sejarah perlembagaan

21
Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957 , dan digubal oleh Suruhanjaya Reid . Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu , memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain- lain. Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan penyertaan Sabah , Sarawak , dan Singapura ke dalam Malaysia , di mana dalam perlembagaan itu telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September, 1963. Parlimen Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Parlimen , atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh kerana ia merupakan undang-undang tertinggi, maka Keluhuran Perlembagaan ini dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara. Prinsip ini menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat menerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan, fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini. Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, miskin atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendaki menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu, serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Ini bertujuan supaya rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar, tidak lagi ungkit-mengungkit tentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang merupakan penduduk asal di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan

Upload: cangkatahmadidham8472

Post on 13-Jun-2015

3.874 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah perlembagaan

Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

Sejarah penggubalan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan penyertaan Sabah, Sarawak, dan Singapura ke dalam Malaysia, di mana dalam perlembagaan itu telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September, 1963.

Parlimen

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Parlimen, atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh kerana ia merupakan undang-undang tertinggi, maka Keluhuran Perlembagaan ini dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.

Prinsip ini menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat menerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan, fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini.

Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, miskin atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendaki menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu, serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Ini bertujuan supaya rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar, tidak lagi ungkit-mengungkit tentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang merupakan penduduk asal di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu, atau mana-mana pihak lagi. Perlembagaan Negara Malaysia juga telah menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat negara ini.

Page 2: sejarah perlembagaan

Rukun Negara

Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Pendeknya, perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun Negara. Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam prinsip Rukun Negara.

Aspek-aspek utama

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang dirangkumi oleh prinsip ketiga ini adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.

Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.

Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan Negara Malaysia ini.

Tanggungjawab rakyat

Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya.

Page 3: sejarah perlembagaan

Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-belahkan kita.

Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Keluhuran_Perlembagaan"

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

Organisasi

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

Page 4: sejarah perlembagaan

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan Bahagian 2 - Kebebasan asasi

Bahagian 3 - Kewarganegaraan

Bahagian 4 - Persekutuan

Bahagian 5 - Negeri-negeri

Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

Bahagian 8 - Pilihanraya

Bahagian 9 - Kehakiman

Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

Bahagian 12 - Am dan pelbagai

Bahagian 13 - Peruntukan sementara

Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Artikel

Artikel 11

Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Artikel 152

Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia

Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.

Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Page 5: sejarah perlembagaan

Artikel 153

Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Artikel 160

Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia

Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2

Suruhanjaya Reid

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan

Page 6: sejarah perlembagaan

telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.

Ahli Suruhanjaya Reid

Lord William Reid - Pengerusi Sir Ivor Jennings - Britain

Sir William McKell - Australia

Hakim B Malik - India

Hakim Abdul Hamid - Pakistan

Cadangan Suruhanjaya Reid

Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (berperanan seperti Gabenor).

Corak pemerintah telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan.

Pindaan laporan Suruhanjaya Reid

Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima.

Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri.

Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara

Page 7: sejarah perlembagaan

semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid"

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. [[Parlimen]], atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh kerana ia merupakan undang-undang tertinggi, maka '''Keluhuran Perlembagaan''' ini dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.

Prinsip ini menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat menerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan, fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini.

Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, miskin atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendaki menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu, serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Ini bertujuan supaya rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar, tidak lagi ungkit-mengungkit tentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang merupakan penduduk asal di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu, atau mana-mana pihak lagi. Perlembagaan Negara Malaysia juga telah menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat negara ini.

1. UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA 1948-1963 Disediakan oleh; SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL PISMP 3C

Page 8: sejarah perlembagaan

2. PENGENALAN • Unsur tradisi telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahung 1957 • Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi: – bahasa, – agama, – kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan – pemerintahan beraja

3. UNSUR-UNSUR TRADISI • Bahasa Kebangsaan • Agama persekutuan • Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak • Pemerintahan beraja

4. KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI • Mewujudkan identiti Malaysia • Memupuk persefahaman ke arah perpaduan • Satu kontrak sosial yang telah dipersetujui • Telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan digubal

5. PERANAN UNSUR TRADISI • Menstabilkan sistem politik negara • Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu • Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu

6. (i) BAHASA MELAYU • Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi) • Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 • Tetap melindungi bahasa-bahasa lain • Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain

7. (ii) AGAMA ISLAM • Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan • Termaktub dalam Perkara 3 (1) • Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan • Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya

8. Setiap agama mempunyai hak untuk; • Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri • Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat • Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

9. (iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK • Termaktub dalam Perkara 153 • Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain

10. Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak? Melayu; • Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu • Menganuti agama Islam • Mengamalkan adat istiadat Melayu

11. Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak? Bumiputera Sabah dan SArawak; • Di Sarawak – terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, dan • Di Sabah – anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah

12. (iv) PEMERINTAHAN BERAJA • Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu • Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik • Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi • Raja Berperlembagaan – raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan

Tajuk 6 Perlembagaan - Presentation Transcript

1. ZT1042 HUBUNGAN ETNIK TAJUK 5 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE 2. OBJEKTIF PENGAJARAN

o Menjelaskan toleransi yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia.

Page 9: sejarah perlembagaan

o Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

o Memberi kefahaman mengenai kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

o Menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam masyarakat tentang unsur-unsur tradisi.

3. Liputan Kuliah

o Pengenalan

o Konsep Perlembagaan

o Sejarah Penggubalan Perlembagaan

o Unsur-Unsur Tradisi

o Rasional Perkara 153

o Rasional Perkara 152

o Rasional Perkara 3

o Kesimpulan

4. TAJUK 6 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HE DI MALAYSIA 6.1 Pengenalan 6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia 6.2 Konsep Perlembagaan 6.4 Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia 6.5 Rasional Perkara 153 6.6 Rasional Perkara 152 6.7 Rasional Perkara 3

5. Pengenalan

o Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti perkara di bawah:

Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera diperuntukkan tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

6. 6.2 Konsep Perlembagaan

7. Definisi

o Definisi

satu set peraturan atau undang-undang

Samada bertulis atau tidak bertulis

Yang menentukan:

Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan

Bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan

o Adalah undang-undang asas negara

o Berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang

Page 10: sejarah perlembagaan

8.o Jenis Perlembagaan

o Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu

Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen

Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

9.o Perlembagaan Malaysia adalah

Bertulis

Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual

Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif

Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

10. 6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia

11. Sejarah Perjuangan

o Perlembagaan dipengaruhi sejarah

o 446, PBI dan SJ.

o Sejarah penentangan;

Melaka vs SPB

NSP9PKT vs I

Malaya vs Jepun

o Semangat kebangsaan, peranan intelek, penubuhan kesatuan.

12. Kembalinya British

o Kekalahan Jepun 1945

o Kembalinya British membawa BMA

o Gagasan Malayan Union

o Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

o Digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

o Penubuhan JK Hubungan Antara Kaum (CLC), input untuk MPP

13. Pilihan Raya 1955

o British sediakan dasar ke arah berkerajaan sendiri melalui Sistem Ahli 1955 seperti Rajah 6.1 ms 98

Page 11: sejarah perlembagaan

o PR 1952 MPKL: UMNO + MCA menang, bawa kepada penubuhan Parti Perikatan.

o PR 1952 beri pengalaman mentadbir secara demokrasi

o 1953 (3 Februari) perundingan meja bulat.

14. Pilihan Raya 1955

o Hasil desakan Parti Perikatan, PR persekutuan diadakan 1955 (27 Julai).

o Ahli UMNO minta 40 kerusi (drp 52) kerana pengundi Melayu 84%, demi perpaduan, dapat 35 kerusi sahaja.

o Keputusan PR 1955: Perikatan menang 80% undi.

15. Di Ambang Kemerdekaan

o 1956 (Januari) rombongan kemerdekaan ke London, diketuai TAR (nama wakil-wakil rujuk ms 102).

o Rundingan berlangsung 18 Jan – 8 Feb, persetujuan dicapai melalui Perjanjian London:

Merdeka 31 Ogos

Mesti dalam Komanwel, mesti demokrasi

Hak untuk tempatkan tentera

Suruhanjaya Reid untuk gubal perlembagaan

16. Kontrak Sosial

o Orang Bukan Melayu diberi kewarganegaraan melalui prinsip jus soli

o Orang Melayu diberi peruntukan istimewa:

Agama Islam

Bahasa Melayu

Kedudukan istimewa orang-orang Melayu

Kedudukan Raja-raja Melayu

17.  

18.  

19.  

20.  

21.  

22.  

23.  

24.  

25. 6.4 Unsur-unsur Tradisi

Page 12: sejarah perlembagaan

26. Unsur-Unsur Tradisi

o Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi:

bahasa,

agama,

kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan

pemerintahan beraja

27.o Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana

Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.

Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957

Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

28. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan

diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna:

Orang Melayu diberikan hak istimewa,

Islam menjadi agama persekutuan dan

Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

29. 6.4 Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia 6.4.1 Bahasa Melayu 6.4.3 Kedudukan Istimewa Orang Melayu & Bumiputera S & S 6.4.2 Agama Islam 6.4.4 Pemerintahan Beraja

30. Unsur-Unsur Tradisi

o Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia

I.   Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas diamalkan

II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.

III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.

IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

31. Unsur-Unsur Tradisi

Page 13: sejarah perlembagaan

V.  Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

VI.    Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

VII.  Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

32.o Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan

yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

o Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia.

o Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.

o Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.

33. Unsur-Unsur Tradisi

o Difokuskan kepada tiga

Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.

Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

34. Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh

diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan.

Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:

Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.

Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.

Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

35.o Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam

Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:

Perkara 11 (4) :

o Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’.

Page 14: sejarah perlembagaan

36. Perkara 12 (2):

‘ ...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan’.

Perkara 121 (A)

‘   Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah’.

37. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan

kedudukan yang sah kaum lain.

Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya

38. Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan

bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai:

Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.

Menganut agama Islam.

Mengamalkan adat istiadat Melayu.

39. Manakala takrifan bumiputera ;

Sarawak

terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.

Sabah

anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

40.o Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90

berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

41.o Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan

pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu

42. Kerasionalan Perkara 153

Page 15: sejarah perlembagaan

o Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegara

o Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

43. Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan Cara Pendaftaran Sumber: Pendaftar Besar Warganegara Tahun Bilangan 1957 (31 Ogos – 31 Disember 1957 120078 1958 822567 1959 67227 1960 77858

44. Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi Kaum Kaum 1955 1959 Melayu 84.2 56.2 Cina 11.2 35.9 India / lain-lain 4.6 7.8 Jumlah 100 100 Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya

45. 6.5 Rasional Perkara 153 6.5.1 Perkhidmatan Awam 6.5.3 Pendidikan 6.5.2 Ekonomi

46. Kerasionalan Perkara 153

o Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga

1. Perkhidmatan Awam

Menentukan rezab bilangan jawatan

Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada

Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36% saja (1968)

Rujuk Jadual IV

47. Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat. Perkhidmatan Melayu Bukan Melayu Jumlah Perkhidmatan pentadbiran 706 515 1221 Akitek, jurutera dan pegawai profesional 73 370 443 Pegawai kesihatan dan perubatan 64 693 727 Ahli Sains Fizikal 13 51 64 Ahli sains Sejati 60 108 169 Prangkawan Profesional 38 166 204 Perkhidmatan Undang-Undang 70 37 107 Perkhidmatan beruniform 331 369 700 Pengangkitan dan media massa 67 188 255 Jumlah 1392 2447 3839

48. Kerasionalan Perkara 153

2. Ekonomi

Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V)

Jurang Pendapatan melebar antara etnik

Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur

Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970

Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)

49. Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan Kumpulan Hak Milik 1995 1999 Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah) 20.6 19.1 Cina 40.9 37.9 India 1.5 1.5 Rakyat Asing 27.7 32.7 Syarikat Nomini 8.3 7.9 Jumlah 100 100

50. Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30%

o Bumiputera

o Bukan Bumi.

Page 16: sejarah perlembagaan

Cina

India

Lain-lain

o Asing

o Nomine

o JUMLAH

1970 1990 1990 Matlamat Pencapaian 2.4 32.3 63.3 2.0 100.0 30.0 40.0 30.0 100.0 19.3 46.8 45.5 1.0 0.3 25.4 8.5 100.0 2002 18.7 43.2 40.9 1.5 0.8 28.9 9.2 100.0

51. Kemiskinan % Isi rumah Malaysia Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

52. Jurang pendapatan antara kaum Luar Bandar : Bandar Bumiputera : Cina Bumiputera : India 1: 2.1 1: 2.3 1: 1.8 1970 1980 1990 2002 Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah 1999 1: 1.8 1: 1.9 1: 13 1: 1.7 1: 1.7 1: 13 1: 1.8 1: 1.7 1: 1.4 1: 2.1 1: 1.8 1: 1.3

53. Kerasionalan Perkara 153

Pendidikan

Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu

Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970

Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.

54. Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan Peringkat Pendidikan 1995 2000 2005 Ijazah 75,709 170,794 244,527 Diploma 46,480 92,304 148,025 Jumlah 122,189 263,098 392,552

55. Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia INSTITUSI BILANGAN INSTITUSI BILANGAN PELAJAR IPTS Bertaraf Universiti 11 29,747 IPTS Bertaraf Universiti (Kolej Universiti) 1 488 IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara) 3 6,836 IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara) 4 4,740 IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej) 518 252,789 Keseluruhan IPTS 534 294,600

56. Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003

o Akauntan

o Arkitek

o Doktor

o Doktor Gigi

o Doktor Veterinar

Page 17: sejarah perlembagaan

o Jurutera

o Juru Ukur

o Peguam

o JUMLAH

Bumi Cina India Bumi Cina India 11.2 23.6 27.8 24.3 35.9 34.8 44.7 22.3 29.0 81.2 74.4 34.7 50.7 23.7 58.2 49.6 50.0 55.9 6.2 1.2 34.4 23.7 37.0 5.3 3.7 26.5 13.2 20.0 43.6 38.5 38.2 40.1 43.5 46.0 35.1 37.2 74.6 52.6 29.9 40.3 29.8 50.1 49.3 38.4 50.1 5.1 1.3 27.5 19.1 25.7 5.3 3.1 25.8 11.2 1990 2002 Profesion

57. Kerasionalan Perkara 153 o Pendidikan

Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu

IPT mengikut etnik dibenarkan – UiTM, UTAR dan Kolej Tafe

Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi

Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan IPTS

Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN

58. Rasional Perkara 152

o Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibonda lain

o Menjadi bahasa lingua franca

o Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi

o Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu

59.o Kata-kata Tan Siew Sin, “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar kebudayaan

dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas”.

60. Rasional Perkara 3

o Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan agama lain

o Telah bertapak 600 tahun lalu

o Perkara 160 mendefinisikan Melayu

o Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah

o Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara ini

Page 18: sejarah perlembagaan

o Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut

61. Kesimpulan

o Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.

o Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi.

o Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin

62.o Angka yang perlu diingat:

o Rujuk ms 105/6

o 20

o 18

o 8

o 10(4)

o 38

o 150(6a)

o 152

o 153