perlembagaan (2)

8
Kelab Perpustakaan Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir DRAF PERLEMBAGAAN KELAB 1. Nama dan Alamat a) Nama Kelab : Kelab Perpustakaan b) Alamat : SR Arab JAIM Merlimau Pasir, KM 26 Jalan Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka. 2. Matlamat Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi diri secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3. Objektif Antara objektif kelab ini ialah : a) Membina keupayaan kepada murid untuk mengurus aktiviti dalam perpustakaan. b) Memberi pengetahuan serta pengalaman asas bagi murid semasa menjalankan aktiviti. c) Menjalankan aktiviti yang memberi pengalaman dan pengajaran. d) Mencungkil bakat murid dalam kepimpinan. 4. Keahlian a) Terdiri daripada murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 sekolah ini khususnya Pengawas Perpustakaan Sekolah.

Upload: shafiq-baseri

Post on 11-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perlembagaan Kelab

TRANSCRIPT

Kelab Perpustakaan Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir DRAF PERLEMBAGAAN KELAB

1. Nama dan Alamat

a) Nama Kelab: Kelab Perpustakaanb) Alamat: SR Arab JAIM Merlimau Pasir, KM 26 Jalan Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka.

2. Matlamat

Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi diri secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. Objektif

Antara objektif kelab ini ialah :a) Membina keupayaan kepada murid untuk mengurus aktiviti dalam perpustakaan.b) Memberi pengetahuan serta pengalaman asas bagi murid semasa menjalankan aktiviti.c) Menjalankan aktiviti yang memberi pengalaman dan pengajaran.d) Mencungkil bakat murid dalam kepimpinan.

4. Keahlian

a) Terdiri daripada murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 sekolah ini khususnya Pengawas Perpustakaan Sekolah.b) Ahli-ahli mestilah bersetuju dan menerima perlembagaan Kelab Perpustakaan.

5. Guru Pembimbing

a) Guru Pembimbing adalah terdiri daripada guru sekolah ini.b) Guru Pembimbing mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.c) Guru Pembimbing hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan6. Ahli Jawatankuasa

a) Dilantik semasa Mesyuarat Agungb) Ahli yang layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian oleh ahli yang hadir Mesyuarat Agung.d) Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Pembimbing tanpa mengadakan mesyuarat.e) Ahli yang hendak meletakkan jawatan haruslah menghantar surat peletakan jawatan kepada Guru Pembimbing.f) Ahli Jawatankuasa Kelab terdiri daripada :i) Pengerusiii) Naib Pengerusiiii) Setiausahaiv) Penolong Setiausahav) Bendaharivi) 3 orang Ahli Jawatankuasa mengikut tahun

7. Kewangan

a) Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.b) Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.c) Ahli-ahli bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.d) Bendahari memegang amanah untu mengutip derma untuk menampung aktiviti kelab dan diserahkan kepada Guru Pembimbing.

8. Kehadiran

a) Ahli kelab dikendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab.b) Perjumpaan akan diadakan pada setiap hari Selasa secara bergilir-gilir dengan sukan/permainan bermula jam 3.45 sehingga 4.45.c) Ahli yang tidak hadir mestilah menulis surat tunjuk sebab atas sebab kegagalan kehadirannya.d) Ahli yang tidak hadir aktiviti selama tiga kali berturut-turut akan dirujuk kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

9. Aktiviti

a) Aktiviti akan dijalankan seperti yang telah dirancang oleh Guru Pembimbing semasa Mesyuarat Agung.b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Pembimbing tanpa makluman kepada ahli sebelumnya.

10. Peraturan-peraturan

a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas kelab.b) Ahli Kelab Perpustakaan perlu berpakaian kemas semasa perjumpaan dan perlu dating tepat pada masanya.c) Ahli yang hadir lambat selepas 15 minit perlu memaklumkan sebab yang berasas dan kukuh.d) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

11. Tindakan disiplin

a) Tindakan akan diambil bagi mana-mana ahli yang melanggar perlembagaan kelab yang telah ditetapkan.b) Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan amaran secara bertulis dan amaran secara lisan.

12. Pindaan Perlembagaan

a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahlia ahli jawatankuasa, Guru Pembimbing atau pihak pentadbir sekolah secara bertulis.c) Mesyuarat khas akan diadakan bagi meminda perlembagaan yang terdiri daripada Guru Pembimbing dan ahli jawatnkuasa.d) Setiap pindaan perlu disahkan oleh Guru Besar.

13. Pembubaran Kelab

a) Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melenggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.b) Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

14. Hal-hal lain

a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti segala aktiviti dengan penuh minat.

Darf Takwim Kelab Perpustakaan 2014

BilTarikhAktivitiSasaranCatatan

1.7 Januari 2014Pendaftaran ahli dan Pelantikan AJK dalam mesyuarat untuk pengurusan.Semua ahli Kelab Perpustakaan

2.21 Januari 2014Pengurusan dan penerangan mengenai tugasan ahli-ahli jawatankuasa. Organisai Kelab disusun dan diharmonikan semula.

3.4 Februari 2014Penerangan mengenai Perlembagaan Kelab Perpustakaan dan penejlasan mengapa kelab ditubuhkan.

4.18 Februari 2014Perihal perpustakaan Definisi perpustakaan Sejarah perpustakaan sekolah Visi dan misi

5.18 Mac 2014Pengawas Perpustakaan Peranan Pengawas Perpustakaan Tanggungjawab Pengawas Perpustakaan

6.8 April 2014Nombor perolehan buku Penerangan mengenai susunan buku mengikut nombor perolehannya Cara menulis no perolehan dan kenalpasti buku jenis kumpulannya

7.29 April 2014Cop buku Penerangan mengenai mengapa perlunya buku dicop Cara cop dan temp[at untuk cop buku

8.5 Ogos 2014Keceriaan dan kebersihan Mengemas buku-buku dan menceriakan perpustakaan

9.19 Ogos 2014Stok buku Memeriksa buku yang rosak dan yang dalam keadaan baik Memulihara buku yang rosak

1026 Ogos 2014Pertandingan Pertandingan membaca dan menjelaskan isi kandungan sesuatu isi kandungan buku yang dipilih

112 September 2014Permainan Menjalankan aktiviti permainan dalaman antara ahli Kelab Perpustakaan.

1223 September 2014Penilaian dan pencapaian murid tahun 2014

Draf Ahli Jawatankuasa penaja Kelab Perpustakaan 2014

Guru Penasihat: 1. En. Mohammad Shafiq Bin Baseri 2. Pn. Anis Binti Zakaria

Pengerusi: Muhammad Syazwan Bin Sharul AzianNaib Pengerusi: Putri Balqis Binti Zaharul JohanSetiausaha: Nur Sakinah Binti AzhariPenolong Setiausaha: Khairunnisa Binti ZuzaimiBendahari: Ahmad Hafizin Bin Mohamad Hazizan

Ahli Jawatankuasa:

Tahun 3: Haziq Shah Putra Bin ZulkafliTahun 4: Nursyukrina Binti AhmadTahun 5: Noor Farahin Binti Abd. Aziz

Ahli Kelab Perpustakaan : 1. Amiera Zulaikha Binti Zulkifly2. Nur Khadijah Binti Hazali 3. Nur Mai Hannnah Binti Jaamin4. Nur Saadah Binti Jalil5. Izzu Rina Binti Mohd Idris6. Izz Danial Bin Moh Fairuz7. Muhammad Amir Syafiq Bin Yasir