pernyataan profesional

5
Pernyataan Profesional PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA III Sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan, Sarawak, saya diwajibkan untuk menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 8 minggu untuk fasa III. Praktikum bagi kami yang mengambil opsyen TESL akan bermula dengan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah yang telah ditetapkan. Bagi praktikum fasa III ini, saya bersama-sama denganpasangan saya Muhammad Hazwan Bin Julaini telah ditetapkan untuk berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Tebakang yang terletak agak jauh dari IPGKTAR. Praktikum kami telah bermula pada 2 Februari 2015 yang lepas dan akan berakhir pada 30 Mei 2015. Antara persediaan penting yang perlu saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang kedua ini adalah saya perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Pengalaman mengajar walaupun hanya sekadar 1 ke 2 masa semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah I, II dan II dahulu amat membantu sedikit sebanyak dalam segi persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru yang berpraktikum. Selain itu, pengalaman yang telah saya timba ketika praktikal fasa I dan II dulu turut banyak membantu. Perasaan kekok dan takut bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang perlu ditekankan lagi. Sepanjang praktikum ini juga saya amat berharap agar saya dapat menjalinkan hubungan baik dengan semua warga SK Tebakang ini. Dari segi fizikal pula, saya telah

Upload: mohd-faisal

Post on 14-Apr-2017

274 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan profesional

Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA III

Sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul

Razak, Samarahan, Sarawak, saya diwajibkan untuk menjalani latihan mengajar

ataupun praktikum selama 8 minggu untuk fasa III. Praktikum bagi kami yang

mengambil opsyen TESL akan bermula dengan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah

yang telah ditetapkan. Bagi praktikum fasa III ini, saya bersama-sama denganpasangan

saya Muhammad Hazwan Bin Julaini telah ditetapkan untuk berpraktikum di Sekolah

Kebangsaan Tebakang yang terletak agak jauh dari IPGKTAR. Praktikum kami telah

bermula pada 2 Februari 2015 yang lepas dan akan berakhir pada 30 Mei 2015.

Antara persediaan penting yang perlu saya lakukan sebelum menjalankan sesi

praktikum yang kedua ini adalah saya perlu membuat persediaan dari segi mental dan

fizikal. Pengalaman mengajar walaupun hanya sekadar 1 ke 2 masa semasa

Pengalaman Berasaskan Sekolah I, II dan II dahulu amat membantu sedikit sebanyak

dalam segi persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru yang

berpraktikum. Selain itu, pengalaman yang telah saya timba ketika praktikal fasa I dan II

dulu turut banyak membantu. Perasaan kekok dan takut bukan lagi masalah tapi

keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang perlu

ditekankan lagi. Sepanjang praktikum ini juga saya amat berharap agar saya dapat

menjalinkan hubungan baik dengan semua warga SK Tebakang ini. Dari segi fizikal

pula, saya telah memastikan diri saya sentiasa datang awal ke sekolah dan sentiasa

mematuhi peraturan sekolah kerana mana-mana guru pelatih yang berpraktikum di

sekolah haruslah mengikut peraturan sekolah tersebut.

Sebagai seorang bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum

ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk melakukan demikian, saya perlu

memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan

perguruan dan terutamanya Bahasa Inggeris di sekolah khususnya. Selain itu, dalam

praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai

budaya murid dan guru serta suasana berada di sekolah rendah sebagai pendedahan

Page 2: Pernyataan profesional

dan pengalaman awal. Pendedahan in amat penting kepada bakal guru agar teknik

pengajaran dapat dijalankan dengan betul dan mengikut ketetapan yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Disamping itu, hubungan yang baik

dan profesional dengan pihak sekolah terutamanya guru-guru dan kakitangan sekolah

amat penting agar kerjasama di antara guru yang berpraktikum dan pihak sekolah

dapat dieratkan di dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan.

Ilmu yang telah saya pelajari sepanjang 6 semester sebelum saya mula

berpraktikum di sekolah ini akan saya praktikkan bagi membantu murid-murid di

sekolah agar mereka dapat menjadi insan yang berguna suatu hari kelak. Dalam masa

yang sama, saya merasai sendiri pengalaman semasa melaksanakan sesi

pembelajaran dan pengajaran bersama murid-murid. Pengalaman ini amatlah berharga

dan setiap saat kita bersama murid-murid haruslah dihargai agar dapat menjadi

pedoman pada masa akan datang.

Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Tebakang dapat menerima kehadiran

saya dan pasangan praktikum saya dengan tangan yang terbuka dan semoga kami

dapat menimba ilmu disini disamping kami juga dapat memberi pengetahuan baru yang

telah kami pelajari di IPG.

Page 3: Pernyataan profesional

Perancangan Awal Sebelum Praktikum Fasa I

Sesi berkenalan bersama Guru Besar, PK I, PK HEM, PK Gerko, Guru-guru dan

kakitangan sekolah.

Bertemu dan berbincang dengan guru pembimbing tentang kelas yang akan di ajar

dan berbincang mengenai tajuk pengajaran mingguan sehingga minggu ke 12.

Menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan sesi suai kenal bersama murid-

murid di dalam kelas yang akan di ajar.

Sesi P&P pertama bermula pada hari Isnin minggu kedua dan penulisan RPH rasmi.

Memulakan sesi pengajaran & pembelajaran di Tahun 2A.

Mula membiasakan diri dengan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas.

Berbincang dengan PK I tentang projek yang akan dilakukan di sekolah.

Melaksanakan projek bersama guru pelatih di SK Tebakang.

Pengajaran bersama pasangan praktikum.

Penyeliaan pertama bagi mata pelajaran major dan elektif oleh guru pembimbing

Penyeliaan pertama bagi mata pelajaran major dan elektif oleh pensyarah penyelia.

Penyeliaan kedua bagi mata pelajaran major dan elektif oleh guru pembimbing

Penyeliaan kedua bagi mata pelajaran major dan elektif oleh pensyarah penyelia.

Penyeliaan ketiga bagi mata pelajaran major dan elektif oleh guru pembimbing

Penyeliaan ketiga bagi mata pelajaran major dan elektif oleh pensyarah penyelia.

Penyeliaan bersama bagi mata pelajaran major dan elektif pensyarah bersama

dengan guru pembimbing.

Page 4: Pernyataan profesional

Apa yang telah dilalui dan dilaksanakan sepanjang praktikum

Menjadi guru pelaksana bagi setiap aktiviti gerko di sekolah pada setiap hari rabu.

Menjadi guru pengacara semasa perhimpunan sekolah pada hari isnin 9 Mac 2015

yang lalu.

Melaksanakan projek skolah mural yang telah dijalankan selama 3 minggu. Projek

dilakukan pada waktu petang disamping pelaksanaan intensif selama 3 hari. Hal ini

disebabkan pihak sekolah menggesa kami untuk menyiapkan projek tersebut

dengan segera.

Menjadi guru membantu semasa pihak sekolah menjadi tuan rumah untuk

pertandingan bercerita bagi peringkat zon Payau. Pihak sekolah SK Tebakang

menjadi juara untuk tahap 1 dan cenderahati bagi tahap 2.