pernyataan profesional

2
PERNYATAAN PROFESIONAL Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana telah diberi peluang dan ruang untuk merasai pengalaman praktikum buat kali yang ketiga ini dalam hidup saya. Walaupun ia pengalaman yang ketiga, perasaan gementar dan takut tetap bersarang di dalam diri. Namun, dengan kehendak dan kuasaNya, saya akan berusaha sehabis baik termampu untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya untuk mendidik anak bangsa. Praktikum fasa tiga, SK Lukut merupakan tempat yang ditakdirkan untuk saya merasai pengalaman menjadi seorang guru yang sebenar-benarnya. Selain saya, terdapat juga tiga orang rakan lain yang telah terpilih untuk menjalani praktikum bagi fasa tiga ini bersama-sama saya. Sekolah ini agak jauh daripada Institut Pendidikan Teknik Bandar Enstek. Namun, itu bukanlah menjadi penghalang kepada saya dan rakan-rakan untuk menghadirkan diri sebagai guru pelatih di sekolah Kebangsaan Lukut ini. Saya berharap dapat menjalani praktikum kali ini dengan lebih tenang dan berkeyakinan memandangkan ia praktikum terakhir bagi saya sepanjang saya menjalani kursus perguruan di IPG Teknik ini. saya perlu lebih cekap dalam menguruskan tugasan-tugasan sebagai guru pelatih seperti kerja kursus, membuat rancangan pengajaran harian dan aktiviti-aktiviti yang sekolah telah anjurkan. Saya juga berharap mendapat sepenuh bimbingan daripada guru bimbingan dan pensyarah pembimbing saya untuk mempelajari

Upload: saadah-mahani

Post on 01-Oct-2015

8 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONALAlhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana telah diberi peluang dan ruang untuk merasai pengalaman praktikum buat kali yang ketiga ini dalam hidup saya. Walaupun ia pengalaman yang ketiga, perasaan gementar dan takut tetap bersarang di dalam diri. Namun, dengan kehendak dan kuasaNya, saya akan berusaha sehabis baik termampu untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya untuk mendidik anak bangsa.

Praktikum fasa tiga, SK Lukut merupakan tempat yang ditakdirkan untuk saya merasai pengalaman menjadi seorang guru yang sebenar-benarnya. Selain saya, terdapat juga tiga orang rakan lain yang telah terpilih untuk menjalani praktikum bagi fasa tiga ini bersama-sama saya. Sekolah ini agak jauh daripada Institut Pendidikan Teknik Bandar Enstek. Namun, itu bukanlah menjadi penghalang kepada saya dan rakan-rakan untuk menghadirkan diri sebagai guru pelatih di sekolah Kebangsaan Lukut ini.

Saya berharap dapat menjalani praktikum kali ini dengan lebih tenang dan berkeyakinan memandangkan ia praktikum terakhir bagi saya sepanjang saya menjalani kursus perguruan di IPG Teknik ini. saya perlu lebih cekap dalam menguruskan tugasan-tugasan sebagai guru pelatih seperti kerja kursus, membuat rancangan pengajaran harian dan aktiviti-aktiviti yang sekolah telah anjurkan. Saya juga berharap mendapat sepenuh bimbingan daripada guru bimbingan dan pensyarah pembimbing saya untuk mempelajari bagaimana cara mengajar yang terbaik sebagai seorang guru. Saya juga akan berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid saya. Moga aktiviti PdP yang saya rancang dapat membantu murid-murid saya memahami mata pelajaran yang bakal saya sampaikan. Dan saya berharap saya dapat menerapkan cara pembelajaran abad 21 dalam sesi PdP saya pada praktikum kali ini. Moga praktikum kali ini adalah praktikum yang terbaik yang pernah saya jalani sepanjang saya bergelar seorang guru pelatih.