pernyataan profesional

6
PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM Pada 26 Mac 2015, pelajar guru Ambilan Januari 2013 telah didedahkan dengan taklimat praktikum yang pertama. Kami telah diberi penerangan secara keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan praktikum fasa pertama ini. Sebagaimana yang telah dimaklumkan praktikum pada pertama kali ini saya dan seorang rakan saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Bayan Lepas. Aktiviti pengajaran kami pada kali ini akan melibatkan subjek Dunia Sains dan Teknologi (major). Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Sains di sekolah. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana sekolah di mana saya perlu memastikan kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Sehubungan dengan itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk

Upload: latharajrajandren

Post on 11-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

praktikum fasa 1

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONALSEBELUMPada 26 Mac 2015, pelajar guru Ambilan Januari 2013 telah didedahkan dengan taklimat praktikum yang pertama. Kami telah diberi penerangan secara keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan praktikum fasa pertama ini. Sebagaimana yang telah dimaklumkan praktikum pada pertama kali ini saya dan seorang rakan saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Bayan Lepas. Aktiviti pengajaran kami pada kali ini akan melibatkan subjek Dunia Sains dan Teknologi (major). Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Sains di sekolah. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana sekolah di mana saya perlu memastikan kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Sehubungan dengan itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik dengan warga sekolah. Di samping itu, saya juga seharusnya menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga berusaha untuk membantu dan membimbing untuk meningkatkan prestasi murid-murid dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan penguasaan saya dalam ilmu dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Sains. Ilmu yang dipelajari sepanjang 4 semester sebelum akan saya cuba mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya boleh merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama murid-murid. Dalam masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah saya pelajari sebelum ini.PERNYATAAN PROFESIONALSEMASA

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri untuk mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru serta mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan bantu belajar yang digunakan juga perlu saya dan rakan sediakan sebelum mengajar. Dengan itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi mental fizikal di mana saya harus menghadapi pelbagai karenah murid-murid sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana saya mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan dengan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai suasana kanak-kanak yang sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan dan kemampuan murid-murid. Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan bidang kokurikulum seperti Unit Beruniform, Kelab/ Persatuan dan Sukan/ Permainan yang terdapat di sekolah. Saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG banyak membantu saya apabila saya melangkah kaki untuk menjalani praktikum. Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru di sekolah tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja yang diperlukan, khususnya guru pembimbing Pn. Norhaida Bt Ahmed kerana sudi memberikan bimbingan yang terbaik kepada saya dalam semua segi sepanjang saya berpraktikum selama empat minggu di Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Bayan Lepas. Saya bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari beliau. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya telah cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak. Spanjang menjalani praktikum fasa pertama ini, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya dengan pihak sekolah semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten.Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di sekolah tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik. Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.

PERNYATAAN PROFESIONALSELEPAS

Seminggu sebelum berakhir praktikum fasa pertama ini, saya berasa amat bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas yang diamanahkan oleh pihak institute telah saya laksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain. Sepanjang berada di SK Batu Maung terdapat beberapa aktiviti dan projek telah saya lakukan bersama rakan yang lain. Aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti Merentas Desa. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaa tidak mudah berputus asa apabola menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru, ini menyedarkan saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampun dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebaran masalah.Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru pelatih. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar SK Batu Maung semakin mendalam walaupun mereka nakal dan mereka sangat mengambil berat tenatng guru pelatih semasa keberadaan di sekolah tersebut. Saya berharap untuk praktikum fasa yang seterusnya, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada semua murid. Sebagai kesimpulannya pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa pertama ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya setiap pengalan dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengalaman yang baik.