pernyataan profesional

Upload: sivakame-tanasegaram

Post on 29-Feb-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pernyataan

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN PROFESIONAL

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Cecil B. DeMilleLantaran itu, dalam apa jua pekerjaan sekalipun, adalah sangat penting untuk kita menetapkan matlamat. Pekerjaan tanpa matlamat ibarat memburu tanpa sasaran. Natijahnya, masa dihabiskan, namun sifar hasil. Praktikum Fasa 2 ini merupakan satu lagi tangga bagi meningkatkan pengalaman professional perguruan saya. Pada semester yang lepas, saya telah menjalani praktikum di SK Penghulu Salleh. Bagi semester ini pula, saya akan menjalani praktikum di SJK (T) Ladang Sagil selama 8 minggu. Praktikum bermula pada 26 Julai hingga 17 September 2015.Setelah selesai menjalani praktikum Fasa 1 dahulu, saya merasa lebih yakin untuk menjalani praktikum kali ini. Hal ini kerana banyak pengalaman yang telah saya dapat dan pelajari semasa menjalani Praktikum Fasa 1. Praktikum Fasa 1 dahulu saya hanya mengajar subjek Major iaitu Reka Bentuk dan Teknologi sahaja, tetapi bagi Praktikum Fasa 2 ini pula, saya akan mengajar satu lagi subjek iaitu subjek Minor saya Bahasa Tamil.Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum disekolah. Saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari,sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diridi setiapperjumpaanguru-guruselainperlumenyiapkansemuatugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perluada bagisetiapgurupelatih yang menjalanipraktikum ini.Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan Pendidikan Islam di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.

Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Di samping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Reka Bentuk dan Teknologi.Saya juga mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan dalam situasi kelas yang sebenar. Saya yakin dan percaya, bahawa saya dapat mempraktikkan teori yang dipelajari dengan lebih berkesan berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi semasa belajar subjek seperti budaya dan pembelajaran, kemahiran berfikir semasa di maktab.Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SJK (T) Ladang Sagil dapat menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya dapat sepanjang praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan berbakti kepada sekolah, bangsa dan negara saya.