konvensyen perlembagaan

Upload: dhana-supramaniam

Post on 20-Jul-2015

276 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    1/11

    [MAKALAH]

    KONVENSYEN PERLEMBAGAAN:APLlKASI DANKESAN PERLANGGARANNYA DALAM KONTEKS

    KONSEPKERAJAANTERKAWAL

    Oleh: Dr. Rusniah AhmadiPENGENALANDalam sesebuah sistem kerajaan demokratik, segala bentuk prinsip dankonsep undang-undang diadakan bertujuan sebagai kawalan kepada kerajaansemasa. Idea ini dianggap murni kerana ia menunjukkan bahawa kerajaanyang memerintah bersifat telus dan mengamalkan kebertanggungjawaban.Kredibiliti kerajaan yang memerintah juga terserlah dan diyakini. Sebagaisebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya yang sahdi sisi undang-undang, parti yang diberikan mandat untuk memerintah kinimempunyai kuasa yang luas. Rakyat setelah membuang undi dan menunaikanhak masing -rnasing kini tiada lagi kuasa penentuan kecuali jika adanya pilihanraya kecil kerana pengosongan kerusi di Parlimen.Kini nasib rakyat berada di tang an pemerintah yang telah dipilih olehmereka dan hanya janji semasa berkempen pili han raya yang akan mengikatpihak kerajaan. Prinsip-prinsip dan konsep-konsep dalam undang-undangPerlembagaan khasnya adalah antara kawalan berbentuk perundangan yangterpakai kepada pemerintah dan pegawai-pegawainya. Antaranya adalahkonvensyen perlembagaan. Sebahagian besar konvensyen yang ada di Malaysiatelah menjadi peruntukan yang penting dalam Perlembagaan Persekutuandan proses evolusi yangsudah sekian lama berlaku menyebabkan amalan inidisesuaikan mengikut realiti tempatan." Sememangnya kerajaan yang terkawalmempunyai kredibiliti dan kesahan untuk memerintah dan jika ia berjayamenawan hati rakyat, kemungkinan untuk dipilih sekali lagi pada pilihan raya

    r yangakan datang amat cerah. Konvensyen memastikan semua pihak sarna adapemerintah ataupun pembangkang berupaya melupakan perbezaan masing-masingdan bersama-sama bersetuju pada julung kalinya apabila melaksanakanpematuhan terhadap konvensyen. Hal ini demikian kerana konvensyenperlembagaan lebih bersifat sebagai suatu etika politik atau Perlembagaanyangperlu dipatuhi walaupun ia tidak akan mendatangkan apa-apa implikasiundang-undang jika amalan itu tidak dipatuhi. Konvensyen sehingga kinisudah sedia dimaklumi mempunyai sifat Perlembagaan.' Namun pematuhan

    1 Penulis ialah Pensyarah Kanan di KolejUndang-undang, Kerajaan dan PengajianAntarabangsa,Universiti Utara Malaysia. E-mel, rusniah@uum edu.my

    2 Faruqi S, 2007, "Documents of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia" StarPublications, Petaling Jaya, Selangor.3 J. Jaconelli, 1999 "The Nature of Constitutional Conventions" 19 Legal Studies 24.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    2/11

    2 KANUN [DISEMBER 2008]

    kepada am alan konvensyen ini sentiasa segar dan disedari kepentingannyaoleh pengamalnya dan ia diingati dan dihonnati.KONVENSYEN PERLEMBAGAAN: PEMAKAIANNYA DIMALAYSIAKonvensyen perlembagaan telah dipakai di Malaysia sudah sekian lama apabilanegara ini bersetuju untuk menggunakan sistem kerajaan demokrasi berparlimensepertimana yang diamalkan di Britain. Segala konvensyen yang terpakai diWestminster adalah amnya dipakai di Malaysia. Tambahan pula di Malaysiadengan sistem federalisme yang diamalkan, konvensyenjuga perlu dihormatidi peringkat negeri oleh pemerintah semasa. Ini merupakan sesuatu yang agakunik kerana pemerintah di peringkat kerajaan negeri mungkin berbeza manifestodan ideologi daripada pemerintah di peringkat persekutuan. Keputusan pilihanraya umum di peringkat negeri telah menunjukkan bahawa adalah tidakmustahil untuk pihak pembangkang memenangi kerusi majoriti di DewanUndangan Negeri dan seterusnya menjadi parti yang memerintah. Sebagaiwarisan daripada penjajah, prinsip-prinsip undang-undang Perlernbagaanini digunakan di negara penjajah dan dipatuhi. :Konvensyen perlembagaan tidak mempunyai apa-apa kesan perundangansekiranya berlaku perlanggaran terhadapnya. Marshall mengatakan bahawakonvensyen Perlembagaan adalah amalan moraliti positif Perlembagaan yangmengikat pihak yang terhadapnya terpakai amalan tersebut tetapi amalanini bukanlah undang-undang yang boleh dikuatkuasakan.s Kewujudannyamenurut beliau lagi adalah suatu persoalan sejarah dan sosiologi. Diceypula mengatakan konvensyen adalah suatu am alan bukan undang-undangdan lebih mirip kepada etika politik ataupun Perlembagaan yang tidak akandikuatkuasakan oleh pihak mahkamah,s Tidak ada pihak yang dibolehkan untukmengambil tindakan undang-undang sekiranya ada perlanggaran oleh mana-mana pihak dan biasanya pemerintah akan memastikan konvensyen dipatuhidan dihonnati oleh semua .pihak yang perlu mematuhi konvensyen. Walaubagaimanapun ini tidak memberikan apa-apa jaminan bahawa konvensyentidak akan dilanggar atau dicerobohi. Pengalaman menunjukkan di Malaysia,konvensyen tidak pernah dilanggar oleh mana-mana pihak dan ini bennaknakonvensyen dianggap sesuatu yang penting dan baik untuk dipatuhi.Terdapat berbagai-bagai konvensyen yang menjadi tradisi dan amalandi Malaysia dan ada antaranya adalah res am Perlembagaan berbentukpematuhan istiadat pelantikan yang lebih "ceremonial" dan hanya merupakan

    4 G. Marshall, "Justiciability" in A.G. Guest(ed) "Oxford Essays in Jurisprudence". Oxford:Oxford University Press.5 Dicey, (1965) "The Law of The Constitution" roth Edition. London 202.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    3/11

    Konvensyen Perlembagaan: Aplikasi dan Kesan Perlanggarannyadalam Konteks Konsep Kerajaan TerkawalDr. Rusniah Ahmad 3

    a "formaliti" sernata-mata. Perkenan diRaja terhadap undang-undang yangtelah diluluskan di Parlimen merupakan suatu konvensyen yang penting.Ia merupakan suatu "testimonial" pengiktirafan kepada kuasa istana atauraja oleh Parlimen walaupun ia hanyalah suatu formaliti sahaja. MalahPerlembagaan Persekutuan memperuntukkannya melalui Perkara 66 di mana

    b tempoh diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan perkenanbaginda kepada undang-undang yang telah diluluskan oleh kedua-dua dewandi Parlimen. Yang di-Pertuan Agong walaupun tidak mempunyai kuasa untukenggan memberikan perkenan baginda masih mempunyai kuasa melewatkanperkenan baginda.

    Kuasa inijuga mempunyai signifikan dalam mempengaruhi dan mengawalc kuasa legislatif sebagai salah satu organ di Parlimen. Hakikat bahawa perkenan

    baginda perlu dihormati dan diperuntukkan oleh Perlembagaan tidak bolehdinafikan. Perkara yang sarna diamalkan di United Kingdom di mana PermaisuriEngland perlu memberikan perkenan diRaja untuk sebarang undang-undangyang diluluskan oleh Parlimen England. Kuasa aristokrasi feudal nampaknyamasih kelihatan pada kuasa monarki Perlembagaan. Kita sedia maklumd dengan bentuk kerajaan feudal yang mana memberikan kepada raja kuasaeksekutif, legislatif dan juga kehakiman. Pembentukan Parlimen dan prosespendernokrasian perlembagaan British telah melemahkan kuasa monarkikepada hanya simbol kepala negara.Penyaksian kepada pentingnya kuasa perkenan diRaja ini pernah berlakupada tahun 1984 apabila pihak eksekutif telah cuba untuk meminda perkara

    e 66 Perlembagaan Persekutuan. Agak mengejutkan kerana konvensyenPerlembagaan yang mempunyai peruntukan terhormat pernah cuba diubahdan hasilnya adalah suatu perlanggaran kepada konvensyen yang begitu ketara.Pindaan yang berkenaan menyentuh perkenan diRaja yang dipohon oleh pihakeksekutif diberikan kepada perdana menteri yang membawa kesan yang agakdrastik iaitu Yang di-Pertuan Agong sudah tidak berperanan lagi. Sedikit

    f kekeliruan wujud kerana peruntukan Perkara 66 hanyalah mempunyai kesanformaliti sahaja kerana selepas 30 hari undang-undang tersebut akan menjadimatang juga akhirnya dan perlu melepasi pula peringkat pewartaan.Oleh yang demikian percubaan pindaan terse but menjadi suatu kontroversiyang menular kepada berbagai-bagai tuduhan yang janggal sehingga timbulisu-isu seperti pencabulan terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu misalnya.

    g Permainan tuduh-menuduh ini sebenarnya mengelirukan rakyat danmenyebabkan perhubungan di antara badan eksekutif dan pihak Istanamenjadi tegang. Ini merupakan suatu contoh yang menunjukkan perlanggarankonvensyen akan membawa kesan ketidaktentuan dalam sistem politik danpemerintahan walaupun pada asasnya tidak membawa apa-apa kesan dari segiundang-undang. Hal ini demikian kerana pihak Istana tidak mempunyai apa-

    h apa remedi kecuali kebergantungan kepada tradisi dan adat resam Melayu.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    4/11

    4 KANUN [DISEMBER 2008]

    Contoh konvensyen yang lainnya ialah prinsip "Tanggungjawab Bersama"yang dikenakan kepada para menteri yang dilantik dati kalangan ahli partipemerintah yang mempunyai kerusi di Parlimen. Dalam sistem Westminsteryang dicedok daripada kerajaan penjajah berlaku pertindihan keahlian badaneksekutif dan badan legislatif. Ini bermakna seorang menteri (termasukperdana menteri) adalah juga seorang ahli Parlimen. Telah dijelaskan padaawalnya bahawa konvensyen adalah salah satu daripada prinsip dalam undang-undang Perlembagaan yang bertindak sebagai kawalan terhadap kerajaanyang memerintah. "Tanggungjawab Bersama" yang dikenakan terhadap paramenteri juga bertujuan untuk memenuhi maksud tersebut. Setelah dilantikoleh perdana menteri menyertaijemaah menteri ataupun Kabinet, seseorangmenteri kini perlu menjalankan fungsinya dan bertanggungjawab menjagakementerian dan portfolio masing-masing. Namun manifesto parti masihperlu dipenuhi dan ini kadangkala melebihi tanggungjawabnya terhadaprakyat. Agak malang apabila selepas dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya,menteri berkenaan kini merasa dirinya bertanggungan kepada perdana menteridan perlu mematuhi mandat beliau semasa Kabinet ditubuhkan. Sekiranyaseseorang menteri itu tidak bersetuju dengan polisi ataupun pendirian kerajaanbeliau perlu meletak jawatan sebagai tanda yang beliau tidak lagi sehaluandengan ahli kabinet yang lain termasuk perdana menteri. Ini juga mungkinberlaku apabila sesuatu polisi gagal dilaksanakan atau menjadi penyebabkepada sesuatu musibah yang melibatkan reputasi dan nama baik kerajaan.Ini agak mengecewakan kerana dalam kebanyakan kes peletakan jawatanadalah bertujuan untuk melindungi pemerintah dan bukan kerana perasaantanggungjawab menteri berkenaan.Di Britain perkara yang sarna berlaku pada tahun 1988 apabila Puan EdwinaCurrie sebagai Parliamentary Under-Secretary of State di Jabatan Kesihatandan Jaminan Sosial telah meletakjawatan selepas membuat kenyataan akhbarmengenai tahap kandungan Salmonella sejenis bakteria yang terdapat dalamtelur ayam. Penjualan telur ayam telah jatuh dengan begitu hebat dan parapengeluar telur ayam telah mengambil tindakan guaman terhadap Puan Currieberasaskan kecuaian, niatjahat untuk memalsukan kenyataan dan fitnah lisanterhadap barangan. Namun kes ini telah diselesaikan di luar mahkamah setelahditaksirkan bahawa pihak kerajaan mungkin terpaksa membayar pampasansejumlah 19 juta Pound Sterling." Isu yang belum jelas ialah apakah reaksimahkamah tentang kes ini sekiranya ia dibicarakan iaitu adakah mencukupisekiranya sesuatu kesilapan itu diikuti dengan suatu konvensyen iaitumeletakkan jawatan kerana akur dengan prinsip "Tanggungjawab Bersama"ataupun mahkamah mungkin akan membebankan kerajaan dengan liabilitikerana kenyataan yang dibuat oleh salah seorang menterinya?

    6 T. Weir, 1992, "ACasebook on Tort". London: Sweet &Maxwell.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    5/11

    20 KANUN(4)Konvcnsycn Perlernbagaan: Aplikasi dan Kesan Perlanggarannyadalam Konteks Korisep Kerajaan TerkawalDr. Rusniah Ahmad .5

    Kebaikan atau faedah prinsip ini berpegang kepada ketelusan danakauntabiliti kuasa awam yang menjadi tulang belakang kepada kerajaanberdemokrasi. Konsep perwakilan melalui proses demokrasi hanya berkesandengan adanya ketelusan di pihak kerajaan. Ketelusan dan kebertanggungjawabanhanya akan berkesan jika rakyat mempunyai maklumat tentang apa yangberlaku dan apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan. Iajuga adalah suatu carauntuk memastikan penyelewengan kuasa tidak berlaku kerana autonomi kuasayang diberikan melalui pelantikan jawatan menteri akan pada kebiasaannyamenyuburkan perluasan kuasa kuku besi dan kerajaan yang tidak terkawal.Proses pembuatan keputusan yang tertakluk kepada semakan juga akanmemberikan peluang kepada prinsip-prinsip ini berfungsi dengan baiknya.Namun dari segi amalannya prinsip "Tanggungjawab Bersama" ini tidakberkesan dalam semua situasi. Kemungkinan ia dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang menggunakannya, tidak dapat dinafikan. Sistem Westminster pulatidak banyak membantu kerana kehendak eksekutif untuk berbuat apa-apasahaja, tidak dapat disemak dengan efektif oleh pihak legislatif memandangkanmereka adalah orang-orang yang sama. Di Parlimen berlaku pengendorsankeputusan pihak eksekutif kerana kesetiaan terhadap parti menjadi penentudalam perdebatan rang undang-undang yang sudah sememangnya berasaldaripada usul menteri berkenaan. Perkara ini sukar berlaku sekiranya partipemerintah memegang kurang daripada 2/3 kerusi di Parlimen.

    Satu lagi contoh konvensyen adalah hasil keputusan prosedur pembuanganundi tidak percaya di Parlimen. Pembuangan undi tidak percaya biasanya akanberlaku apabila perdana rnenteri telah hilang keyakinan majoriti ahli-ahliParlimen semasa. Terdapat banyak sebab kenapa perkara tersebut berlaku,antaranya apabila perdana menteri gagal menjalankan fungsinya sebagai ketuakerajaan sebagaimana yang sepatutnya ataupun beliau gagal meyakinkanahli-ahli Parlimen terrnasuk ahli-ahli Kabinet tentang kewibawaannya sebagaiperdana menteri. Apabila ini terjadi, beliau mernpunyai dua pilihan iaitumenasihati Yang di-Pertuan Agong mernbubarkan Parlimen dan seterusnyamengadakan pilihan raya urn urn ataupun memohon kepada Yang di-PertuanAgonguntuk melantik seorang yang lain yang mendapat keyakinan majoriti diParlimen selepas beliau (perdana menteri) meletakkanjawatannya. Konvensyenini mernerlukan Yang di-Pertuan Agong mernainkan peranannya untukmelaksanakan kuasa budi bicara baginda. Walaupun situasi ini agak tegang,namun konvensyen sudah jelas menyediakan jawapan kepada keadaan yangtidak menentu ini. Sehingga hari ini perkara tersebut tidak pernah terjadi dankonvensyen ini belum pernah diaplikasikan lagi.

    Walau bagaimanapun pernah berlaku satu insiden yang memerlukanaplikasi konvensyen tersebut tetapi dalam konteks yang agak berbeza. Padatahun 1988 Parti UMNO telah diisytiharkan sebagai parti yang tidak sah di sisi

    h undang-undang oleh pihak mahkarnah. Telah menjadi suatu konvensyen juga

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    6/11

    6 KANUN [DlSEMBER 2008]

    di Malaysia sejak merdeka bahawa jawatan perdana menteri dipegang olehPresiden Parti UMNO dengan anggapan bahawa parti itu telah memenangipilihan raya melalui tiketnya sebagai salah satu parti komponen perikatanBarisan Nasional. Apabila parti UMNO telah diisytiharkan sebagai parti yangtidak sah maka kedudukan perdana menteri ketika itu menjadi suatu tandatanya," Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat Dato'Seri Dr. Mahathir Mohamed telah merujuk kepada konvensyen yang lainiaitu kepada keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat yang masih beliaumiliki di Parlimen. Berdasarkan perkara 43(2), (4) kayu pengukur jawatanPerdana Menteri Malaysia bukanlah kepimpinan parti tetapi keyakinan yangbeliau miIiki di Parlimen. Susulan daripada kenyataan beliau, ramai ahli-ahliKabinet merangkap ahli parlimen yang tampil ke hadapan dan mengisytiharkankesetiaan masing-masing terhadap perdana menteri. Ternyata dalam konteks inikonvensyen telah menjadi penyelamat kepada keadaan yang tidak menentu.Terdapat sebuah konvensyen yang masih menjadi amalan di negara inidan mempunyai pengaruh yang besar kepada perkembangan politik semasa.Prinsip "Tanggungjawab Bersama" merupakan suatu konvensyen yang terpakaikepada para menteri Kabinet. Prinsip yang dipinjam daripada sistem kerajaanBritish ini memerlukan setiap ahli Kabinet dan menteri untuk menunjukkantaat setia dan kebertanggungjawaban mereka kepada orang awam melaluisistem perwakilan atau demokrasi. Tanggungjawab politik dan akauntabilititerhadap Parlimen menjamin yang mereka berkhidmat kepada rakyat melaluijawatan penting yang mereka pegang. Oleh itu menteri perlu meletakkankebajikan rakyat mendahului parti apabila dilantik.

    Apa-apa sahaja dasaryang diamalkan dan diperkenalkan perlu dipersetujuidan dipromosikan oleh mereka dengan keyakinan yang jitu. Sekiranyaada antara mereka yang tidak bersetuju ataupun merasakan sesuatu polisikerajaan itu tidak adil dan bertentangan dengan prinsip peribadi mereka danmereka menyuarakan ketidakyakinan ini secara umum maka konvensyen"Tanggungjawab Bersarna" ini telah dilanggar. Setelah itu tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan selain daripada menteri yang ingkar tersebutmeletakjawatan. Terdapatjuga keadaan di mana apabila sesuatu dasar atauskim kerajaan yang tidak berjaya dan merugikan rakyat sehingga menteriyang bertanggungjawab berasa yang beliau telah gagal menjalankan tugasdan kemudiannya meletak jawatan.Terdapat amalan yang sarna di Britain berdasarkan amalan demokrasi iaituseseorang menteri mempunyai akauntabiliti terhadap House of Commons bagisegala perkara yang dilakukan olehjabatan atau kementeriannya termasukjugaapa-apa yang dilakukan oleh penjawat awam di kementeriannya. Sarna seperti

    7 Mohamed Noor bin Othman v.Mohamed Yusoff Jaafar [1988] 3 MLJ 82, [1988] 2 SCR 219Kes ini juga dikenali sebagai kes UMNO SEBELAS.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    7/11

    20 KANUN (4)Konvensyen Perlembagaan: Aplikasi dan Kesan Perlanggarannyadalam Konteks Konsep Kerajaan TerkawalDr. Rusniah Ahmad 7

    diMalaysia, rnenteri berkenaan adalah bertanggungjawab terhadap segala yangdilakukan ataupun segala dasar yang rnenjadi tanggungjawab kernenteriannyasahaja yang berada di bawah rnandatnya ataupun yang diketahui olehnyasecara sewajarnya. Menteri berkenaanjuga perlu bertanggungjawab terhadapkelakuannya dan gelagatnya sernasa rnernegang jawatan beliau.Makna akauntabiliti di sini rnengenakan tanggungjawab kepada rnenteriuntuk rnelaporkan segala-galanya kepada House of Commons, iaitu tentangapa-apa yang telah berlaku, bentuk tindakan yang telah diambil untuk rnengatasiataupun rnengurangkan rnasalahnya. Jika ada pihak yang bersalah, tindakanapakah yang telah diarnbil terhadap individu atau kurnpulan berkenaan.Apabila rnenteri tersebut rnengakui tanggungjawabnya rnaka beliau perlumeletakkan jawatannya rnengiringi tanggungjawab ini walaupun perkara inijarang berlaku. Hal ini dernikian kerana konvensyen tanggungjawab bersarnajugabermakna beliau boleh bergantung pada sokongan rakan-rakan sejawatnyadan lebih banyak pula bergantung pada kesetiaan parti dan pengaruh partipolitik berkenaan. Hal ini berasaskan kepada sokongan rnajoriti House ofCommons terhadap kerajaan yang biasanya sudah pun dirniliki oleh parti yangmemerintah yang rnenjadi tulang belakang kepada jawatan rnenteri tersebutsejakdari awallagi. Amalan ini juga dijalankan di Malaysia dan sistern Britishinisentiasa rnenjadi rujukan apabila terjadi insiden yang tidak pernah berlakudinegara ini. .

    Narnun rnenurut Rodney Austin, peletakanjawatan oleh rnenteri biasanyalebih disebabkan oleh hilangnya keyakinan rakan-rakan sejawat dan jugasokongan parti daripada kerana kehilangan keyakinan daripada House ofCommons. Irnplikasinya ialah konvensyen ini hanya rnernpunyai kesanpolitikdan dipergunakan pula untuk rnenegaskan kepentingan parti daripadakepentingan rakyat. Rodney juga berpendapat konvensyen "TanggungjawabBersarna"telah rnengatasi kepentingan konvensyen ''Tanggungjawab Individu"menteri. Sarna ada perkara ini juga berlaku di Malaysia bergantung kepadaberbagai faktor bermula dari sebab-sebab rnengapa sesuatu polisi itu gagaldan sejauh rnanakah peranan yang telah dirnainkan oleh rnenteri berkenaansebagairnana sewajarnya seorang rnenteri patut bertindak. 8 Ini adalah keranadesakanawarn adalahjuga rnerupakan faktoryang amat rnernpengaruhi sesuatukegagalan polisi kerajaan. .APLIKASI KONVENSYEN

    Kegagalankonvensyen "Tanggungjawab Bersarna" turut dipersalahkan kepadakerahsiaanrnelampau di sektor awam oleh pihak kerajaan rnengaburkan aktiviti-

    Austin, Rodney. "Administrative Law's Reaction to the Changing Concept of Public Service"dalam "Administrative Law Facing the Future". London: Blackstone Press Limited.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    8/11

    8 KANUN [DISEMBER 2008]

    aktiviti yang rnelibatkan penggunaan surnber-surnber awam.? Rahsia kerajaanadalah rahsia rasrni yang dilindungi oleh undang-undang terhadap dokumen-dokurnen rasrni yang di dalarnnya terletaknya butir-butir penting dokumenrasrni. Pendedahan pula akan rnengakibatkan perlanggaran undang-undangdan rnereka yang terlibat boleh didakwa. Penjawat awarn telah diperjelaskantentang obligasi rnereka untuk rnenjaga rahsia rasrni dan ini terkandung dalamPeraturan Am Bab 4 yang rnernperuntukkan kebocoran rahsia kerajaan akanrnernbawa kepada tindakan disiplin, penurunan pangkat dan hukurnan lainyang wajar untuk kesalahan tersebut. Agak rnenyedihkan kerana prinsip asalkonvensyen ini adalah untuk rnerealisasikan konsep kerajaan terkawal danakauntabiliti. Malah untuk rnenjarnin sistern ketelusan dan tanggungjawabkerajaan dasar kerahsiaan akan rnenyebabkan setiap kali pilihan raya diadakanrakyat tidak dapat rnernbuat keputusan yang berasaskan kepada rnaklumat.Perkara ini arnat rnenyedihkan kerana sesuatu keputusan tidak patut dibuatatas landasan kejahilan.Hak rakyat untuk rnengetahui adalah berasaskan kepada fakta bahawahanya dengan rnengetahui rnengenai aktiviti kerajaan dan asas kepada tindakankerajaan rnaka rakyat sebagai pengundi akan berupaya untuk rnernpengaruhiperkernbangan dan pelaksanaan dasar. Keputusan rnereka hanya akan diketahuimelalui keputusan pilihan raya apabila rakyat rnenggunakan kuasa empattahun sekali ini untuk rnenentukan rnasa depan politik sese orang ahli politik.Malah keputusan tersebut akanjuga rnernpengaruhi keahIian barisan kabinetyang baru selepas kerajaan ditubuhkan. Sebenarnya konsep "TanggungjawabBersarna" ini bertujuan untuk rnernastikan bahawa setiap rnenteri rnernahamitugas kernenterian rnasing-masing dan tidak secara sarnbillewa rnernandangringan terhadap jawatan penting yang rnereka pegang. Setiap persoalanberkaitan dengan kernenteriannya perlu diarnbil berat dan seseorang rnenterisebagai pegawai tinggi kerajaan haruslah peka dengan apa-apa yang berlakudalarn negara dan di luar negara agar beIiau dapat rnenjalankan tugas-tugasnyaterhadap rakyat dengan lebih berkesan.Oleh itu apa-apa perancangan yang dibuat perlulah seiring dengan hasratkerajaan sernasa yang rnernerintah kerana sekiranya berlaku percanggahanberrnakna kerjasarna yang ada tidak begitu berkesan dan akan rnencerminkanperpecahan. Kerahsiaan rnernpunyai peranannya yang tersendiri dan mungkinsesuai dengan keadaan sernasa. Narnun dalarn era akauntabiIiti dan jugaketelusan, rakyat yang kini lebih rarnai yang berpendidikan tinggi dahagakanrnaklurnat yang tepat dan bertanggungjawab. Rakyat juga rnemaharni yangapa sahaja keputusan yang dibuat perlulah dibuat dengan rnaklurnat yangmencukupi dan telus. Di sinilah peri pentingnya konsep "Tanggungjawab

    9 Austin, R. "Freedom of Information: The Constitutional Impact", in Jowell & Oliver.London.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    9/11

    2oKANUN(4)Konvensyen Perlernbagaan: Aplikasi dan Kesan Perlanggarannyadalarn Konteks Konsep Kerajaan TerkawalDr. Rusniah Ahmad 9

    Bersama" ini dihormati oleh semua pihak terutamanya pemegang-pemegangjawatan utama kerajaan ataupun dalam erti kata yang lain kepada merekayang konvensyen ini terpakai.

    Pematuhan terhadap konvensyen sehingga kini adalah suatu perkara yangagak menghairankan walaupun tidak mempunyai apa-apa kesan perlanggarandari segi undang-undang, Menurut Jennings ia dipatuhi keranajika ia dilanggarmaka dikhuatiri akan berlaku kesukaran politik dan terdapat ancaman politikyang akan menimpa orang yang melakukan perlanggaran tersebut dengan sistemperundangan negara." Kesan yang berbentuk politik ini tidaklah mempunyaiimplikasi undang-undang tetapi boleh membawa kepada perubahan undang-undang dan juga struktur Perlembagaan. Contohnya apabila berlakunyapindaan Perlembagaan pada tahun 1993 yang menyentuh kuasa imunitiraja-raja. Tidak dapat dinafikanjuga pematuhan berlaku kerana rasa hormat,berpegang kuat kepada adat istiadat dan juga kerana ia sudah menjadi kebiasaan.Sudah semestinya apabila tradisi dilanggar maka terdapat juga keraguan dankebimbangan dianggap biadab dan tidak menghormati amalan sehingga bolehmembawa kepada pelabelan reputasi yang tidak baik dan juga diboikot secarapolitiknya. Inijuga dirujuk sebagai sangsi politik walaupun ketentuan kepadaperkara ini tidak begitujelas kerana ia akan bergantung pada keadaan dan faktakes. Misalannya konvensyen berkaitan dengan pelantikan ketua menteri danjuga menteri besar di semua negeri dalam persekutuan. Pelantikan biasanyadibuat berasaskan kepada kemenangan dalam pilihan raya umum di manaketua parti politikyang memenangi majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeriakan dilantik sebagai ketua menteri ataupun menteri besar.Adalah juga menjadi suatu konvensyen pelantikan akan dibuat oleh DuliYang Maha Mulia Sultan negeri berkenaan ataupun Yang di-Pertua Negeriyang berkenaan. Walau bagaimanapun pelantikan hanya akan terjadi denganperkenan Duli yang Maha Mulia Sultan ataupun Yang di-Pertua Negeriyang berkenaan dan keputusan ini hendaklah dihorrnati dan tidak dianggap

    r mempunyai motif politik kerana ia telah menjadi amalan Perlembagaan sudahsekian lamanya tetapi kemungkinan adanya unsur paksaan boleh menjadi. penyebab kepada pembatalan sesuatu pelantikan itu." Malahan konvensyen ini

    . . . . . . . . . ... . tercatat sebagai salah satu peruntukan dalam Perlembagaan Negeri. Namunl kawalan yang mungkin ada terhadap kuasa pelantikan ini adalah fakta bahawapelantikan yang dibuat adalah berasaskan pencalonan yang sudah sedia ada.Ini bermakna bukan sesiapa sahaja yang boleh dilantik oleh kepala negara.Walaupun mahkamah sendiri tidak akan memberikan apa-apa kesan

    10 1 . Jennings, 1959. "The Conventions of the Constitution (5th Edition). London: University ofLondon Press.11 Kes yang berkaitan adalah Tun Datu Mustapha bin Datu Harun v. Tun Datuk Haji MohdAdnan Robert, Yang diPertua &DatukJoseph Pairin [1986] 2MLl724.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    10/11

    10 KANUN [DISEMBER 2008]

    undang-undang kepada konvensyen, namun mahkamah masih mengiktirafkewujudannya dan turut menggunakan konvensyen untukmemenuhi fungsinyasebagai badan penyelesai pertelingkahan dan pentafsir undang-undang.Malah terdapat keadaan di mana konvensyen membantu pihak mahkamahuntuk mengaplikasikan konvensyen Perlembagaan sebagai rujukan kepadakeputusan mahkamah. Contoh yang terbaik adalah apabila mahkamahInggeris telah beberapa kali enggan menyemak pemakaian kuasa budi bicarapihak eksekutif dengan merujuk kepada konvensyen bahawa seorang menteriadalah bertanggungjawab terhadap Parlimen dan ini menunjukkan pengaruhkonvensyen terhadap keputusan mahkamah.> Malah tindakan mahkamah iniboleh juga dianggap sebagai suatu rujukan kepada doktrin pengasingan kuasadi mana keputusan yang berasaskan konvensyen ini menekankan kepadafungsi sesebuah organ kerajaan itu.

    Peranan penting yang dimainkan oleh konvensyen tidak dapat dinafikankerana sebagai amalan yang 'masih menjadi ikutan ia tidak mungkin akanluput ditelan zaman. Walau bagaimanapun amalan konvensyen ini hanyaakan berterusan sekiranya pihak-pihak yang seharusnya menegakkannya danmengamalkannya menghormati dan memahami erti kewujudan sesebuahkonvensyen itu. Merekajuga tidak harus menyalahgunakan konvensyen untuktujuan-tujuan politik masing-masing. Colin Munro berpendapat konvensyenmerupakan suatu tatacara perlakuan yang fleksibel dan sepatutnya di negara-negara yang mempunyai peruntukan perlembagaan yang bertulis makakonvensyen seharusnya diberikan peranan yang lebih besar.v Malah konvensyenini dipatuhi oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan semasa danmenganggap bahawa pihak pembangkang akan melakukan perkara yang sarnaiaitu mematuhi konvensyen dalam keadaan sebaliknya.Ternyata jika konvensyen dimanfaatkan untuk merealisasikan konsepdemokrasi berparlimen dan kerajaan terkawal, ia dapat membantu menjelaskanlagi peranan semua pihak dalam kerajaan khususnya tentang tanggungjawabnya.Sesungguhnya sangsi politik dan kesan-kesan politik yang mungkin timbul Jakibat daripada kegagalan mematuhi konvensyen haruslah dielakkan dan inimemungkinkan lagi usaha-usaha di masa depan untuk mengkaji keberkesanankonvensyen dan realiti moraliti yang ada padanya. Sayugia diingatkan bahawatelah ada pendapat-pendapat dan hujah-hujah yang bersetuju memberikankonvensyen perlembagaan penguatkuasaan kehakiman apabila setelah sekianlama ianya diamalkan dan menjadi norma yang perlakuan yang kukuh."Lagipun semakin lama sesuatu konvensyen itu diamalkan maka semakin

    12 Contohnya dalam kes Liversidge v Anderson [1942] AC. 206 dan Robinson v. Ministry ofTown and Coumtry Planning [1947] K.B. 20.13 C.R. Munro, "Laws and Conventions distinguished" (1975) 91 LQR 218-219.14 M. Elliot, "Parliamentary Sovereignty and the New Constitutional Order: Legislative Freedom,Political Reality and Convention" (2002) 22 Legal Studies 340, 367-376.

  • 5/17/2018 konvensyen perlembagaan

    11/11

    Konvensyen Perlembagaan: Aplikasi dan Kesan Perlanggarannyadalam Konteks Konsep Kerajaan TerkawalDr. Rusniah Ahmad 11

    kurang kemungkinan yang ianya akan dilanggar.s Kesimpulan ini adalahberdasarkan pandangan bahawa hakirn-hakim kini semakin bersedia untukmerujuk kepada konvensyen bagi membantu mahkamah untuk membuatkeputusan yang berkaitan dengan isu-isu undang-undang perlembagaan.

    RUJUKANA.J. Harding, 1996: "Law, Government and the Constitution of Malaysia" London,United Kingdom, Kluwer Law International.Austin, Rodney, "Administrative Law's Reaction to the Changing Concept of PublicService" dalam "Administrative Law Facing the Future, London: Blackstone PressLimited.Austin, R,"Freedom of Information: The Constitutional Impact", London: Jowell &Oliver, Sweet &Maxwell.C.R. Munro, "Laws and Conventions distinguished" (1975) 91 LQR 218-219Dicey, 1965. "The Law of The Constitution" roth Edition, London 202Faruqi S, 2007. "Documents of Destiny; The Constitution of the Federation of Malaysia"Star Publications, Petaling Jaya, Selangor.G. Marshall, "Justiciability" in A.G. Guestted) "Oxford Essays in Jurisprudence".Oxford: Oxford University Press.J. Jaconelli, 1999. "The Nature of Constitutional Conventions" 19 Legal Studies 24J. Jaconelli, 2005. "Do Constitutional Conventions Bind?" Cambridge Law JournalVol. 64 PP.149-176.Jennings, 1959. "The Conventions of the Constitution (5th Edition) London: Universityof London Press.M. Elliot, "Parliamentary sovereignty and the New Constitutional Order: LegislativeFreedom, Political Reality and Convention" (2002) 22 Legal Studies 340,

    367-376.T. Weir, 1992. "ACasebook on Tort". London: Sweet & Maxwell.

    15 J. Jaconelli, 2005. "Do Constitutional Conventions Bind?" Cambridge Law Journal Vol. 64h PP.149-176.