pjk-lesson2

Upload: amanda-hopkins

Post on 04-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Persediaaan Mengajar Pendidikan Jasmani

Persediaan Mengajar Pendidikan Jasmani

Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani

Tarikh (hari): 1 Ogos 2008 (Jumaat)Masa: 5.30 petang 6.00 petang

Tahun: 3 Seri AwanBilangan Murid: 40 orang Tunjang Pembelajaran: KemahiranTajuk Kemahiran: Menghantar dan menerima (Boom Boom Ball)Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

Objektif Psikomotor: membuat sekurang-sekurangnya dua hantaran kepada rakan pasukan dengan berjaya Objektif Kognitif: menyatakan perubahan yang boleh dilakukan untuk menjadikan permainan ini lebih menarik Objektif Afektif: menunjukkan rasa seronok ketika bermainPengalaman Sedia Ada: Murid telah mempelajari cara mengkoordinasi pergerakan tangan, kaki, badan dan mata semasa melambung bolaPenerapan nilai: Bekerjasama, rasional, keyakinan

Strategi: i. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) - Kinestetik, Interpersonal, Logik-Matematik.ii. Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) - menganggar jarak, menjana idea

Bahan Bantu Mengajar (bil): bola (1), skital kecil (10), skital besar (8), gelung rotan (10)Bahagian / MasaAktivitiButiran Mengajar / Fokus PembelajaranPengelolaan / OrganisasiCatatan / Alatan / Strategi

Langkah 1

( 5 minit)Guru memperkenalkan permainan dan memberikan arahan ringkas tentang cara bermain. Guru akan melontar bola di tengah kawasan permainan.

Ketua kumpulan yang berjaya menangkap bola yang dilontar akan menjadi pasukan penyerang manakala yang gagal akan menjadi pasukan pertahanan.

Pasukan penyerang perlu menjatuhkan skital pasukan pertahanan.

Manakala pasukan pertahanan perlu mempertahankan skital mereka dan merampas bola dari pasukan penyerang. Markah diberi berdasarkan jatuhan skital.

Pasukan yang paling banyak mengumpul mata dikira sebagai pemenang.

Murid dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu kumpulan A, B, C dan D.

Kumpulan A akan berlawan dengan kumpulan B manakala kumpulan C akan berlawan dengan kumpulan D.

Alatan

bola - 1skital kecil - 2skital besar - 4gelung rotan - 2PetunjukAspek Keselamatan

Guru memastikan keselamatan dan kesesuaian kawasan aktiviti

Guru memeriksa peralatan sebelum memulakan aktiviti

Langkah 2

( 10 minit)Murid akan memulakan permainan.

Murid akan memulakan permainan dan guru akan menjadi pengadil apabila kedua-dua pasukan bermain.

. Guru akan berdiri di tepi kawasan permainan

Guru melihat disiplin dan penglibatan murid ketika bermain.Aspek Keselamatan

Murid tidak dibenarkan menolak, menendang atau mengasak pasukan lawan ketika cuba merampas bola.

Langkah 3

( 5 minit)Guru akan bertanyakan soalan kepada murid Guru akan memberhentikan permainan seketika dan menanya beberapa soalan berkaitan aktiviti yang dijalankan.

Contoh soalan:

Apakah perubahan yang boleh dilakukan untuk memastikan kumpulan penyerang sukar untuk menjatuhkan skital pasukan kamu?

- Penyerang tidak boleh berlari sambil melontar bola. Mereka perlu berdiri statik sebelum melontar.

- Kumpulan penyerang perlu menghantar

bola sesama ahli pasukan sekurang- kurangnya 10 kali sebelum cuba menjatuhkan skital

kumpulan kami.

TKP

Kinestetik,

Interpersonal,

Logik-Matematik

Penerapan Nilai

Kerjasama

Keyakinan

Rasional

Langkah 4

( 10 minit)

Murid akan bermain semula dengan beberapa perubahan yang dilakukan Guru akan melakukan perubahan ke atas aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendapat yang diberikan daripada murid.

Perubahan yang akan dilakukan:

Menukar undang-undang permainan yang asal - Pemain tidak boleh berlari sambil

melontar bola

- Hanya seorang pemain yang boleh

mempertahankan skital.

Menambahkan skital

= murid

= skital kecil

= skital besar

= gelung rotan