persilangan budaya di malaysia

20
NAMA : SCOTRRAAJ A/L GOPAL NO MATRIK : MT1520537940 NO KP : 970422-87-5083 PRAKTIKUM : M1T1A KULIAH : MEKANIKAL 1 ISI KANDUNGAN 1 PERS ILAN GAN BUDA YA DI MALA YSIA

Upload: scottie

Post on 03-Feb-2016

410 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Suatu folio mengenai persialngan budaya di malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Persilangan Budaya Di Malaysia

NAMA : SCOTRRAAJ A/L GOPAL

NO MATRIK : MT1520537940

NO KP : 970422-87-5083

PRAKTIKUM : M1T1A

KULIAH : MEKANIKAL 1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKASURAT

1

PERSILANG

AN BUDAYA DI MALAYSIA

Page 2: Persilangan Budaya Di Malaysia

1. Penghargaan 3

2. Objektif 4

3.Pengenalan Konsep Silang Budaya

5

4. Faktor-faktor Silang Budaya 6-12

5. Kesan Silang Budaya 13-15

6. Rumusan 16

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya, Scotrraaj a/l Gopal; MT1520537940 ingin menganugerahkan sekalung penghargaan kepada

2

Page 3: Persilangan Budaya Di Malaysia

Tuan Zainol bin Ismail selaku pensyarah Pendidikan Moral saya kerana menjadi penyumbang utama idea mengenai

konsep persilangan budaya di Malaysia. Buah minda bernas yang diberi tuan pensyarah telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan

anggota keluarga saya yang lain kerana telah saya membantu dengan memberikan sokongan moral dan telah sedikit sebanyak memainkan peranan dalam menyiapkan

kerja kursus ini dalam tempoh yang diberi.

OBJEKTIF

3

Page 4: Persilangan Budaya Di Malaysia

Antara objektif kerja kursus ini ialah:-

o Untuk mengenalpasti faktor-faktor berlakunya silang budaya

o Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai konsep silang budaya dan impaknya terhadap rakyat tempatan

o Untuk menyemai semangat bertoleransi dan saling memahami antara masyarakat berbilang bangsa dan budaya.

o Untuk menepati silibus Program Matrikulasi Satu Tahun bagi sesi 2015/16

4

Page 5: Persilangan Budaya Di Malaysia

PENGENALAN KONSEP SILANG BUDAYA

 Malaysia, tanah air kita yang tercinta ini, adalah sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat yang berbilang bangsa, budaya, dan agama.Terdapat juga pelbagai kaum di Malaysia seperti kaum India, Cina, Melayu, dan Orang Asli. Sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 yang lalu, keamanan negara kita langsung tidak terjejas dengan kepelbagaian rakyatnya.

Hal ini jelas membuktikan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia telah memupuk nilai keterbukaan dalam diri masing-masing. Nilai ini sangat penting dalam menjalani kehidupan dalam masyarkat yang majmuk yang akan berubah menjadi amat sukar jika kita masing-masing mementingkan diri sendiri sahaja tanpa memahami satu sama lain.Kesannya keharmonian antara masyarakat akan menjadi kucar kacir disebabkan masyarakat tidak prihatin dengan sensitiviti sesuatu kaum yang terdapat di sekeliling mereka.

Sikap keterbukaan ini juga telah menyumbang besar dalam pengaplikasian konsep silang budaya dalam kehidupan rakyat. Silang budaya telah didefinisikan sebagai perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. Silang budaya ini telah banyak membantu masyarakat Malaysia untuk lebih memahami cara hidup satu sama lain serta membina perhubungan erat antara satu sama lain di bawah satu nama iaitu : Warganegara Malaysia.

5

Page 6: Persilangan Budaya Di Malaysia

6

FAKTOR SILANG

BUDAYA

Page 7: Persilangan Budaya Di Malaysia

FAKTOR-FAKTOR SILANG BUDAYA

  Silang budaya di Malaysia berlaku atas beberapa faktor penting. Antaranya:-

L Perkahwinan antara kaum yang berbeza

L Pergaulan yang positif antara pelbagai kaum

L Pembelajaran mengenai kaum-kaum di Malaysia

L Konsep 1 Malaysia

L Perayaan-perayaan di Malaysia

7

Page 8: Persilangan Budaya Di Malaysia

PERKAHWINAN ANTARA KAUM YANG BERBEZA

Kahwin campur adalah suatu keadaan yang bukan janggal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima hakikat bahawa kahwin campur dapat memperkaya masyarakat serta dapat mengukuhkan hubungan antara  kaum.

Kahwin campur boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara,dan kahwin campur antara agama.

Contoh jelas yang dapat dilihat apabila seorang lelaki Melayu berkahwin dengan seorang perempuan India atau seorang lelaki keturunan Cina berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Contoh lainnya ialah perkahwinan kaum antara kaum orang asli yang berbeza etnik.

Kahwin antara negara sering berlaku apabila masyarakat Malaysia ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran atau orang asing datang ke negara kita di bawah nama pendidikan. Mereka akan

8

Page 9: Persilangan Budaya Di Malaysia

berkahwin dengan orang tempatan yang berkenan dengan mereka lalu balik negara asal. Maka, anak kepada pasangan tersebut akan menjalani kehidupan yang bercampur budaya dari kedua belah ibu dan bapanya.

PERGAULAN YANG POSITIF ANTARA KAUM

Silang budaya juga boleh berlaku dengan wujudnya pergaulan yang positif antara kaum. Hal ini berlaku kerana apabila berlakunya pergaulan ini, masyarakat yang bukan dari kelompok kaum yang sama akan saling bertukar fikiran dan pandangan.

Ini akan membuatkan mereka yang bukan dari sesuatu kaum mengamalkan suatu amalan kaum tersebut dalam kehidupan mereka kerana mereka mendapati amalan tersebut dapat memudahkan hidup mereka dari pelbagai segi.

Contoh pergaulan yang positif antara kaum adalah gotong-royong, belajar secara berkumpulan di sekolah, melibatkan diri dengan sambutan rumah terbuka,kerja

9

Page 10: Persilangan Budaya Di Malaysia

berpasukan dalam sukan dan permainan dan banyak lagi.

PEMBELAJARAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA DI SEKOLAH

Seperti yang kita sedia maklum di sekolah, kerajaan telah mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mata pelajaran ini diwajibkan di semua sekolah bagi pelajar dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan lima. Perbincangan mengenai budaya dan adat masyarakat di Malaysia diselitkan dalam silibus kedua-dua subjek ini di samping nilai-nilai murni yang lain.

Kesannya, semua pelajar telah terdedah dengan nilai-nilai masyarakat yang terdapat di Malaysia.

10

Page 11: Persilangan Budaya Di Malaysia

KONSEP SATU MALAYSIA

Kerajaan juga amat mempengaruhi persilangan budaya di Malaysia. Contohnya, Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-6, Dato‘ Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan konsep Satu Malaysia.

Konsep Satu Malaysia ini merupakan suatu usaha untuk memupuk perpaduan sesama kaum di Malaysia agar jurang antara kaum dapat diminimakan. Hal ini amat penting kerana peristiwa

11

Page 12: Persilangan Budaya Di Malaysia

ngeri 13 Mei 1969 telah banyak memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia.

Oleh itu konsep Satu Malaysia ini diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia agar keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Selain itu, semua rakyat malaysia mestilah bersatu hati walaupun berasal dari latar belakang yang pelbagai kerana bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh".

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA

Masyarakat yang majmuk di Malaysia telah mewujudkan pelbagai agama dan perayaan yang dirayakan.Oleh itu budaya rumah terbuka sering dimalkan apabila tibanya musim perayaan

Contohnya, perayaan Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Krismas. Rumah terbuka ini diraikan dengan meriah dengan

12

Page 13: Persilangan Budaya Di Malaysia

kehadiran pelbagai kaum. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung ini,hubungan antara kaum akan dapat dieratkan. Setiap rakyat Malaysia juga berpeluang mempelajari dan menghayati perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

13

Page 14: Persilangan Budaya Di Malaysia

BABA DAN NYONYA

Kesan yang paling ketara daripada persilangan budaya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya.

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu(kini sebahagian Malaysia),

14

Page 15: Persilangan Budaya Di Malaysia

khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Perkahwinan

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu

15

Page 16: Persilangan Budaya Di Malaysia

berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Pakaian

Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal.

RUMUSAN

16

Page 17: Persilangan Budaya Di Malaysia

  Silang budaya di Malaysia ini telah berpunca daripada pelbagai faktor dan telah meresap masuk ke dalam

kehidupan masyarakat Malaysia tanpa disedari. Campuran budaya ini bukanlah sesuatu yang janggal kerana hampir

kesemua negara di atas muka bumi ini mengalami kejadian ini. Kejadian ini boleh diambil sebagai satu langkah positif untuk meningkatkan perpaduan dan kesatuan dalam diri

setiap rakyat Malaysia. Perumpamaan Melayu yang berbunyi ‘Raja diumpamakan sebagai pohon, rakyat

diumpakan sebagai akarnya’ boleh diambil sebagai contoh. Tidak kiralah betapa berwibawanya seseorang pemimpin, kemajuan sesuatu wilayah atau negara itu berada dalam tangan rakyatnya. Konklusinya, rakyat Malaysia haruslah

bertindak bijak dan memahami satu sama lain agar negara kita dapat maju serta duduk sama rendah, berdiri sama

tinggi dengan negara-negara maju yang lain, selaras dengan matlamat utama negara iaitu Wawasan 2020.

17