pk 07 pengurusan mesyuarat.pdf

3

Click here to load reader

Upload: punitha-babunaidoo

Post on 13-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001:2008

    SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

    PROSEDUR KUALITI

    PK 07

    PENGURUSAN MESYUARAT

  • PK07 SPSK JPNSel

    2 / 3

    1. OBJEKTIF

    Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian mesyuarat yang teratur mengikut agenda yang ditetapkan dengan mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 1991.

    2. SKOP

    Prosedur ini digunapakai oleh semua sekolah di Negeri Selangor dalam mengendalikan mesyuarat di mana kehadiran ahli mesyuarat tidak kurang dua pertiga dan ketidakhadiran adalah atas sebab-sebab yang munasabah.

    3. RUJUKAN

    3.1 Manual Kualiti 3.2 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 2/1991

    4. DEFINISI Pengerusi : Pegawai yang dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan mesyuarat. Setiausaha : Guru yang mengurus hal ehwal mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat. Ahli : Anggota organisasi yang terlibat dalam sesuatu jawatankuasa. PKPA : Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

    TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PERANTARA

    Pengerusi / Setiausaha

    Pengerusi

    Setiausaha

    1. Menentu dan mengeluarkan surat panggilan

    mesyuarat kepada ahli mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh mesyuarat, yang mengandungi maklumat berikut : a) Nama Mesyuarat b) Tarikh dan tempat Mesyuarat c) Masa mula dan masa dijangka tamat

    Mesyuarat d) Agenda Mesyuarat e) Nama Pengerusi Mesyuarat f) Jenis Pakaian

    2. Mempengerusikan pelaksanaan mesyuarat

    berdasarkan agenda yang ditetapkan 3. Mencatat minit mesyuarat seperti maklumat

    berikut: a) Senarai Kehadiran b) Perkara-perkara penting yang

    dibincangkan

    Notis Mesyuarat/

    takwim

    Agenda Mesyuarat

    Minit Mesyuarat

    SPSK PK07-2

  • PK07 SPSK JPNSel

    3 / 3

    Setiausaha

    Ahli

    c) Keputusan yang dibuat

    4. Menyediakan minit mesyuarat menggunakan

    format minit mesyuarat. 5. Mengedarkan minit mesyuarat dan Borang

    Maklum balas dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat kepada semua ahli mesyuarat.

    6. Mengambil tindakan hasil keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui. 7. Mengumpul dan menyatukan dapatan maklum balas untuk edaran mesyuarat akan datang. 8. Memfailkan minit mesyuarat. 9. Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak

    mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan merujuk kepada PK 15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur

    Minit Mesyuarat dan Borang

    Maklum Balas

    Borang Maklum balas

    Borang Maklum

    balas

    Fail Mesyuarat

    6. REKOD KUALITI

    BIL. JENIS REKOD TEMPOH SIMPANAN LOKASI

    1. Surat jemputan mesyuarat kepada ahli-ahli

    2 tahun Pejabat sekolah

    2. Minit mesyuarat yang diluluskan 2 tahun Pejabat sekolah

    3. Maklum balas pelaksanaan keputusan mesyuarat

    2 tahun Pejabat sekolah

    4. Kertas kerja yang dibentangkan (sekiranya ada)

    2 tahun Pejabat sekolah