pgsr09_ implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan...

13
3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 1/13 Sunday, October 2, 2011 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH 1. PENDAHULUAN Kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaumkaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ). Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan Kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lainlain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat, Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara. 2.0IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA Followers Join this site with Google Friend Connect Members (2) Already a member? Sign in Blog Archive 2011 (2) October (1) IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUA... July (1) 2010 (3) 0 More Next Blog» Create Blog Sign In PGSR09 aktiviti pengajian dan hasilhasil pebentangan kami Selamat Datang Satu laman untuk berkongsi maklumat

Upload: abdul-karrim

Post on 14-Jul-2016

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

POOPLO

TRANSCRIPT

Page 1: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 1/13

Sunday, October 2, 2011IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DIDALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU,MURID DAN SEKOLAH1. PENDAHULUAN

Kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah

negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang

berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti

terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli

dan kaumkaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik

mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang

yang terdahulu.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180

menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau

peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara

berfikir dan berkelakuan ).

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja

dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia

juga merangkumi skop yang lebih luas. Mengandungi ilmu

pengetahuan, kepercayaan

Kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lainlain

kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai

anggota masyarakat,

Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk akan

memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem

pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika

mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan

sekolah memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah

pendidikan negara.

2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN

SOSIO BUDAYA

Followers

Join this sitewith Google Friend Connect

Members (2)

Already a member? Sign in

Blog Archive▼  2011 (2)

▼  October (1)

IMPLIKASI KEPELBAGAIANSOSIOBUDAYA DI DALAMSEBUA...

►  July (1)

►  2010 (3)

0   More    Next Blog» Create Blog   Sign In

PGSR09aktiviti pengajian dan hasilhasil pebentangan kami

Selamat DatangSatu laman untuk berkongsi maklumat 

Page 2: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 2/13

GURU MURID SEKOLAH2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM

BILIK DARJAH TERHADAP GURU

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua

pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam

menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang

lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai

latar belakang muridmurid sebelum merancang pengajaran. Sebagai

guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar

belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbezabeza.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas

dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus

membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut

kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga

harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang

untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes

murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada

mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada

pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak

seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan

antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk

meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk

komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang

dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan

wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa

sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana

pembelajaran lebih menyeronokkan.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang

sesuai dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu

murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk

mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik

murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan

sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai

amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian

murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti

yang meransang minda.Katakata motivasi dan penuh senyuman,

jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran

berupa nasihat dan bukan leteran.

Page 3: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 3/13

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid.

Pelbagai sosiobudaya. Langkahlangkah pencegahan perlu

dilakukan oleh guru untuk menyekat aktivitiaktiviti yang tidak

diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan

berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang

diamalkan oleh muridmurid. Setiap kepercayaan dan nilai harus

diterima seadanya. Isuisu sensitive dan berkaitan agama murid

yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu

merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua

kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru.

Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek

bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada

pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat

daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan

bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata

kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran

di dalam bilik darjah.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat

dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang

bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan

cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran

supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan

secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang

berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka

terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan

atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai

pemantauan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai

pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus

ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati

hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka

panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur

pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan

masa.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi

meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud,

keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan

tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.

Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan

mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti

computer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan

disamping memiliki wawasan yang jelas.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIALBUDAYA DALAM

BILIK DARJAH TERHADAP GURU 

Page 4: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 4/13

Mengajar tanpa mengirasocial budaya murid

Jalankan tugas penuh dedikasi &rofessional

Bantu murid memilih kerjaya

Sentiasa menepati masa.

Menghormati murid & bersifat adil

Tidak menyentuhkepercayaan murid

Kurangkan penggunaan bahasa dealek

Catat kemajuan & kelemahanmurid

Mempunyai kemahiranmengurus dan

mentadbir

Guru mempunyai wawasan.

2.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM BILIK

TERHADAP MURID

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIALBUDAYA

DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP MURID

Panduan

Page 5: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 5/13

mengurus peraturan yang wajib

tingkah laku dipatuhi

Tidak pertikai kepercayaan Galakkan penggunaan

dan amalan agama lain. . bahasa standard

Galakkan berinteraksi Perlu diberi motivasi

dengan rakan.

perlukan bimbingan dan

dorongan dari guru

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik

darjah, Mereka

akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu

dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku

manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau

kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru

menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik

darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku

dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan

mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat

yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi

sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial

dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.. Murid harus berinteraksi

Page 6: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 6/13

tanpa mengira kelas social dan perlu membuang sikap prejudis

terhadap bangsa lain.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang

dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan

berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke

dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira

anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses

pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung

semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan

seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu

pembangunan negara Murid digalakkan menggunakan bahasa

standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut

kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa

berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan

laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai,

aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai

supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.

Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai

kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakanrakan

yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan

perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik

darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan tanggungjawab

tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas

mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan

disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Dengan ini

setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di

dalam kelas mereka.

Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru

perlu menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri

dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila murid

mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Murid

biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan,

menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental,

kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya

bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilainilai murni,

hubungan yang mesra sesama rakan dan guru.

Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan

sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang

berkhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat memberi

peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri kea rah

pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh

dibuat jangkaan oleh guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin

melalui pendekatan bilik darjah yang berkesan. Muridmurid yang

menimbulkan punca permasalah harus dikenal pasti, supaya murid

lain tidak menjadi ‘ pak turut ‘.

Page 7: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 7/13

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik

darjah tepat pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan

pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran berlandaskan tahap

pencapaian murid yang dimulakan dengan set indaksi yang menarik

dan diikuti aktivitiaktiviti pembelajaran yang boleh menghilangkan

rasa bosan murid.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIALBUDAYA

DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP

SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH

Sekolah Kebangsaan Sekolah Berasrama penuh

Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Jenis Kebangsan CinaVokasional

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Agama

Sekolah Premier

Sekolah Bestari

Sekolah Model Khas

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Wawasan

2.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAMBILIK

TERHADAP MURID

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang

terdiri

daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah

Jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk

mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang

dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP)

adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk

memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem

pendidikan negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK,

SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian,

Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah

Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat

sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah

Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa

Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina

manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.

Page 8: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 8/13

Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama

penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya

dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya

mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan

sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan masing

masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar,

Pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej

Islam Kelang.

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid

yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya

adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir

yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang

vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan

elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah

kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang

termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah

tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan

elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam

(ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan

menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk

potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai

bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang

membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor.

Ini adalah kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada murid

murid.

Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan

tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada

negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang

bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara.

Sekolah ini menjadi lambing kebanggaan negara kerana

kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokohtokoh negara dan

korporat seperti Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab

(Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah

St. John (Kuala Lumpur)

Sekolah Bestari merupakan sekolahsekolah yang terletak di Koridor

Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini

mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap

dan terletak dalam kawasan strategic berhampiran dengan Kompleks

Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah

pada peringkat tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah

satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan

kemudahan fizikal yang kundusif bagi muridmurid yang berpotensi di

Page 9: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 9/13

kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala

Lipis, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di

Negeri Kedah.

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada

murid bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom

down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya

adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat

menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan

pelajaran bagi ketigatiga kategori pendidikan khas. Sekolah

Menengah Teknik memberi peluang pendidikan kepada murid

bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursusukursus

anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan

dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah

yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam

satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak orang Melayu,

Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak dari peringkat

awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi

Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat

perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku

sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih

kanakkanak yang boleh dibentuk.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajarikepelbagaian

budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankanbagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalamkalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkanbakat murid tanpa sikap prejudis terhadap manamana kaum. Inimembolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melaluibudaya belajar kea rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepadapencapaian akademik sematamata, sebaliknya guru harusmengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilainilai murni harusditerapkan kepada muridmurid supaya mereka mereka dapatberkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagaisatu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya merekayang mempunyai kualiti,

ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwapendidikan layak dan patut menjadi guru .

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian

Pedagogi  yang  relevan  menggunakan  pelbagai  strategi  pengajaran

dan  pembelajaran  supaya  pembelajaran  menjadi  lebih  bermakna

kepada  murid.  Penekanan  diberikan  kepada  pengintegrasian

pengetahuan,  kemahiran  asas  serta  nilai  murni  bagi  perkembangan

menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep  kebudayaan  dalam  sosiologi,  dikatakan  cara  hidup  yang

Page 10: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 10/13

dipelajari,  diubahsuaikan  dan  diturunkan  dari  generasi  ke  generasi.

Dari  sudut  perspektif  ahli  fungsionalisme,  sekolah  dilihat  berfungsi

sebagai  proses  sosialisasi  mendidik  kanakkanak  mengikut

kehendak  masyarakat  mereka  dan  guru  bertanggungjawab

memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.

Konsep modal  budaya merujuk  kepada  inidividu  yang mewarisi  dan

memperolehi  keupayaan  bahasa  dan  budaya  dari  keluarga  dan

masyarakatnya.

Pierre  Bourdieu  (1930)  dalam  kajiannya  menyatakan  pencapaian

persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar

belakang  kebudayaan  ibu  bapanya  dan  tahap  pendidikan  ibu  bapa

mempengaruhi pencapaian persekolahan anakanak mereka daripada

kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Pembelajaran secara direktif bermaksud, muridmurid belajar melalui

penerangan  tentang  konsep  /  kemahiran  oleh  guru  dan  diikuti  oleh

ujian  kefahaman  dan  latihan  yang  dibuat  dengan  bimbingan  guru.

Contoh  strategistrategi  pengajaran  yang  boleh  digunakan  oleh  guru

ialah kuliah dan latihtubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif

pula,  muridmurid  diajar  oleh  guru  untuk  mengaplikasikan

pengetahuan  untuk  menyelesaikan  masalah,  membuat  keputusan,

mengenalpasti  andaian  dan  menilai  kebenaran  andaian,  keputusan

dan  hipotesis.  Contohcontoh  aktiviti  pengajaran  yang  boleh

digunakan  oleh  guru  dalam  pendekatan  mediatif  ialah  seperti

penakulan  dialektual,  pemerolehan  konsep,  pembentukan  konsep,

latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

Dalam  strategi  generatif,  guru  akan  menggalakkan  murid

menjanakan ideaidea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid

murid  menyelesaikan  masalah  secara  kritis  dan  kreatif  dengan

menggunakan  ideaidea  yang  asli  dan  unik.  Contohcontoh  aktiviti

sumbangsaran  yang  boleh  digunakan  oleh  guru  ialah  seperti

pemetaan  minda,  pemikiran  lateral  dan  kreatif.  Dalam  pendekatan

pemerhatian,  muridmurid  diajar  mengikuti  perbuatan  guru  atau

memodelkan  perlakuan  sesuatu  kemahiran.  Contoh  aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam

Page 11: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 11/13

kaedah  pemerhatian  ialah  tunjuk  cara.  Untuk  strategi  yang

seterusnya,  guru  boleh  menggunakan  kaedah  kontekstual  yang

mengaitkan  bahan  pengajaran  dan  pembelajaran  kepada  situasi

dunia  yang  sebenarnya.  Kaedah  ini  memotivasikan  muridmurid

untuk  membuat  kaitan  antara  ilmu  pengetahuan  dengan

pengaplikasiannya  kepada  kehidupan mereka  sebagai  ahli  keluarga

dan rakyat.

Pembelajaran  kontekstual  penting  kerana  ia  mengaitkan

pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang

boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran

’eksperential’,  pengalaman hidup  sebenar,  pembelajaran  aktiviti  dan

pembelajaran  berpusatkan  murid.  Pembelajaran  ini  mementingkan

penyelesaian  masalah.  Ia  memberikan  pengakuan  bahawa  situasi

pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan

masyarakat.  Ia  mengajar  murid  untuk  memantau  dan  mengarah

pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.

Prinsipprinsip penting dalam pembelajaran kontekstual  ialah seperti

guru  menggalakkan  murid  untuk  belajar  daripada  satu  sama  lain,

guru  menggunakan  penilaian  sebenar,  pembelajaran  kontekstual

bergantung  kepada  ingatan  spatial  guru  dapat menyepadukan mata

pelajaranmata  pelajaran  yang  berlainan  dan  penilaian  autentik

melalui pengalaman praktikal.

Dalam strategi metakognitif, muridmurid memikirkan tentang proses

pembelajaran,  rancangan  pembelajaran,  pemantauan  dan  penilaian

kendiri. Contohcontoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada

muridmuridnya dalam strategi metakognitif  ialah Apakah yang saya

telah  belajar?  Bagaimana  saya  boleh  mempertingkatkan  prestasi

saya?  Apakah  bantuan  yang  saya  perlu?  Muridmurid  dapat

mempraktikkan  strategi  metakognitif  semasa  mereka  menjalani

latihan  praktikum  atau  membuat  journal  refleksi.  Pemikiran

metakognitif  ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh

muridmurid

Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan  oleh  guru  di  luar  bilik  darjah  atau  di  makmal  sains.

Dalam kaedah  ini, peranan guru sebagai seorang  fasilitator di mana

dia  akan  cuba  menyelesaikan  semua  masalah  yang  dihadapi  oleh

murid.  Guru  akan  memberikan  satu  aktiviti  penyelesaian  masalah

dan  murid  mesti  berada  di  luar  bilik  darjah  untuk  menyelesaikan

masalah  ini.  Selepas  menyelesaikan  aktiviti  yang  diberikan  oleh

guru,  murid  akan  menyediakan  laporan  secara  individu  atau

mengikut kumpulan.

Dalam  kaedah  kajian  masa  depan,  guru  membolehkan muridmurid

mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks

persekolahan,  kajian  masa  depan  adalah  amat  penting  untuk

golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk

melihat manusia  berfikiran  jauh  dan  untuk menyelesaikan masalah

Page 12: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 12/13

masalah  yang  mungkin  dihadapi  pada  masa  akan  datang.  Dua

prinsip  dalam  kajian  masa  depan  ialah  masa  depan  sahajalah

merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk

bertindak atau melakukan sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa

depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan

soalan  kajian  masa  depan  perlu  dilakukan  dengan  beretika  dan

bertanggungjawab  oleh  guru.  Contohcontoh  soalan  yang  boleh

dikemukakan  oleh  guru  dalam  kaedah  ini  ialah  seperti  bagaimana

keadaan  lalu  lintas  pada  satu  hari  nanti  di  Malaysia?  Apakah

kemungkinankemungkinan  yang  akan  berlaku  pada  masa  depan?

Apakah  kesankesan  daripada  penebangan  hutan?  Guru  boleh

menanya  soalan  sama  ada  murid  pernah  melihat  hutan?  Apakah

yang  akan  berlaku  pada  haiwanhaiwan  bila  hutan  ditebang  dan

apakah akibatakibatnya apabila tiada lagitumbuh an hijau di dunia?

Pendekatan  koperatif  berasaskan  konsep  di  mana  muridmurid

belajar  secara  kumpulan  dan  berbincang  secara  koperatif.  Dalam

kaedah  ini,  muridmurid  dapat  berinteraksi  dan  saling  membantu

dalam  aktiviti  pembelajaran.  Langkahlangkah  dalam  pembelajaran

koperatif  ialah  seperti  guru  sampaikan  pelajaran  baru,  muridmurid

membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian

dijalankan  untuk mengesan  kemajuan  dan  pencapaian murid  dalam

setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang

berprestasi  cemerlang.  Murid  membentuk  kumpulan  untuk

membincangkan  secara  koperatif.  Ciriciri  pembelajaran  koperatif

adalah seperti, muridmurid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih

dengan  akauntabiliti  diri  dan  bertanggungjawab  sesama  ahli

kumpulan,  kemahiran dan  interaksi  sosial dapat dipupuk dan murid

murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran

dan  pembelajaran  dalam  kaedah  koperatif  ialah  seperti  guru

mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada

beberapa  kumpulan  untuk  menjalankan  aktivitiaktiviti  untuk

mencapai  objektif  pembelajaran,  guru membimbing  dengan  kaedah

kaedah  dan  teknikteknik  yang  sesuai,  murid  mengikuti  bimbingan

guru,  muridmurid  berusaha  bersamasama  dalam  kumpulan

mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Mengikut  Kamus  Dewan  (1998),  kolaboratif  bermaksud  kerjasama

erat  di  antara  dua  pihak  atau  lebih.  Pendekatan  kolaboratif

melibatkan  sekumpulan  murid  yang  berusaha  bersama  ke  arah

mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko

kurikulum.  Melalui  pembelajaran  ini,  keberkesanan  pembelajaran

dapat  ditingkatkan  nilai  sosial  &  kerjasama  dapat  dipupuk  dengan

baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciriciri yang hampir

sama  di  mana  keduadua  kaedah  ini  menekankan  semangat

kerjasama antara ahli kumpulan.

Posted by PGSR09 at 5:36 AM 

NO COMMENTS:

Page 13: Pgsr09_ Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Sebuah Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid Dan Sekolah

3/9/2016 PGSR09: IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

http://pgsr09ipsah.blogspot.my/2011/10/implikasikepelbagaiansosiobudayadi.html 13/13

Older Post

POST A COMMENT

Enter your comment...

Comment as:  Google Account

Publish   Preview

Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)