pernyataan profesional

3
PERNYATAAN PROFESIONAL (Sebelum Praktikum) Nama : MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR No K/P : 920615-01-5041 Opsyen : 7 PISMP BM/PJ/PM Saya dikehendaki menjalani praktikum fasa 3 selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya Johor. Praktikum fasa 3 ini berfokuskan subjek major iaitu Bahasa Melayu dan subjek minor iaitu Pendidikan Moral. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Temnggong Ibrahim, Johor Bahru, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3 bulan yang bermula pada 1 Februari 2015 sehingga 30 April 2015. Seramai lima orang pelajar dari opsyen Bahasa Melayu yang ditempatkan di sekolah ini untuk menjalani praktikum bagi fasa 3 ini. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 12 Februari 2015 di Dewan Dato’ Khairudin Ahmad IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Sepanjang berada di sekolah, guru pelatih akan dipantau dari

Upload: izzat-shukor

Post on 28-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

penyataan profesional

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL(Sebelum Praktikum)

Nama: MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKORNo K/P : 920615-01-5041Opsyen : 7 PISMP BM/PJ/PM

Saya dikehendaki menjalani praktikum fasa 3 selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya Johor. Praktikum fasa 3 ini berfokuskan subjek major iaitu Bahasa Melayu dan subjek minor iaitu Pendidikan Moral. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Temnggong Ibrahim, Johor Bahru, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3 bulan yang bermula pada 1 Februari 2015 sehingga 30 April 2015. Seramai lima orang pelajar dari opsyen Bahasa Melayu yang ditempatkan di sekolah ini untuk menjalani praktikum bagi fasa 3 ini. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 12 Februari 2015 di Dewan Dato Khairudin Ahmad IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Sepanjang berada di sekolah, guru pelatih akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan perjalanan Amalan Profesional berjalan lancar. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga SK Bandar Putra, Kulaijaya, Johor. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa adalah dalam 5 km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum dan semua buku rancangan pengajaran harian setiap hari dan minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar dapat mendisiplinkan diri selepas tamat praktikum kelak. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Di samping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Tambahan lagi, pensyarah yang akan membimbing dan mengawasi saya sepanjang praktikum berlangsung ialah Dr. Hajah Maskiah bt Hj Masrom. Saya telah berjumpa dengan pensyarah pembimbing praktikum untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Beliau juga telah memberitahu mengenai prosedur menjalani praktikum dengan begitu baik. Beliau juga menasihati saya agar membuat tugasan yang diberikan dengan kemas dan penuh tanggungjawab. Saya telah membuat persediaan untuk pergi ke sekolah menjalani praktikum dengan membeli alat tulis, fail, buku dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu praktikum. Akhir kata, saya amat berharap agar proses praktikum ini berjalan dengan lancar dan saya dapat melakukan sesuatu sumbangan yang berguna dan bermanfaat untuk sekolah semasa menjalani praktikum kelak. Saya akan menjalankan tugas saya sebagai seorang guru dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Saya juga turut akan menjadi seorang guru yang penyayang dan baik semasa berada di sekolah.