keperluan pemuliharaan budaya warisan di malaysia

20
SADN 3113 BUDAYA DAN WARISAN MALAYSIA TAJUK : KEPERLUAN PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : NURUL AIMUNI HUSNA BINTI NASRON 220373 DISEDIAKAN UNTUK : DR. MOHAMED ALI BIN HANIFFA

Upload: universiti-utara-malaysia

Post on 10-Aug-2015

276 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

SADN 3113BUDAYA DAN WARISAN

MALAYSIA

TAJUK : KEPERLUAN PEMULIHARAAN

WARISAN BUDAYA DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH : NURUL AIMUNI HUSNA BINTI

NASRON220373

DISEDIAKAN UNTUK :DR. MOHAMED ALI BIN HANIFFA

Page 2: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

PENGENALAN

• Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai seni budaya dan kesan tinggalan sejarah yang dapat menarik minat pelancong datang ke Malaysia.

• Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan kepelbagaian dari aspek pakaian tradisional, makanan tradisi, seni muzik, perayaan, permainan dan lain-lain.

• Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita.

Page 3: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

• Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia.

• Oleh itu, untuk menjaga warisan budaya agar tidak ketinggalan zaman langkah pemuliharaan haruslah dilaksanakan oleh kita sebagai generasi muda yang ingin menjadikan warisan sebagai satu agenda tradisi yang tidak dilupakan oleh masyarakat kini.

Page 4: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

APA ITU BUDAYA ?

• Perkataan budaya dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan Buddi atau Budayyah dalam bahasa Sanskrit yang bererti budi dan akal.

• Budaya juga meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat resam dan kebiasaan yang diperoleh manusia sebagai anggota masyarakat.

• Kebudayaan bolehl disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Page 5: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

APA ITU WARISAN ?

• Menurut Jabatan Warisan Negara, warisan ialah sesuatu yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi ke satu generasi.

• Sesuatu warisan itu perlu diwarisi dan dikekalkan kerana warisan tersebut menggambarkan cara hidup dan jati diri sesuatu bangsa yang pelbagai kaum.

• Menurut kamus dewan, warisan boleh bermaksud dengan harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun atau peninggalan.

Page 6: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

DEFINISI PEMULIHARAAN

• Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan dan memelihara sumber alam semulajadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

• Pemuliharaan merupakan satu proses menjaga dan mengawasi sesebuah warisan bersejarah dari dimusnahkan atau dibaikpulih tanpa perancangan dan pengurusan yang sistematik.

• Konsep pemuliharaan warisan yang diterima dan dipraktik oleh sejagat ialah “Keaslian dalam Pemuliharaan Warisan”.

Page 7: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

PEMULIHARAAN BUDAYA DAN WARISAN

Pemuliharaan Budaya dan

Warisan

Bangunan Bersejarah

Permainan Tradisional

Page 8: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

BANGUNAN BERSEJARAH

• Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dicelah-celah arus pembangunan yang terdapat bangunan-bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik.

• Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dipulihara dengan sebaik mungkin daripada pupus ditelan arus pembangunan.

• Bertujuan untuk memastikan bangunan bersejarah yang dipulihara bebas daripada sebarang masalah kerosakan bangunan dan terpulihara dari segi reka bentuk seni bina dan bahan binaannya

Page 9: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

• Dengan pengiktirafan Bandaraya Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO yang juga dikenali sebagai The Historic Cities of The Straits of Malacca pada 7hb Julai 2008, telah memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia tentang kepentingan untuk memulihara dan menghargai warisan yang terdapat di negara kita.

• Contoh bangunan bersejarah yang wajar dipulihara adalah seperti Bangunan Stadthuys di Bandar Hilir, Melaka, Balai Besar di Alor Setar, Kedah dan Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Page 10: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

PRINSIP ASAS PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH

Meminimakan gangguan seperti membaik pulih hanya struktur dan fabrik bangunan bersejarah yang rosak

sahaja manakala yang masih elok perlulah dikekalkan keasliannya.

Dengan menjalankan kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti kandungan dan sifat bahan binaan serta

tahap kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat dijadikan bukti sokongan dalam membuat

sebarang keputusan terhadap kerja pemuliharaan yang akan dilakukan kelak.

Page 11: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

• Mendokumentasikan kerja pemuliharaan yang menjadi amalan penting kerana ia dapat digunakan sebagai bahan

rujukan terhadap kerja penyelenggaran bangunan bersejarah pada masa akan datang.

Prinsip mengaplikasikan kaedah pemuliharaan yang terbukti berkesan bagi memastikan setiap pendekatan

pemuliharaan yang digunakan semasa kerja pemuliharaan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada

bangunan bersejarah yang dipulihara.

Page 12: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH

• Bangunan bersejarah memberi banyak manfaat dari sudut pelancongan. Hal ini demikian kerana bangunan bersejarah dapat menarik pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat negara kita.

• Bangunan bersejarah lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Page 13: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

• Bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi yang akan datang.

• Bangunan bersejarah lama juga turut memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya kepada para pelajar dan penyelidik.

• Bangunan bersejarah juga dapat mengekalkan keaslian seni bina sesuatu bangunan.

Page 14: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan Tradisional Kaum Melayu

• Batu Seremban - Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Ianya

dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah dan ketul batu yang kecil.

• Congkak - Alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak.

Biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Page 15: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

Permainan Tradisional Kaum Cina

• Mahjong - Merupakan permainan untuk empat orang yang

berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan.

• Yoyo Cina - Mempunyai dua cakera yang sama saiz yang

dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.

Page 16: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

Permainan Tradisional Kaum India

• Kabadi - Dalam satu permainan, dua pasukan dibentuk yang mana

terdiri daripada tujuh pemain. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.

• Chanturanga - Mempunyai dua pihak yang bermain. Perbezaan buah

catur dengan kekuataan yang berbeza, dan kemenangan bergantung pada buah terakhir, atau dalam catur moden ditandai dengan tumbangnya sang raja.

Page 17: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

PEMULIHARAAN PERMAINAN TRADISIONAL

• Kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini. Pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak yang terlibat mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.

• Pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ini sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang boleh disertai oleh pelajar di sekolah.

Page 18: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

• Sebagai remaja, mereka perlu menanamkan semangat cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil lagi.

• Mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang mampu untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita.

• Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan pesta permainan tradisional pada setiap tahun. Contohnya, Festival Layang-layang di Pasir Gudang, Johor.

Page 19: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

• Remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat. Golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti.

Page 20: KEPERLUAN PEMULIHARAAN BUDAYA WARISAN DI MALAYSIA

KESIMPULAN

• Warisan budaya atau warisan tradisonal sering dikaitkan dengan peradaban atau tamadun sesuatu bangsa, dalam hal ini budaya tradisional melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.

• Dengan adanya Akta Warisan Negara 2005, ini akan memudahkan proses mengenalpasti dan menentukan bangunan dan tapak yang mempunyai kepentingan sejarah untuk diwartakan sebagai zon bersejarah.

• Selain itu, dengan adanya permainan tradisional ianya memberi banyak faedah kepada kita, di samping memelihara warisan budaya zaman-berzaman dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.