persepsi pelajar terhadap dialog antara · pdf fileijazah sarjana muda sains serta pendidikan...

37
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR. AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lycong

Post on 03-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR.

AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : LOT 77, FASA 2, USTAZ HJ. AZMI SHAH BIN SURATMAN TAMAN SEMPAUL, PETI SURAT 364, Nama Penyelia 91308, SEMPORNA, SABAH.

Tarikh : 28HB APRIL 2009 Tarikh : 28HB APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : USTAZ HJ. AZMI SHAH BIN SURATMAN

Tarikh : 28HB APRIL 2009

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI.

AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH

851117-12-5540

AP050032

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan :

Nama Penulis : AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH

Tarikh : 28HB APRIL 2009

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

iii

DEDIKASI

YA ALLAH...

Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai

Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan

Ku Abadikan Karya Ini Teristimewa Buat:

Ayah & Ibu tersayang, Hj. Abdul Rahah Bin Hj. Zakaria & Hjh. Sabtiah Bt. Hj. Lakim

Doa, Pengorbanan dan Kasih Sayangmu Sumber Kekuatanku...

Buat adik-adikku, Mohd.Redzuan, Muhd. Safwan dan Hazirah

Junjunglah ilmu, jangan jemu menuntut ilmu, ilmu yang ada akan menjaga kita, tapi harta yang ada, kita yang kena menjaganya. Sesungguhnya Allah akan

mengangkat darjat orang-orang yang berilmu...

Buat Penyelia yang dikagumi, Ustaz Hj. Azmi Shah Bin Suratman

Syukran Jazilan Terima Kasih atas tunjuk ajarmu...

Buat Pensyarah-Pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan, Terima Kasih atas bimbingan dan didikan

Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan...

Sahabat Seperjuangan,

SPI 2 Julai 2005-10 Mei 2009 Terima kasih di atas Segala-galanya, Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama...

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan Rasulullah SAW yang membawa rahmat ke seluruh alam. Alhamdulilah

syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kajian ini dapat

disiapkan walaupun sekali-sekala bertemu rintangan dan cabaran.

Sekalung penghargaan buat ibu bapa dan keluarga di kampung yang tidak

jemu-jemu memberikan sokongan yang amat membantu dalam menyiapkan kajian

ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat Ustaz Hj. Azmi Shah

Bin Suratman selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong,

memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah-pensyarah Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM, Perpustakaan

Tun Seri Lanang (PTSL), UKM, Perpustakaan Utama, UM dan Pusat Sumber

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) atas segala bantuan yang

diberikan sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan rujukan.

Tidak dilupakan juga kepada semua responden yang terlibat kerana telah

memberi kerjasama yang baik semasa menjawab soal selidik. Begitu juga dengan

sahabat seperjuangan yang banyak berkongsi idea dan pendapat dalam melaksanakan

kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung bagi menyempurnakan kajian ini. Semoga Allah

SWT memberkati dan membalas dengan kebaikan jua.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

v

ABSTRAK

Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, isu-isu antara agama sering

dibincangkan. Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti

persepsi pelajar terhadap Dialog Antara Agama dalam kalangan pelajar Tahun 4

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Fokus kajian ini

adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara

agama, mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan

faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog antara agama.

Sampel kajian adalah seramai 123 orang daripada 303 orang pelajar dari 5 kursus

yang berlainan. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah. Instrumen bagi kajian

ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi

45 item. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical

Package of Social Sciences (SPSS) for Windows version 14.0. Hasil kajian rintis

menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha ialah α=.839. Purata min untuk mengenal pasti

tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama ialah 3.22. Sementara, untuk

mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama,

menunjukkan purata min sebanyak 3.15, manakala purata min bagi faktor-faktor

yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog antara agama ialah 3.02. Purata

min keseluruhan bagi kajian ini berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.14. Hasil kajian

menunjukkan responden masih kurang terlibat dalam penganjuran dialog antara

agama. Keadaan ini dapat diatasi dengan mengemukakan beberapa cadangan.

Antaranya ialah harus ada kempen setara yang selaras dengan arus perdana dalam

memartabatkan hubungan masyarakat yang harmonis dan mempelbagaikan

pendekatan dengan tujuan yang sama.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

vi

ABSTRACT

In the plural community of Malaysia, issues inter-religious are always

debated upon. Among the purpose this study was conducted to identify the student’s

perceptions towards inter-religious dialogue among 4th year student’s from the

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. This study is

focusing regarding to identify the level of student’s knowledge on inter-religious

dialogue, to identify the level of student’s understanding on issues in inter-religious

dialogue and the supporting factors for the student’s to be involved in inter-religious

dialogue. The sample of the study is 123 student’s out of 303 student’s from 5

courses. The selection of the sample is using easy random sampling. The instrument

of this study is questionnaire which contains 45 items by using the Likert scale of 1

to 4. Descriptive statistical analysis was used to get frequency value, percentage and

mean. Data was analyzed by using the Statistical Package of Social Sciences (SPSS)

for Windows version 14.0 software. The pilot study shows that Cronbach’s Alpha is

α=.839. Mean average to identify the level of student’s knowledge on inter-religious

dialogue students is 3.22. Meanwhile, to identify the level of student’s understanding

on issues inter-religious dialogue is 3.15 and the mean average for the supporting

factors of student’s to be involved in inter-religious dialogue is 3.02. Overall, the

mean average for this study is high, which is 3.14. The result of this study shows that

respondent’s are less involved in inter-religious dialogue. This situation could be

improved with the suggestion that has been presented. In the future, efforts to

conduct inter-religious dialogue must be planned and has continuity to consolidate

the relationships in a harmonic society and make various methods with the same

purposes.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

SENARAI RAJAH xviii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Persepsi 14

1.8.2 Pelajar 14

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

viii

1.8.3 Dialog 14

1.8.4 Agama 15

1.8.5 Dialog Antara Agama 15

1.9 Kesimpulan 16

BAB II SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Konsep Dialog 17

2.2.1 Definisi Dialog Menurut Perspektif Islam 20

2.2.2 Definisi Dialog Menurut Perspektif Barat 23

2.2.3 Sejarah Bermulanya Dialog 24

2.2.4 Perkembangan Dialog Antara Agama 25

Di Malaysia

2.3 Bentuk-bentuk Dialog Antara Agama 28

2.3.1 Dialog Secara Terancang 28

2.3.1.1 Dialog Wacana 28

2.3.2 Dialog Secara Tidak Terancang 29

2.3.2.1 Dialog melalui Kehidupan 29

2.3.2.2 Dialog melalui Tindakan 29

2.4 Tujuan Berdialog 31

2.4.1 Mengikis Rasa Curiga 33

2.4.2 Memahami Orang Lain 34

2.4.3 Merapatkan Hubungan Kemanusiaan 34

2.4.4 Membina Tamadun Manusia yang Utuh 34

2.4.5 Menjelaskan Hakikat Sebenar Tindakan 35

2.4.6 Memupuk Rasa Saling Menghormati 35

2.4.7 Mengakhiri Dendam dan Rasa Permusuhan 35

2.4.8 Mewujudkan Konsep Keamanan 36

(Global Peace)

2.5 Prinsip-prinsip dan Etika Dialog 37

2.6 Kepentingan Dialog Antara Agama 43

2.7 Faktor-faktor yang Mendorong Berlakunya Dialog 46

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

ix

2.7.1 Perbezaan Fahaman dan Amalan Agama 46

2.7.2 Kecurigaan kepada Berlainan Agama 46

2.7.3 Dorongan Menyebarkan Agama 47

2.7.4 Menghindarkan Konflik Atas 48

Nama Agama

2.7.5 Faktor Minat 48

2.7.6 Dorongan dari Pensyarah 48

2.7.7 Dorongan Badan-badan Bukan Kerajaan 49

(NGO)

2.8 Halangan dan Cabaran Melakukan Dialog 49

2.8.1 Sejarah Hubungan antara Agama-agama 50

2.8.2 Ketidaksefahaman Terhadap Doktrin 51

Asas-asas Agama

2.8.3 Bersikap Eksklusif 52

2.8.4 Bersikap Inklusif 53

2.8.5 Takut untuk Berdialog 53

2.8.6 Kurang Motivasi dalam Berdialog 54

2.8.7 Wujud Prasangka antara Peserta 54

2.8.8 Fahaman Global yang Mengancam Dunia 54

2.9 Organisasi-organisasi yang Mempromosikan 55

Dialog Antara Agama Di Malaysia

2.10 Kajian Lepas 58

2.11 Kesimpulan 60

BAB III METODOLOGI KAJIAN 61

3.1 Pengenalan 61

3.2 Reka Bentuk Kajian 61

3.3 Lokasi Kajian 62

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 63

3.5 Instrumen Kajian 64

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 64

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

x

3.5.1.1 Soal selidik 64

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 67

3.6 Prosedur Kajian 67

3.7 Kajian Rintis 69

3.8 Analisis Data 70

3.9 Kesimpulan 70

BAB IV ANALISIS DATA 71

4.1 Pengenalan 71

4.2 Analisis Data Bahagian A 72

4.2.1 Maklumat Jantina Responden 72

4.2.2 Maklumat Bangsa Responden 72

4.2.3 Maklumat Agama Responden 73

4.2.4 Maklumat Kursus Responden 73

4.2.5 Maklumat Kelulusan Terdahulu Responden 74

Sebelum Memasuki UTM

4.3 Analisis Data Bahagian B 75

4.3.1 Taburan Kekerapan, Peratusan 75

dan Min bagi Tahap Pengetahuan

Pelajar terhadap Dialog Antara Agama

4.4 Analisis Data Bahagian C 82

4.4.1 Taburan Kekerapan, Peratusan 82

dan Min bagi Tahap Kefahaman

Pelajar terhadap Isu Dialog Antara Agama

4.5 Analisis Data Bahagian D 89

4.5.1 Taburan Kekerapan, Peratusan 89

dan Min bagi Faktor-faktor yang

mendorong Keterlibatan Pelajar dalam

Dialog Antara Agama

4.6 Analisis Keseluruhan 94

4.7 Kesimpulan 98

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 99

5.2 Perbincangan 99

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 100

5.2.2 Tahap Pengetahuan Pelajar terhadap 101

Dialog Antara Agama

5.2.3 Tahap Kefahaman Pelajar terhadap 103

Isu Dialog Antara Agama

5.2.4 Faktor-faktor yang Mendorong 105

Keterlibatan Pelajar dalam

Dialog Antara Agama

5.3 Rumusan 108

5.4 Cadangan 108

5.4.1 Individu 109

5.4.2 Pensyarah 109

5.4.3 Persatuan Pelajar 110

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 110

5.6 Kesimpulan 111

BIBLIOGRAFI 112 LAMPIRAN

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jumlah Terkini Pelajar Tahun 4, 63

Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai 3.2 Jumlah Sampel Mengikut Kursus 64

Pengajian Responden 3.3 Maklumat Setiap Bahagian 65 3.4 Skala Likert 4 peringkat 66 3.5 Perubahan 4 point Skala Likert 66

Kepada Tiga Peringkat 4.1 Maklumat Jantina Responden 72

4.2 Maklumat Bangsa Responden 72 4.3 Maklumat Agama Responden 73 4.4 Maklumat Kursus Responden 73 4.5 Maklumat Kelulusan Terdahulu 74

Responden Sebelum Memasuki UTM

Taburan kekerapan, peratusan dan min ‘Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama’

4.6.1 Taburan Skor Min Item 1 75 4.6.2 Taburan Skor Min Item 2 75 4.6.3 Taburan Skor Min Item 3 76 4.6.4 Taburan Skor Min Item 4 76 4.6.5 Taburan Skor Min Item 5 77 4.6.6 Taburan Skor Min Item 6 77 4.6.7 Taburan Skor Min Item 7 77

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xiii

4.6.8 Taburan Skor Min Item 8 78 4.6.9 Taburan Skor Min Item 9 78 4.6.10 Taburan Skor Min Item 10 79 4.6.11 Taburan Skor Min Item 11 79 4.6.12 Taburan Skor Min Item 12 79 4.6.13 Taburan Skor Min Item 13 80 4.6.14 Taburan Skor Min Item 14 80 4.6.15 Taburan Skor Min Item 15 81 4.6.16 Taburan Skor Min Item 16 81 4.6.17 Taburan Skor Min Item 17 81 4.6.18 Taburan Skor Min Item 18 82

Taburan kekerapan, peratusan dan min‘Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Isu Dialog Antara Agama’

4.7.1 Taburan Skor Min Item 19 83 4.7.2 Taburan Skor Min Item 20 83 4.7.3 Taburan Skor Min Item 21 83 4.7.4 Taburan Skor Min Item 22 84 4.7.5 Taburan Skor Min Item 23 84 4.7.6 Taburan Skor Min Item 24 85 4.7.7 Taburan Skor Min Item 25 85 4.7.8 Taburan Skor Min Item 26 85 4.7.9 Taburan Skor Min Item 27 86 4.7.10 Taburan Skor Min Item 28 86 4.7.11 Taburan Skor Min Item 29 87 4.7.12 Taburan Skor Min Item 30 87

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xiv

4.7.13 Taburan Skor Min Item 31 87 4.7.14 Taburan Skor Min Item 32 88 4.7.15 Taburan Skor Min Item 33 88

Taburan kekerapan, peratusan dan min‘Faktor-Faktor Yang Mendorong Keterlibatan Pelajar Dalam Dialog Antara Agama’

4.8.1 Taburan Skor Min Item 34 89 4.8.2 Taburan Skor Min Item 35 89 4.8.3 Taburan Skor Min Item 36 90 4.8.4 Taburan Skor Min Item 37 90 4.8.5 Taburan Skor Min Item 38 91 4.8.6 Taburan Skor Min Item 39 91 4.8.7 Taburan Skor Min Item 40 91 4.8.8 Taburan Skor Min Item 41 92 4.8.9 Taburan Skor Min Item 42 92 4.8.10 Taburan Skor Min Item 43 93 4.8.11 Taburan Skor Min Item 44 93 4.8.12 Taburan Skor Min Item 45 93 4.9 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai 94

Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama.

4.10 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai 96 Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Isu Dialog Antara Agama.

4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai 97

Faktor-Faktor Yang Mendorong Keterlibatan Pelajar Dalam Dialog Antara Agama.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xv

SENARAI SINGKATAN S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala S.A.W Sallahu ‘Alaihi Wasallam IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta UTM Universiti Teknologi Malaysia UKM Universiti Kebangsaan Malaysia APIUM Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah PTSL Perpustakaan Tun Seri Lanang PSM Projek Sarjana Muda MPP Majlis Perwakilan Pelajar NGO Non-Government Organization SPM Sijil Pelajaran Malaysia STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xvi

SPSS Statistic Package For Social Science SS Sangat Setuju S Setuju TS Tidak Setuju STS Sangat Tidak Setuju SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia MCCBCHS Malaysian Consultative For Buddhism, Christianity,

Hinduism and Sikhism ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia ACCIN Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs MIRO Malaysia Inter-Religious Organization IFC Inter-Faith Commission

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xvii

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK

1 Soal selidik

2 Surat Permohonan Maklumat Pelajar

3 Surat Kebenaran Tesis (PSM) melebihi 100 muka surat

4 Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan

5 Surat Kebenaran PSZ 1

6 Surat Kebenaran PSZ 2

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

xviii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Rangka Kerja Prosedur Kajian 67-68

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

$ pκš‰r'̄≈ tƒ â¨$ ¨Ζ9$# $ ¯Ρ Î) /ä3≈oΨø) n=yz ⎯ÏiΒ 9x. sŒ 4©s\Ρ é&uρ öΝ ä3≈oΨù= yèy_ uρ $\/θãèä©

Ÿ≅Í←!$ t7 s% uρ (#þθèù u‘$ yètGÏ9 4 ¨β Î) ö/ä3tΒ tò2 r& y‰ΨÏã «! $# öΝ ä39 s) ø? r& 4 ¨β Î) ©! $# îΛ⎧ Î= tã

×Î7 yz ∩⊇⊂∪

Terjemahan: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, 49: 13)

Agama Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Islam menggalakkan setiap umatnya untuk saling kenal-mengenali dan berbuat baik

bukan sahaja kepada sesama umat Islam, malah kepada sesama mereka yang bukan

beragama Islam juga. Penekanan kepada konsep hubungan sesama manusia dan

konsep ta’awun (bekerjasama) dalam hidup bermasyarakat akan dapat membentuk

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

2

satu ikatan silaturrahim yang teguh khususnya dalam mencapai tamadun dunia yang

terdiri dari pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Menurut Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran (2001: 112), ayat ini

menjelaskan bahawa tujuan Allah SWT menciptakan manusia dengan berbagai-bagai

bangsa dan suku itu bukanlah supaya berbalah di antara satu sama lain malah

digalakkan untuk saling kenal-mengenali, berinteraksi serta saling menghormati

pendirian masing-masing. Perbezaan dari sudut pemikiran, amalan kepercayaan

mahupun kebolehan fizikal tidak seharusnya mencetuskan keadaan yang boleh

menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat malah perbezaan-perbezaan tersebut

seharusnya menjadi titik tolak untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam

melaksanakan tugas-tugas kemanusiaan dan melengkapi setiap keperluan umat

manusia.

Merujuk kepada konteks negara, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi

yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kelompok bangsa

iaitu bangsa Melayu, Cina, India, penduduk peribumi serta kaum-kaum minoriti yang

lain. Setiap komposisi bangsa menganuti agama-agama yang berbeza seperti orang

Melayu beragama Islam, kaum India beragama Hindu dan kaum Cina menganut

agama Kristian atau Buddha. Ekoran identifikasi agama berdasarkan kaum ini, maka

nilai-nilai perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat majmuk di Malaysia perlu

dilihat berasaskan aspek agama, di mana, majoriti masyarakat Malaysia menganut

agama tertentu dan mempunyai sentimen agama yang tinggi terhadap agama masing-

masing (Ahmad Sunawari Long, 2000: 1).

Kepelbagaian agama, kaum serta budaya di Malaysia berkait rapat dengan

sejarah sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan dan selepas kemerdekaan iaitu

dengan berlakunya migrasi penduduk China dan India ke Malaysia yang menjadi

buruh dalam pelbagai sektor ekonomi, telah mewujudkan komposisi bangsa yang

berbeza. Kepelbagaian bangsa ini kadangkala boleh mewujudkan masalah dan

konflik sama ada melibatkan sektor ekonomi, politik dan sosial.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

3

Perpaduan dan keamanan merupakan satu isu penting dalam konteks

kehidupan negara, apatah lagi, bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat

majmuk seperti di Malaysia. Perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum ini

mempunyai pertalian rapat dengan isu ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan

agama. Setiap kaum atau golongan yang diwakili akan memperjuangkan hak-hak

mereka dan mereka berusaha untuk mendapatkan keadilan serta toleransi, namun

kesemua hak-hak tersebut perlu merujuk kepada perlembagaan berkaitan dengan

Perkara 121(1).

Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan dan mengecapi keamanan

selama 51 tahun yang lalu, masih terdapat lagi pergeseran dalam memperjuangkan

hak-hak ini yang mana ia menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sebelah pihak

yang lain. Pergeseran yang dihadapi di antara bangsa-bangsa bukan berlaku di

Malaysia sahaja, malah negara-negara yang turut dihuni oleh masyarakat yang

berbilang kaum juga menghadapi masalah sedemikian. Pergeseran ini timbul

disebabkan berlakunya kegagalan mengenali antara satu sama lain serta kurangnya

persefahaman dalam banyak aspek (Nurul Fauzana Bt. Yaacob, 2006: 3).

Justeru, konsep persefahaman dan saling mengenali perlu disemai dalam diri

setiap individu masyarakat di Malaysia. Proses interaksi dan komunikasi dalam

masyarakat perlu berkesan agar ketidaksefahaman dapat dielakkan. Pemerintah

hendaklah memainkan peranan dengan membuat anjakan paradigma dalam institusi

sosial negara. Oleh yang demikian, dialog dan muzakarah (perbincangan) perlulah

diamalkan, sebagai satu langkah untuk mencari kesefahaman, kesepakatan dan

kesetaraan antara agama, budaya dan bangsa. Selaras dengan firman Allah SWT:

ô‰s% yì Ïϑ y™ ª!$# tΑöθs% © ÉL©9$# y7 ä9ω≈pgéB ’Îû $yγ Å_÷ρ y— þ’Å5tGô± n@uρ †n< Î) «!$#

ª! $#uρ ßìyϑ ó¡tƒ !$ yϑ ä. u‘ ãρ$ pt rB 4 ¨β Î) ©! $# 7ì‹ Ïÿ xœ îÅÁt/ ∩⊇∪

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah SWT telah mendengar (dan memperkenankan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad), mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah SWT sedia mendengar

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

4

perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah amat mendengar lagi amat melihat.”

(Surah al-Mujadalah, 58: 1) Berdasarkan tafsiran ayat di atas, Sheikh Abdullah Bin Muhammad Basmeih

(2000: 1216) dalam Tafsiran Pimpinan Ar-Rahman, menyatakan bahawa perlunya

ada perbincangan dalam mencari satu titik kesefahaman dan menyelesaikan masalah

yang dihadapi dengan tenang. Perbincangan yang dilakukan hendaklah mendengar

keterangan dari dari kedua belah pihak yang bertelagah sebelum bertindak

mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan salah faham dari terus

berpanjangan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Ajaran Islam adalah syumul, komprehensif dan relevan sepanjang zaman

serta wujud mendahului suatu bangsa dan negara. Islam juga bukan agama

kebendaan yang khusus untuk sesuatu keturunan, bangsa, negara atau kelompok

tertentu sebagaimana Yahudi, Nasrani dan lain-lain kepercayaan. Umat Islam sejak

zaman Nabi Muhammad SAW dan semasa pemerintahan khalifah hinggalah

sekarang memahami kenyataan adanya kemajmukan dan perbezaan dalam keyakinan

terhadap agama masing-masing.

Selain memperkukuhkan pegangan kepada seluruh penganutnya, setiap

agama mempunyai cara atau metodologi tersendiri untuk menyebarkan ajaran dan

pengaruh terutama bagi agama yang berkonsepkan missionary seperti Islam, Kristian

dan Buddha. Agama Hindu tidak begitu menonjol dalam aspek menyebarluaskan

ajarannya kepada penganut agama lain (Khairulnizam Bin Mat Karim, 2008,

http://www.utusan.com.my).

Malaysia, merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai

masyarakat, agama, bangsa dan budaya masing-masing hidup dalam satu komuniti,

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

5

saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan perpaduan.

Walaubagaimanapun, di Malaysia situasi ini agak berbeza kerana, Perlembagaan

Negara menyatakan setiap individu bebas untuk memilih dan menganuti agama

masing-masing selepas berusia 21 tahun (Artikel 11 dan Artikel 121(1A)

Perlembagaan Persekutuan). Justeru, ia membuka ruang yang luas kepada setiap

agama untuk menjalankan aktiviti keagamaan mahupun aktiviti mempromosikan dan

menyebarkan ajaran kepada penganut lain. Maka, ia memberi kelebihan kepada

agama yang dominan dan memberi sedikit tekanan kepada agama lain (Khairulnizam

Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai), Dialog antara agama mustahak. Utusan Malaysia

online dari http://www.utusan.com.my).

Dalam konteks tempatan, kewujudan sikap prejudis dan ceteknya pemikiran

dalam masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama

menyebabkan berlakunya konflik dan menimbulkan satu keadaan yang rumit untuk

diatasi. Penganut agama Islam di negara ini, mempunyai peruntukan yang lebih

dalam Perlembagaan Negara di mana Islam dijadikan sebagai agama rasmi negara

dan setiap calon tertinggi pimpinan negara perlulah seorang yang beragama Islam

dan berketurunan Melayu. Keputusan ini harus dihormati dan disepakati oleh

penganut agama lain. Sebarang usaha untuk menggugat perkara itu perlu ditentang.

Keadaan ini, mewujudkan rasa ketidakpuasan hati antara mereka dan mereka juga

hendak mempertahankan hak dalam agama mereka di negara ini.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad

Badawi, dalam ucaptamanya pada Persidangan Antarabangsa Ke-3 Dunia Islam dan

Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara Barat (Kristian)

bukanlah berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi, kerana

manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Mereka

menganjurkan kekerasan atas nama agama. Kekerasan ini bertitik tolak dari

keyakinan dalam agama mereka bahawa setiap tindakan mereka adalah sejajar

dengan perintah Tuhan yang terdapat dalam teks kitab-kitab suci mereka

(Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai), Dialog peradaban atasi konflik

Islam-Barat. Utusan Malaysia dari http://www.utusan.com.my).

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

6

Kekerasan atas nama agama sememangnya bukan mudah untuk dibendung.

Sejarah telah mencatatkan pembunuhan ke atas Anwar Sadat, Indra Ghandi, Yitzhak

Rabin dan Benazir Bhutto adalah antara contoh yang nyata bahawa kekerasan

dilakukan atas nama agama dalam dunia Islam moden. Pada ketika ini, Islam mula

dipandang dan digambarkan kembali sebagai musuh yang mengancam Barat.

Persepsi buruk mengenai Islam di Barat sebenarnya sudah mula ditanamkan dalam

kalangan warga Barat sejak mereka masih kanak-kanak lagi. Ia dilakukan dengan

memberi gambaran yang salah dan streotaip mengenai Islam dan kaum muslimin. Ini

diikuti oleh pemberitaan dan gambaran buruk sebahagian besar media massa Barat

mengenai Islam.

Menurut W.Rahimah Draman (2008,18 November) dalam Utusan Malaysia,

disebabkan spekulasi, timbul pelbagai tafsiran, salah faham dan salah tanggap

mahupun kecelaruan mengenai Islam sebagai cara dan jalan kehidupan, sehingga

wujud menyamakan syariat Islam dengan adat budaya suatu bangsa penganutnya.

Akibatnya berlaku dakyah Islam sebagai paksi keganasan (pengganas) dan wujud

‘fobia Islam’, di mana peristiwa 11 September (11/9/2001) adalah kemuncak

kebencian dan salah faham mengenai Islam apabila simbol ‘ketamadunan barat’ di

New York diterjah musibah.

Atas dasar itu, pandangan dan kesedaran mereka terhadap Islam semakin

meningkat dan melabelkan masyarakat Islam sebagai pengganas dan teroris,

sedangkan Islam tidak pernah sekalipun menyuruh umatnya menanamkan rasa

kebencian terhadap agama lain (Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai),

Dialog peradaban atasi konflik Islam-Barat. Utusan Malaysia dari

http://www.utusan.com.my). Pelaksanaan dasar Islamisasi pada awal tahun 1980-an

telah mencetuskan fenomena baru di mana masyarakat bukan Islam menunjukkan

reaksi negatif terhadap dasar-dasar tersebut sebagai tanda protes mereka terhadap

kerajaan.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

7

Menurut Khairulnizam Bin Mat Karim lagi, tanda protes itu wujud

disebabkan oleh kurangnya maklumat terhadap dasar tersebut, isi kandungan serta

gerak kerja pelaksanaannya. Berlakunya demonstrasi, wujud ketidaksefahaman serta

penganjuran forum-forum orang bukan Islam yang menyatakan rasa tidak puas hati

mereka dengan prosedur yang dibuat. Keadaan ini menimbulkan rasa kebimbangan

kepada masyarakat di Malaysia khususnya kerana apabila keadaan ini dibiarkan

berlanjutan, permusuhan antara sesama kaum boleh tercetus dan dapat menggugat

keamanan negara.

Bertitik-tolak dari beberapa kejadian yang menyebabkan ketidaksefahaman

dalam beragama di negara ini, banyak isu-isu yang diketengahkan oleh masyarakat

bukan Islam seperti pelaksanaan syariah, penggunaan Al-Kitab menggantikan Injil,

peruntukan tapak-tapak rumah ibadah seperti kuil, gereja dan tokong, hak penyiaran

dan dasar pendidikan kerajaan serta penentangan terhadap Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia (SUHAKAM), yang menyatakan bahawa tuntutan persamaan (Justice and

Peace) dalam agama, tidak ada unsur toleransi (Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008,

29 Julai), Dialog antara agama mustahak. Utusan Malaysia dari

http://www.utusan.com.my).

Bagi memudahkan penyuaraan dan tuntutan masyarakat bukan Islam

didengari oleh pihak kerajaan, mereka bersatu dengan menubuhkan Malaysian

Consultative For Buddhisme, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau

dikenali juga sebagai Majlis Perundangan Agama-agama Malaysia. Mengikut suatu

memorandum yang telah dikemukakan oleh MCCBCHS bersama surat bertarikh

21hb Ogos 2001 kepada Majlis Peguam, MCCBCHS telah menuntut beberapa

perkara berkaitan Islam. Antaranya ialah:

- Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama

Islam tidak membenarkannya, Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari

aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah

kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna pakai dalam

Page 29: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

8

menentukan hak seorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-

undang syarak. Untuk memudahkan proses murtad, Mahkamah Sivil dan bukannya

Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim

itu keluar dari agamanya.

Pada 21 April 2008, ABIM dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang

bergabung dibawah ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs) telah

mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian

dan Warisan, Datuk Hj. Shafie bin Hj.Apdal di pejabat beliau. Antara tujuan

pertemuan tersebut diadakan adalah bagi membolehkan pertubuhan-pertubuhan

Islam yang bergabung di bawah ACCIN untuk menyampaikan pandangan secara

objektif tentang pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara

ini seperti penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam, sikap

sesetengah pengamal media yang cenderung memberikan persepsi yang tidak tepat

dalam isu-isu umat Islam dan cadangan Kabinet untuk mewajibkan saudara baru

mengisytiharkan pengIslaman mereka.

Tindakan mereka membangkitkan isu-isu di atas merupakan sungutan-

sungutan pihak bukan Islam sedangkan isu-isu tersebut langsung tidak ada kena

mengena dengan mereka. Ia bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh

dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan

Islam. Keadaan ini jelas merupakan satu campur tangan yang serius terhadap ajaran

Islam, semata-mata dengan menyalahgunakan kuasa sebuah Badan Berkanun untuk

mencapai matlamatnya (Dato’ Hj Mustapha Ma, (2005, 25 Januari). Memorandum

Menentang IRC, http://thaqafah.coconia.net).

Kuasa dan campur tangan dalam ajaran mana-mana agama, bertentangan

dengan kehendak pihak berkuasa agama di negara ini, dan ia sudah tentu akan

membawa kepada tindak balas yang boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal

apabila semua perwakilan mengambil bahagian dan saling tuduh-menuduh di

kalangan mereka sehingga boleh membawa kepada terjejasnya keharmonian dalam

beragama.

Page 30: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

9

Selain itu, penubuhan Inter-Faith Comission (IFC), turut dijadikan platform

untuk mereka menyuarakan pendapat mahupun kritikan. Penubuhan Suruhanjaya

Antara Agama (IFC) ini mendapat tentangan, kerana di Malaysia, telah wujud

persefahaman dan toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum mengenai hak

kebebasan beragama. Kita perlu menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Para

pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus

melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka

menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan

menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes

ini ke peringkat tertinggi. Penubuhan IFC ini perlu ditolak sama sekali kerana

penubuhannya boleh membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam

mencampuri hal ehwal agama Islam di samping menjadikan undang-undang Allah

SWT mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia

yang boleh menjejaskan akidah.

Keadaan ini akan menimbulkan ketegangan antara agama dan menggugat

keselamatan negara. Kecenderungan (memberi kebebasan) ini jika tidak dikawal

lebih awal, akan mengundang masalah dari segi hubungan antara kaum yang selama

ini ditentukan oleh rasa hormat antara kita. Dalam konteks membabitkan agama,

keterbukaan perlu ada hadnya dan mestilah tidak sampai ke peringkat sehingga

memberi implikasi terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Ogos 2008, Perdana Menteri

telah menyarankan bahawa dialog membabitkan pelbagai agama di negara ini akan

dipertingkatkan kerana ia penting bagi mewujudkan persefahaman antara penduduk

pelbagai kaum. Ajaran Islam yang mengesyorkan agar seseorang itu menjadi insan

yang boleh dipercayai, dihormati dan boleh memenuhi harapan setiap warga

Malaysia tanpa mengira kaum yang mahukan diri mereka dilindungi, perlu dipatuhi.

Bagi memastikan rundingan itu berjaya, setiap penganut perlu menghormati fahaman

teras agama lain yang tidak boleh diubah.

Page 31: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

10

Merujuk kepada isu terkini, pada 9 Ogos 2008 yang lalu, Majlis Peguam telah

mengadakan forum ‘Memeluk Islam’. Tindakan majlis berkenaan dikatakan

menimbulkan kemarahan umat Islam, yang mana lebih 1,000 orang berkumpul untuk

membantah penganjuran forum berkenaan yang disifatkan sengaja mahu

mencemarkan imej Islam. Majlis Peguam dikatakan menjemput mereka yang

memeluk Islam memberi pandangan tentang masalah yang dihadapi dan tidak

menjemput mereka yang tidak bermasalah walaupun mereka memahami bahawa

dalam prinsip undang-undang, keadilan harus dilaksanakan. Adalah jelas, tujuan

forum ini diadakan untuk mengatakan apabila orang bukan Islam ingin memeluk

Islam, mereka akan berhadapan dengan banyak masalah dan seolah-olah mereka

ingin menggambarkan bahawa memeluk Islam ini adalah satu kesalahan, sedangkan

ramai lagi yang telah memeluk Islam tetapi tidak mempunyai masalah (Zulkiflee

Bakar, Herman Hamid, (2008, 17 Ogos) Mingguan Malaysia, ms.9).

Kesemua konflik yang berlaku antara pelbagai kaum di negara ini adalah

semata-mata untuk menuntut hak asasi mereka diperjuangkan secara telus. Menurut

Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili (2004: 55-56) dalam karyanya yang bertajuk

Kewajipan Memahamkan bukan Islam tentang Islam, “Dialog yang tenang adalah

perlu untuk melakukan perbahasan yang berdisiplin dan perdebatan dengan

pemimpin-pemimpin agama di seluruh dunia melibatkan aspek agama itu sendiri,

ekonomi, politik dan sosial. Pertembungan pemikiran dan wujud halangan asabiah

serta tradisi-tradisi yang diwarisi oleh keturunan sebelum ini perlu diatasi.

Penganjuran dialog secara terbuka yang dihadiri oleh majoriti orang ramai hendaklah

membuat perbincangan antara sesama pendakwah Islam dengan penganut agama-

agama lain, ahli falsafah pemikiran termasuklah golongan atheis”.

Oleh yang demikian, dialog perlu diadakan bagi membincangkan masalah

yang dihadapi dan cuba memahaminya mengikut landasan yang betul. Dialog yang

dihadiri perlu melihat kepada pandangan kedua-dua pihak (orang Islam dan bukan

Islam), dan bukannya seperti mana yang dilakukan oleh Majlis Peguam yang hanya

menyaksikan pandangan satu pihak sahaja. Ketika berdialog, sensitiviti masyarakat

perlu diberi penekanan, kerana jika kita gagal memahami sensitiviti masyarakat,

keharmonian beragama akan terjejas dan negara akan kucar-kacir.

Page 32: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

11

1.3 Pernyataan Masalah

Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada

pelbagai lapisan masyarakat, pelajar-pelajar yang menuntut di Pusat Pengajian

Tinggi IPTA mahupun IPTS di seluruh negara terdiri daripada mereka yang

menganuti agama berbeza. Semua pelajar seharusnya menyedari bahawa, mereka

perlu hidup bersama dalam keadaan yang tenteram dan tidak terpengaruh dengan

dakyah perkauman serta pemahaman agama yang sempit.

Melihat realiti kehidupan di kampus universiti, tahap kesedaran dalam

kalangan pelajar terhadap sikap toleransi beragama masih berada di tahap yang

rendah. Masih ada pelajar yang cenderung bergaul dan bersahabat hanya dengan

mereka yang satu bangsa dan satu agama dengannya sahaja. Di kafeteria, mereka

duduk makan sesama sendiri sahaja. Di bilik-bilik kolej kediaman mereka hanya

mahu tinggal dalam satu kelompok. Tidak timbul rasa minat dalam diri pelajar untuk

terlibat dalam program-program yang melibatkan agama dan bangsa lain. Keadaan

ini menyebabkan integrasi sosial tidak berlaku.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan atas dasar keprihatinan penyelidik

untuk mengetahui sejauhmana tahap pengetahuan dan pandangan pelajar sebagai

salah satu anggota masyarakat mengenai isu-isu yang berhubung dengan interaksi

dan konflik antara agama yang berlaku dalam masyarakat serta kefahaman mereka

untuk menjadikan dialog sebagai langkah untuk keluar dari kemelut yang sedia ada,

selain dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam

dialog antara agama.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama.

Page 33: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

12

1.4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama.

1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam

dialog antara agama.

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberikan jawapan kepada

beberapa persoalan seperti di bawah:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama?

1.5.2 Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama?

1.5.3 Apakah faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog

antara agama?

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik menjangkakan bahawa kajian ini penting dijalankan bagi

memberikan manfaat kepada masyarakat amnya, khususnya kepada pelajar-pelajar

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang terdiri daripada pelbagai agama,

bangsa dan budaya.

Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada golongan pelajar sama

ada pelajar yang beragama Islam ataupun pelajar bukan Islam sebagai generasi

pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang agar peka terhadap isu-isu dialog

antara agama dengan memahami konsep berdialog itu sendiri. Kefahaman ini penting

bagi mewujudkan toleransi dan kerjasama dalam kalangan pelajar, di samping dapat

Page 34: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

13

meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan nilai sepunya antara sesama kaum dan

agama menerusi dialog.

Kajian ini turut memberi peringatan dan saranan kepada pemimpin negara

supaya menggalakkan kelompok masyarakat untuk mengikuti perkembangan

mengenai isu yang dibahaskan ketika menganjurkan sesi dialog antara agama. Selain

dapat mengambil manfaat dan pendekatan yang lebih baik untuk mengeratkan lagi

ikatan perpaduan dalam organisasi masyarakat.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan ke atas pelajar-pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Penyelidik mengkhususkan kajian ini kepada

pelajar-pelajar Tahun 4 bagi 5 kursus seperti yang dinyatakan di bawah:

i) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)- SPI

ii) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)- SPL

iii) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)- SPC

iv) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)- SPS

v) Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)- SPH

Rasional pemilihan responden berdasarkan 5 kursus di atas adalah kerana

bagi memudahkan penyelidik untuk berhubung dengan responden yang turut berada

di bawah fakulti yang sama dengan penyelidik. Kajian ini terbatas pada 3 perkara

utama iaitu, untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara

agama, untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama,

serta faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar-pelajar dalam dialog antara

agama.

Page 35: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

14

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ke-4, terbitan tahun

2005, persepsi membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran

tentang sesuatu. Suatu pandangan ataupun tanggapan (menerusi pancaindera). Dalam

kajian ini, penyelidik ingin melihat sejauhmana tanggapan pelajar-pelajar mengenai

dialog antara agama.

1.8.2 Pelajar

Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ke-4, terbitan tahun

2005, pelajar merujuk kepada orang yang sedang belajar atau berguru seperti murid

sekolah, penuntut di Maktab atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau orang yang

mengaji iaitu mereka yang menyelidik ilmu. Dalam kajian ini, pelajar yang

dimaksudkan ialah pelajar-pelajar Tahun 4 yang sedang mengikuti pengajian dalam

bidang pendidikan pada semester II, sesi 2008/2009 di UTM, Skudai.

1.8.3 Dialog

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ke-4, terbitan tahun

2005, dialog ialah kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau

fiksyen. Perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah

kepentingannya dan bertukar-tukar pendapat mengenai suatu isu secara terbuka.

Dialog berasal dari bahasa Inggeris iaitu dialogue: Discussion between

people with different opinions. Menurut AS Hornby, Oxford Fajar, hlm. 489, dialog

ialah perbincangan antara orang-orang yang berlainan pendapat. Dalam bahasa Arab

pula, perkataan hiwar, muhawwarah bermaksud conversation, dialogue, argument,

dispute, debate.

Page 36: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

15

Dari aspek etimologi, perkataan dialog (dialogue) berasal daripada gabungan

perkataan Greek yang bermaksud ‘melalui’ dan logos iaitu ‘perkataan atau makna

perkataan’. Terminologi dialog membawa maksud perbincangan (talking together)

antara dua pihak atau lebih dengan mempunyai unsur-unsur pertemuan, komunikasi,

persepakatan, pemahaman, perhubungan dan persefahaman secara kolektif.

Menurut Miriam Sabirah Ashki (2006: 4), perkataan dialog adalah satu

bentuk penafsiran yang membezakan antara kepelbagaian agama, budaya dan bahasa.

Secara umumnya, dialog boleh dilakukan dalam bentuk perdebatan, perbincangan

dan berdakwah. Ketika berdakwah, dialog juga boleh dilakukan sebagai satu

pendekatan dan asas untuk mencari titik penyelesaian dan perdamaian dalam aktiviti

dakwah yang diperjuangkan.

1.8.4 Agama

Merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), edisi ke-4, terbitan tahun

2005, agama ialah suatu kepercayaan pada Tuhan yang maha Kuasa dan sifat-

sifatNya serta penerimaan ajaran dan perintahNya. Dalam maksud ini, agama

bermakna untuk menemukan satu kebenaran, dari kehidupan tanpa arah, tanpa

pedoman, manusia datang mencari pegangan hidup yang benar, untuk menuju

kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Menurut Ramli Awang (2008: 16), Agama

membawa maksud menjalankan suatu peraturan bersifat moral untuk menghindari

kekacauan dalam hidup yang tujuannya untuk mencapai kesejahteraan dan

kebahagiaan.

1.8.5 Dialog Antara Agama

Menurut Yusri Mohamad Ramli (2008: 255), Dialog Antara Agama

umumnya merujuk kepada satu percakapan, perbualan dan komunikasi antara dua

individu atau lebih yang berlainan agama yang membincangkan tentang hal-hal

agama mereka yang berbeza.

Page 37: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA · PDF fileIjazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan ... 2.8.1

16

Menurut Kamar Oniah Kamaruzaman dalam Syed Z.Abedin (2000: 46), pula

menyatakan bahawa dialog antara agama bukan sahaja membincangkan persoalan

teologi, doktrin, tetapi harus dijadikan medan untuk mengenal dengan lebih rapat

suatu agama selain dapat menimba ilmu pengetahuan. Dialog juga dapat

membangunkan hubungan yang rapat dan meningkatkan rasa hormat kepada semua.

Berlainan pula dengan pendapat Ramli Awang (2008: 54), mendefinisikan

dialog antara agama ini disifatkan sebagai satu proses awal dari komunikasi langsung

antara tokoh-tokoh agama bertujuan membangun masa depan yang damai dan

harmoni melalui komitmen yang tinggi dan sikap saling menghargai perbezaan

agama antara manusia.

1.9 Kesimpulan

Dialog antara agama menjadi satu wadah utama kepada masyarakat pelbagai

agama, bangsa dan budaya untuk berkongsi pendapat dan saling berinteraksi bagi

memberi kefahaman tentang agama yang dianuti. Jika dialog tidak dipraktikkan,

maka akan berlarutanlah konflik yang boleh menimbulkan pelbagai kepincangan

dalam masyarakat. Justeru, dialog antara agama perlu selalu diadakan agar pelajar-

pelajar dapat memahami selok-belok ajaran agama lain. Langkah-langkah yang

sistematik perlu dilakukan sama ada di peringkat global ataupun tempatan untuk

mencambah pemikiran masyarakat dan melihatnya dari sudut yang positif. Perbezaan

antara agama, budaya serta adat seharusnya tidak menimbulkan masalah jika semua

pihak saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.