perlembagaan negara

Click here to load reader

Post on 07-Jul-2015

1.611 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. PERLEMBAGAAN NEGARA SOROTAN SEJARAH PEMBENTUKAN

2. Definisi PerlembagaanPerlembagaan ialah satu suratan @ suratcarayang mengandungi semua undang-undangtertinggi yang difikirkan mustahak bagimenubuhkan sebuah negara yang moden Prinsip Perlembagaan dan pemerintahan diMalaysia Tun Mohd Salleh Abas DBP 1968 3. Pengenalan Perlembagaan Tulang belakang bagi sesebuah negara Satu dokumen yang tertinggi Punca bagi semua undang-undang yang adaatau akan digubal Kepentingan rakyat dan keselamatan negara 4. Tujuan Ceramah Mengimbau kembali bagaimana sejarah pembentukanperlembagaan di negara kita Memahami akan perjungan pemimpin kemerdekaantanah air yang telah juga memperjuangkanpembentukan sebuah perlembagaan untukkepentingan rakyat dan negara 5. Perlembagaan Malayan Union Inggeris kembali semula ke Tanah Melayuselepas Jepun menyerah kalah Ogos 1945 Inggeris merasakan negeri-negeri di TanahMelayu perlu ditadbirkan denganmenggunakan satu sistem pentadbiran yangsama dan semua penduduk disemua negeridiberikan taraf yang serupa 6. Tidak dapat dilaksanakan melainkan terlebihdahulu mendapatkan persetujuan Raja-rajaMelayu untuk menyerahkan kuasa merekakepada Kerajaan Inggeris Pegawai Tinggi Inggeris Sir HaroldMacMichael telah dihantar ke Tanah Melayuuntuk mendapatkan persetujuan Raja-rajaMelayu Oktober 1945 7. Sir Harold MacMichael telah berjayadalam misi ini Januari 1946 Kebanyakan raja-raja Melayu tidak sempatmendapat pandangan daripada penasihat-penasihat Menggunakan kaedah ugutan untuk menyiasatsetakat mana Raja-raja Melayu bersubahatdengan pemerintah Jepun dan jika sabit patutatau tidak diturunkan dari takhta 8. Antara kandungan Perlembagaan Malayan Union Semua Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeriSelat Pulau Pinang dan Melaka akan disatukantetapi Singapura akan diasingkanSemua kuasa memerintah akan terkumpulkepada Kerajaan Pusat, sungguhpun tiap-tiapnegeri boleh mengadakan Majlis Mesyuaratuntuk membahaskan perkara-perkara yangdiserahkan oleh Kuasa Pusat 9. Raja-raja Melayu masih boleh duduk diatastakhta negeri mereka tetapi mereka berhakhanya menjadi Pengerusi Majlis Penasihatdalam soal adat istiadat orang-orang Melayudan Agama Islam Semua penduduk Tanah Melayu akan diberikerakyatan dan taraf yang serupa dengan tiadaperbedzaan diantara sesuatu bangsa denganbangsa yang lain 10. Penyatuan Pertubuhan-pertubuhanMelayu Pertubuhan-pertubuhan Melayu bergabung danmenubuhkan Kongres Melayu SeMalaya hasilpersidangan dari 1 hingga 4 Mac 1946 diKuala Lumpur bagi membuat tentanganterhadap Malayan Union -di pengerusikan oleh Dato Onn bin Jaafar 11. Mendapat sokongan dari bekas pegawai tinggiInggeris yang telah bersara di England keranatidak berpuas hati dengan cara Sir MacMichaelmendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu- Sir Frank Swettenham dan Sir GeorgeMaxwell melalui Akhbar Time dan PejabatTanah Jajahan British di London 12. Inggeris Tetap Berdegil Dewan Rakyat British yang bersidang pada 8Mac 1946 memutuskan untuk meneruskanPerlembagaan Malayan Union walaupunmendapat tengan hebat pada 1 April 1946dengan menangguhkan fasa yang berkenaandengan hak kerakyatan. 13. Penentangan TerhadapMalayan Union Kongres Melayu Semalaya mengadakan mesyuarattergempar pada 29 dan 30 Mac 1946 dan mengambilketetapan seperti berikut :1. Orang Melayu hendaklah memulaukan istiadat melantik Gabenor Malayan Union2. Memohon Raja-raja Melayu supaya jangan menghadiri majlis istiadat melantik Gabenor itu 14. Orang-orang Melayu hendaklah menunjukantanda bergabung dengan melilitkan kain putihdi songkok selama 7 hari mulai 1 April 1946 Semua orang-orang Melayu yang dilantikmenjadi ahli Majlis Penasihat Malayan Uniondiperingkat Pusat ataupun Negeri supayamemulaukan majlis-majlis ini 15. Gerakan Penentangan diperhebatkan 11 Mei 1946 Pertubuhan Kebangsaan MelayuBersatu ditubuhkan dan Kongres Melayu Semalayadibubarkan UMNO telah mengadakan rapat umum dan tunjukperasaan diseluruh Tanah Melayu bagi menerangkankeburukan Malayan Union Diakui oleh seorang Ahli Parlimen British yangmembuat kajian berhubung dengan perlaksanaanMalayan Union 16. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu British telah bertolak ansur dan mengadakanperundingan dengan Raja-raja Melayu dan UMNO Pada Julai 1946 satu Jawatankuasa telah ditubuhkanuntuk menggubal satu perlembagaan yang bolehditerima, terdiri daripada 4 orang wakil Raja-rajaMelayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawaikanan British Cadangan dari wakil-wakil kaum lain juga diberipertimbangan 17. British telah menerima Perlembagan tersebutdan telah ditandatangani oleh Raja-rajaMelayu dan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris pada21 Januari 1948 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayumenggantikan Malayan Union Raja-raja Melayu kembali menjadi raja yangberdaulat, negeri mereka dijamin wujudnyadan hak istimewa orang Melayu dipelihara 18. Pindaan Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1951 perubahan yang membawa kepada peraturan memerintah dengan cara bermenteri beberapa orang ahli Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan tidak rasmi telah dilantik petanda awal pelaksanaan amalan demokrasi 19. Pilihanraya Majlis Mesyuarat Undangan yangpertama diadakan pada 27 Julai 1955Perikatan (UMNO,MCA & MIC) memenangi51 kerusi daripada 52 kerusi yangdipertandingkan Kemenangan besar ini mendorong kepadaperjuangan untuk kemerdekaan Tanah Melayudan mewujudkan sistem pemerintahan sendiri 20. Satu rundingan telah diadakan di London pada18 Januari hingga 6 Februari 1956 dengandihadiri oleh 4 orang wakil Raja-raja Melayu,4 orang wakil Perikatan yang diketuai olehTunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteridan wakil Kerajaan Inggeris Kerajaan Inggeris bersetuju memberikemerdekaan kepada Tanah Melayu pada31 Ogos 1957 21. Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya REID) Diantara perkara penting yang telah dipersetujuidalam persidangan di London ialah tentangkeanggotaan dan syarat-syarat tugas SeruhanjayaPerlembagaan yang akan menggubal perlembagaanbagi Persekutuan Tanah Melayu yang berdaulat danmerdeka Satu suruhanjaya telah dilantik terdiri daripada pakar-pakar perlembagaan yang dikenali denganSuruhanjaya Reid 22. SURUHANJAYA REID 23. Suruhanjaya ini meminta pertubuhan-pertubuhan dan orang persaorangan untukmenghantar memorandum yang bertulis danpandangan secara lisan berhubung denganperlembagaan Sebanyak 131 memorundum bertulis diterima 24. Pakatan Murni Inggeris juga mengenakan syarat ketiga-tiga kaumterbesar hendaklah boleh bekerjasama untukmencapai sebuah kemerdekaan- wujudlah pakatan murni yang melibatkan Hak Melayu/Bumiputra 1. Agama Islam 2. Kedudukan Raja-raja Melayu 3. Bahasa Melayu 4. Hak keistemewaan Orang Melayu 25. Hak bukan MelayuKewarganegaraanBahagian 3: Perkara 16 Membawa kepada prinsip Jus Soli Dalam masa setahun selepas merdeka orangbukan Melayu yang telah memenuhikelayakan bermastautin boleh menjadi rakyattanpa memenuhi syarat mengentahui BahasaMelayu atau Bahasa Inggeris 26. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkankemerdekaannya daripada Kerajaan Britishpada 31 Ogos 1957 dan mula menggunakanperlembagaan barunya sehingga sekarangdengan mengamalkan sistem pemerintahanamalam demokrasi berparlimen. 27. Kesimpulan Sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysiatelah melalui proses yang begitu teliti danmengambil kira kepentingan orang-orangMelayu dan bangsa-bangsa lain walaupunianya digubal orang-orang asing Perlembagaan negara adalah satuperlembagaan yang saling berkaitan dengansistem amalam demokrasi dinegara kita 28. Perlembagaan boleh dipinda dari masakesemasa oleh Parlimen dengan mendapatsuara yang tidak kurang dari 2/3 jumlah ahliDewan dan melalui pindaan dengan cara khasoleh Parlimen dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu bagi pindaan yang menyentuh hakkedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukanorang Melayu dan perkara-perkara yangdianggap sensitif dalam perlembagaan. Dari Tahun 1957 hingga 2003 sebanyak 42pindaan telah dibuat. 29. Sekian dan terima kasih