perlembagaan malaysia

20
GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran 1.0 PENGENALAN Perlembagaan Malaysia dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid. Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara dengan 181 perkara tetapi pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu kumpulan peraturan atau set undang-undang utama yang menentukan system kerajaan, pembahagian kuasa, peranan dan fungsi organisasi tertinggi negara, hak-hak rakyat dan pelbagai perkara yang lain. Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri dan ianya terdiri daripada dua bentuk utama iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Bagi sesetengah negara, seperti United Kingdom, undang-undang di negara tersebut adalah dalam bentuk tidak bertulis. Undang-undang di Malaysia pula adalah undang-undang bertulis dan ia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara kita. Di dalamnya termaktub peraturan-peraturan mengenai hak, kuasa dan prosedur dan juga tanggungjawab pihak yang mentadbir negara termasuklah tugas Yang Dipertuan Agong, No. Matrik: 202930 1

Upload: amboi-amboy-paan

Post on 28-Nov-2015

128 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

mengenai perlembagaan malaysia, membincangkan mengenai fungsi, sifat dan juga pindaan yang telah dibuat dalam perlembagaan malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

1.0 PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan untuk seluruh Semenanjung

Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas

kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Perlembagaan Persekutuan digubal oleh suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord

Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid.

Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara dengan 181 perkara

tetapi pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian

dengan 2 perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan

juga dikenali sebagai suatu kumpulan peraturan atau set undang-undang utama

yang menentukan system kerajaan, pembahagian kuasa, peranan dan fungsi

organisasi tertinggi negara, hak-hak rakyat dan pelbagai perkara yang lain.

Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri dan ianya terdiri

daripada dua bentuk utama iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak

bertulis. Bagi sesetengah negara, seperti United Kingdom, undang-undang di negara

tersebut adalah dalam bentuk tidak bertulis. Undang-undang di Malaysia pula adalah

undang-undang bertulis dan ia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara kita. Di

dalamnya termaktub peraturan-peraturan mengenai hak, kuasa dan prosedur dan

juga tanggungjawab pihak yang mentadbir negara termasuklah tugas Yang

Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Kabinetnya dan juga semua yang termasuk

dalam ruang lingkup negara ini. Perlembagaan adalah wajib untuk dipatuhi oleh

semua orang yang berwarganegara Malaysia. Pihak yang melanggar perlembagaan

akan dikenakan hukuman atau denda yang diadili oleh mahkamah. Undang-undang

yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak diguna pakai.

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 bahagian (183 perkara dan fasal-

fasal) (Ahmad Sanusi, 2012). Ia menyentuh bidang kuasa hak asasi,

kewarganegaraan, hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak, kedudukan

agama, kuasa eksekutif, Legislatif, kehakiman, dan juga bahasa kebangsaan. Walau

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang tertinggi, namun masih

ada segelintir rakyat mempertikaikan undang-undang yang telah termaktub di

No. Matrik: 202930 1

Page 2: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

dalamnya yang akhirnya menjadi kes mahkamah. Berhubung dengan itu, kes-kes

yang berkaitan akan dikupas dalam bab yang tertentu nanti.

2.0 DEFINISI PERLEMBAGAAN

Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, perlembagaan adalah undang-

undang atau peraturan negeri dan dasar pemerintah negeri (Hajah Noresah Bt.

Baharom & rakan-rakan, 2007). Di dalam ensiklopedia pula menyatakan

perlembagaan ialah kenyataan yang menggariskan prinsip asas organisasi formal

yang telah dipersetujui (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013).

Perlembagaan juga didefinisikan terdiri daripada idea-idea dan teori-teori yang

pada asasnya meletakkan had pada kuasa politik secara umum, dan kekuasaan

yang kerajaan ke atas rakyat khususnya (Abdul Aziz Bari, 2003). Ada juga yang

mentakrifkan perlembagaan sebagai undang-undang yang mengandungi peraturan

serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada

kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara (Ahmad Sanusi, 2012).

Menurut Shamrahayu Abdul Aziz, Perlembagaan adalah undang-undang asasi

atau asas yang membentuk negara (Shamrahayu Abdul Aziz, 2012). Pada

pandangan Kassim Thukiman dan rakan-rakannya pula, Perlembagaan boleh

ditakrifkan sebagai dasar atau yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di

dalam sesebuah negara dibahagi-bahagi dan digunakan (Kassim Thukiman & rakan-

rakan, 2009).

Dapat disimpulkan, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang

tertinggi di negara Malaysia dan rakyatnya wajib mematuhinya. Ia juga merupakan

asas kepada undang-undang kecil yang telah digubal untuk kesejahteraan rakyat

Malaysia sendiri.

3.0 SEJARAH PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sekembalinya British memegang tampuk pemerintahan Tanah Melayu selepas

kekalahan Jepun, mereka terus memperkenalkan Malayan Union untuk Tanah

Melayu. Walau bagaimanapun, usul tersebut mendapat tentangan yang hebat

daripada orang Melayu. Hal ini kerana, syarat-syarat yang termaktub dalamnya

boleh menggugat hak orang melayu di negara ini. Hasilnya ia telah digantikan

dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kemudiannya wujud Sistem Ahli pada

No. Matrik: 202930 2

Page 3: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

tahun 1951, bagi memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin tempatan

memperolehi pengalaman dalam usaha membentuk sebuah kerajaan sendiri di

Tanah Melayu (Hasfiza, 2012).

Pilihan Raya umum yang pertama diadakan pada tahun 1955. Pada ketika itu

parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC telah menjadi Parti Perikatan.

Kemenangan telah berpihak ke atas Parti Perikatan dan hasilnya mereka

membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya. Justeru itu, sebagai Perdana Menteri

pertama, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rombongan merdeka ke England

bersama dengan wakil-wakil Sultan-Sultan pada tahun 1956. Rombongan merdeka

ini bertujuan membincangkan perihal berkaitan dengan corak pentadbiran, kuasa

kewangan, kuasa pertahanan dan keselamatan dalam negeri, meminda beberapa

fasal di dalam Perjanjian Persekutuan supaya memberi kuasa kepada kerajaan

Perikatan mengenai perkara-perkara tersebut dan juga menubuhkan satu

Suruhanjaya Bebas untuk meneliti Perlembagaan yang sedia ada dan meminda

apa-apa yang perlu supaya sesuai dengan kerajaan yang merdeka (Abdul Manaf

Ahmad, 2011).

Dengan itu, Suruhanjaya Reid telah dibentuk dan dipengerusikan Lord William

Reid iaitu Hakim Mahkamah Rayuan England, dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings,

Sir William Mc Kell (Bekas Gabenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Hakim

Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).

Suruhanjaya ini bertindak mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

(Arkib Negara, 2013). Terdapat bantahan-bantahan daripada beberapa pihak yang

mewakili tiga kaum terbesar di Persekutuan Tanah Melayu (International Law Books

Services, 2010) terhadap memorandum yang telah diusulkan oleh Suruhanjaya

Reid.

Maka dengan itu, satu jawatankuasa kerja dibentuk untuk menyemak Laporan

Suruhanjaya Reid. Jawatankuasa kerja ini juga bertindak sebagai penggubal rang

undang-undang perlembagaan. Akhirnya mereka merumuskan rangka

perlembagaan ini dengan beberapa pindaaan yang telah dipersetujui oleh semua

pihak. Jawatankuasa kerja ini telah mengemukakan Rang Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu menerusi Rundingan Kemerdekaan yang berlangsung di

London (International Law Books Services, 2010). Pembentukan Perlembagaan

No. Matrik: 202930 3

Page 4: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31

Ogos 1957 (Ahmad Sanusi, 2012).

Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman telah mengesyorkan untuk

menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei dengan Persekutuan

Tanah Melayu di atas nama Malaysia. Namun Brunei telah menolak. Bagi untuk

mendapatkan pandangan daripada rakyat Sabah dan Sarawak mengenai

penubuhan Malaysia, satu suruhanjaya telah dibentuk dan dikenali sebagai

Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbold. Hasil

daripada tinjauan, Suruhanjaya Cobbold telah membentangkan syarat dalam

laporannya yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara-

perkara yang dituntut oleh wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak.

Hasil daripada tuntutan-tuntutan tersebut dan sedikit pindaan dari

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, satu perjanjian penting ditandatangani

oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan

Singapura (Arkib Negara, 2013). Persetujuan untuk menubuhkan Malaysia adalah

pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan atas sebab

laporan daripada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat

disiapkan pada 14 September 1963 (Arkib Negara, 2013). Justeru itu,

pengisytiharaan penubuhan Malaysia lalu diadakan pada 16 September 1963 yang

terus memberi kuasa kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk menjadi

undang-undang tertinggi dalam Malaysia.

Rajah 1 di bawah menunjukkan proses-proses pembentukan Perlembagaan

Persekutuan mengikut perkembangan sejarah:

4.0 SIFAT-SIFAT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Setiap perlembagaan mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Perlembagaan

Persekutuan juga mempunyai sifatnya yang tersendiri. Antara sifat-sifat

Perlembagaan Persekutuan yang telah dikenal pasti adalah:

a) Merupakan Perlembagaan Bertulis

Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis. Di mana,

semua undang-undang perlembagaan yang telah digubal termaktub dalam

sebuah buku. Dengan itu, rakyat boleh merujuk apa-apa perkara berkaitan

dengan perlembagaan di dalam buku Perlembagaan tersebut. Setiap tahun,

No. Matrik: 202930 4

Page 5: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

buku Perlembagaan Persekutuan akan dikemaskini sekiranya terdapat

pindaan di dalamnya. Sifatnya ini adalah berbeza dengan United Kingdom

yakni perlembagaan mereka adalah jenis tidak bertulis.

b) Kandungan yang Terperinci

Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara dan 13 Jadual. Perkara

adalah untuk mentakrifkan hak atau kewajipan pemerintah atau warga

negara secara kasar (Nur Az, 2013). Jadual pula adalah penerangan yang

terperinci mengenai sesuatu perkara.

c) Perlembagaan Beraja dan Demokrasi Berparlimen

Perkara 32 (1) di dalam Pelembagaan Persekutuan ada menyebut :

“Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan

digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi

segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam

apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam

Mahkamah KHas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.”

(International Law Books Services,

2011)

Ini bermakna, undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan ini

adalah berkaitan dengan Raja yang memerintah negara ini dan juga sistem

pemerintahan yang digunakan, iaitu sistem pemerintahan demokrasi

berparlimen.

d) Ketat dan Sukar Dipinda

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang ketat dan sukar

dipinda. Pindaan hanya akan dapat dibuat setelah suatu Rang Undang-

Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada sesuatu undang-undang,

tidak boleh diluluskan oleh Parlimen kecuali mendapat sokongan apda

Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang

daripada dua pertiga daripada jumlah bilanga ahli Majlis Parlimen

No. Matrik: 202930 5

Page 6: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

(International Law Books Services, 2011). Ini bermakna, proses untuk

meminda sesuatu Rang Undang-Undang dalam Perlembagaan Persekutuan

adalah sangat rumit. Hal ini kerana, peraturan pemindaannya sangat ketat

dan mempunyai proses yang sangat panjang.

e) Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran Perlembagaan membawa maksud keagungan dan ketertinggian

undang-undang itu sendiri (Noraini Abdul Rahman, 2013). Ia dapat dilihat

apabila ketertinggian perlembagaan adalah mengatasi Yang di-Pertuan

Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Keluhurannya juga dapat

dilihat apabila mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan

Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah dan terbatal dengan sendirinya

seperti yang termaktub dalam Perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan.

f) Doktrin Pengasingan Kuasa

Terdapat tiga badan utama yang melambangkan sistem demokrasi

berparlimen dijalankan di Malaysia. Setiap badan-badan utama tersebut telah

diperincikan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu dalam Bahagian 4 Bab

3; Pemerintah, Bab 4; Badan Perundangan Persekutuan dan Bahagian 9 iaitu

Perhakiman.

g) Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat tiga senarai yang

menentukan had kuasa Persekutuan, Negeri dan kuasa yang ditanggung

bersama. Senarai-senarai tersebut memperuntukkan bahagian-bahagian

ataupun jabatan-jabatan yang berada dalam tanggung jawab pentadbiran

pusat dan pentadbiran negeri. Ini menunjukkan, Malaysia mempunyai dua

kawasan pentadbiran iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran negeri.

h) Memperuntukkan Kebebasan Asasi

Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan kebebasan asasi. Ia

dapat dirujuk dalam Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan asasi individu adalah perkara yang mustahak dalam

No. Matrik: 202930 6

Page 7: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

Perlembagaan Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang yang

warganegara yang sah dari segi undang-undang (Nur Az, 2013).

5.0 FUNGSI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan merupakan satu konsep yang sangat penting di dalam sistem

politik moden masa kini. Perlembagaan yang pada umumnya menjadi undang-

undang utama bagi sesebuah negara merupakan asas atau panduan terpenting bagi

perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Ia juga menjadi simbol kedaulatan

negara. Umumnya, perlembagaan

merupakan susunan prinsip undang-undang yang menentukan kuasa pemerintah,

hak-hak mereka yang diperintah (rakyat) dan sifat perhubungan kuasa antara kedua-

duanya. Menurut Wheare K.C (1951), terdapat dua maksud utama istilah

perlembagaan. Pertamanya, ia berhubung dengan institusi politik asasi bagi

sesebuah negara (yakni, sesuatu yang setiap negara yang mempunyai sistem

kerajaan yang tersusun rapi seharusnya memilikinya). Kedua, perlembagaan

merupakan satu dokumen bertulis yang mentakrifkan susunan institusi-institusi

politik pemerintahan negara serta hak-hak rakyat di dalam negara berkenaan.

Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:-

Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil;

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;

Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;

Alat untuk menyelesaikan masalah;

Menjamin riwayat negara bangsa; dan

Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 131 Perkara yang menyentuh

pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian.

Bahagian-bahagian tersebut ialah :-

Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan Negara

kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga Wilayah

Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain

boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang

No. Matrik: 202930 7

Page 8: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut

Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian II : Kebebasan Asasi

Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk

hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh

paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan

bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan;

dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian III : Kewarganegaraan

Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara; dilahirkan di sini;

berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang

ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam negara ini untuk

suatu masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh

menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

Bahagian IV : Persekutuan

Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita. Ketua utama persekutuan adalah

Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis

Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Di-

Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian IV juga

mewujudkan Kabinet dan pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan

Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang

dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V : Negeri-Negeri

Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang

dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai

kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua

Negeri mempunyai hak dan keistimewaan mereka.

No. Matrik: 202930 8

Page 9: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

Bahagian VI : Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri

Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-

negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang

dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal

undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh

menggubal undang-undang.

Bahagian VII : Peruntukan Kewangan

Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau

membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian VIII : Pilihan Raya

Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi

pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua

pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya

Pilihanraya”. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bahagian IX : Badan Kehakiman

Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-

perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di

Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi,

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam

Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah pasukan

polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi anggota

perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-

kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan

penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya–

suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik

oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan Pejabat Peguam

Negara.

No. Matrik: 202930 9

Page 10: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang

Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa

Darurat.

Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh

membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-

sebab keselamatan awam.

Bahagian XIII : Am Dan Pelbagai

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong

bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan

peribumi Sabah dan Sarawak dan memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti

lain. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas

Perlembagaan.

Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak.

Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya perizaban tanah

peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara Dan Peralihan

Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum

merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang

baru untuk menggantikan mereka.

Bahagian XIV: Kecualian Bagi Kedaulatan, dsb., & Raja-Raja

Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam

Bahagian XIV.

Bahagian XV: Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja.

Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau

Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.

6.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

No. Matrik: 202930 10

Page 11: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

Perlembagaan persekutuan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah

negara dengan menentukan rangka dan bentuk jentera pentadbirannya.

Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan,

ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap

pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya

menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia ini

menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyatnya

memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.

Dalam Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang

mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara

25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan

kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat

memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara

dan bangsa Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan

rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan

seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini rakyat mengetahui

had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia, dalam

Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan

memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di

Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam

perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian. lesen

perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga

memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya

pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. Di bawah Perkara 153,

Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara

kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan,

Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan

bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau

latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan

kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

No. Matrik: 202930 11

Page 12: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang

persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat

diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan

Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan Perlembagaan

Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu

dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang

ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai

persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan

senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu

memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. Kesannya, berlaku

pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta

perkhidmatan pos, telekom dan polis terutama di kawasan pedalaman.

Ketertinggian perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa parlimen,

kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kuasa perundangan clan kebebasan asasi.

Parlimen memperoleh kuasa daripaca perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong

tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua

orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga

perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh

Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga

Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya

selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya

oleh Raja-Raja Melayu. Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa

eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen.

Dalam melaksanakan kuasanya, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah

Menteri.

Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi

bicaranya sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran

Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga

mempunyai kuasa pengampunan semua kesalahan yang dilakukan di dalam

Wilayah Persekutuan dan juga kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta

No. Matrik: 202930 12

Page 13: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

Keselamatan Dalam Negeri. Baginda merupakan Ketua Agama bagi Wilayah

Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

7.0 PINDAAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali.

Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan

negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda

supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga

menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan

kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga telah

dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara

sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah

pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa

orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang

mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya

sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan

antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman

dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan besar

yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-

Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

No. Matrik: 202930 13

Page 14: Perlembagaan Malaysia

GLUL 3113 Undang - Undang Pentadbiran

No. Matrik: 202930 14