perlembagaan malaysia

19
PERLEMBAGAAN MALAYSIA Normurni binti Mohamad Jabatan Pengajian Am Politeknik Banting, Selangor

Upload: normurni-mohamad

Post on 13-Apr-2017

2.114 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Perlembagaan malaysia

Perlembagaan malaysiaNormurni binti MohamadJabatan Pengajian AmPoliteknik Banting, Selangor

PerlembagaanPerlembagaan : undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.

Perlembagaan Malaysia/ Perlembagaan Persekutuan.

BahagianPerkaraKandunganI1- 4Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi PersekutuanII5 - 13Kebebasan AsasiIII14 - 22Kewarganegaraan (Bab 1 Pemerolehan Kewarganegaraan)23 28AKewarganegaraan (Bab 2 Penamatan Kewarganegraan)29 - 31Kewarganegaraan (Bab 3 Tambahan)IV32 - 37Persekutuan (Bab 1 Ketua Utama negara)38Persekutuan (Bab 2 Majlis Raja-Raja)39 43CPersekutuan (Bab 3 Badan Eksekutif)44 - 65Persekutuan (Bab 4 Badan Perundangan Persekutuan)66 - 68Persekutuan (Bab 5 Tatacara perundangan)69Persekutuan (Bab 6 Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman )

V70 - 72Negeri-negeriVI73 - 79Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri(Bab 1 Pembahagian kuasa perundangan)80 - 81Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 2 Pembahagian kuasa eksekutif)82Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 3 Pembahagian beban kewangan)83 - 91Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri(Bab 4 Tanah)92Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 5 Pembangunan negara)93 - 95Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri(Bab 6 Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri)95APerhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 7 Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)95B 95EPerhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 8 Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak)

VII96 - 112Peruntukan Kewangan (Bab 1 Am)112A 112EPeruntukan Kewangan (Bab 2 Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak)VIII113 - 120PilihanrayaIX121 131ABadan KehakimanX132 - 148Perkhidmatan-perkhidmatan AwamXI149 - 151Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah Yang Memudharatkan Orang Awam dan Kuasa DaruratXII152 160BAm dan PelbagaiXIIA161 161HPerlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan SarawakXIII162 - 180Peruntukan Sementara dan PeralihanXIV181Kecualian bagi Kedaulatan, DSB., Raja-rajaXV182 - 183Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAANPada 1954, rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk negara serta membincangkan tentang penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional Conference 1956. Hasil daripada konferensi ini, Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta bersetuju menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ditubuhkan pada Mac 1956 untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ahli yang dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Reid telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Menteri Perikatan.

Suruhanjaya ReidAhli Suruhanjaya ReidLord William Reid (Ketua)Hakim Mahkamah Rayuan EnglandSir Ivor Jennings Ahli akademik dari BritainSir William McKell Ahli politik dari AustraliaTuan B.S Malik Ketua Hakim Mahkamah Tinggi IndiaTuan Abdul Hamid Hakim Mahkamah Pakistan

Terma rujukan pembentukan perlembagaan:

Ahli-ahli Suruhanjaya Reid di Majlis Makan Malam yang diadakan oleh Dato Tan Cheng Lok di No 111, Heeren Street, Melaka pada 17 Ogos 1956 (sumber portal rasmi Arkib Negara Malaysia)

Jawatankuasa Kerja

PengerusiSir Donald MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi British)Wakil Raja-Raja MelayuMustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)Shamsudin NainTunku Ismail Tunku YahyaNeil LawsonWakil PerikatanTunku Abdul Rahman (UMNO)DatoAbdul Razak Hussein (UMNO)Ong Yoke Lin (MCA)V.T Sambathan (MIC)Ahli lainSir David Watherston (Ketua Setiausaha Kerajaan)T.V.A Brodie (Peguam Negara)SetiausahaE.O Laird

Ahli Jawatankuasa Kerja

KELUHURAN PERLEMBAGAANMerupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga.

Maksud: ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.

Konsep :terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Yang di-Pertuan Agong serta sistem pemerintahan kerajaan (badan perundangan, kehakiman dan eksekutif) juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan merupakan pelindung kepada rakyat.

Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang

Tujuan PerlembagaanKeteranganMewujudkan pemerintahan yang adilPerlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum. Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan SarawakPembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada negaraMengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyatYang di-Pertuan Agong serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.Perlembagaan Persekutuan merupakan panduan dalam pemerintahan. Tindakan Pemerintah adalah berdasarkan kepada PerlembagaanPerlembagaan Perseketuan menjamin keadilan, kecekapan dan ketelusan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan.Menjelaskan bidang kuasa pemerintahan yang menjamin kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuanMenjaga keamanan dan kestabilan negaraSekatan-sekatan dalam Perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan perpaduan. Pindaan terhadap perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnyaPerubahan pemimpin selepas pilihanraya tidak mengubah corak pemerintahanRakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi dalam perlembagaanAlat rujukan bagi menyelesaikan masalahHukuman kepada individu yang melakukan kesalahan adalah dirujuk dalam Perlembagaan.Menjadi rujukan tertinggi dalam undang-undang yang bertentanganMengekalkan identiti negara/ menjamin keutuhan dan kedaulatan negaraUnsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan akan menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan nilai dan identiti masyarakat Malaysia.

Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia

Pindaan Perlembagaan

17

Kaedah Pindaan Perlembagaan Malaysia

Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan terbatal.

Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dengan nyata bahawa:Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Setiap warganegara Malaysia bertanggungjawab menjunjung tinggi, mendaulat dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia. Rakyat yang tidak menerima, tidak menghormati, mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Malaysia telah melakukan satu bentuk penghinaan kepada bangsa dan negara.