    kursus ini. Selepas membahagikan kumpulan, saya mula membuat perbincangan

    dengan ahli kumpulan saya lalu membahagikan tugas. Kami juga mula mencari

    maklumat dari laman web serta buku-buku dari perpustakaan. Apabila mengalami

    masalah atau kurang memahami tajuk tugasan kerja kursus ini, kami akan mendapat

    tunjuk ajar daripada En. Fauzi.

    Masalah yang saya hadapi sepanjang proses menjalankan kerja kursus ini ialah

    saya sukar mengenal pasti kelemahan murid dalam menguasai pembelajaran asas,

    kemahiran sosial dan tingkah laku, kemahiran lisan, kemahiran bacaan, kemahiran

    menulis dan kemahiran matematik. Hal ini disebabkan kami harus menjalankanpentaksiran terhadap kelemahiran murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran

    tertentu dahulu baru dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid. Namun,

    Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ini adalah melaksanakan tugas elektif 1 iaitu

    Bahasa Cina. Jadi, kami tidak dapat menjalankan pentaksiran lalu tidak dapat maklumat

    yang benar mengenai kelemahan-kelemahan murid.

    Oleh itu, kami telah berjumpa dengan En. Fauzi lalu membuat perbincangan.

    Akhirnya, En. Fauzi mencadangkan kami merujuk kepada ilmu pengetahuan yang kami

    dapat sepajang P&P beliai. Untuk medapat maklumat yang lebih tepat dan benar, saya

    telah banyak mencari maklumat-maklumat dari buku rujukan dan dari laman web supaya

    dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiiti dan isi kandungannya tepat dan padat.

    Saya telah banyak merujuk kepada jurnal dan kajian-kajian pendidik mengenai

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    19/20

    19

    kelemahan atau masalah murid dalam menguasai kemahiran bahasa serta cara untuk

    membantu murid untuk mengatasi masalah mereka.

    Selepas melaksanakan kerja kursus Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan

    ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagaibakal guru pemulihan. Saya telah mempelejari jenis-jenis pentaksiran yang sesuai

    digunakan untuk mentaksiran kelemahan murid dalam kemahiran tertentu serta cara

    untuk membina instrumen yang sesuai dengan kemahiran-kemahiran dan kelemahan-

    kelamahan yang diuji. Misalnya, saya telah membina senarai semak untuk mengenal

    pasti kelemahan atau masalah murid dalam menguasai kemahiran sosial dan tingkah

    laku. Untuk mendapat keputusan yang lebih tepat, setiap bahagian dalam senarai

    semak itu telah dirancang dengan halus dan terperinci.

    Selain daripada mempelajari cara pentaksiran dan membina instrumen, saya

    mempelajari cara untuk menganalisis dan menjelaskan pentaksiran yang telah

    dijalankan. Selepas menganalisis pentaksiran yang telah dijalankan, kami akan dapat

    mengenal pasti kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran secara terperinci. Oleh itu,

    kami dapat mencadangkan kaedah pengajaran atau intervensi yang sesuai kepada

    murid berdasarkan kelemahan mereka..

    Pengetahuan mengenai jenis-jenis pentaksiran serta cara membina instrumen

    adalah amat penting bagi seorang guru pemulihan kerana masalah yang dihadapi olehmurid-murid pemulihan adalah tidak sama. Oleh itu, untuk mengenal pasti masalah yang

    dihadapi oleh mereka secara khusus, guru pemulihan harus melaksanakan pentaksiran

    untuk mentaksir kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran. Selepas mendapat

    keputusan, barulah guru pemulihan dapat merancangkan P&P yang sesuai bagi

    membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

    Melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan

    bersama ahli kumpulan saya, hubungan antara kami semakin rapat Sikap toleransi dan

    bekerjasama dengan pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melaui

    proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya menjadi lebih mengenali

    sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus

    mengukuhkan hubungan dua hala kami.

  • 7/30/2019 PKP 3106.docx

    20/20

    20

    Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan

    bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan

    cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi

    dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.

    Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan

    tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang

    terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

    Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus Pentaksiran dalam Pendidikan

    Pemulihan ini telah memberikan banyak pengetahuan baru mengenai disleksia kepada

    saya. Apabila saya bertemu dengan murid disleksia pada masa yang akan datang, saya

    akan faham masalah pembelajaran dan situasi pembelajaran. Jadi, saya boleh

    merancang P&P yang sesuai dengan tahap mereka.