pjk sejarah badminton

Upload: amalina-zakaria

Post on 09-Jan-2016

101 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Badminton

TRANSCRIPT

BADMINTON DAN SEJARAH PERMAINAN

BADMINTON

Badminton adalah permainan gelanggang yang boleh dimainkan sama ada di dalam atau di luar dewan. Badminton dimainkan oleh lelaki mahupun perempuan secara idividu, beregu atau beregu campuran, yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis dengan menggunakan raket. Bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Terdapat tiga kategori dalam permainan, iaitu acara perseorangan lelaki atau perempuan, beregu lelaki atau perempuan dan beregu campuran.

SEJARAH BADMINTON DUNIA

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam dan mula dimainkan di Yunani dan Mesir. Di Jepun, sukan ini dikenali sebagai hanetsuki dan telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan Barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore dan shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai poona di India semasa abad ke-18 dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London menerbitkan sebuah risalah iaitu "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada The Game of Badminton dan nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887, sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu Dunbar di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England dan merupakan kejohanan badminton pertama di dunia pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai dari negara Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.Dalam sejarah pertandingan badminton, kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall, Preston, England pada tahun 1948. Malaysia memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

Piala ThomasPertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber. Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik di dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956. Pertandingan Piala Uber yang pertama telah diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain pada tahun 1957. Hal ini adalah kerana timbul desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa bagi wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat memenangi kejohanan terbabit selepas menewaskan Denmark 6-1 pada peringkat akhir. Cuma empat negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, China, dan Indonesia yang berjaya memenangi piala ini.

Piala Uber

Pada 1948, format pertandingan diubah menjadi lima perlawanan, tiga acara perseorangan dan dua acara beregu.Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

SEJARAH BADMINTON DI MALAYSIA

1786, permainan badminton mula diperkenalkan oleh orang Inggeris yang datang ke Pulau Pinang. 1925, persatuan badminton yang pertama ditubuhkan di Malaysia ialah Persatuan Badminton Pulau Pinang. 1934, Persatuan Badminton Malaysia atau BAM ditubuhkan. 1949, Malaysia buat kali pertama menjadi johan dengan menewaskan pasukan Denmark dalam pertandingan Piala Thomas di Preston, England. 1952, 1955 dan 1967 Malaysia sekali lagi menjadi johan dalam pertandingan Piala Thomas. 1992, negara kita menjadi johan lagi setelah berjaya menewaskan pasukan Indonesia dalam pertandingan Piala Thomas di Stadium Negara, Kuala Lumpur. 2002, negara kita sekali lagi Berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Thomas yang berlangsung di Guangzhou, China tetapi tewas di tangan Indonesia.

KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI PEMAIN

KEMAHIRAN MEMEGANG RAKET

Terdapat dua teknik memegang raket iaitu teknik pegang depan dan pegang kilas. Teknik pegang depan ialah menggenggam raket dengan keempat-empat jari, manakala ibu jari di bahagian atas. Sementara bagi pegangan kilas, keempat-empat jari memegang raket, manakala ibu jari hanya diletakkan pada bahagian raket yang rata.

Teknik pegang kilas

Teknik pegang depan

KEMAHIRAN SERVIS

Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat beberapa jenis kemahiran servis. Antaranya ialah servis tinggi, servis rendah dan servis kilas.

A. Servis tinggi

Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan. Berdiri dalam petak servis. Pegang raket dengan teknik pegang depan. Berat badan di kaki belakang. Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang. Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis. Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.Ikut lajak.

B. Servis Rendah

Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jaring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan. Berdiri di dalam petak servis. Pegang raket dengan teknik pegang depan. Pegang bulu tangkis separas pinggang. Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi. Mata ke arah bulu tangkis. Kunci pergerakan tangan. Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang. Kontak buku tangkis pada tengah raket.Ikut lajak selari dengan pergerakan bulu tangkis.

C. Servis Kilas

Servis kilas digunakan dalam permainan beregu dan juga perseorangan. Berdiri dalam petak servis. Pegang raket mengikut teknik pegang kilas. Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket. Berat badan berada di kaki hadapan. Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan. Kontak bulu tangkis pada bahagian tengah muka raket. Ikut lajak.

KEMAHIRAN PUKULAN

Terdapat pelbagai pukulan dalam permainan badminton yang harus dikuasai oleh seseorang pemain supaya pukulan daripada pihak lawan dapat dibalas semula. Pemain harus mempelbagaikan jenis pukulan bagi mengelirukan pihak lawan. Antara jenis pukulan ialah pukulan hadapan, kilas dan lob.

A. Pukulan Hadapan

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis laju dan deras. Pegang raket mengikut teknik pegang depan. Bawa raket ke belakang dengan siku fleksi. Pergerakan pergelangan tangan dikunci. Ayun raket ke hadapan dan kontak bulu tangkis separas dengan ketinggian jaring.Ikut lajak.

B. Pukulan Kilas

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas. Pada kedudukan sedia. Pegang raket mengikut teknik pegang kilas. Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada. Ayun raket ke hadapan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu.Ikut lajak.

C. Pukulan Lob

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia. Pada kedudukan sedia. Pegang raket dengan teknik pegang depan. Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan. Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi. Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala.Ikut lajak.

KEMAHIRAN SMESY

Smesy adalah pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan. Lompatan dilakukan untuk menambah daya bagi menghasilkan kelajuan bulu tangkis. Teknik melakukan smesy ialah : Pada kedudukan sedia. Pegang raket mengikut teknik pegang depan. Raket diayunkan ke belakang kepala, siku fleksi. Kedudukan badan di belakang bulu tangkis. Kontak bulu tangkis semasa bulu tangkis berada di atas depan kepala, setinggi yang boleh dicapai.Ikut lajak.

KEMAHIRAN GERAK KAKI

Pemain berada di posisi untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki adalah terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan ataupun ke belakang dengan langkah-langkah yang berbeza.

A. Asas Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki kepada semua penjuru gelanggang untuk kembali ke fasa persediaan.

B. Gerak Kaki Ke Belakang

Pada kedudukan sedia. Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang. Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukan pukulan.

C. Bergerak Ke Hadapan

Pada kedudukan sedia. Gerak kaki ke hadapan. Kaki kanan bergerak ke hadapan, diikuti kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan. Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek. Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus. Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kedudukan sedia.

D. Bergerak Ke Sisi

Pada kedudukan sedia. Bergerak ke kanan, kaki kanan fleksi, kaki kiri ekstensi. Lakukan pukulan dan balik semula pada kedudukan sedia.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

A. Ciri- ciri Peralatan

Peralatan Raket badminton. Bulu tangkis. Jaring badminton.

Bulu tangkis Terdapat dua jenis bulu tangkis yang digunakan iaitu yang diperbuat daripada bulu angsa dan juga jenis plastik.

Raket Raket adalah peralatan yang digunakan untuk memukul bulu tangkis. Diperbuat daripada kayu, besi atau gentian karbon. Berat raket adalah antara 99.2g 141.7g.

Gelanggang Berbentuk segi empat tepat. 13.40m panjang dan 6.10m lebar untuk acara beregu. Bagi acara perseorangan panjang gelanggang ialah 13.4m dan lebar 5.18m. Tinggi tiang badminton ialah 1.55m. Tinggi jaringnya ialah 1.54m dari aras lantai dan lebar jaring ialah 0.76m.

B. Membuat Undian

Undian dilakukan sebelum memulakan perlawanan bagi menentukan pihak yang memenangi undian membuat pilihan sama ada untuk : Membuat servis mula. Memilih gelanggang.

C. Pertukaran Petak Gelanggang

Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang : Pada akhir permainan set pertama. Sebelum permulaan permainan set ketiga (jika ada). Dalam permainan ketiga : i. Mata ke-6 dalam permainan 11 mata, atau ii. Mata ke-8 dalam permainan 15 mata.

D. Kiraan Mata

Acara Mata Permainan BiasaMata DiusTambahan MataMata Permainan Dius

Perseorangan Lelaki1514-14317

Perseorangan Perempuan 1110-10313

Beregu Lelaki1514-14317

Beregu Perempuan1514-14317

Beregu Campuran1514-14317

UKURAN GELANGGANG DAN PERALATAN BADMINTON

UKURAN GELANGGANG

UKURAN PERALATAN BADMINTON

1

1