perlembagaan bola sepak

7
PERLEMBAGAAN KELAB BOLA SEPAK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU 31300 SIMPANG PULAI, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN ABA 2056 ----------------------------------------------------------------- -------------------------------------- FASAL 1 : NAMA KELAB Nama kelab ini ialah Kelab bola sepak Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Ipoh perak. FASAL 2 : ALAMAT Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, 31300 Simpang Pulai, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. FASAL 3 : TUJUAN / OBJEKTIF Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk 3.1 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan memenuhi Dasar Satu Murid Satu Sukan. 3.2 Memberikan pengetahuan dan kemahiran asas permainan bola sepak kepada ahli. 3.3 Menyediakan pasukan elit dan pasukan pelapis pasukan bola sepak sekolah.

Upload: qasehola

Post on 16-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bola sepak

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAANKELAB BOLA SEPAKSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU31300 SIMPANG PULAI, IPOH, PERAK DARUL RIDZUANABA 2056-------------------------------------------------------------------------------------------------------

FASAL 1 : NAMA KELABNama kelab ini ialah Kelab bola sepak Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Ipoh perak.

FASAL 2 : ALAMATSekolah Kebangsaan Taman Bersatu, 31300 Simpang Pulai, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

FASAL 3 : TUJUAN / OBJEKTIFKelab ini ditubuhkan bertujuan untuk3.1Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan memenuhi Dasar Satu Murid Satu Sukan.3.2Memberikan pengetahuan dan kemahiran asas permainan bola sepak kepada ahli.3.3Menyediakan pasukan elit dan pasukan pelapis pasukan bola sepak sekolah.3.4Menyelia pertandingan peringkat sekolah.3.5Mengajar undang-undang dan peraturan permainan kepada ahli.

FASAL 4 : KEAHLIANKeahlian kelab ini terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu sahaja yang terdiri daripada murid tahun 3, 4, 5 dan 6.

FASAL 5 : AHLI JAWATANKUASA5.1Kelab ini hendaklah melantik jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya sahaja.

5.2Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:5.2.1Penaung iaitu Guru Besar.5.2.2Penasihat iaitu guru yang dilantik oleh pendaftar (Guru Besar).5.2.3Seorang Pengerusi.5.2.4Seorang Naib Pengerusi.5.2.5Seorang Setiausaha.5.2.6seorang Bendahari.5.2.7Beberapa Orang Ahli Jawatankuasa yang mewakili setiap tahun.

5.3Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan bendahari hendaklah dilantik dalam kalangan murid tahun 6. Manakala ahli jawatankuasa lain bolehlah dilantik dalam kalangan mana-mana ahli yang lain.

FASAL 6 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA MURID6.1Pengerusi6.1.1Mengumpulkan ahli sebelum perjumpaan dan latihan .6.1.2Mengetuai latihan asas sebelum sesuatu latihan dijalankan.6.1.3Menyediakan alatan sebelum latihan dimulakan.6.1.4Mengumpul dan menyimpan alatan selepas digunakan.

6.2Naib Pengerusi6.2.1Menggantikan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.6.2.2Membantu Pengerusi menjalankan tugas.

6.3Setiausaha6.1Mencatat minit mesyuarat.6.2Mencatat kehadiran ahli setiap kali perjumpaan dan latihan diadakan.6.3Memberi laporan kepada Penasihat berkaitan kehadiran ahli.6.4Menghebahkan maklumat kepada ahli.

6.4Bendahari6.1Mengutip dan mengumpulkan wang daripada ahli.6.2Menyediakan penyata kira-kira.6.5Ahli Jawatankuasa6.5.1Memberikan penerangan kepada ahli mengikut tahun yang dilantik.6.5.2Membantu Pengerusi dan Naib Pengerusi mengumpulkan alatan.6.5.3Menjalankan tugas apabila dimaklumkan.

FASAL 6 : KEWANGAN6.1Kutipan hanya dibenarkan setelah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pendaftar (Guru Besar).

6.2Jumlah kutipan bergantung kepada persetujuan daripada semua ahli dan menerima kelulusan daripada pendaftar (Guru Besar).

6.3Wang hanya boleh dikutip oleh Bendahari dengan pemantauan daripada Penasihat.

6.4Penyata kewangan perlu disediakan oleh Bendahari.

6.5Jika ada lebihan, wang tersebut hendaklah dibawa ke tahun berikutnya.

FASAL 7 : MESYUARAT7.1Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan pada awal tahun.

7.2Mesyuarat Agung bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa dan membuat perancangan tahunan semasa.

7.3Semua Penasihat dan ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat.

7.4Mesyuarat tidak boleh mengubah apa-apa keputusan dan dasar yang telah termaktub dan yang telah dibuat oleh pendaftar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

FASAL 8 : PINDAAN PERLEMBAGAAN8.1Penasihat berhak membuat pindaan pada mana-mana fasal dalam perlembagaan kelab setelah diadakan perbincangan dengan pendaftar tanpa perlu diberitahu terlebih dahulu kepada ahli.

FASAL 9 : PEMBUBARAN KELAB9.1Pendaftar berhak membubarkan kelab pada bila-bila masa tanpa perlu memaklumkan kepada ahli terlebih dahulu.

PERLEMBAGAANKELAB BOLA SEPAKSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU31300 SIMPANG PULAI, IPOH( ABA 2056 )