pengajian malaysia (perlembagaan)

37
PENGAJIAN MALAYSIA

Upload: rathnaa-wayy

Post on 20-Jun-2015

506 views

Category:

Education


16 download

DESCRIPTION

SHARING IS CARING.

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PENGAJIAN MALAYSIA

Page 2: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PENGENALAN Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa

negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Ini dapat dilihat pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka.

Ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembangaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Page 3: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

DEFINISI PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaksub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, Perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukkan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

Page 4: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai.

Nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 selepas Pembentukan Malaysia.

Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang.

Bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang juga dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu (NNMB).

Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menakluki Tanah Melayu.

British kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkkan satu bentuk pemerintahan yang baharu, iaitu Malayan Union pada April 1946.

Bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.

Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan satu lagi bentuk pentadbiran yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948.

Page 5: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

• Melalui Perjanjian itu, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, senuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.

• Majlis perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuat kuasa 1 Februari 1948.

• Perlembagaan baharu juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Selepas Pilihan Raya 1955, Parti Perikatan menang majority dan menjadi Kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London.

• Tujuannya untuk menggubal satu Perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

• Persidangan tersebut telah Berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makel (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

• Pelantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah.

Page 6: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

• Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya.

• Pada bulan Oktober 1956, suruhanjaya Reid telah Berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhirnya, Draf perlembangaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957.

• Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka.

• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan.

• Pindaan yang telah dibuat ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara (1) dan (2) untuk kemasukan Sabah,Sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia

Page 7: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PERANAN PERLEMBAGAAN

Apakah Peranan Perlembagaan ?

Secara amnya, kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah sangat penting. Hal ini kerana dengan wujudnya perlembagaan, ia akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa releven dengan perubahan zaman. Jika diselidiki, ternyata perlembagaan mempunyai beberapa fungsi seperti di Jadual 4.1.

Page 8: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PERANAN PERINCIAN

Mewujudkan pemerintahan yang adil

Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranannya untuk mewujudkan pemerintahan yang adil.Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, walaupun perlembagaan mmperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan/rasmi negara (dalam Bahagian 1, perkara3 (1), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat

Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa oleh sesuatu pihak.

Page 9: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan.

Alat penyelesaian masalah

Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalm penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Bahkan, sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan Perlembagaan.

Page 10: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Mengekalkan riwayat negara bangsa

Pembentukan Perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui Perlembagaan, system pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.

Menjaga kestabilan negara

Sesungguhnya Perlembagaan telah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkera-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10).

Page 11: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

Secara umumnya, Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu PERLEMBAGAAN BERTULIS dan PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS.

PERLEMBAGAAN BERTULIS – merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen. Ia mengandungi tiga sifat yang utama, iaitu ;

kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.

Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.

Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

Page 12: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS – Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusan makhamah. Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis, iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.

Page 13: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan tersebut ? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undang-undang utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan persekutuan.

Page 14: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN

• Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia:

(a) Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut.

(b) kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:

(i) undang-undang itu mengenakan sekatan –sekatan ke atas hak yang disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam perkara itu atau

(ii) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam perkara itu.

Page 15: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

(C) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen atau mengikut mana-mana yang berkenaan,Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang,kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau: (i) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen,dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri. (ii) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan perundangan sesuatu negeri,dalam prosiding persekutuan dengan negeri itu.

Page 16: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

(d) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim Mahkamah persekutuan dan persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu,dan begitulah juga dengan mana-mana negeri yang akan atau mungkinmenjadisatu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan(a) atau (b) Fasal itu.

Page 17: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

KERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia.

Malaysia merupakan sesebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan dalam jadual berikut. Konsep Ketertinggian Perlembagaan.

Page 18: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PERUNTUKAN BUTIRAN

Parlimen Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri pada pihak yang lain. Dalam hal ini, perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.

Perlembagaan Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang yang boleh dibuat oleh parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara persekutuan, undang-undang tersebut adalah tidak sah.

Page 19: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Undang-undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan YDPA

Baginda sebagai Ketua Negara, Lambang taat setia rakyat, Lambang Negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah, dan sebagainya. Tetapi, Baginda tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda ialah Raja Berpelembagaan, iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah menteri.

Kuasa Perundangan

Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa Kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan(perundangan, pentadbiran,kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.

Page 20: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Kebebasan Asasi

Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke Tanah Airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang . Maka, terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.

Page 21: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22kali. Peerlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang bleh dipinda,seperti dalam jadual 4.3.

Perkara Butiran

Perkara 159 (4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan majoriti 2/3 dalam tiap-Tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar MajlisParlimen.

Perkara 161 (E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagiSabah dan sarawak boleh dipinda dengan suara lebih2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen,jika ia dipersetujuiLeh Yang Dipertua mana-mana negeri.

Page 22: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan,dengan syarat telah mnedapat persetujuan Majlis Raja-raja.perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap yang menyentuh kedaulatan raja-raja melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam Perlembagaan.Sebahagian perkara memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.

Perkara-perkara yang pernah dipinda

. Pemisahan Singapura –Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan.situasi sedemikian memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan in.Oleh itu pada bulan September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.

Page 23: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Mengenai Gender- Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan dender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasi wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina si negara ini.perkataan ‘jantina’ akan ditambah kepada perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini,tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama,kaum,keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang”

Kekebalan Raja- kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imunti raja-raja,iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.Pindaan inin dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.

Page 24: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Dengan pindaan ini,dipercayai bahawa perasaan marah kepada raja atau sistem beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungani oleh undang-undang daripada dianiaya oleh raja,dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap raja tidak akan melakukannya.

Kedudukan yang di-Pertuan agong atau kedudukan Raja (i) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang.Begitu juga dengan raja-raja negeri, sekiranya raja mengahadapi tindakan undang-undang, raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari,maka baginda akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampunkan.

Page 25: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

(ii) Dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsi-fungsinya, seorang pemangku raja atau jemaah pemangku raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi raja negeri berkenaan.bagi membolehkan fungsi- fungsi raja itu dijalankan oleh seorang pemangku raja atau jemaah pemangku raja,Jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.Penyesuaian ini diperlukan bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi raja.

(iii) Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan,Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.maka,selaras dengan pindaan yang diperbuat jadual kelapan,kerajaan negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan perlembagaan Persekutuan.

Page 26: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

. Pengurusan Bekalan Air- Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri,kecuali di Sabah dan Sarawak.Hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan,walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan negeri.

Kes Rogol- Pada tahun 1989,beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi si mangsa.Pindaan tersebut termasuk menaik- kan tahapumur bagi statutory rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun,mengenakan tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.

Page 27: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN

• Terdapat beberapa proses yang terlibat ssebelum sesuatu undang-undang itu dipinda.sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.

• Di Dewan Parlimen,rang undang-undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat,iaitu Bacaan Pertama,Bacaan Kedua,peringkat Jawatankuasa dan seterusnyaBacaan Ketiga.

• Setelah dibahaskan,rang undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

• Menurut prosedur,rang undang-undang yang dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan,iaitu:

Page 28: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

(i) Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalam tempoh 30 hari.

(ii) Baginda memulangkan semula kepada Parlimen dengan menyatakan sebab rang undang-undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuai oleh Parlimen.Pengubahsuaian yang dibuat terhadap undang-undang berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja-raja.Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang,Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh parlimen,iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah Undang-undang negara.

Page 29: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini,Malaysia merupakan negara persekutuan.Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri merupakan dua badan penting dalam sistem pemerintahan negara.kedua-duanya berperanan melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan negara.Dalam knteks perlembagaan Malaysia ,terdapat dua pembahagian penting iaitu Perlembagaan Persekutuan perlembagaan Negeri.

Perlembagaan Persekutuan• Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 183 perkara yang

menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa dan kedudukan YDPA,keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu,soal bahasa Melayu,agama,kewarganegaraan kehakiman dan sebagainya.Perlembagaan boleh dikatakan sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas negara.

Page 30: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Perlembagaan persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.Ciri-cirinya ialah :(i) Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan(ii) Mempunyai raja berpelembagaan(iii) Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen(iv) Agama Islam sebagai agama rasmi,tetapi agama lain bebas diamalkan(v)Memperuntukan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaanPerlembagaan Persekutuan mempunyai bidang pengkhususan tertentu seperti ditunjukkan secara ringkas dalam jadual berikut.

Page 31: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

SENARAI PERKARA-PERKARA

Senarai Persekutuan

Meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara,pertahanan, keselamatan dalam negeri,undang-undang jenayah dan sivil, Kewarganegaraan dan lain-lain.

Senarai Bersama

Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.contohnya,perlindungan bagi binatang liar,biasiswa,perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung,kesihatan awam dan lain-lain.

Senarai Negeri Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak,undang-undang diri dan keluarga orang islam,hari kelepasan negeri,jentera kerajaan negeri dan lain-lain.

Page 32: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Perlembagaan Negeri

. Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya ialah hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.perkara71(1) perlembagaan persekutuan memperuntukan kerajaan Persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang,menikmatidan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut Perlembagaan negeri tersebut.Tetapi,apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang raja bagi mana-mana negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa sahaja dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

. Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa ,jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi,walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini,Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.

Page 33: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Peruntukan untuk kuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu.Peruntukan ini terkandung dalam perkara 71 perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukan bahawa tiap-tiap perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut.

. Dalam jadual kelapan,terdapat dua peruntukan utama, iaitu: (a) Bahagian I- Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan (b) Bahagian II-Peruntukan sementara

. Kebanyakan negeri Melayu mengikuti peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini menggariskan sesuatu negeri itu harus mengandungi : (a)Raja/Yang Dipertua Negeri (b)Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (c)Pihak Berkuasa Perundangan Negeri (d)Dewan Undangan Negeri

Page 34: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.Terdapat tujuh bab, iaitu: (i) Pembahagian kuasa-kuasa perundangan(ii) Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah(iii)pembahagian beban kewangan(iv) Tanah(v) Pembangunan negara(vi) Agihan persekutuan kepada negeri(vii)Majlis Negara bagi kerajaan tempatan

Page 35: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Pindaan Perlembagaan Negeri. Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri,tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain.Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda ialah warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

. Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri selain: (a) Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri. (b) Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana peruntukan perlu yang dinyatakan dalam jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia (jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut syesen 4)

Page 36: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

Kesemua perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kecuali rang undang-undang itu disokong pada bacaan kali kedua dan ketiga dan memperoleh undi sebanyak 2/3 daripada jumlah ahlinya.Walau bagaimana- pun pada perenggan (a) dan (b) tidak memerlukan kelebihan undi 2/3 .

. Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai: (a) Perlantikan dan sifat-sifat waris takhta,permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli Jemaah pemangku Raja Negeri. (b) Pemecatan.penarikan diri,penurunan takhta raja atau waris-warisnya. (c) Pelantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli majlis penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.

Page 37: Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)

(d) Hal bagi mengadakan,mengatur,mengesah dan melucutkan pangkat,gelaran,kehrmatan,kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan mengenai balai diraja dan istana.

. Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti keadaan darurat.