pim 3104(kpentingan rph)

Upload: ibnu-mustafa

Post on 14-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    1/9

    1

    PENGENALAN

    Rancangan Pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran

    untuk dilaksanakan dalam bilik darjah atau makmal mengikut satu jangka waktu yang

    telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk

    menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, disamping

    meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

    Sebelum mengajar, seorang guru itu perlu merancang pengajarannya dengan baik

    berdasarkan kepada sukatan pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa

    merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan,

    matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan

    strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu

    persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai

    murid dan perkara yang akan diajar dan kedua mengenai catatan mengenai langkah-

    langkah dan aktiviti guru.

    Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program latihan mengajar, guru pelatih

    dikehendaki merancang pengajaran lebih awal selaras dengan sukatan pelajaran.

    Rancangan pengajaran yang terlibat merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihan

    mengajar, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian. Kesemua rancangan

    kerja tersebut hendaklah ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar mengikut format

    yang telah ditetapkan. Di samping menulis rancangan pengajaran, guru pelatih

    dikehendaki melangkapkan maklumat mengenai kelas yang diajar (nama pelajar),

    soalan-soalan penilaian yang dibuat beserta dengan skema permarkahan (dilampirkan),

    markah penilaian, senarai nama buku teks dan buku rujukan yang digunakan dan

    sebagainya.

    Bahan Bantu Mengajar (BBM) pula adalah segala kelengkapan yang digunakan

    oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Bahan

    bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program

    pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui

    sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    2/9

    2

    mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam

    Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang

    padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan

    antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau

    mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar

    Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses

    pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih

    abstrak.

    Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang

    disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan

    sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.

    David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber,

    pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan

    salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur,

    membaca dan menulis.

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    3/9

    3

    1.0 Kepentingan Penulisan Rancangan Perancangan

    Dapat meningkatkankeyakinan diri guru

    pelatih sebelum masuk

    mengajar ke dalam bilik

    darjah

    Merancang dengan teliti

    setiap komponenpengajaran seperti

    objektif, pengetahuan

    sedia ada yang berkaitan,

    Mengelakkan sebarang

    penyelewengan atau

    terkeluar daripada

    perkara atau aspek yang

    perlu diajar

    Untuk mengingati bahan

    serta pendekatan

    pengajaran yang perlu

    digunakan untuk

    menyampaikan sesuatuisi pelajaran

    Dapat merancang dan

    menyediakan satu siri

    aktiviti untuk

    membantu pelajar

    Menggunakan masapengajaran secara

    optimum melalui strategi

    yang lebih tersusun dan

    bersistem

    Membuat pertimbangan

    yang sesuai

    bagaimanakah cara

    menggunakan teknik

    terbaik untukmenyampaikan isi

    pelajaran

    Dapat

    mengembangkan

    pengajaran secara

    lancar dan tersusun

    Menyediakan aktivitipengajaran dan

    pembelajaran yang

    lebih menarik dengan

    cara mengaitkan tajukdengan isu semasa

    Untuk menilai secara

    objektif kemampuan

    seorang guru untuk

    merancang dan menulis

    sesuatu aktivti

    pengajaran dengan

    berkesan iaitu refleksi

    kendiri.

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    4/9

    4

    Berdasarkan daripada rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan

    rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai rancangan pengajaran harian.

    Rancangan pengajaran harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan

    yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai dalam

    proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, rancangan pengajaran harian

    merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam

    satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu

    menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Dalam penulisan

    rancangan pengajaran harian, segala aktiviti guru dan murid yang dicadangkan

    hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah untuk dilakukan.

    Kepentingan rancangan pengajaran harian tidak boleh dipertikaikan bagi setiap

    orang guru, terutama guru pelatih. Antara kepentingan rancangan pengajaran harian

    ialah ianya dapat meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar

    ke dalam bilik darjah atau makmal atau bengkel. Hal ini kerana apabila seorang guru itu

    mempunyai perancangan yang rapi dan sistematik serta haruslah membina keyakinan

    untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik.

    Selain itu, guru haruslah merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran

    seperti objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan atau bahan bantu

    mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang

    berkesan, aktiviti guru dan murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan

    sebagainya. Ini semua merupakan persediaan yang mantap dan bersistematik untuk

    mencapai objektif yang ditetapkan.

    Kepentingan penulisan buku rancangan harian adalah untuk mengelakkan

    sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu diajar

    iaitu sebagaimana yang disarankan dalam sukatan pelajaran. Hal ini kerana, sukatanyang diberi adalah untuk keselarasan agar setiap murid di sekolah dapat memahami

    pelajaran yang disampaikan dengan kefahaman yang jelas. Disamping itu, guru-guru

    dapat memberi perhatian kepada pelajar yang lemah terhadap subjek yang diajar di

    dalam kelas.

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    5/9

    5

    Kepentingan seterusnya pula adalah kerana untuk mengingati bahan serta

    pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi

    pelajaran. Guru dapat merancang dan menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu

    mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

    Perancangan sesuatu aktiviti amat penting bagi menggalakkan kanak-kanak merasakan

    keseronokan untuk belajar.

    Selain itu, pentingnya rancangan pengajaran harian adalah untuk menggunakan

    masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan efektif.

    Dimana seorang guru itu hendaklah mengehadkan skop yang akan diajar dalam

    sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat

    dicapai dengan berkesan. Tambahan pula, kita sebagai guru perlu membuat

    pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk

    menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.

    Seorang guru pula dapat mengembangkan pengajaran secara lancar dan

    tersusun, dimana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain

    secara jelas. Hal ini demikian kerana dari segi profesionalisme, guru perlu

    bertanggungjawab terhadap tindak tanduknya melalui rekod atas apa-apa yang

    dilakukannya. Pentingnya rancangan pengajaran ini ialah kerana seorang guru itu

    haruslah menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan

    cara yang sesuai untuk mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian

    yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah.

    Rancangan Pengajaran Harian ini penting adalah untuk menilai secara objektif

    kemampuan seorang guru untuk merancang dan menulis sesuatu aktivti pengajaran

    dengan berkesan iaitu refleksi kendiri, seterusnya mengambil langkah positif ke arah

    mengatasi sebarang kelemahan. Hal ini demikian merupakan guru yang berjayamerupakan guru yang mempunyai pengurusan masa dan perancangan yang bagus dan

    berkesan.

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    6/9

    6

    2.0 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    7/9

    7

    Sebenarnya masih terdapat banyak lagi kepentingan Bahan Bantu Mengajar

    (BBM) kepada murid mahupun guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    (P&P) yang berkesan, BBM adalah sangat penting bagi guru untuk memastikan proses

    pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan

    dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan BBM.

    Antara salah satu kepentingan BBM ialah membantu para guru dalam

    menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Dalam mengajar murid-murid sekolah

    rendah, tidak semua benda yang diajar oleh guru dapat difahami oleh murid. Oleh itu,

    BBM adalah salah satu cara untuk melancarkan lagi pengajaran guru kepada murid.

    Contohnya jika guru ingin mengajar tentang jenis haiwan dalam bahasa arab, guru

    bolehlah membawa gambar haiwan-haiwan tersebut untuk ditunjukkan kepada murid.

    Ini kerana akan ada segelintir murid yang tidak mengenal haiwan apa yang guru

    maksudkan.

    Kepentingan BBM kedua ialah dapat memahami secara lebih mendalam dan

    realistik tentang tajuk yang diajar. Guru akan berasakan BBM ini sangat penting

    sekiranya murid sukar untuk memahami apa yang diajarnya. Walaupun pada pendapat

    guru tajuk itu senang difahami tetapi itu bukanlah pada tahap pemikiran murid.

    Contohnya jika guru ingin mengajar tajuk tayamum. Bagi guru mungkin tajuk ini dapat

    diajar walaupun tanpa BBM. Tetapi sebenarnya tajuk tayamum adalah salah satu tajuk

    pembelajaran yang memerlukan kepada BBM kerana murid akan dapat melihat dan

    merasa dengan sendiri samada debu itu akan diseratakan dengan sempurna atau tidak.

    Ketiga ialah guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan jelas. Sebut

    sahaja konsep, sudah tentu murid sekolah rendah akan terpinga-pinga mendengar

    perkataan ini. Oleh itu, bahan bantu mengajarlah yang akan membantu guru untuk

    menerangkan konsep ini. Contohnya jika guru ingin menerangkan bagaimana terjadinyasiang dan malam, guru bolehlah membawa contoh bumi, bulan dan matahari.

    Kemudian guru boleh menunjukkan bahawa peredaran bumi dan bulan inilah yang

    mengakibatkan terjadinya siang dan malam. Namun, semuanya atas kekuasaan Allah

    SWT.

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    8/9

    8

    Keempat, penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengan

    lebih terperinci dengan adanya BBM. Contohnya jika seorang guru mengajar tajuk

    sirah, guru bolehlah membuat peta negara Arab bagi memudahkan murid memahami

    dan mengingati lokasi sejarah yang berlaku di sesuatu tempat seperti penghijrahan

    Nabi Muhammad SAW dan sebagainya. Perkara ini akan memudahkan guru untuk

    mengajar secara lebih terperinci tentang maklumat yang ingin guru sampaikan.

    Seterusnya ialah guru akan dapat menarik dan memusatkan perhatian murid

    dalam pengajaran dan pembelajaran dengan wujudnya BBM. Murid-murid biasanya

    akan lebih fokus kepada bahan yang menarik berbanding dengan percakapan guru. Ini

    sebenarnya adalah lumrah bagi manusia. Oleh itu, guru perlulah pandai menarik

    perhatian murid bagi melancarkan proses P&P. Salah satu caranya ialah dengan

    menghasilkan BBM yang menarik. Dengan adanya BBM yang menarik, sudah tentu

    murid akan fokus kepada apa yang diajar oleh guru.

    Kepentingan bahan bantu mengajar yang keenam ialah dapat menjimatkan masa

    dan murid akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat. Seperti yang kita tahu,

    kewujudan BBM adalah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, jika murid mudah untuk memahami sesuatu

    perkara maka guru akan dapat memberikan banyak maklumat dalam sesuatu masa.

    Perkara ini seterusnya akan menjimatkan masa guru dan murid serta dapat

    mengelakkan daripada ketinggalan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran.

    Ketujuh ialah bahan bantu mengajar akan dapat memberi satu pengalaman baru

    kepada murid. Pengalaman baru disini bermaksud murid akan dapat sesuatu yang baru

    daripada BBM. Jika sebelum ini murid hanya mendengar sahaja apa yang guru ajar

    tetapi dengan adanya BBM, murid akan dapat lihat, dengar, pegang, baca, rasa, hidu

    dan dapat gunakan BBM itu sendiri bagi meningkatkan kefahaman murid. Hal sebeginiakan dapat memberikan pengalaman baru kepada murid dalam proses P&P.

    Selain itu, guru juga akan dapat melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara

    guru dengan murid dan murid dengan murid. Contohnya jika guru menagajar tajuk al-

    Quran. Salah satu BBM yang boleh dibuat untuk murid mengingati ayat hafazan ialah

  • 7/29/2019 PIM 3104(Kpentingan Rph)

    9/9

    9

    dengan membuat permainan susun perkataan menjadi ayat al-Quran. Guru boleh

    membahagikan kumpulan supaya akan wujud interaksi dan kerjasama antara murid

    dalam menyelesaikan permainan tersebut. Perkara ini juaga akan mewujudkan

    keseronokan dan seterusnya merapatkan hubungan guru dengan murid dan murid

    dengan murid.

    Bukan itu sahaja, bahan bantu mengajar juga berkepentingan untuk

    mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pelajaran. Guru-guru perlu tahu,

    apa yang murid lihat, rasa dan sentuh akan menyebabkan murid akan lebih ingat

    terhadap perkara tersebut. Ini adlah kelebihan BBM yang guru hasilkan. Jika guru

    mampu membuat BBM yang mampu membuatkan murid tertarik dengan BBM kita,

    sudah tentu maklumat yang kita sampaikan akan kekal di ingatan murid.

    Akhirnya, bahan bantu mengajar juga akan dapat melahirkan dorongan daya

    kreativiti, baik kepada guru mahupun murid. Semestinya, guru akan cuba menghasilkan

    satu BBM yang menarik untuk digunakan didalam kelas. Oleh itu, guru akan cuba

    mencari idea-idea baru supaya murid tertarik dan faham apa yang ingin disampaikan.

    Perkara ini seterusnya akan mewujudkan inovasi dalam diri para pendidik. Bukan itu

    sahaja, murid-murid juga akan turut sama mempelajari bahan-bahan yang kreatif dan

    ini akan mendorong murid untuk turut sama bersikap kreatif alam menghasilkan

    sesuatu.