perlindungan lebih awal untuk bayi anda yang bakal lahir

3
PRUMy Child Plus Perlindungan lebih awal untuk bayi anda yang bakal lahir. Insurans Perlindungan Mendengar. Memahami. Melaksana.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perlindungan lebih awal untuk bayi anda yang bakal lahir

PRUMy Child Plus

Perlindungan lebih awal untukbayi anda yang bakal lahir.

Insurans Perlindungan Mendengar. Memahami. Melaksana.

Page 2: Perlindungan lebih awal untuk bayi anda yang bakal lahir

1TPD dan perlindungan kemalangan hanya terpakai sebelum tarikh ulang tahun polisi umur 70 bagi hayat berkenaan yang diinsuranskan atau tarikh tamat tempoh polisi, mana-mana yang lebih awal.

2Tertakluk pada terma dan syarat. Rider akan ditamatkan jika rider sudah membayar manfaat lebih daripada 100% daripada jumlah diinsuranskan rider padaumur 85 tahun pada hari jadi akan datang. Jika belum, rider akan terus melindungi sehingga 100% daripada jumlah diinsuranskan rider dari umur 85 tahunpada hari jadi akan datang dan seterusnya.

3Jumlah tuntutan berkelayakan sehingga RM2 juta Med Value Point dan kami akan melindungi 80% daripada tuntutan kelayakan yang berlebihan.

PRUMy Child Plus merupakan satu penyelesaian insurans yang menggunakan PRUWith Yousebagai pelan asas yang dapat memberikan perlindungan komprehensif bagi ibu danbayi yang belum lahir semasa kehamilan sementara memastikan anak mempunyai

perlindungan semasa dewasa.

Sekiranya premium polisi telah dilindungi oleh salah satu rider payor, dan peristiwa yang diinsuranskan oleh rider payor yang lain tercetus serentak, amaun bersamaan Jumlah Diinsuranskan Rider berikutnya akan diperuntukkan ke dalam Nilai Akaun polisi dengan peruntukan 100%.

1. PRUWith YouMenyediakan manfaat sekali gus sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal

(TPD)1 untuk menguruskan perbelanjaan berkemungkinan, hutang peribadi atau untuk

menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup anda.

2. Infant Care PlusMelindungi ibu dan anak dari risiko kehamilan

dengan Manfaat Jagaan Kehamilan dan komplikasi yang mungkin dihadapi oleh anak anda dengan

Manfaat Jagaan Anak yang melindungi anak sehingga umur 5 tahun.

3. Essential Child Plus Membayar manfaat sekali gus sekiranya

didiagnosis dengan Penyakit Kritikal Juvenil yang dilindungi yang mungkin dihadapi oleh anak anda. Perlindungan ini akan

ditukar ke Penyakit Kritikal Dewasa (Crisis Care) apabila Hayat Yang Diinsuranskan

mencapai umur 25 tahun, sekirannya rider ini masih berkuatkuasa ketika penukaran.

4. Total Multi Crisis CareSekuriti tambahan apabila ditimpa penyakit kritikal. Satu perlindungan penyakit kritikal komprehensif dari peringkat awal hingga peringkat akhir dan memberikan tuntutan

berganda sehingga 400% jumlah diinsuranskan rider2.

7. Acci Med PlusSebagai tambahan kepada pembayaran

balik perubatan, prostesis akan dijaga sekiranya berlaku hilang upaya yang

disebabkan oleh kemalangan1.

6. Acci Guard PlusGunakan manfaat sekaligus di sini untuk menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup sekiranya

berlaku TPD atau hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan1.

9. Payor Basic & SaverMembayar premium polisi

sekiranya anak anda mengalami TPD1 atau didiagnosis

menghidap penyakit kritikal.

10. Parent PayorBasic & Saver

Membayar premium polisi sekiranya anda meninggal dunia, mengalami TPD1, atau didiagnosis menghidap

penyakit kritikal.

8. PRUSaver KidLuangkan sebahagian simpanan untuk

berpotensi meningkatkan dana pendidikan anak anda. Dengan simpanan yang lebih

banyak, pembayaran yang lebih tinggi untuk dana pendidikan dapat diharapkan.

5. PRUValue MedPenyakit dan kemalangan boleh

berlaku pada bila-bila masa. Lindungi anak anda daripada kos perubatan

dengan pelan yang tanpa had tahunan dan had seumur hidup3.

Page 3: Perlindungan lebih awal untuk bayi anda yang bakal lahir

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA INI ADALAH PRODUK INSURANS YANG DIKAITKAN DENGAN PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKANNYA PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI UNIT AMANAH.

Nota Penting Dan Penafian

• PRUMy Child Plus adalah penyelesaian yang ditawarkan oleh produk kami, PRUWith You sebagai pelan asasnya dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad 198301012262 (107655-U), yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. PRUMy Child Plus terdiri daripada komponen yang boleh dibeli secara berasingan dan anda tidak diwajibkan untuk memilih semua komponen pakej ini. Sebarang rujukan umur adalah berdasarkan Umur Pada Hari Jadi Yang Akan Datang. Pembelian insurans hayat adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Anda hendaklah memastikan bahawa polisi ini (termasuk rider) menepati keperluan anda dan anda mampu membayar amaun premium yang perlu dibayar di bawah polisi ini. Untuk berbuat demikian, kami menyarankan anda supaya berbincang dengan Perancang Kewangan Prudential anda yang akan membuat analisis keperluan dan membantu anda membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan. Anda juga boleh menghubungi terus syarikat insurans untuk maklumat lanjut. Kadar caj insurans untuk rider Insurans Perubatan dan Kesihatan ditunjukkan di laman web Prudential. Risalah ini hanya mengandungi keterangan ringkas produk dan adalah tidak lengkap. Anda dinasihatkan supaya merujuk Lampiran Keterangan Produk PRUWith You, Ilustrasi Produk, Lembaran Fakta Dana (jika ada) dan risalah insuranceinfo mengenai ‘Insurans Hayat’, ‘Insurans Berkaitan Pelaburan’, ‘Insurans Kemalangan Peribadi’ dan ‘Insurans Perubatan dan Kesihatan’ sebelum membeli sesuatu polisi, serta merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam dokumen polisi untuk ciri-ciri penting, manfaat, pengecualian dan tempoh menunggu di bawah polisi.

• Produk ini didatangkan dengan Perlanjutan Tempoh Perlindungan untuk melanjutkan tempoh pelan asas dan rider(-rider) (jika berkenaan) sehingga Ulang Tahun Polisi yang mana Hayat Yang Diinsuranskan mencapai umur 100 atau tempoh perlindungan maksimum rider, mana-mana yang lebih awal. Melainkan anda memohon untuk membatalkan Perlanjutan Tempoh Perlindungan, polisi anda akan dilanjutkan secara automatik selagi ia mempunyai nilai unit-unit yang mencukupi untuk menolak bayaran caj-caj, yuran-yuran dan cukai-cukai yang berkaitan semasa tempoh yang dilanjutkan. Untuk memastikan nilai unit-unit yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan dalam tempoh yang dilanjutkan.

• Mengandaikan seorang wanita hamil 19 minggu, berumur 25 tahun, bukan perokok membeli polisi PRUMy Child Plus untuk anaknya, dengan Jumlah Diinsuranskan Asas RM100,000, Infant Care Plus Pelan 2, Essential Child Plus RM50,000, Total Multi Crisis Care RM100,000, Acci Guard Plus RM100,000, Acci Med Plus RM5,000, Payor Basic, Payor Saver, Parent Payor Basic, Parent Payor Saver, PRUValue Med RM1,000,000 R&B 200 dengan Med Saver RM300 dan PRUSaver Kid RM35, tempoh polisi sehingga anaknya berumur 70 tahun dengan lanjutan automatik, 100% dana terurus, dengan pembayaran premium bulanan melalui kad kredit, anggaran jumlah premium yang harus dibayar:

Nota-nota: - Premium adalah tidak terjamin dan mungkin berubah pada masa akan datang bergantung kepada pulangan pelaburan sebenar, pembayaran

premium, manfaat-manfaat polisi dan caj-caj. Anda boleh merujuk kepada penyata tahunan untuk amaun Tokokan Premium Berkala yang dicadangkan, yang dikemas kini setiap tahun, untuk meningkatkan kemampanan polisi sehingga tempoh yang dilanjutkan (berdasarkan Alternatif 1 di atas), dan boleh mempertimbangkan untuk membuat tokokan premium anda dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampanan polisi anda. Kami akan memaklumkan anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum Perlanjutan Tempoh Perlindungan jika terdapat sebarang premium tambahan yang diperlukan dalam tempoh yang dilanjutkan.

- Umur yang dinyatakan dalam jadual di atas merujuk kepada umur Hayat Yang Diinsuranskan pada Ulang Tahun Polisi. - Sila rujuk Lampiran Keterangan Produk untuk maklumat selanjutnya.

Jumlah premium yang harus dibayar berdasarkan tempoh perlindungan

sehingga umur 70 tahun

RM248 bulanan

Kami menasihatkan anda untuk terus membayar jumlah premium yang harus dibayar dalam

tempoh yang dilanjutkan.

Tambahan pula, penambahan Tokokan Premium Berkala sebanyak RM81.00 bulanan adalah

dicadangkan daripada umur 0 sehingga akhir Perlanjutan Tempoh Perlindungan.

Kami menasihatkan anda untuk terus membayar jumlah premium yang harus dibayar dalam

tempoh yang dilanjutkan.

Tambahan pula, penambahan Tokokan Premium Berkala sebanyak RM1,175.00 bulanan adalah

dicadangkan daripada umur 70 tahun sehingga akhir Perlanjutan Tempoh Perlindungan.

Untuk meningkatkan kemampanan polisi anda sehingga umur 100 tahun

Alternatif 1 Alternatif 2

Prudential Assurance Malaysia Berhad 198301012262 (107655-U)Level 20, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat,55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-2771 0228, 03-2116 0228E-mel: [email protected] web: www.prudential.com.my

09/2021

Untuk maklumat lanjut, layari laman web di www.prudential.com.my atauhubungi salah satu Perancang Kewangan Prudential yang mesra. Kamisentiasa sedia membantu.