pertandingan - laman web rasmi jabatan kebudayaan dan ... borang, tajuk esei... · - isi...

8
PENGENALAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI JAWI

Upload: hoangtuong

Post on 19-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

PERTANDINGAN

MENULIS ESEI JAWI

Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di

Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam

ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab

yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan

rasmi bagi Negara Brunei dan sebahagian digunakan di peringkat sekolah agama di

Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Justeru, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berusaha

menyokong program penyemarakkan Jawi oleh KPKK melalui aktiviti bahasa dan

persuratan.

OBJEKTIF

Menggemilangkan dan memperkasakan kembali penggunaan tulisan jawi sebagai

seni warisan budaya bangsa.

Memupuk minat dan kecintaan kearah penyemarakkan tulisan jawi

Menggalakkan generasi muda untuk menguasai tulisan jawi agar ianya terus

menjadi lambang ketamadunan dan keperibadian bangsa Melayu

TEMA

“AMALAN NILAI MURNI LAMBANG KEPERIBADIAN BANGSA MALAYSIA”

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan adalah percuma. Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang

penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun dalam laman web www.kpkk.gov.my,

www.jkkn.gov.my , www.moe.gov.my , www.dbp.gov.my , www.pnm.gov.my ,

www.utusan.com.my dan www.skmm.gov.my .

2. Esei hendaklah dihantar bersama borang penyertaan dan hendaklah ditulis dalam

tulisan jawi.

3. Tema esei ialah “AMALAN NILAI MURNI LAMBANG KEPERIBADIAN

BANGSA MALAYSIA”.

4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja dalam

bentuk ‘hard copy’.

5. Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal sensitiviti seperti bangsa,

agama dan kaum.

6. Sumber rujukan (Bibliografi) jika digunakan hendaklah dinyatakan dalam esei

yang ditulis.

7. Dilarang menggunakan bantuan perisian komputer untuk menukar tulisan rumi

kepada tulisan jawi.

8. Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan dan esei yang dihantar

hendaklah disertakan stem sekali. Mana-mana penyertaan yang tidak

menyertakan stem tidak akan menerima sijil penyertaan.

9. Panjang esei mengikut kategori ;-

a. Kategori A terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 19 – 35

tahun dan panjang esei antara 1,000 – 1,200 patah perkataan.

b. Kategori B terbuka kepada pelajar sekolah menengah berumur 13 – 18

tahun dan panjang esei hendaklah 700 – 1,000 patah perkataan.

c. Kategori C terbuka kepada pelajar sekolah rendah berumur 9 – 12 tahun

dan panjang esei hendalah antara 300 – 500 patah perkataan.

10. Esei hendaklah ditulis menggunakan tulisan tangan di atas kertas kajang bersaiz

A4 dan jumlah patah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung

esei. Keutamaan akan diberikan kepada esei yang ditulis dengan menggunakan

tulisan tangan.

11. Esei yang ditulis dengan menggunakan komputer hendaklah menggunakan

tulisan bersaiz 20 dan melangkau satu baris.

12. Setiap esei hendaklah merupakan hasil nukilan penulisan asli dan belum pernah

disiarkan oleh mana-mana bahan cetakan dan penerbitan . Karya yang diciplak,

plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan terbatal.

13. Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak

JKKN berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi

pertandingan ini.

14. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dan kerosakan

naskah yang dikirim.

15. Pemarkahan berdasarkan kepada perkara berikut;-

a. Penilaian Bahasa (50%)

- Tatabahasa (Hukum, Ejaan dan Kaedah Jawi) : 30 markah

- Gaya Bahasa : 10 markah

- Kemahiran Menulis Jawi / Kekemasan : 5 markah

- Kemahiran Menulis Jawi / Kekemasan

(tulisan tangan) : 5 markah

b. Penilaian Isi (50%)

- Pendahuluan : 5 markah

- Isi (Pernyataan, Huraian dan Contoh) : 35 markah

- Pertautan Isi : 5 markah

- Penutup / Kesimpulan : 5 markah

16. Setiap penyertaan mestilah disahkan oleh pihak sekolah bagi peserta Kategori B

dan Kategori C.

17. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan

dilayan.

18. Hadiah;-

KATEGORI A KATEGORI B KATEGORI C

JOHAN

RM 2,000.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 1,500.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 1,000.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

NAIB JOHAN

RM 1,500.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 1,000.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 800.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

Kategori

Tempat

KETIGA

RM 1,000.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 800.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 500.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

SAGUHATI

(7 hadiah)

RM 800.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 500.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

RM 300.00

Buku terbitan JKKN

Sijil

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Esei hendaklah dihantar bersama borang penyertaan SEBELUM ATAU PADA

30 SEPTEMBER 2013 kepada ;-

Urus Setia

Pertandingan Menulis Esei Jawi

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Aras 4, Blok F,

Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana

Jalan Dato’ Onn

50480 Kuala Lumpur

(u.p : Bahagian Pengembangan Seni)

No. Tel : 03 – 2614 8200 / 8206 / 8262

Laman web rasmi : http://www.jkkn.gov.my

E-mail : [email protected]

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN MENULIS ESEI JAWI 2013

Tel : 03 – 2614 8200/8206/8262 Faks : 03 – 2697 1066/1067

Saya seperti nama di atas mengaku bahawa esei yang dihantar ini merupakan

hasil nukilan saya sendiri tanpa menciplak dari mana-mana bahan terbitan.

………………………………. Tarikh : ……………………

Tandatangan

* Sila dikotak pilihan kategori penyertaan

DIISI OLEH PENGANJUR

Tarikh Permohonan :

NAMA

NO. K/P

ALAMAT SURAT

MENYURAT

NO. TELEFON

ALAMAT E-MAIL

KATEGORI

PENYERTAAN

TAJUK PILIHAN

NAMA & ALAMAT

SEKOLAH / MAJIKAN

NO. TEL. SEKOLAH

/ MAJIKAN

Rumah : H/P :

A B C BANGSA

TAJUK PERTANDINGAN MENULIS ESEI JAWI 2013

‘Amalan Nilai Murni Lambang Keperibadian Bangsa Malaysia’

KATEGORI A KATEGORI B KATEGORI C

1. Berdasarkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, huraikan pentingnya kehidupan beragama.

1. Bincangkan pentingnya mempertahankan harga diri dalam kalangan remaja.

1. Selaku seorang murid, jelaskan sifat amanah yang telah anda tunaikan.

2. Bincangkan cara untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.

2. Huraikan tanggungjawab anda sebagai seorang anak untuk meningkatkan imej keluarga.

2. Bagaimanakah cara melayani ahli keluarga untuk mewujudkan keluarga bahagia.

3. Sejauh manakah aktiviti menjaga kebersihan dapat menjadi wahana bagi mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

3. Sejauh manakah anda mengamalkan slogan ‘Kejiranan Sepakat Membawa Berkat’.

3. Ceritakan kebaikan jiran anda.

4. Dalam konteks cintakan Negara, bagaimanakah slogan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dapat diterapkan?

4. Bincangkan bagaimana amalan senyum dan terima kasih dapat mengeratkan perpaduan dalam masyarakat.

4. Gambarkan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan di sekolah saya.

5. Sejauh manakah Kempen Pemanduan Bersopan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

5. ‘Belia Tonggak Negara’ membayangkan harapan masa depan yang gemilang. Bincangkan.

5. Apakah pelajaran yang diperoleh dari pengalaman melawat ke luar Negara.