mpw 1131 perlembagaan malaysia

13
PERLEMBAGAAN MALAYSIA MPW 1131 PENGAJIAN MALAYSIA

Upload: ikhsan

Post on 12-Jun-2015

17.855 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

MPW 1131

PENGAJIAN MALAYSIA

Page 2: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN PERLEMBAGAAN Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia bermula sejak Tanah

Melayu berlindung di bawah naungan Kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19.

Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini

berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemudiannya telah ditubuhkan selepas Malayan Union dimansuhkan.

Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu.Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting iaitu memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan Malaysia.

Page 3: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

ORGANISASI Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian

mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan 

1. Negeri-negeri agama dan undang-undang persekutuan.2. Kebebasan asasi.3. Kewarganegaraan.4. Persekutuan.5. Negeri-negeri.6. Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri.7. Peruntukan dan kewangan.8. Pilihanraya9. Kehakiman.

10. Perkhidmatan awam. 11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat. 12. Am dan pelbagai. 13. Peruntukan sementara.

14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya. 15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja. 

Page 4: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP PERLEMBAGAAN Menurut D.Roberttson (1993), perlembagaan mengandungi

satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara – hubungan autoriti awam dengan rakyat.

Alat penyelaras pentadbiran negara.

Sumber rujukan bagi menggubal undang-undang.

SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

i. Perlembagaan Malayan Union (1946)ii. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948)iii. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1947)iv. Perlembagaan Malaysia (1963)

Page 5: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN NEGERI

Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Negeri adalah tugas DUN Perlembagaan Negeri adalah tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Negeri adalah tugas DUN.

Page 6: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.

Menjadi punca kepada semua undang-undang.

Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan.

Undang-undang tersebut dianggap batal jika berlawanan.

Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.

Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen.

Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda tertakluk kepada perlembagaan.

Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan.

Page 7: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja beperlembagaan. 

Agama IslamDijadikan sebagai agama rasmi persekutuan.

 Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Dipelihara sebagai tanggungjawab khas YDPA. 

Bahasa MelayuDijadikan sebagai bahasa kebangsaan persekutuan.

Page 8: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TUJUAN PERLEMBAGAAN

i. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama.Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran bahasa lain turut digalakkan.Atas prinsip bertolak ansur, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang sewajarnya.

ii. Memperuntukan kuasa kerajaan dan rakyatMemperuntukkan kuasa kepada pemerintah secara berkawal ke arah kemakmuran negara.Mempertuntukkan kuasa kepada rakyat secara terkawal seperti kebebasan asasi.

 iii. Sumber rujukan untuk penggubalan undang-undang.Melicinkan pentadbiran, perundangan dan pemberian kuasa kepada parlimen dan DUN.Mengelakkan pertembungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan kuasa membuat akta dan enakmen.Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Persekutuan adalah tugas Parlimen, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

Page 9: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KLASIFIKASI PERLEMBAGAAN

i. Perlembagaan Bertulis Suatu suratan atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang

tertinggi yang difikirkan mustahak bagi menubuhkan sebuah negara moden.

Ada 3 sifat iaitu:Kukuh - Sukar hendak dipinda.Kuasa Parlimen - buat undang-undang.Tugas Mahkamah - tafsir.

ii. Perlembagaan Tidak Bertulis Prinsip perlembagaan yang tidak dicatitkan @ termaktub dalam dokumen

secara khusus.

Ada 3 sifat iaitu:Boleh dipinda.Kuasa parlimen tidak terbatas.Penafsiran perlembagaan- bebas.

Page 10: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

SUMBER UNDANG-UNDANG NEGARA

i. Undang-undang BertulisPERLEMBAGAAN- undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan Legislatif, Eksekutif dan Judisiari.STATUS- Digubal sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.AKTA- Diluluskan oleh Parlimen selepas 1959 sehingga ke hari ini.ENAKMEN- Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia.ORDINAN- Diluluskan oleh Parlimen dari tahun 1948-1959, diluluskan oleh kabinet Sabah dan Sarawak, diluluskan dalam masa darurat.UNDANG-UNDANG ISLAM- Diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

ii. Undang-undang Tidak BertulisUndang-undang Adat.Keputusan-keputusan Mahkamah.Prinsip Undang-undang Inggeris (Common-Law)Undang-undang Islam Tidak Bertulis.

Page 11: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PINDAAN PERLEMBAGAAN

i. Perlembagaan PersekutuanMempunyai 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.

ii. RasionalMengekalkan kelicinan pentadbiran negara.Mengawal keselamatan negara.Memelihara kepentingan rakyat dan perlembagaan uang dinamik(kesesuaian mengikut masa)

UNDANG-UNDANG LAIN YANG BERKAITAN DENGAN HAK-HAK ASASI

Hak kepada nyawa dan kebebasan diriBagi memastikan keamanan terpelihara- hak kebebasan bercakap.Kebebasan daripada pengabdian dan kerja-kerja paksa.Perlindungan daripada undang-undang jenayah.Hak kesamarataan.Hak tidak dibuang negeri.Kebebasan bercakap, bergerak, berpersatuan.

Page 12: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

i. Ciri-ciri perlembagaanSebagai undang-undang bertulis yang adil.Sebagai satu sistem pentadbiran.Merupakan undang-undang tertinggi negara.

ii. Kepentingan PerlembagaanMengikat rakyat dan kerajaan (untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan dan rakyat aman dan damai)Mengatur sistem permerintahan dan pentadbiran.Menetapkan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia.Menjadi kuasa yang terpenting dalam pengubalan undang-undang.Menjelaskan bidang kuasa iaitu kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa persekutuan.Menjamin hak dan kepentingan penduduk Malaysia.

Page 13: MPW 1131 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KESIMPULAN

Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia

merupakan peraturan yang menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaanya.

Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang

yang lain.