nota budaya malaysia

44
Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik.Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek.Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi.Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan.Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan,Kedah dan dialek Negeri Sembilan.Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti Kantonis,Hokkien,Hakka,Teochew dan Foochow.Kaum India menggunakan bahasa Tamil,Malayalam dan Telegu.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni.Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk. Pendahuluan: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi – kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa – remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur

Upload: noorkamisah

Post on 20-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

NOTA BUDAYA MALAYSIA

TRANSCRIPT

Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Sen

Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik.Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.

Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek.Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi.Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan.Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan,Kedah dan dialek Negeri Sembilan.Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti Kantonis,Hokkien,Hakka,Teochew dan Foochow.Kaum India menggunakan bahasa Tamil,Malayalam dan Telegu.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni.Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.

Pendahuluan:Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kitaIsi-isi:(1) Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional menyertai aktiviti dalam kelab tersebut saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia tak kenal maka tak cinta menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(2) Anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya kita akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang banyak daripada amalan tersebut kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat mengelakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial warisan dan amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga tidak menconteng arang di muka ibu bapa kita(3) Golongan pelajar seperti saya sewajarnya memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional bangga jika busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang(4) Kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaan makanan tradisional Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda(5) Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita - menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi merekaPenutup:Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar warisan kita tanggungjawab kita kita harus mengekalkan warisan nenek moyang kita menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Nota mengekalkan budaya

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.

Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.

Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana tak kenaI maka tak cinta.

Usaha Mengekalkan Budaya Warisan Rakyat Malaysia

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya punk dan gotic umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hal ini bertepatan sekali dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.

Peribahasa Bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.[ 100 markah ]Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya punk dan gortik umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita.

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.

Peribahasa Bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpungdalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!Dipetik daripada: http://cikgutancl.blogspot.com/2009/09/ramalan-spm-2-pengekekalan-budaya.html Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Karangan: Budaya Pelbagai Kaum

[Karangan sumbangan : Hasmah Yusuf, Semester 3, PBMP, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM]Negara kita kaya dengan kebudayaan pelbagai kaum. Namun demikian generasi muda semakin melupakan kebudayaan yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengekalkan kebudayaan pelbagai kaum di negara kita.Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir Barat, dan sebaginya. Selaindari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana dalam masyarakat Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah masyarakat melayu yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum mereka.Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di sekolah. Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi setiap bangsa, pasti akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya sewaktu mereka masih muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan. Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.

Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah Bersama Kita MengekalkanBudaya Kita atau Budaya Melambangkan Bangsa. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.

Posted by Ghazali Lateh at 3:37 AM

PENDAHULUANSedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada dewasa ini, ia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing negara dan menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara. 2.0 PERBINCANGAN UMUM APLIKASI PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DI DALAM KELAS Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi pendidikan tinggi. Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru-guru pada hari ini. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis menggunakan aplikasi perisisan Microsoft Word sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004). Guru sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis dan meransang pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kepercayaan kini perisian multimedia berbantukan komputer adalah cara mentransformkan pendidikan yang paling efisien dan berkesan. Menurut Ismail (2002), perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Sebagai contoh, seorang guru boleh menggunakan aplikasi Microsoft Excel dalam subjek matematik untuk memperolehi nilai tambah, tolak, bahagi dan darab melalui simbol Autosum. Keadaan ini bukan sahaja dapat memberi satu pendekatan pengajaran yang baharu tetapi memberi satu nilai tambah kepada para pelajar terutamanya murid-murid di sekolah rendah bagi meminati subjek matematik yang dikatakan susah.2.1 KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA GURUProses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru. Oleh itu, pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi membuat seterusnya menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh pelajar. 2.2 KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah , 1987). Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar 2.3 GAYA PEMBELAJARANGaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seseorang itu menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Semasa di dalam bilik darjah, murid-murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokuskan kepada 18 elemen yang mampu mempengaruhi kebolehan belajar seseorang murid. Justeru, kesemua 18 elemen tersebut dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu persekitaran, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal. Berikut merupakan prinsip Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn :i) Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar;ii) Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu;iii) Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran;iv) Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seseorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN ICT Menurut Fox (2003), teori ini disebut oleh Cotton, J. (1995), selepas Taylor 1980, menyatakan bahawa komputer bertindak sebagai tutor, tutee dan alat. Komputer merupakan tutor dalam teori behaviorisme yang dikemukakan oleh Skinner yang membantu pembentukan program ILS (Integrated Learning Systems). Sebagai contohnya, penggunaan perisian Microsoft Power Pointdalam subjek sains di dalam kelas, kebanyakkan murid seronok dan mudah menerima pembelajaran dengan berbantukan teknologi. Selain itu, komputer juga merupakan tutee dimana dapat membantu murid-murid dalam penggunaan komputer secara lebih efektif. Manakala menurut Teori Konstruktivisme, komputer dapat membantu murid-murid bukan sahaja celik komputer, tetapi boleh membantu murid-murid dalam menguasai subjek yang lain. Dalam konteks ini, pengajaran berbantukan komputer dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word, Power Point dan Excel semasa proses pengajaran berlangsung di dalam kelas dianggap sebagai scaffoldingyang membolehkan murid-murid berkemahiran, membentuk idea dan memahami maklumat yang sukar difahami secara tuntas.2.4 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft PowerpointDasawarsa, terdapat pelbagai perisian yang digunakan pada hari ini untuk membangunkan persembahan elektronik untuk dijadikan bahan bantu mengajar kepada murid-murid. Antaranya adalah Microsoft Powerpoint. Merujuk kepada Shaifol (2004), penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan pengajaran akan membuatkan sesuatu persembahan elektronik atau multimedia tersebut menjadi lebih menarik minat murid, dapat memberi motivasi kepada murid-murid dan juga guru dan mudah difahami oleh semua kelompok di sekolah. Persembahan Microsoft Powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid menjadikan persembahan multimedia boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakkan animasi tanpa rendering. Pada kebiasaannya, persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di peringkat awal sebelum animasi disusun. Tujuan gerakkan animasi ini adalah bagi menilai gerakkan tanpa menggunakan proses rendering yang mengambil masa yang lama. Cara mengoperasikan Microsoft Powerpoint ini lebih kepada mesra pengguna dimana butang arahan mudah difahami dan tidak perlu menggunakan pengaturcaraan. Justeru, oleh kerana sifat perisian persembahan multimedia yang menarik dimana boleh menggabungkan lima elemen media iaitu video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini sangat sesuai digunakan dalam membentuk backdrop persembahan dalam apa jua program atau majlis yang diadakan di sekolah mahupun di luar sekolah. Oleh yang demikian, penggunaan perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan multimedia menerusi Microsoft Powerpoint dalam pengajaran di dalam kelas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta berkeupayaan mengilustrasikan idea-idea yang sukar dan dapat memotivasikan murid-murid secara keseluruhannya. 2.4.1 REKA LETAK DALAM PERISIAN MICROSOFT PowerpointReka letak dalam perisian persembahan elektronik atau multimedia merupakan ilmu atau kemahiran yang digunakan bagi meletakkan menyusun media pada paparan untuk membentuk satu persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan. 2.4.1.1 Prinsip Reka Letak CASPERPrinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat murid-murid di sekolah. Skrin yang diletakkan dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan multimedia yang kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER adalah berdasarkan perkataan CASPER berikut : i)Contrast (Perbezaan yang Ketara)Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, warna yang kontra bagi membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan bagi membezakan dua item yang berlainan. Perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dan besar.ii) Alignment (Susunan Lurus)Setiap item yang diletakkan dalam muka perisian harus seimbang dengan muka perisisan agar kelihatan menarik.iii) Simplicity (Mudah)Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsang pengguna untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain, ianya dapat memudahkan penerokaan dan merangsang pemikiran. Pemikiran yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.iv) Proximity (Berhampiran)Item yang digunakan dalam muka perisian harus dikumpulkan pada satu kawasan. Item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah.v) Emphasis (Penekanan)Memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Tidak digalakkan menggunakan terlalu banyak elemen sampingan. Ini kerana, murid-murid akan lebih tertumpu kepada elemen sampingan tersebut.vi) Repetition (Pengulangan)Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman dalam kalangan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2.6 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKANMultimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, dan video dengan menggunakan komputer sebagai alat persembahan untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara signifikan. Reka bentuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICTmerupakan satu disiplin tentang kefahaman dan penambahbaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru. Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masaalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ianya menjadi perangsang kepada guru serta menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Antara beberapa feadah pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia adalah:i)Menyokong Pembelajaran Kendiri. Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Murid-murid boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kadar yang cepat kerana program multimedia memberi peluang serta kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan individu. Di samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media pembelajaran dapat digunakan secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem pelbagai dan prosedur pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.ii) Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam Pengajaran Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, dan tidak sakit hati menjadikan ia sangat sesuai bagi para pelajar terutamanya bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Contohnya, strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar. Pembelajaran menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta-merta kepada pelajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat positif.iii) Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual boleh menambahkan realisme dalam pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam makmal, permainan simulasi dan sebagainya. Dengan hal ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan menggunakan teks. iv) Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran PelajarMenerusi pengunaan multimedia, ianya berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan sambil pelajar mendengar. Penggunaan perisian multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian tajuk yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir, kreatif dan kritis. Secara keseluruhannya, ciri-ciri inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.2.7 SARANAN DAN CADANGAN MASA HADAPAN Penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran dalam mata pelajaran adalah amat berkurangan. Hasil dari beberapa kajian lepas, dapat membantu guru sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian murid-murid tetapi ia tidaklah secara menyeluruh kerana peningkatan prestasi murid-murid tidak meningkat 100%. Masih terdapat banyak kekurangan yang boleh ditampung pada masa hadapan terutamanya dari segi penyediaan modul multimedia dengan lebih terperinci. Bagi tujuan penambahbaikan, penggunaan perisian perlu diperluaskan agar pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas. Para guru juga haruslah membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan pembelajaran berbantukan multimedia lebih menarik dan efisien. Guru-guru tidak hanya mengharapkan kepada perisian yang sedia ada malah mampu membina sendiri perisian multimedia dengan menggunakan perisian pengarangan multimedia seperti Macromedia Director, Microsoft Power Point dan sebagainya bagi membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang. Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima transformasi dan kemajuan dalam kerjaya profesion keguruan. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah haruslah dirancang dengan baik. Pasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru. Pada hari ini, masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, selffaced, dan self directed.Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet. Pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada murid-murid khasnya, di samping memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih baik. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. Teknologi maklumat menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah rendah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan sukatan, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya disekolah. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di sekolah.3.0 KESIMPULANHoward Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum yang ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada murid-murid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi. Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda insane kelas pertam sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem pendidkan dan kurikulum skeolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total. Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. RUJUKAN A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30. Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.: Harvard University Press. Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change: Strategies for technology integration. Educational Technology Research and Development, 47 (4), 47-61. Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan researcher. Computer Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361 (54) 1st International Malaysian Educational Technology ConventionGrove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on Technology in Education. 37(1), 85-110. Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We have met the enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the Association for Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC Document Reproduction Service No. ED485143) Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course. Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135 Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative Approach. Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261268 Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. 14

Dewan BahasaPenggunaan perisian powerpoint

Perlaksanaan Inovasi Di Dalam Bilik Darjah (PowerPoint Interaktif)

Kelebihan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik DarjahPada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya. Sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya. Namun, sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas.

Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah dan sebagainya. Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah. Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar dipelajari dan digunakan di sekolah.

Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan gambar atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas. Namun, ianya bersifat statik dan berpusatkan guru.

Sebenarnya, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai. Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.

Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah. Tentulah keadaan ini menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya. Selain itu, perisian dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara. Justeru, kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-murid. Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.

Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah. Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka. Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.

Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT terutamanya komputer. Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya. Apabila mereka sudah terbiasa sejak kecil dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat pengajian tinggi dan alam pekerjaan.

Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu menjadi mudah. Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta dikongsi dengan mudah melalui softcopy. Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Kelemahan Penggunaan inovasi PowerPoint Interaktif Dalam Bilik Darjah Walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran.

Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.

Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan, hiburan dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid pada peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.

Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman sebenar kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar.

Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar secara pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.

Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT, mereka akan mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya diubah mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan kritis guru dalam menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah pelbagai, bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.

Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak pelbagai. Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak harus dibuang begitu sahaja.

Pelaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah Seterusnya, mari kita bincangkan tentang huraian pelaksanaan inovasi ini dalam bilik darjah. Perisian inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal komputer yang lengkap dengan komputer. Sekiranya bilangan komputer terhad, ia masih boleh digunakan. Keperluan asas peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan pembesar suara diperlukan. Untuk pengetahuan, perisian inovasi ini hanya menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dan tidak memerlukan proses install yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya memerlukan guru copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan proses install boleh menjimatkan masa dalam kelas.

Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan animation untuk menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala dengan pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint untuk meransang minat dan deria murid.

Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid kepada kumpulan atau individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur multimedia seperti gambar, video, audio dan animasi. Terdapat juga butang-butang akses (button) untuk memudahkan murid meneroka perisian ini. Setiap fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu diingat murid, disusun secara tersembunyi supaya murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid mudah menghafal dan faham perkara yang dipelajari.

Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas, murid menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk mencuba sendiri PowerPoint tersebut. Justeru, dengan adanya perisian ini, ia dapat memberi peluang murid merasai sendiri pengalaman belajar yang menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba, menjawab dan meneroka sendiri perisian inovasi ini.

Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan bahagian. Ianya dibuat berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid akan mempelajari setiap tajuk dengan teratur seperti yang dirancang oleh guru. Pada akhir bahagian diselitkan dengan soalan-soalan ujian pemahaman. Soalan pemahaman dibuat secara menyeluruh oleh guru mengikut tahap dan kemampuan murid. Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid. Memandangkan perisian ini hanya menggunakan PowerPoint dan boleh diubah bila-bila masa, guru boleh menambah atau mengubah soalan yang lebih sesuai dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak faham.

Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka ianya dapat membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar dengan lebih berkesan. Seterusnya motivasi murid juga semakin bertambah baik. Hal ini menepati matlamat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selalunya, apabila dalam kelas murid kurang berkeyakinan untuk mencuba sesuatu perkara. Dengan adanya inovasi ICT ini, ianya dapat membantu murid mencuba dan melakukan perkara yang sukar dilakukan semasa proses pengajaran guru biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri dan keberanian murid semasa proses pembelajaran.

Akhir sekali, semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah guru boleh memasukkan sedikit pengisian tentang kemahiran asas menggunakan komputer seperti belajar menaip, menggunakan tetikus dan sebagainya. Walaupun kemahiran ini nampak remeh, namun ianya tetap memberi kesan kepada murid dalam membiasakan diri mereka dengan komputer.