perlembagaan pekida malaysia

29
PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA PERLEMBAGAAN BARU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA MALAYSIA) FASAL 1 1. PERTUBUHAN 1.1 NAMA: Pertubuhan ini bernama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA. 1.2 IBU PEJABAT: Alamat tempat urusan Pertubuhan ini ialah No. 5 A, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Alamat tempat urusan tidak boleh tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu. 1.3 LOGO: Logo PEKIDA MALAYSIA berbentuk a) Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa. b) Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup. c) Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan silaturrahim diantara satu dengan lain. d) Warna hijau melambangkan agama Islam

Upload: amirul-amin

Post on 29-Jun-2015

279 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BARU

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH

ISLAMIAH MALAYSIA

(PEKIDA MALAYSIA)

FASAL 1

1. PERTUBUHAN

1.1 NAMA:

Pertubuhan ini bernama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH

ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA.

1.2 IBU PEJABAT:

Alamat tempat urusan Pertubuhan ini ialah No. 5 A, Jalan Pasar, 08000 Sungai

Petani, Kedah Darul Aman. Alamat tempat urusan tidak boleh tanpa mendapat

kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu.

1.3 LOGO:

Logo PEKIDA MALAYSIA berbentuk

a) Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa.

b) Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu

pengetahuan serta kemahiran hidup.

c) Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan

silaturrahim diantara satu dengan lain.

d) Warna hijau melambangkan agama Islam

e) Warna kuning melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan

dan Raja-Raja Melayu.

f) Warna merah melambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan

dalam merealisasikan matlamat perjuangan.

1.4 BENDERA:

Bendera PEKIDA MALAYSIA ialah:

a) Warna Hijau diatas

b) Warna Kuning ditengah

c) Warna Merah dibawah

d) Logo PEKIDA MALAYSIA ditengah-tengah warna kuning.

1.5 PENAUNG/ PENASIHAT

Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA akan melantik seorang penaung

diperingkat pusat dan seorang penasihat kehormat di peringkat pusat dan

negeri.Manakala pengerusi ayahanda akan menjadi penasihat pusat dan negeri

yang akan dibentuk sebagai sebuah Badan Penasihat PEKIDA MALAYSIA

yang akan menjalankan tugas sebagai penasihat di semua peringkat.

1.6 BAHASA RASMI:

Bahasa rasmi PEKIDA MALAYSIA ialah Bahasa Melayu.

FASAL 2

2. TUJUAN/ MATLAMAT:

2.1 Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan

Hadis.

2.2 Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja

Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-

Prinsip Rukun Negara.

2.3 Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta

menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi

meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta

mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.

2.4 Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.

2.5 Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan

golongan anti Islam.

2.6 Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas

penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan

masyarakat umum.

FASAL 3

3. AHLI-AHLI:

3.1 KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA:

Keahlian terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan

Warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam.

3.2 JENIS AHLI:

Ahli PEKIDA MALAYSIA ter bahagi kepada (2) kategori:

a) Ahli Biasa

b) Ahli Seumur Hidup.

3.3 SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI:

a) Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada lapan belas

( 18 ) tahun.

c) Mengaku untuk menurut sepenuhnya syarat-syarat menjadi ahli, sanggup

menerima dan mematuhi Perlembagaan dan dasar-dasar rasmi PEKIDA

MALAYSIA.

3.4 TANGGUNGJAWAB, SYARAT DAN HAK AHLI:

a) Setiap Ahli mestilah:

i. Membayar wang pendaftaran mengikut bab 6.1(a) dan Yuran Tahunan mengikut bab 6.1(b).

ii. Wajib taat dan patuh kepada Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.

iii. Menjalankan semua arahan majlis Tertinggi dan patuh kepada segala keputusan yang telah

dicapai dan diarah.

iv. Berusaha memajukan dan menjayakan segala projek, rancangan dan kegiatan PEKIDA

MALAYSIA.

v. Berusaha menyatu padukan ahli-ahli PEKIDA MALAYSIA bangsa Melayu dan

Warganegara keseluruhannya.

vi. Mengadakan dan mempertingkatkan daya usaha bagi menambah, mengembang,

memperkukuh, dan mempertahankan ahli dan nama baik PEKIDA

MALAYSIA.

b) Tiap-tiap Ahli mempunyai hak seperti berikut:

i. Berhak bercakap dan bersuara, mengemukakan pendapat dan mengundi dalam mesyuarat-

mesyuarat PEKIDA MALAYSIA.

ii. Berhak untuk memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam PEKIDA

MALAYSIA.

iii. Berhak mendapat pertolongan, bantuan dan lain-lain faedah sebagai ahli

3.5 PERMOHONAN MENJADI AHLI:

Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat didalam satu borang khas dan

mestilah dicadangkan dan disokong oleh ahli lama yang telah menjadi ahli lebih

daripada setahun.Permohonan mestilah dihantar kepada Majlis Tertinggi melalui

Pengerusi Daerah.

3.6 PENERIMAAN MENJADI AHLI:

a) Setiausaha Daerah hendaklah mengemukakan permintaan dan Permohonan di

Mesyuarat Jawatankuasa Daerah dengan seberapa segera untuk mendapat

persetujuan Jawatankuasa, seterusnya mengemukan permohonan untuk

mendapat kelulusan Majlis Tertinggi.

c) Majlis Tertinggi hendaklah menimbang segala permintaan menjadi ahli dan

memutuskan sama ada menerima, menolak atau menangguhkan

permohonan. Majlis Tertinggi mempunyai hak untuk menolak sebarang

permohonan tanpa perlu memberikan sebab keputusan tersebut.

3.7 LUCUT MENJADI AHLI:

a) Sekiranya ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA

MALAYSIA. Keahlian adalah gugur dengan sendirinya dan Majlis

Tertinggi berhak dan akan menghantar surat pemecatan rasmi sebagai ahli

kepadanya.

b) Ahli yang didapati gila atau fikiran tidak siuman atau seumpamanya.

c) Gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga Bulan.

d) Menarik diri.

3.8 RAYUAN BAGI AHLI YANG DIPECAT:

a) Ahli yang telah dipecat boleh membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi dengan

mengemukakan permohonan melalui pengerusi daerah dan disokong oleh

pengerusi negeri.

b) Bagi seorang ahli yang telah dipecat, kelayakan untuk memohon kembali

menjadi ahli tempoh edahnya ialah selama satu (1) tahun.

FASAL 4

4. SUSUNAN ORGANISASI

4.1 BENTUK SUSUNAN:

a) Pusat : Perhimpunan Agong

b) Negeri : Ahli Majlis Perhubungan Negeri dilantik oleh Presiden dengan

mendapat persetujuan Ahli Majlis Tertnggi (AMT)

c) Daerah : Ahli jawatankuasa Daerah dipilih oleh mesyuarat Agong Daerah.

4.2 TATA PERTUBUHAN MAJLIS/ JAWATANKUASA:

a) Pusat : Mengandungi Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih dalam perhimpunan

Agong.Tertakluk bab 4.4.

b) Negeri : Mengandungi Pengerusi dan timbalan Pengerusi yang dilantik oleh

Presiden.Tertakluk bab 4.13.

c) Daerah :

i. Dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

ii. Terletak dalam sebuah daerah pentadbiran kerajaan.

iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 150 orang ahli berdaftar.

iv. Tertakluk kepada bab 4.19.

4.3 MAJLIS TERTINGGI (MT):

Majlis Tertinggi (MT) menjadi badan tertinggi yang berkuasa menjalankan segala

urusan pentadbiran dan hal-ehwal PEKIDA dibawah kuasa dan perintah

perhimpunan Agong.MT berkuasa penuh menjalankan sebarang langkah bagi

pihak Perhimpunan Agong pada masa ketiadaannya, tetapi segala langkah dan

tindakan tersebut mestilah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agong.

4.4 MAJLIS TERTINGGI HENDAKLAH MENGANDUNGI:

a) Presiden

b) Timbalan

c) Tiga (3) orang Naib Presiden

d) Setiausaha Agong

e) Penolong Setiausaha Agong

f) Bendahari Agong

g) Ketua Penerangan

h) Tidak lebih daripada dua puluh tiga (23) orang yang dipilih oleh

Perhimpunan Agong.

i) Tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Presiden.

4.5 Setiausaha Agong, Penolong Setiausaha Agong, Bendahari Agong Ketua

Penerangan dan tujuh (7) orang ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilantik oleh

Presiden dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun kecuali

diperbaharui atau mereka meminta berhenti ataupun diberhentikan.

4.6 TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI IALAH:

a) Presiden:

i. Bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan dan kesempurnaan perjalanan PEKIDA.

ii. Melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PEKIDA Negeri dan Daerah.

iii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi.

iv. Menandatangani cek bersama dengan Setiausaha Agong atau Bendahari bagi semua akaun

simpanan atas nama PEKIDA.

b) Timbalan Presiden:

i. Membantu tugas-tugas Presiden.

ii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya sewaktu ketiadaan

Presiden.

iii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden.

c) Naib Presiden:

i. Membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden

ii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden dan

Timbalan Presiden.

iii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya

apabila ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.

d) Setiausaha Agong:

i. Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.

ii. Boleh dilantik sebagai Pengurus Operasi PEKIDA.Bertanggungjawab sepenuhnya bagi

mentadbir perjalanan dan operasi PEKIDA.

iii. Bertanggungjawab melapurkan kepada Presiden segala tindakan dan perjalanan PEKIDA

MALAYSIA.

iv. Menyediakan Penyata Tahunan, menerangkan aktiviti PEKIDA MALAYSIA dalam masa

setahun ke setahun kepada Majlis Tertinggi.

v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan

Agong.

vi. Berhak menubuhkan Sekretariat dan memilih pegawai-pegawai dengan persetujuan Majlis

Tertinggi.

e) Penolong Setiausaha Agong

i. Membantu tugas-tugas Setiausaha Agong.

ii. Menjalankan segala tugas Setiausaha Agong sewaktu ketiadaan beliau.

f) Bendahari Agong:

i. Bertanggungjawab dan ‘accountable’atas kesempunaan perjalanan kewangan

PEKIDA MALAYSIA.

ii. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan untuk diperiksa oleh

Jurukira yang dilantik oleh Perhimpunan Agong.

iii. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah

disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong dalam sidang majlis

Tertinggi.

iv. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah

diperiksa oleh Jurukira dan disahkan oleh Presiden dan Setiausaha

Agong.

g) Ketua Penerangan:

i. Bertanggungjawab bagi mengendali kegiatan penerangan dan pendakwah.

ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah.

iii. Berhak memilih dan melantik jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah

dengan persetujuan Majlis Tertinggi.

iv. Melapurkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan dan kegiatan penerangan

dan dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya.

4.7 a) i. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat

dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung

mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat

pekeliling.Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah

disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai

telah diterima:

ii. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat

pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;

iii. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah

menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu dan.

iv. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi

melalui surat pekeIiIing hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di

dalam peringatan mesyuarat.

b) i. Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga

(3) kali berturut-turut tanpa alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan

sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.

ii. Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon

kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah

dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian

tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat

melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga

Mesyuarat Agong Tahunan diadakan.

4.8 Jika Presiden berhenti atau meletak jawatan atas apa sebab sekalipun, maka

Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga berkaitan

dengannya.

4.9 Tertakluk kepada bab 4.5 seorang ahli Majlis Tertinggi boleh meminta berhenti

daripada jawatannya dan jika diterima, Majlis Tertinggi berkuasa melantik

penggantinya.

4.10 Jika Presiden dan Timbalannya berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada

jawatan mereka, Naib Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden

sehingga seorang Presiden baru dipilih mengikut bab 4.4.

4.11 Jika dua pertiga (2/3) daripada Ahli Majlis Tertinggi berhenti dengan Serentak,

maka majlis itu dianggap telah terbubar dengan sendirinya dan ahli-ahli yang

tinggal hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari

daripada tarikh perletakkan jawatan beramai-ramai itu mengadakan

Persidangan Agong Khas untuk menubuhkan semula Majlis Tertinggi.

4.12 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS TERTINGGI (MT):

a) Menubuhkan Jawatankuasa Negeri dan Daerah serta menentukan aktiviti menurut Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.

b) Merangka tatacara untuk memberhentikan mana-mana Ahli Majlis tertinggi termasuk yang dipilih melainkan Presiden dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli.Jika tindakan mereka didapati bertentangan dengan dasar PEKIDA MALAYSIA atau mereka telah tidak menjalankan kewajipan masing-masing dengan cekap dan sempurna dan Presiden berkuasa melantik penganti mereka yang diberhentikan.

c) Mengarahkan diadakan Mesyuarat Agong Daerah dan Mesyuarat Perwakilan Negeri.

d) Menyelesaikan permasalahan dan perselisihan yang berbangkit diperingkat Negeri dan Daerah.

e) Menjalankan kehendak perlembagaan serta disiplin PEKIDA MALAYSIA dan berkuasa menggantung dan melucutkan keahlian mana-mana ahli.

f) Menggantung atau membubarkan Jawatankuasa Daerah.

g) Menetapkan yuran daerah bagi kelayakan menghantar wakil ke perhimpunan Agong.

h) Menerima dan mempersetujui permintaan menjadi ahli.

i) Mengadakan peraturan-peraturan atau syarat-syarat yang tertentu dalam perkara berkaitan permintaan menjadi ahli.

j) Memutuskan rayuan dari seseorang yang telah ditolak menjadi ahli oleh daerah atas permintaan hendak menjadi ahli biasa.

k) Mengarahkan mana-mana Daerah tanpa perlu memberi sebab untuk menerima dan mendaftarkan dalam daerah tersebut seseorang yang didapati layak untuk menjadi ahli setelah meneliti pendapat daerah yang berkenaan.

l) Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau menarik diri daripada PEKIDA MALAYSIA yang diterima semula sebagai ahli.

m) Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa-apa jua langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA MALAYSIA.

n) Menubuhkan beberapa jawatankuasa biasa kecil yang difikir perlu dan menetukan pekerjaan masing-masing mengikut perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.

o) Melantik Firma akauntan Bertauliah bagi mengurus dan menyelia akaun Pertubuhan jika difikirkan perlu.

4.13 TANGGUNGJAWAB MAJLIS JAWATANKUASA PUSAT

Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

4.14 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI.

Majlis Jawatankuasa Negeri menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-

ehwal PEKIDA Negeri dengan mengikut arahan daripada Majlis Tertnggi di

peringkat Pusat.Sebarang langkah yang hendak diambil mestilah mendapat

persetujuan Majlis Tertinggi dan dilaporkan kepada Majlis Tertinggi untuk

makluman dan tindakan.

4.15 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI MENGANDUNGI:

a) Pengerusi

b) Timbalan Pengerusi

c) Setiausaha

d) Bendahari

e) Ketua Penerangan

f) Ketua-ketua atau Pengerusi daerah sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Negeri.

g) Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Pengerusi Negeri.

h) Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi Negeri.

4.16 TUGAS MAJLIS JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI:

a) Pengerusi:

i. Menjadi Pengerusi Negeri, PEKIDA MALAYSIA dan

bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan PEKIDA Negeri.

ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa

Negeri.

iii. Menandatangani cek bersama Setiausaha atau Bendahari bagi akaun

semasa atas nama PEKIDA Negeri.

b) Timbalan Pengerusi:

i. Membantu tugas-tugas Pengerusi

ii. Mengganti dan menjalankan tugas Pengerusi termasuk

mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri sewaktu

ketiadaan Pengerusi.

c) Setiausaha:

i. Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi.

ii. Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Negeri.

iii. Bertanggungjawab bagi melapurkan kepada Pengerusi segala tindakan

dan perjalanan PEKIDA Negeri.

iv. Menyediakan Penyata Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA Negeri

dalam masa setahun ke setahun kepada Majlis Jawatankuasa Negeri.

v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis

Jawatankuasa Negeri.

vi. Berhak menubuhkan sektariat dan memilih pegawai-pegawai

yangdipersetujuai oleh Majlis Jawatankuasa Negeri.

d) Bendahari:

i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA

Negeri.

ii. Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira untuk Negeri.

iii. Membentangkan kenyataan dan butir-butir yang telah disahkan oleh

Pengerusi dan Setiausaha dalam sidang Majlis Jawatankuasa Negeri.

e) Ketua Penerangan:

i. Bertanggungjawab atas kegiatan penerangan dan dakwah

ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah.

iii. Berhak memilih Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri.

iv. Melapurkan kepada Majlis Jawatankuasa Negeri kedudukan penerangan, dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya.

4.17 Jika Pengerusi berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu hingga seorang Pengerusi baru dipilih mengikut bab 4.13.

4.18 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI

IALAH:

a) Mengiktiraf Penubuhan Daerah dan menentukan tugas-tugas menurut Perlembagaan PEKlDA MALAYSIA.

b) Menjalankan sebarang tugas-tugas atau apa-apa langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKlDA Negeri.

c) Menubuhkan Biro kebajikan dan khairat antara lain untuk pengurusan jenazah.

4.19 JAWATANKUASA DAERAH:

a) Jawatankuasa Daerah menjadi badan yang menjalankan Pentadbiran hak-ehwal PEKlDA Daerah dibawah.

b) Kekuasaan dan perintah Majlis Tertinggi melalui Majlis Jawatankuasa Negeri dan menjalankan penguatkuasaan bagi pihak Majlis Tertinggi.

c) Daerah perlu menubuhkan Biro kebajikan dan khairat untuk kepentingan ahli antara lain untuk pengurusan Jenazah.

4.20 JAWATANKUASA DAERAH HENDAKLAH MENGANDUNGI:

a) Pengerusib) Timbalan Pengerusic) Setiausahad) Bendaharie) Ketua Penerangan

f) Tidak lebih daripada 15 orang Jawatankuasa yang dipilih atau di sahkan oleh Mesyuarat Agong Daerah.

g) Tidak lebih daripada 3 orang Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi.

h) Bagi memudahkan pentadbiran pihak Daerah boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi kawasan yang difikirkan perIu.

4.21 Pengerusi, dan Timbalan Pengerusi dipilih didalam mesyuarat Agong Daerah pada tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dan mereka akan, memegang jawatan itu selama tiga (3) tahun.

4.22 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tiga (3) orang Jawatankuasa dilantik oleh Pengerusi.Daerah dengan persetujuan Jawatankuasa dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali mereka berhenti atau diberhentikan.

4.23 TUGAS JAWATANKUASA DAERAH IALAH:

a) Pengerusi:

i) Menjadi Pengerusi PEKIDA Daerah dan.bertanggangjawab atas kesempumaan pentadbiran Daerah.

ii) Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Daerah.

iii) Menandatangani cek bersama Bendahari atau Setiausaha bagi akaun simpanan atas nama PEKIDA Daerah.

b) Timbalan Pengerusi:

i) Membantu tugas-tugas Ketua.ii) Bertanggungjawab sebagai ketua dan tanggungannya ketika ketiadaan

ketua.iii) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Daerah apabila Pengerusi

tidak hadir.

c) Setiausaha:

i) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua.

ii) Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Daerahiii) Bertanggungjawab melapor kepada pengerusi segala tindakan dan

perjalanan PEKIDA Daerah.iv) Menyediakan Laporan Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA,

Daerah kepada Persidangan Perwakilan Daerah.

d) Bendahari:

i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Daerah.

ii) Bertanggungjawab menyediakan Penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Perwakilan Daerah.

iii) Membentangkan kenyataan dan butir kira-kira dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah.

iv) Menandatangani cek bersama Pengerusi atau Setiausaha bagi akaun simpanan PEKIDA Daerah.

e) Ketua Penerangan:i) Bertanggungjawab keatas kegiatan Penerangan Dakwah.ii) Berhak melantik Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah Daerah.

iii) Melapur kepada Jawatankuasa Daerah kedudukan penerangan dan Dakwah peringkat Daerah dan lain kegiatan yang berkaitan dengannya.

4.24 Jika Pengerusi berhenti dengan apa-apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka

Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu sehingga Pengerusi

baru dilantik mengikut bab 4.18.

4.25 Seseorang Ahli Jawatankuasa Daerah yang dipilih boleh meminta berhenti daripada

jawatannya. Keputusan menarik diri tersebut tidak boleh diganti semula kecuali

Jawatankuasa yang dilantik.

4.26 Jika 2/3 Ahli Jawatankuasa Daerah berhenti.dengan serentak maka Jawatankuasa

dianggap telah dibubar.

4.27 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA DAERAH:

a) Menyediakan lapuran tahunan Daerah, menerangkan aktiviti PEKIDADaerah kepada Perhimpunan Agong.

b) Menjalankan sebarang kegiatan atau apa langkah seliaan daripada perkara -perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA Daerah.

FASAL 5

5. SUSUNAN MESYUARAT

5.1 SUSUNAN MESYUARAT PEKIDA MALAYSIA.

Susunan mesyuarat PEKIDA MALAYSIA yang dijalankan adalah seperti

berikut:

a) Perhimpunan Agong:

Perhimpunan Agong hendaklah diadakan tiap-tiap tahun mengandungi:

i) Ahli Majlis Tertinggi

ii) Pengerusi-Pengerusi Negeri, wakilnya dipersetujuai oleh Majlis Tertinggi.

iii) Pengerusi dan sepuluh (10) orang wakil Daerah untuk seratus lima puluh (150) orang yang menjelaskan yuran dan berikutnya satu (1) wakil daripada seratus lima puluh (150) orang ahli yang menjelaskan yuran.

b) Korum untuk mesyuarat Agong dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan Daerah yang layak untuk menghadiri mesyuarat Agong.

c) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

d) MESYUARAT AGONG DAERAH:

Mesyuarat Agong Daerah hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun

mengandungi:

i) Ahli Jawatankuasa Daerah.

ii) Ahli yang menjelaskan wang pendaftaran dan yuran tahunan sebagaimana Bab 6.1 a, b dan c.

e) MESYUARAT/JAWATANKUASA

i) Mesyuarat/Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya

(dua) 2 bulan sekali.

ii) Lebih dari separuh Ahli Jawatankuasa adalah cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa.

5.2 MASA MESYUARAT AGONG DAERAH.

a) Mesyuarat Agong hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan Julai

tiap-tiap tahun atau tarikh yang akan diputuskan oleh Ahli Majlis

Tertinggi (AMT).

b) Mesyuarat Perwakilan Daerah diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan

Mei tiap-tiap tahun.

c) Sekiranya terdapat sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, maka mesyuarat-

mesyuarat ini bolehlah ditunda kepada satu tarikh yang sesuai yang

telah diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

d) Notis mesyuarat-mesuarat ini hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya

tempoh 14 hari sebelum diadakan

5.3 Mesyuarat Agong Daerah hendaklah dijalankan dengan undi angkat tangan kecuali

kalau diputuskan oleh perwakilan dengan cara undi sulit maka satu borang

khas hendaklah digunakan untuk undian tersebut.

5.4 TUGAS DAN KUASA PERSIDANGAN/MESYUARAT:

a) PERHIMPUNAN AGONG :

i) Membentang Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan, yang disiapkan oleh Majlis Tertinggi.

ii) Menentukan dasar-dasar PEKIDA MALAYSIA untuk menjalankan rancangan dan kegiatannya.

iii) Membentang dan membahaskan usul-usul yang dibawa oleh para perwakilan yang telah dikemukakan 2 minggu terlebih dahulu.

iv) Memilih ahli Majlis Tertinggi mengilkut bab 4.4.

v) Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap mengikut bab 5.6.

vi) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9 (a)

vii) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi jika difikirkan perlu supaya meminda perlembagaan mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari semasa ke semasa meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam.

viii) Mengawasi pergerakan Majlis tertinggi yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi.

ix) Melantik Pemeriksa Kira-kira yang bertauliah dan menentukan bayaran perkhidmatan jika difikir mustahak.

b) MESYUARAT AGONG DAERAH:

i) Membentangkan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang disiapkan oleh Jawatankuasa Daerah.

ii) Memilih Jawatankusa Daerah mengikut bab 4.18.

iii) Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi tetap mengikut bab 5.6.

iv) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9.

v) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi jika difikirkan perIu supaya meminda perlembagaan mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari masa kesemasa untuk meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam.

5.5 TUGAS MESYUARAT MAJLIS/ JAWATANKUASA:

a) Membahas Menimbang dan mengesahkan catitan mesyuarat yang lalu.

b) Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan yang lalu.

c) Membincang perkembangan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa.

d) Membuat rancangan yang dirasakan baik untuk kemajuan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa.

e) Lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk kebaikkan PEKIDA MALAYSIA dan lain-lainnya.

5.6 PENGERUSI TETAP/ TIMBALAN PENGERUSI TETAP:

a) Dua orang ahli biasa dipilih didalam perhimpunan Agong dan mesyuarat Agong Daerah.

b) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan menjalankan tugas secara berganti-ganti semasa Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Agong Daerah.

c) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dipilih mengikut Masa pemilihan Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Daerah.

d) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan membuat keputusan apabila undi didapati sama dalamperhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah.

FASAL 6

6. KEWANGAN

6.1 Bayaran Masuk /Yuran:

a) Bayaran masuk menjadi ahli sebanyak RM 10.00

b) Yuran tahunan sebanyak RM 12.00 setahun.

c) Yuran seumur hidup sebanyak RM 250.00

d) Yuran sukarela diberi oleh ahli denganjumlah yang tidak terbatas.

6.2 Sumber-sumber Lain:

a) Hasil-hasil lainnya dari kegiatan yang dilancarkan oleh MajIis Tertinggi dan Jawatankuasa Negeri.

b) Sebarang sumber kewangan yang akan dikutip atau penganjuran untuk kutipan derma oleh semua pihak hendaklah mendapat . kelulusan Majlis Tertinggi.

6.3 Pembahagian/Peruntukan Kewangan:

a) Wang Pendaftaran Masuk dan lain-lain sumber.

i) 30 % diserahkan kepada Daerah

ii) 70 % diserahkan kepada Pusat

b) Wang Yuran Tahunan:

i) 20 % diserahkan kepada Daerah.

ii) 80 % diserahkan kepada Pusat.

c) Peruntukan Negeri:

i) Bantuan dari pusat 100 %

ii) Daya usaha Negeri adalah untuk Negeri.

6.4 Akaun Semasa:

Majlis Tertinggi Majlis Jawatankuasa Negeri dan Jawatankuasa Daerah hendaklah

mengadakan kira-kira dan membuka Akaun Semasa.

6.5 Akaun Cadangan Umum:Kira-kira kewangan yang dimasukkan kedalam akaun ini adalah:

a) Semua derma, wakaf, sedekah hadiah dan sebagainya.

b) Semua wang yang telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

6.6 Pengeluaran Wang:

a) Pengeluaran Wang yang lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM 10,000.00) hendaklah mendapat persetujuan dari Majlis Tertinggi.

b) Pengerusi/ Ketua, Setiausaha atau Bendahari berhak mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000.00) untuk keperluan pertubuhan.

6.7 Wang Tunai :

a) Bendahari Majlis Tertinggi Negeri boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu (RM: 1,000.00)

b) Bendahari Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00).

c) Bendahari Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh. (RM 350.00).

6.8 Bantuan Tambahan dan Bantuan Khas:Sebarang permintaan untuk mendapatkan bantuan tambahan dan bantuan khas daripada semua peringkat (Majlis/Jawatankuasa) hendaklah dikemukakan kepada MajIis Tertinggi untuk diluluskan.

6.9 Pemeriksa Kira-Kira:

a) Dua (2) orang ahli biasa akan dilantik didalam Perhimpunan Agong dan

Mesyuarat Perwakilan Daerah sebagai pemeriksa kira-kira.

b) Pemeriksa Kira-kira bertugas menyemak dan mengesahkan Penyata

Kewangan Tahunan dan Kira-kira untuk Perhimpunan Agong dan

Mesyuarat Perwakilan Daerah.

c) Pemeriksa Kira-kira dilantik mengikut jangka masa perlantikan Majlis Jawatankuasa.

d) Satu Firma Audit yang bertauliah hendaklah dilantik jika difikirkan perlu.

FASAL 7

7. PEMEGANG AMANAH

7.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik didalam mana-mana mesyuarat Agong Tahunanan, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. kepada mereka diamanahkah semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

7.2 Pemegang amanah tidak boleh menj ual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mana-mana Mesyuarat Agong.

7.3 Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agong oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada didalam Negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan.Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang Pemegang amanah, maka kekosongan itu bolehlah dilantik oleh Majlis Jawatankuasa.

FASAL 8

8. UNDANG-UNDANG AM:

8.1 Untuk menjayakan tujuan yang terdapat dalam bab 2 dalam Perlembagaan

ini maka seluruh ahli Majlis/Jawatankuasa semua peringkat diberi

kuasa supaya aktif bergerak disegala bidang sesuai untuk kebaikan dan

faedah pertubuhan ini.

8.2 PEKlDA boleh memiliki harta yang boleh dialeh (moveable) dan harta yang tidak boleh dialeh (immoveable).

8.3 Peraturan Tambahan:

Peraturan tambahan khasnya Peraturan Kebajikan Am dan lain-lain di bentuk

dari semasa ke semasa, jika dipandang perlu sebagai tambahan dari

perlembagaan ini yang akan diluluskan oleh Perhimpunan Agong.

8.4 Pindaan Perlembagaan:

a) Pindaan Perlembagaan dilakukan oleh Perhimpunan Agong Tahunan.Ahli-ahli boleh mengemukakan cadangan pindaan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Daerah dan kemudiannya dikemukakan semula dalam Perhimpunan Agong Tahunan melalui Mesyuarat Perwakilan Daerah.

b) Permohonan pindaan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari daripada keputusan pindaan itu hendak dibuat.

c) Pindaan Perlembagaan ini hanya dikuatkuasakan setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

8.5 Penafsiran Perlembagaan:Sekiranya berlaku salah pengertian tentang penafsiran dalam beberapa perkara dalam Perlembagaan ini, maka keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamat kecuali dirombak oleh keputusan Perhirnpunan Agung.

8.6 Pembubaran PEKIDA MALAYSIA:

a) Pembubaran PEKlDA MALAYSIA hanya boleh dilakukan sekiranya perhimpunan Agong sebulat suara memutuskan bahawa ianya patut dibubarkan.

b) Pembahagian wang ringgit kepunyaan PEKIDA MALAYSIA setelah ditolak segala hutang piutang dan segala tanggungan akan diputuskan oleh Perhimpunan

c) Jika sekiranya ada tanggungan lagi, maka tertanggunglah kepada Ahli PEKIDA MALAYSIA yang ada pada masa itu.

8.7 Singkatan-Singkatan:

a) PA - Perhimpunan Agong

b) MT - Majlis Tertinggi

c) MJN - Majlis Jawatankuasa Negeri

d) MJMJN - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jawatankuasa Negeri

e) MAD - Mesyuarat Agong Daerah

f) JD - Jawatankuasa Daerah

g) MP - Majlis Penasihat

h) MPA - Majlis Pemegang Amanah

FASAL 9

9. PERKARA-PERKARA AM

9.1 Semua Ahli Majlis/Jawatankuasa pertubuhan ini dan lain-lain pegawai yang menjalankan tugas dalam pcrtubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

9.2 Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan atau pengabungan diluar Malaysia kecuali dengan kebenaran bertulis YB Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.

9.3 Tahun kewangan pertubuhan ini bermula pada 1hb.Januari,dan berakhir pada 31hb.Disember tiap-tiap tahun.

9.4 Ahli Majlis/Jawatankuasa berkuasa melantik Iain-Iain ahli bagi memenuhi kekosongan didalam Majlis/Jawatankuasa tersebut dan beberapa Jawatankuasa kecil.

9.5 Seseorang pelajar Universiti atau Kolej tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Cansellor Universiti yang berkenaan.