keluhuran perlembagaan

26
KELUHURAN PERLEMBAGAAN. Perlembagaan Malaysia Lahir Serentak Dengan Kelahiran Negara Malaysia Pada Tahun 1963 Yang Lalu. Perlembagaan Malaysia Mempunyai Asas Yang Kukuh Kerana Ia Terbina Diatas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) Yang Telah Terpakai Semenjak Malaya Merdeka Sehinggalah Malaysia Terbentuk Pada 16 September 1963. Jesteru, Pemahaman Latar Belakang Perlembagaan Malaysia Memerlukan Kita Menyingkap Lebaran Sejarah Penghasilan Perlembagaan Ptm. Menjelang Kemerdekaan Malaya, Setelah Semua Pihak Bersetuju, Suruhanjaya Reid Telah Ditubuhkan Untuk Mengubal Perlembagaaan Baru Bagi Mengantikan Perlembagaan 1948 Yang Telah Dipakai Semenjak Malayan Union Dibubarkan. Langkah Ini Menjadikannya Sebuah Perlembagaan Yanh Kukuh Dan Mendapat Penerimaan Semua Pihak. Ia Diisytiharkan Pada Hari Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaysia Dibentuk Sabah, Sarawak Dan Singapura Menjadi Anggota, Bersama 11 Negeri Yang Sedia Ada Dalam Sebuah Persekutuan Baru. Ini Menjadikan 14 Semuanya Dalam Negara Baru Malaysia. Setiap Negeri Ini Mempunyai Sistem Pemerintahan Sendiri Yang Mengambil Kira Kedudukan Raja Atau Yang Dipertua Negerinya Serta Keperluan Dan Kepentingan Penduduk Masing-Masing. Dalam Konteks Ini Lunas-Lunas Yang Sudah Terbukti Sesuai Dalam Perlembagaan Ptm Memudahkan Pengubalan Perlembagaan Malaysia. Namun Jawatan Kuasa Landsdowne Yang Ditugaskan Menyediakan Perlembagaan Malaysia Mamberi Perhatian Kepada Semua Keistimewaan Lokal Yang Terdapat Pada Setiap Negeri Terutamanya Di Sabah Dan Sarawak.Pada Keseluruhannya Diantara Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Suruhanjaya Ialah Kedudukan Raja Dan Rakyat, Peranan Dan Fungsi Raja Dalam Pemerintahan Dan Struktur Am Kerajaan Serta Kekuatan Dan Autonomi Negeri Dalam Persekutuan. Disamping Itu Perkara Asas Untuk Perpaduan Dan Kestabilan Negara Berbilang Kaum, Seperti Soal Bahasa Kebangsaan, Agama, Kewargenegaraan Yang Sedia Terpakai Dengan Baik Dalam Perlembagaan Ptm Juga Dikekalkan. Berhubung Dengan Keistimewaan Dan Keperluan Negeri-Negeri Sabah Dan Sarawak Perlembagaan Bagi Negara Malaysia Yang Bakal Lahir Itu Telah Memasukkan Peruntukan-Peruntukan Khas Untuk Pemakaian Negeri-Negeri Tersebut Sahaja Disamping Penyesuaian Yang Diperlukan. Ciri Latar Belakang Ini Akhirnya Memerlukan Dan Menghasilkan Satu Pelembagaan Bertulis Yang Panjang Dan Unik. Sesungguhnya Sifat Ini Diperlukan Supaya Perlembagaan Itu Lengkap Dan Komprihensif Serta Memuaskan Semua Pihak. Namun Perlembagaan Malaysia Juga Tetap Sebuah Perlembagaan Berfungsi Sepanjang Masa. Ini Kerana Malaysia Mengamalkan Sikap Terbuka Dan Flaksibel. Selaras Dengan Prinsip-Prinsip Demokrasi Yang Diamalkan, Pindaan Yang Sewajarnya Dilakukan Melalui Proses

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

6.384 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KELUHURAN PERLEMBAGAAN.

Perlembagaan Malaysia Lahir Serentak Dengan Kelahiran Negara Malaysia Pada Tahun 1963 Yang Lalu. Perlembagaan Malaysia Mempunyai Asas Yang Kukuh Kerana Ia Terbina Diatas Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu (PTM) Yang Telah Terpakai Semenjak Malaya Merdeka Sehinggalah Malaysia Terbentuk Pada 16 September 1963. Jesteru, Pemahaman Latar Belakang

Perlembagaan Malaysia Memerlukan Kita Menyingkap Lebaran Sejarah Penghasilan Perlembagaan Ptm. Menjelang Kemerdekaan Malaya, Setelah Semua Pihak Bersetuju, Suruhanjaya Reid Telah Ditubuhkan

Untuk Mengubal Perlembagaaan Baru Bagi Mengantikan Perlembagaan 1948 Yang Telah Dipakai Semenjak Malayan Union Dibubarkan. Langkah Ini Menjadikannya Sebuah Perlembagaan Yanh Kukuh

Dan Mendapat Penerimaan Semua Pihak. Ia Diisytiharkan Pada Hari Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaysia Dibentuk Sabah, Sarawak Dan Singapura Menjadi Anggota, Bersama 11 Negeri Yang Sedia

Ada Dalam Sebuah Persekutuan Baru. Ini Menjadikan 14 Semuanya Dalam Negara Baru Malaysia. Setiap Negeri Ini Mempunyai Sistem Pemerintahan Sendiri Yang Mengambil Kira Kedudukan Raja Atau Yang Dipertua Negerinya Serta Keperluan Dan Kepentingan Penduduk Masing-Masing. Dalam Konteks

Ini Lunas-Lunas Yang Sudah Terbukti Sesuai Dalam Perlembagaan Ptm Memudahkan Pengubalan Perlembagaan Malaysia. Namun Jawatan Kuasa Landsdowne Yang Ditugaskan Menyediakan

Perlembagaan Malaysia Mamberi Perhatian Kepada Semua Keistimewaan Lokal Yang Terdapat Pada Setiap Negeri Terutamanya Di Sabah Dan Sarawak.Pada Keseluruhannya Diantara Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Suruhanjaya Ialah Kedudukan Raja Dan Rakyat, Peranan Dan Fungsi Raja

Dalam Pemerintahan Dan Struktur Am Kerajaan Serta Kekuatan Dan Autonomi Negeri Dalam Persekutuan. Disamping Itu Perkara Asas Untuk Perpaduan Dan Kestabilan Negara Berbilang Kaum,

Seperti Soal Bahasa Kebangsaan, Agama, Kewargenegaraan Yang Sedia Terpakai Dengan Baik Dalam Perlembagaan Ptm Juga Dikekalkan. Berhubung Dengan Keistimewaan Dan Keperluan Negeri-Negeri Sabah Dan Sarawak Perlembagaan Bagi Negara Malaysia Yang Bakal Lahir Itu Telah Memasukkan

Peruntukan-Peruntukan Khas Untuk Pemakaian Negeri-Negeri Tersebut Sahaja Disamping Penyesuaian Yang Diperlukan. Ciri Latar Belakang Ini Akhirnya Memerlukan Dan Menghasilkan Satu Pelembagaan Bertulis Yang Panjang Dan Unik. Sesungguhnya Sifat Ini Diperlukan Supaya Perlembagaan Itu Lengkap Dan Komprihensif Serta Memuaskan Semua Pihak. Namun Perlembagaan Malaysia Juga Tetap Sebuah

Perlembagaan Berfungsi Sepanjang Masa. Ini Kerana Malaysia Mengamalkan Sikap Terbuka Dan Flaksibel. Selaras Dengan Prinsip-Prinsip Demokrasi Yang Diamalkan, Pindaan Yang Sewajarnya

Dilakukan Melalui Proses Tertentu Diparlemen Apabila Sesuatu Perubahan Diperlukan Untuk Menyesuaikan Dengan Keadaan Dan Masa.

Page 2: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Di malaysia perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perudangan yang tetap tertinggi. Di bandar pula, parlimen di anggap tertinggi kerana tiada undang-undang yang parlimen british tidak boleh buat, ataui pindan atau mansuhkan. Di malaysia kuasa parlimen tidak seperti di england. Parlimen malaysia tidak mempunyai kuasa yang tidak terhad. Ini kerana parlimen malaysia diberi kuasa oleh perlembagaan yang bertulis. Keadaan adalah konsisten atau tekal.

Perlembagaan malaysia memperuntukan kuasa bagi peringkat persekutuan dan peringkat negeri. Bidang kuasa dan tanggungjawab di peringkat persekutuan dan setiap negeri adalah jelas. Di peringkat persekutuan parlimen merupakan badan perundangan yang berkuasa membuat undang-undang (akta) sementara di peringkat negeri dewan undangan negeri berkuasa membuat undang-undang negeri (enekmen), misalnya hal-hal pertahanan dan pendidikan adalah dalambidang kuasa parlimen (persekutuan) sementara sebarang undang-undang mengenai hal-hal tempatan seperti perlesenan penjaja atau mengenai hukum syarak di luar wilayah perkekutuan adalah dalam bidang kuasa dewan undangan negeri(DUN). Perlembagaan juga menyatakan dengan jelas bahawa ada perkara-perkara bersama yang kedua-dua badan parlimen dan DUN boleh membuat undang-undang mengenainya dan ini termaktub dalam jadual 9, senarai bersama.

Kedua-dua badan perundangan ini hanya berkuasa membuat undang-undang, dan undang-undang itu sah sepertimana yang tercatat di dalam peruntukan masing-masing yang telah termaktub dalam perlembagaan itu sendiri. Apa-apa undang-undang yang dibuat diluar bidang kuasanya adalah tidak sah. Ini bermakna apabila DUN atau parlimen menbuat undang-undang atau sebarang tindakan mengenai undang-undang sekirannya tidak mengikut kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan, maka mahkamah berkuasa membuat pertimbangan untuk membatalkan tindakan paelimen atau DUN yang terkeluar daripada batasan kuasanya itu. Inilah yang dikatakan bahawa perlembagaan adalah merupakan sumber perundangan tertinggi negara.

Disini kelihatan mahkamah trtinggi dalam situasi tertentu dalam hal perundangan. Ini bertindak sebagai badan yang mengawal dan menjamin keluhuran perlembagaan. Namun, parlikmen juga berkuasa meminda undang-undang yang dibuat mengikut kuat kuasa yang ditetapkan oleh perlembagaan, sementara perlembagaan amnya tertinggi dari segi memberi kuasa (perundangan) kepada parlimen, Dewan Undangan Negeri atau Mahkamah.

Jelaslah bahawa perlembagaan tertinggi; mahkamah dan parlimen hanya tertinggi dalam keadaan tertentu sahaja seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan di atas ketinggiannya sendiri. Adakah pihak lain yang tertinggi di Malaysia?...... untuk menjawab soalan ini secara langsung, ya ada lagi pihak tertinggi tetapi tidak mengatasi perlembagaan. Lihat kedudukan Yang di-Pertuan Agong, misalnya. Baginda mempunyai kedudukan yang tertinggi seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan bahawa:

1. baginda adalah kepala ulama negara dan menjadi tumpuan taat setia dan kepatuhan setiap wargenegara.

2. Yang di-Pertuan Agong menjadi lambang negara.3. bagindan merupakan komponen parlimen dan ketua pemerintah (eksekutif) negara.4. baginda adalah ketu tertinggi angkatan tentera.5. baginda melantik ketua hakim dan para hakim mahkamah untuk menjalankan pengadilan bagi

pihak baginda dan bagi memutuskan sebarang percanggahan undang-undang.6. semua tindakan rasmi kerajaan dan perjalanan peraturan negara dilakukan di atas nama Yang di-

Pertuan Agong.

Page 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Kenyataan diatas tentang kedudukan Ynag di-Pertuan Agong menjurus kepada kesimpulan bahawa segala tuntutan negara ke atas rakyat supaya bertanggungjawab serta menghormati dan mematuhi undang-undang serta cinta kepada negara dilaungkan oleh kedudukan dan tindakan simbolik Ynag di-Pertuan Agong. Sebaliknya peranan simbolik bagindalah juga melambangkan janji atau tanda perlindungan dan keselamatan yang diberikan kepada rakyat oleh agensi-agensi kerajaan yang berada di bawah neungan baginda.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan yang istimewa dan sebenarnya mewakili segala institusi dan tindakan rasmi kerajaan, perlembagaan juga menetapkan bahawa bagindan adalah seorang raja berperlembagaan. Ini bermaksub bahawa kuasa baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua bagi ketiga-tiga cabang kerajaan (Perundangan, Kehakiman dan pemerintahan) adalah tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Batasan kuasa Yang di-Pertuan Agong ini ternyata jelas dalam lafaz sumpah pertabalan baginda. Baginda tertakluk kepada batasan-batasan yang ditetapkan oleh perlembagaan. Dari segi pentadbiran pula tindakan baginda adalah di atas nasihat Perdana Menteri yang juga berpandukan lunas-lunas dalam perlembagaan. Perlembagaan juga menetapkan bahawa dalam amalan, tangungjawab tiga fungsi Yang di-Pertuan Agong (Kehakiman, perundangan dan pemerintahan) adalah dijalankan oleh badan-badan berasingan yang tertentu seperti mahkamah, suruhanjaya, kabinet dan sebagainya. Ini bagi mengekalkan kebebasan, objectiviti, keneutralan dan kesaksamaan. Kaedah ini dinamakan doktrin pengasingan kuasa. Jelaslah disini Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara mempunyai kedudukan yang istimewa. Autoritinya tinggi dan darjatnya juga tinggi; namun bagi perjalanan fungsinya baginda adalah tertakluk menurut nasihat perdana menteri.semua tindakan rasmi kerajaan dilakukan atas nama baginda. Parlimen dan mahkamah atau kerajaan pula mempunyai sifat ketinggian tetapi ketinggian perlembagaan mengatasi semuanya.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Perlembagaan mengatasi kuasa parlimen, kuasa mahkamah dan kuasa kerajaan. Dalam rukun negara prinsip keluhuran perlembagaan diletakkan di tahap ketiga selepas prinsip tentang tuhan dan prinsip tentang raja dan negara.

Susunan prinsip rukun negara yang memberi taraf berlainan tentang perlembagaan dan nampak berbeza dalam konteks perbicaraan bab ini tidak bererti ada sebarang kontradiksi atau percanggahan.

Page 4: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Dari segi rukun negara perlembagaan adalah wajar diletakkan di tahap ketiga sebagai kuasa yang boleh memandu tingkahlaku rakyat yang harus berpegang kepada ideologi itu.

Perlembagaan adalah sati instrumen atau sumber perundangan yang menjadi peraturan pemerintahan negara merdeka yang demokratik. Termasuk di dalamnya secara bertulis dengan tepat adalah hal-hal kedudukan serta hak dan tanggungjawab semua pihak iaitu daripada peringkat individu hinggalah kepada institusi-institusi besar seperti Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Kehakiman

Menepati tuntutan sebuah masyarakat berbilang kaum, perlembagaan kita mempunyai unsur-unsur yang sesuai untuk memupuk perpaduan. Perkara-perkara itu menjadi teras dalam perlambagaan malaysia. Ciri-ciri utama perlambagaan maaysia adalah;-

1. Malaysia Sebagai Sebuah Persekutuan2. Malaysia Sebagai Negara Raja Berpelembagaan.3. Malaysia Sebagai Negara Yang Mengamalkan Demokrasi Berpalimen4. Kebebasan Beragama Dengan Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia.5. Ketinggian Perlembagaan Dan Kebebasan Undang-Undang.6. Doktrin Pengasingan Kuasa Di Mana Bidang Kehakiman, Perundangan Danpemerintahan

Masing-Masing Bebas Menjalankan Fungsi Yang Berlainan Tanpa Percanggahan Kepentingan.7. Kesahihan Dan Ketelusan Badan Kehakiman Dengan Mempunyai Bidang Kuasa Yang Eksekutif,

Tertakluk Kepada Peruntukan Perlembagaan.8. Bahasa Malaysia, Kewargenegaraan Dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera

Sabah Dan Sarawak.

Perlembagaaan malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara atau artikel dan 13 jadual.

KEUNIKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Jika diteliti dengan baik. Perlembagaan Malaysia meliputi semua aspek perundangan, pemerintahan dan kehakiman, serta mempunyai peruntukan khas untuk pemakaian negara berbilang kaum dan agama. Sememangnya perlembagaan malaysia itu lengkap dan komprehensif sebagaimana dibayangkan oleh kepanjangan dan pembutirannya. Ia bukan sahaja lengkap untuk keperluan sebuah negara yang merdeka, tetapi juga sempurna dengan ciri-ciri istimewa yang menjadikannya unik. Paling unik ialah amalan raja berperlembagaan di bawah Bahagian Persekutuan. Konsep kepala utama negara yang bertaraf seperti ”king” adalah luar biasa. ”king” ini iaitu yang di-pertuan agong dipilih daripada raja-raja melayu secara bergilir bagi tempoh lima tahun. Yang di-pertuan agong,di samping mengisi tiga fungsi adalah juga anggota utama majlis raja-raja. Satu lagi ciri-ciri unik perlembagaan malaysia ialah adanya bab-bab khusus untuk pemakaian negeri-negeri sabah dan serawak

Keistimewaan-keistimewaan ini adalah bagi menyesuaikan dengan keadaan struktur fizikal dan komposisi penduduk hasil perkembangan sejarah. Telitilah ciri-ciri latar belankang yang berikut:

1. Sistem Beraja Yang Sedia Wujud Sejak Berzaman

Page 5: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

2. Kedudukan Negeri-Negeri Yang Lazimnya Masing-Masing Mempunyai Autonomi Dan Kekuatan Sendiri

3. Pembentukan Masyarakat Majmuk Yang Bermula Dengan Pembawakan Masuk Oleh British, Kaum-Kaum Cina Dan India

4. Kemasukan Singapura, Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Malaysia Mempelbagaikan Lagi Komposisi Pendudu Dan Kepentingan Tempatan.

Latar belakang inilah antara lain, yang menjadi asas-asas pertimbangan sewaktu suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan menjalankan tugas menyediakan perlembagaan yang diperlukan iaitu suruhanjaya reid untuk perlembagaan PTM dan suruhanjaya cobbold pula untuk menyediakan satu perlembagaan baru bagi malaysia.bagi suruhanjaya cobbold, penyesuaian yang dibuat untuk kemasukan tiga negeri baru berkenaan, terutamanya ialah untuk menyediakan peruntukan khas bagi pemakaian negeri-negeri itu.dalam bab 8 bahagian VI perlembagaan umpamanya,diletakkan peruntukan bagi negeri-negeri sabah dan sarawak dalam perkara tertentu termasuk soal hubungan antara persekutuan dan negeri.bab XIIA pula merupakan sebuah bab tambahan bagi menetap peruntukan-peruntukan khas tentang perlindungan tambahan bagi sabah dan sarawak.

Perlembagaan malaysia digubal untuk pemakaian oleh masyakat malaysia yang berbilang kaum. Supaya ia menjadi sumber perundangan yang saksama dan praktikal, ia mestilah dapat diterima oleh semua pihak . jesteru, penggubal perlembagaan malaysia dari sejak awal lagi tidak mengetepikan pandangan awam. Banyak pihak mengambil kesempatan memberi pandangan semasa penggubalan dibuat. Wakil-wakil daripada badan-badan rsami dan orang perseorangan telah mengemukakan pandangan dan cadangan. UMNO, MCA dan MIC telah mengadakan satu persidangan bagi menbincangkan draf perlembagaan. Dengan cara begini suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan dapat menghasilkan perlembagaan yang memuaskan semua pihak.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan malaysia tidak beku dan kejal. Ia adalah ”hidup” dan berfungsi setiap masa. Sama seperti perlembagaan bertulis negara lain, perlembagaan malaysia boleh dipinda melalui proses parlimen. (perkara 159 dan 16IE).

Tidak dinafikan bahawa ada pandangan yang merupakan kritikan terhadap pindaan perlembagaan. Golongan itu berpendapat bahawa perlembagaan adalah satu dokumen serius yang amat penting. Jesteru, kata mereka ia tidak perlu diubah atau ditokok tambah kerana semuanya tentulah telah difikirkan masak-masak sewaktu penggubalan dibuat.golongan yang menentang pindaan itu juga mendakwa bahawa perbuatan meminda perlembagaan akan mengurangkan keyakinan dan hormat rakyat terhadap perlembagaan dan seterusnya terhadap pemerintah. Barangkali pendapat ini hanya boleh dipertahankan sekiranya negeri yang berkenaan stabil dan tidak berubah-ubah walaupun dunia luar mengalami pelbagai perubahan. Bagaimanapun, pada hakikatnya tidak ada negeri yang statik tanpa perubahan: tidak ada negeri yang tidak kena pengaruh perubahan dunia luar, tambahan lagi di zaman globalisasi ini. Setiap negeri dewasa ini semakin banyak hubungan dengan dunia luar. Dengan pelbagai perubahan dewasa ini, maka sistem pemerintahan negara sentiasa memerlukan pengubahsuaian. Perlembagaan malaysia memang mempunyai peruntukan pindaan supaya ubah suai itu dibuat secara sah mengikut peruntukan berkenaan.

Amnya sebab dan rasional melakukan perlembagaan adalah:

1. bagi mengekalkan kelicinan urusan pentadbiran negara seperti menstandardkan peraturan hal ehwal tanah di negeri-negeri persekutuan

Page 6: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

2. untuk mengawal ketenteraman negara seperti yang telah berlaku beberapa kali ke atas peraturan tentang akta keselamatan dalam negeri

3. supaya kepentingan rakyat dapat dilindungi sekiranya didapati undang-undang yang sedia ada itu tidak memuaskan.

Ringkasnya perlembagaan itu mestilah praktikal dan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan bagi mengekalkan kestabilan dan ketenteraman negara supaya rakyat terlindung dan selamat di bawah pemerintahan yang licin dan saksama.

KESIMPULAN

Pembinaan perlembagaan malaysia berasaskan perlembagaan PTM memberikannya satu tapak yang kukuh. Langkah itu bukan sahaja dapat memudahkan tugas menggubal tetapi ia juga berjaya menghasilkan satu instrumen pemerintahan yang berwibawa. Di samping itu keterbukaan perlembagaan malaysia dengan memberi ruang untuk pindaan berseta dengan kepekaan dan sikap positif pihak berwajib menjadikan perlembagaan malaysia bersifat malar hijau kerana ia sentiasa berfungsi sepanjang masa menepati objektif dan semangat perlembagaan itu sendiri.

Tidak dinafikan memang ada orang yang kurang memahami kenapa negara yang kecil seperti malaysia memerlukan satu perlambagaan yang begitu panjang dengan pelbagai peruntukan yang didakwa merumitkan. Bagaimanapun kita telah menyorot latar belakang perlembagaan malaysia dan dapat memahami bahawa struktur dan sejarah negara memang memerlukan sebuah perlembagaan yang sedemikian sifatnya.kita telah lihat, umpamanya,kewujudan negeri-negeri yang mantap dengan sistem masing-masing, kedudukan sultan dan yang dipertua negeri, serta kemasukan pelbagai kaum baru, semuanya menjadi warisan dan khazanah yang diterima di saat malaysia sedang dibentukan.khazanah yang berbagai-bagai tentulah memerlukan banyak pula perancangan. Demikianlah keadaan nyadengan negara malaysia kita. Peruntukan yang banyak (183 perkara dan 13 jadual dalam 15 bahagian) adalah pemakaian untuk peruntukan dan negeri. Dengan begitu banyak dimensi, banyaklah pula yang perlu dipelihara supaya semua pihak rasa terjamin dan selamat. Dengan demikian maka tentulah akhirnya perlembagaan yang digubal menjadi panjang.

Setelah kita merdeka lebih 40 tahun lamanya dan malaysia sudah wujud selama lebih 35 tahun, perlembagaan kita masih untuk dan berfungsi penuh. Pernah ditegaskan bahawa ”khakikat perlembagaan malaysia yang besar dan panjang itu telah menjadikannya serba lengkap” dan kerana panjangnya itu dan kerana ia dipinda bila diperlukan maka ia terus terpakai sebagai sumber rujukan sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, apa yang paling mustahak ialah bahawa perlembagaan malaysia sebagai sumber perundangan negara dan panduan pemerintahan, dan pada hakikatnya,adalah untuk kepentingan rakyat. Ia memeberikan rakyat perlindungan dan garis panduan serta hak dan keistimewaan. Sebaliknya rakyat pula

Page 7: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

dituntutsupaya memainkan peranan masing-masing. Sebagai wargenegara, sikap yang bertanggungjawab dan menyumbang adalah amat berguna untuk bersama mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara ini. Prinsip ketiga rukun negara menekankan tentang ”keluhuran perlembagaan” yakni sesuatu yang mulia dan berdarjat tinggi. Ketinggian perlembagaan yang mengatasi ketinggian parlimen, mahkamah dan kerajaan sendiri sesungguhnya melayakkannya disebut luhur. Jesteru, wargenegara yang menikmati keselamatan, keistimewaan, kemewahan dan pelbagai peluang di bawah payungan perlembagaan, wajarnya menghormati semua peraturan negara yang dibuat berpandukan perlembagaan malaysia itu sendiri.

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAHASA.Isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.

Persoalan ini bertambah penting di saat negara berkenaan bebas daripada penjajah. Bagi negara malaysia kita, pertimbangan tentang hal ini timbul lebih 40 tahun yang lalu, iaitu semasa malaysia berada di ambang merdeka. Pemimpin-pemimpin kita memutuskan bahawa malaya yang bakal merdeka mesti mempunyai bahasa rasminya sendiri bagi menggantikan bahasa inggeris yang telah menjadi bahasa pemerintahan semenjak penjajahan british bermula lepas perang dunia ke-2.

Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara disedari penting untuk menyatu padukan rakyat pelbagai asal keturunan, masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Dengan itu pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui negara baru malaya merdeka bersetuju bahawa ”hendaklah di maktubkan dalam perlembagaan satu bahasa kebangsaan”. Bahasa yang dipersetujui menjadi bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu yang kemudian sehingga sekarang dikenali sebagai bahasa malaysia. Akhirnya keputusan ini termerterai sebagai perkara 152 dalam p[erlembagaan malaysia.

Rasional Pemilihan.Kenapa dan bagaimana akhirnya bahasa melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi negara? Sebenarnya keputusan itu tidak susah di capai. Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin daripada sekalian bangsa telah membincangkan isu ini dengan mendalam. Kesesuaian bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan mudah dipersetujui oleh semua pihak atas rasional berikut :

1. Bahasa melayu telah menjadi bahasa perantaraan ( lingua franca) di rantau ini sejak berabad-

abad lamanya. Penggunaanya meluas pada zaman kegemilangan melaka. Pada masa itu pedagang dan saudagar dari berbagai-bagai negeri menggunakan bahasa melayu dalam urusan perniagaan mereka.

2. Bahasa melayu, berbanding dengan bahasa-bahasa lain di negeri ini amat mudah dipelajari. Menjelang merdeka, bahasa melayu memang sudah luas penggunaannya di kalangan kaum-kaum yang ada. Di samping itu, penutur asli bahasa melayu jauh lebih banyak daripada penutur sebarang bahasa lain ketika itu.

3. Bahasa melayu bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan di seluruh negara. Istilah yang di pakai di semua negeri sebahagian besarnya adalah sama, hanya sekadar sebutannya sahaja agak berbeza bagisesetengah perkataan di sebuah atau dua buah negeri. Sebaliknya bagi

Page 8: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

bahasa lain, misalnya bahasa cina terdapat begitu bayak dialek yang sangat berbeza sehinggan suku kaum cina yang berlainan lebih mudah bertutur sesama mereka dalam bahasa melayu.

4. Bahasa melayu menggunakan aksara (tulisan) rumi selain tulisan jawi. Tulisan rumi memang sudah di pakai secara meluas oleh semua kaum melalui penggunaan bahasa inggeris.

5. Struktur bahasa melayu mempunyai sifat fonem yang jelas iaitu bunyi suku kata yang mudah dieja dengan prinsip yang tetap dan tekal.

Sifat-sifat yang dinyatakan di atas menjadikan bahasa melayu mudah diterima sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Amnya, rakyat berketurunan bukan melayu menerima keputusan ini tanpa sebarang masalah sejal ia mula di usulkan. Maka bahasa melayu yang sedia meluas penggunaannya berbanding bahasa-bahasa tempatan yang lain pada masa itu semakin popular pemakaiannya. Keputusan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak membimbangkan kaum lain kerana penggunaan bahsa ibunda masing-masing tidak di sekat.

Pada hari ini dan semenjak beberapa tahun selepas merdeka, pengguna/penutur bahasa kebangsaan kita mungkin sudah membuat penilaian bahawa setelah sekian lama keputusan itu termaktub dalam perlembagaan, sebenarnya tiada sebarang masalah besar dialami oleh mana-mana pihak. Anehnya pihak yang bimbang akhirnya beruntung ; pihak yang berbangga hanya akan dapat terus berbangga. Maksudnya, orang melayu yang megah bahasanya menjadi bahasa kebangsaan terus berpuas hati bahawa jati diri nasional berteraskan bahasa ibundanya. Kaum-kaum lain seperti cina, india, kadazan, iban dan yang lain, yang dahulunya bimbang penggunaan bahasa melayu akan melemahkan warisan budaya mereka, sebenarnya beruntung kerana kini mereka mempunyai kemahiran bahasa melayu di samping bahasa ibundanya sendiri.

Peruntukan Perlembagaan.Dalam perlembagaan malaysia peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dimaktubkan dalam perkara 152 bahagian XII. Perkara tersebut menegaskan bahawa:

1. bahasa kebangsaan yang ditetapkan ialah bahasa melayu.2. tiada sesiapa akan dihalang atau disekat daripada menggunakan atau mengajar atau mengajar

atau belajr sebarang bahasa lain.3. kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa sebarang komuniti lain

dalam persekutuan.

Bagaimanapun peruntukan itu menyatakan Bahasa Inggeris akan terus digunakan buat sementara termasuk dalam parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Demikian juga penggunaan Bahasa Inggeris dibolehkan untuk tujuan rang undang-undang, akta Parlimen dan juga pemakaian mahkamah adalah diteruskan untuk 10 tahun selepas merdeka atau sebagaimana diputuskan oleh parlimen.

Butiran peruntukan yang dipetik ini jelas menunjukkan kewajaran keputusan itu. Ternyatalah bahawa kompromi antara pihak-pihak terbabit pun ada, kemunasabahan perlaksanaan pun ada. Pendekatan ini menyebabkan perlaksanaan dapat dilihat dari beberapa segi. Pertama, disamping memberi keutamaan kepada Bahasa Kebangsaan demi indetiti dan perpaduan, penggunaan dan perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Kedua secara berpatutan, tempoh sekurang-kurangnya sepuluh tahun ditetapkan sebelum bahasa inggeris digantikan dengan bahasa melayu dalam urusan rasmi kerajaan. Ini termasuk urusan undang-undang. (pada tahuin 1967 peruntukan tempoh pelaksanaan -10 tahun- itu telah digugurkan melalui akta bahasa kebangsaan 1967. bagaimanapun ia tidak dipakai bagi sabah dan sarawak. Namun beberapa kenyataan memberi pertimbangan tertakluk kelulusan Yang di-Pertuan Agong telah dimasukkan ke dalam pindaan itu). Ketiga, artikel itu tidak menyentuh hak kerajaan pusat atau kerajaan negeri untuk memelihara bahasa mana-mana kaum malaysia.

Kewajaran itu masih tidak menjamin isu bahasa ini tidak diungkit oleh mana-mana pihak. Jesteru, satu akta (pindaan) perlembagaan (1967) telah diperuntukan bahawa segala taraf bahasa melayu sebagai

Page 9: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

bahasa kebangsaan dan hak serta syarat yang termaktub dalam perkara 152 itu tidak boleh dipersoalkan lagi. Sesiapa yang mengungkitnya boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah akta hasutan 1948 (darurat). Aplikasi perintah ini meliputi semua orang termasuk ahli-ahli badan perundangan. Apa yang boleh dipersoalkan ialah tentang perlaksanaan perkara 152 itu. Pindaan 1971 juga memperuntukan bahawa perkara 152 tidak boleh dipinda tanpa mendapat keizinan Majlis Raja-Raja.

Perkembangan Bahasa Kebangsaan.Usaha meningkatkan penggunaan bahasa melayu di kalangan rakyat pelbagai keturunan

dimulakan tidak lama selepas merdeka. Pelbagai pihak seperti kementerian pelajaran dan agensi seperti dewan bahasa dan pustaka menganjurkan majlis berkaitan untuk mempopularkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Minggu bahasa kebangsaan dan kemudiannya bulan bahasa kebangsaan serta kelas-kelas bahasa khusus untuk orang bukan-melayu merupakan usaha-usaha serius meningkatkan penggunaan bahasa melayu dalam tahun-tahun 60-an.

Secara formal dan lebih teratur serta dalam jangka panjang, dasar pelajaran tun razak (1957) telah lebih awal meletakkan bahasa sebagai teras perpaduan yang menjadi objektif pelajaran dalam malaya merdeka digiatkan.

Kita patut menyedari bahawa usaha melaksanakan rancangan bahasa kebangsaan melibatkan langkah-langkah besar yang diambil oleh kerajaan di antara pelbagai langkah dan tahap penting dalam usaha membangunkan dan memajukan bahasa kebangsaan semenjak merdeka adalah:

1. akta pelajaran 1971 menegaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi.

2. ”perancangan korpus” (bahagian utama) iaitu penyediaan dan pemantapan ejaan, peristilahan, perkamusan dan tatabahasa.

3. kongres Bahasa Persatuan Melayu, satu forum yang merumuskan resolusi penubuhan sebuah pusat pembangunan bahasa: ekoranya lahirlah Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain mengusahakan pertenjemahan dan menambah istilah melalui jawatan kuasa istilah, dewan bahasa mengambil inisiatif membentuk majlis bahasa malaysia- indonesia-brunei untuk menstandard dan memperkayakan bahasa melayu.

4. akta (pindaan) perlembagaan ( no.2), 1971 menegaskan bahawa kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dan kedudukan bahasa-bahasa lain tidak boleh dipersoalkan lagi.

5. selepas tragedi 13 mei 1969i, peneguhan usaha perpaduan melalui bahasa kebangsaan, menegaskan bahawa bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar utama sepenuhnya diperingkat pelajaran menengah pada tahun 1982 ( di sarawak dan sabah pada tahun1990).

6. pada tahun 1974, jawatankuasa khas kabinet setelah menilai perlaksanaan dasar bahasa, mengeluarkan laporan kabinet pada tahun 1980 dengan satu penegasan semula tentang bahasa melayu sebagai alat penyatuan dan perpaduan rakyat berbilag kaum di malaysia.

Demikianlah di antara langkah-langkah penting yang telah di ambil untuk meningkatkan taraf serta penggunaan bahasa kebangsaan malaysia. Kesan daripada tindakan-tindakan ini keyakinan terhadap bahasa kebangsaan kian meningkat, bukan sahaja tentang tarafnya tetapi juga sebagai alat menyatupadukan rakyat. Pemerhati dan pejuang bahasa menyatakan bahawa berikutan Akta bahasa kebangsaan 1967 bahasa kebangasaan mula digunakan secara rasmi dengan meluas terutama di semenanjung malaysia. Ini termasuk dalam surat menyurat rasmi kerajaan dan dalam hal perundangan. Seterusnya bahasa kebangsaan mula di pakai di universiti. Semenjak itulah taraf bahasa kebangsaan mula berada di tahap yang setanding dengan bahasa-bahasa lain.

Status Masa Kini.Setelah hampir setengah abad bahasa melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, peranannya

seperti yang dihasratkan melalui perkara 152 perlembagaa, kini sudah tercapai. Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi di segenap peringkat sudah terlaksana pada peringkat yang

Page 10: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

menyakinkan. Ini termasuk penggunaan di parlimen dan mahkamah. Di universiti, bahasa melayu sudah menjadi bahasa pengantar hingga pada tahap 70 hingga 80 peratus pengajaran semenjak beberapa tahun yang lalu. Bagaimanapun perkembangan tahun-tahun 90-an menampakkan sikap terbuka kerajaan dan rakyat terhadap penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa melayu dalam urusan-urusan rasmi dan sebagai bahasa pengantar ilmu di universiti-universiti kini lebih fleksibel. Keanjalan sikap ini lebih merupakan keprihatinan tentang keberkesanan komunikasi daripada apa-apa sebab lain. Dalam kes perbicaraan bekastimbalan perdana menteri pada akhir tahun 1998, penggunaan bahasa inggeris di benarkan di samping penggunaan bahasa melayu diteruskan.

Walaupun bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan masih belum seratus peratus digunakan di semua peringkatdan arena rasmi, namun kewibawaannya sudah terbukti. Kita sudah berada jauh ke depan dari titik permulaannya empat dekad yang lalu. Kita masih menapak maju bukan sahaja dari segi perkembagan dan penggunaannya dalam negara, tetapi bahasa kita semakin di kenali di negeri asing termasuk England dan negeri china sudah mula menawarkan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa moden yang boleh dipelajari secara rasmi oleh pelajar.

AGAMA.

Hal agama diperuntukan dalam bahagian 1, bab 3 perlembagaan Malaysia. Perlembagaan menjelaskan bahwa:

1. islam adalah agama rasmi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh dianuti dengan aman dan harmonis di mana-mana bahagian persekutuan (per. 1)

2. di negeri yang ada sultan/ raja sebagai ketua negeri, sultan/ raja adalah ketua agama islam negeri berkenaan(Per. 2)

3. bagi negeri-negeri tanpa sultan ( sabah, sarawak, melaka dan pulau pinang ) dari wilayah-wilayah Persekutuan (kualan lumpur, labuan dan putrajaya) ketua agama islam ialah Yang di Pertuan Agong. (Per. 3)

agama islam telah bertapak di negara ini lebih 400 tahun lamanya iaitu sebelum lagi melaka ditakluki oleh portugis pada tahun 1511. inggeris yang lama menjajah sehingga kita merdeka, tidak menganggu hal-hal agama. Oleh itu tidaklah menghairankan semasa perlembagaan Malaysia disediakan soal agaam telah diberi perhatian oleh Suruhanjaya Reid yang ditugaskan menggubal Perlembagaan Malaysia. Jadi mengikut Perkara 3(1) agama islam adalah agama rasmi Persekutuan. Pada masa yang sama kebebasan menganuti agama-agama lain oleh penganut-penganutnya adalah dijamin.

Page 11: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Kebebasan beragama juga dijelaskan di bawah bahagian II: kebebasan Asasi iaitu pada Perkara 11. peruntukan itu menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai hak menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri. Setiap orang juga dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia daripada di paksa membayar apa-apa culai keagamaan melainkan untuk faedah agamanya sendiri.

Kepentingan Agama.

Kepercayaan keagamaan adalah satu perkara yang paling asas dalam hidup menyentuh hakikat kehadiran individu itu sendiri dalam alam ini bersama sekalian mahkluk yang semuanya adalah ciptaan Tuhan. Dengan memahami kebesaran Tuhan manusia menyedari kelemahan dirinya. Bertitik tolak dari situ seseorang itu menghormati dan mengakuri ajaran agamanya. Semua agama mengajar kebaikan dan

melarang kejahatan. Jesteru, setiap insan mestilah ada konviksi atau kepercayaan keaagamaan.

Agama islam telah bertapak di negara ini lebih 400 tahun lamanya iaitu sebelum lagi melaka ditakluki oleh portugis pada tahun 1511. inggeris yang lama menjajah sehingga kita merdeka, tidak mengganggu hal-hal agama. Oleh itu tidaklah menghairankan semasa perlembagaan malaysia disediakan soalagama telah diberi perhatian oleh Suruhanjaya Reid yang ditugaskan menggubal perlembagaan malaysia. Jadi mengikut perkara 3(1) agama islam adalah agama rasmi persekutuan, pada masa yang sama kebebasan menganuti agama-agama lain oleh penganut-penganutnya adalah dijamin.

Pentingnya peranan agama dalam memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan rakyat bertanggungjawab dan bermoral tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun pemupukan nilai keagamaan di kalangan anggota masyarakat plural malaysia sentiasa mencabar. Walaupun toleransi keagamaan berada di tahap yang baik, namun kepelbagaian cara hidup dan kemewahan serta keriangan hidup di kota seringkali menampilkan menampilkan nilai-nilai yang berbeza . dalam konteks inilah pentingnya konviksi keagamaan dan persefahaman di kalangan penganut berlainan agama menjadi paling penting. Bagi menjamin keseimbangan nilai dan pemupukan sikap yang sihat, khususnya dalam konteks agama, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tertentu termasuk:

1. rukunnegara : prinsip pertama rukunegara ialah ” kepercayaan kepada Tuhan”. Di sini jelaslah bahawa bukan sahaja aspek keagamaan dijadikan prinsip pertama, tetapi ungkapannya menegaskan secara langsung tentang percayakan Tuhan. Tidak kira apa agama yang di anuti oelh seseorang rakyat Malaysia, ideologi nasional kita menekankan pentingnya mempunyai pegangan keagamaan.

2. kurikulum : mata pelajaran agama islam di ajar secara rasmi di setiap peringkat persekolahan. Bagi agama-agama lain kemudahan sewajarnya juga disediakan. Misalnya pihak sekolah boleh mengadakan guru untuk pelajar agama lain jika memenuhi syarat tertuntu. Bagaimanapun asuhan nilai-nilai murni berunsurkan akhlak dan keagamaan disalurkan kepada murid-murid bukan islam melalui mata pelajaran moral.

3. kemudahan beribadah : rumah-rumah ibadah setiap agama didirikan di serata negara. Bantuan kewangan dan sokongan lain seperti tapak bangunan boleh diperolihi daripada kerajaan.

4. sokongan semasa ritual : ritual-ritual atau upacara amal keagamaan bagi semua agama di malaysia dalam semua aspek sentiasa mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti polis. Ini paling jelas dari segi bantuan menjaga keselamatan dan ketenteraman tatkala diadakan perayaan keagamaan seperti majlis perayaan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. perayaan Thaipusam hari Gawai dan perayaan hari Chap Goh Meh.

Sesungguhnya kepercayaan keagamaan paling pokok dalam memupuk [peribadi individu dan untuk memandu hidupnya. Peruntukan Perlembagaan yang memberi perhatian seimbang kepada semua agama serta sokongan saksama yang diberi oleh pihak berkuasa dapat ,menjamin keyakinan rakyat untuk

Page 12: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

mengamalkan kepercayaan keagamaan masing-masing dalam keadaan selamat. Hal ini sekaligus mendorong peningkatan tolenrasi keagamaan supaya perpaduan dan muhibah tidak tergugat.

KEWARGANEGARAAN.Kewargenegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam

sesebuah negara. Kedudukan ini memberikan hak, faedah dan kemudahan tertentu. Pengisian status ini juga sekaligus menuntut tanggungjawab tertentu pula,. Antara keistimewaan yang diperolihi oleh seseorang wargenegara adalah:

1. berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya.

2. layak mengambil bahagian aktif dalam politik termasuk bertanding merebut kerusi pilihan raya. Oleh itu hak ini membolehkannya mendapat kedudukan politik termasuk menjadi menteri.

3. layak mengisi jawatan eksekutif yang dikhaskan untuk wargenegara sahaja.

4. bebas memiliki hartanah serta layak dipertimbangkan untuk keistimewaan keistimewaan yang berhubung dengan pembangunan harta.

5. berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan dan negerinya teramasuk faedah kebajikan, pelajaran dan sebagainya.

6. bebas bergerak dalam seluruh negeri.

7. tidak boleh dibuang negeri.

Timbal balas terhadap perlindungan dan keistimewaan ini seseorang wargenegara hendaklah mengisi tanggungjawab dan memainkan perananyan dalam negerinya. Di antara tuntutan terhadapnya adalah :

1. memberi perkhidmatan negara termasuk menjadi tentera jika dikehendaki.

2. mematuhi undang-undang dan membantu dalam perjalanan sistem sistem dalam negaranya.

3. menyumbang kepada produktiviti negara dalam apa sahaja bidang yang diceburinya ( stp rakyat, tidak kira apa peranannya dalam ekonomi negara adalah penting bagi kemajuan negara dan kesejahteraan masyrakat )

4. menyertai dan sebolehnya, menyokong program dan acara nasional seperti sambutan Hari Kebangsaan.

Page 13: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Undang2 kewargenegaraan ini sangat berguna untuk menentukan status dan hak seseorang di dalam negeri tempat seseorang tinggal. Semua negara mengamalkannya dan ada undang-undang antarabangsa mengawal selia perkara ini. Undang-undang kewargenegaraan mengiktiraf perbezaan layanan di antara wargenegara dan bukan wargenegara yang ditetapkan oleh peraturan rasmi negara berkenaan. Ini membolehkan kerajaan memberi apa sahaja keistimewaan kepada wargenegaranya, asalkan hak asasi orang bukan wargenegara terpelihara dan tidak ada di antara amalan itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Undang-undangg kewargenegaraan sebenar mula dibentuk bagi negara kita ini pada tahun 1948. sebelum itu tiada undang2 sedemikian. Pihak British yang memerintah dewasa itu mengamalkan ’dasar pintu terbuka’ supaya orang asing masuk dengan bebas. Undang2 kerakyatan 1948 terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1952, undang2 itu telah dibaiki. Pada masa itu semua negeri di tanah melayu meluluskan undang2 mementukan siapa rakyat Raja bagi negeri masing2. siapa menjadi rakyat Raja negeri menjadi wargenegara Persekutuan Tanah Melayu. Demikian juga dengan kaum2 lain. Berdasarkan tempoh bermastautin, mereka diberi terus status kewargenegaraan.

Selepas Merdeka Perlembagaan Persekutuan ( perkara 14 hingga perkara 31 ) membutirkan peraturan kewargenegaraan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu undang2 Perlembagaan 1948 terbatal, tetapi sesiapa yang telah menjadi wargenegaraan mengikut perjanjian 1948, terus menjadi wargenegaraan Persekutuan

Cara Mendapatkan Kewargenegaraan.

Ada 4 penentu yang membolehkan seseorang mendapatkan taraf kewargenegaraan di Malaysia, iaitu berdasarkan faktor2 : (1) Jus Soli ; (2)Jus Sanguinis ; (3) Perkahwinan ; dan (4) Naturalisasi.

(1) Jus Soli.

Ini berdasarkan undang2 tempat lahir. Bagi orang yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka ( 31 ogos 1957 ) dan oktober 1962, dia secara automatik mendapat taraf wargenegara, tidak menghiraukan kewargenegaraan bapanya atau ibunya. Bagi seseorang yang lahir selepas 1962, dia boleh menjadi wargenegara sekiranya salah satu daripada syarat di bawah ini dipenuhi.

Ibu atau bapanya wargenegara ketika dia lahir ; atau

Ketika kelahirannya, ibu atau bapanya telah tinggal kekal bermastautin di negeri ini ; atau

Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewargenegaraan mana-mana negeri.

(2) Jus Sanguinis.

Konsep ini merujuk kepada undang2 mengikut keturunan darah. Faktor jus sanguinis menekankan kedudukan kewargenegaraan bapa seseorang yang dilahirkan. Jika bapa seseorang yang dilahirkan itu adalah wargenegara persekutuan, dia juga menjadi wargenegara, tidak kira jika dia dilahirkan di luar negeri, dia hanya mewarisi taraf kewargenegaraan bapanya jika ;

bapanya sendiri diperanakkan di Malaysia; atau

bapanya memeang jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau Negeri; atau

kelahirannya didaftarkan di pejabat Konsol Malaysia ataupun dengan kerajaan Malaysia dalam tempoh setahun selepas dia dilahirkan.

Page 14: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

(3) Perkahwinan.

Faktor perkahwinan beroperasi dari segi memberikan hak kepada seseorang wanita asing yang berkahwin dengan seorang wargenegara Malaysia untuk memohon menjadi wargenegara. Dengan itu wargenegaranya diberikan melalui pendaftaran. Syarat yang mesti dipenuhi :

si suami telahpun menjadi wargenegara pada bulan oktober 1962. atau sebelumnya, dan perkahwinan itu masih kekal; atau

wanita asing itu telah menetap dalam Persekutuan selama dua tahun sebelum permohonan itu dibuat dan berniat hendak kekal bermastautin dalam Persekutuan dalam Persekutuan dan berkelakuan baik.

Kewargenegaraan melalui kaedah pendaftaran ini juga diberi kepada orang lain selain daripada wanita yang berkahwin dengan seorang wargenegara Malaysia. Walau bagaimanapun ada beberapa syarat lagi yang mesti dipenuhi terlebih dahulu. Di antara syarat itu ialah kewargenegaraan ibu bapanya, kemastautinan, pengetahuan Bahasa Melayu asas, berminat untuk tinggal kekal dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia.

(4) Naturalisasi.

Perkara 19 perlembagaan Malaysia memperuntukan peluang menjadi wargenegara Malaysia kepada permastautin yang tidak lahir di persekutuan. Pemohon hendaklah memenuhi syarat2 berikut :

Berumur 21 tahun atau lebih, dan

Telah bermastautin di persekutuan tidak kurang 10 tahun dalam tempoh 12 tahun terdahulu dari dan hingga tarikh memohon, dan

Berniat hendak kekal bermastautin dalam negeri ini,

Dab berkelakuan baik, serta

Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang cukup.

Tiap2 orang yang memohon hendaklah mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. Dari keterangan di atas jelaslah bahawa status kewargenegaraan itu bukan sesuatu yang diperolihi secara outomatis, tidakpun semestinya satu warisan daripada bapa yang wargenegara. Bagaimanapun Perlembagaan memberi peruntukan yang membolehkan seseorang pemastautin memohon untuk pertimbangan menjadi wargenegara Malaysia dengan memenuhi syarat2 tertentu. Termasuk di dalam syarat2 itu ialah kebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan bersumpah akan taat setia kepada negara ini. Syarat ini adalah bagi menjamin orang itu menjadi rakyat dan warganegara yang bertanggungjawab dan menyumbang seperti yang dituntut oleh Rukunegara.

Kehilangan Taraf Kewarganegara.

Page 15: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Seseorang yang menjadi warganegara boleh hilang kewarganegara dengan dua cara. Pertama dia sendiri menolak kewarganeraannya kerana sebab2nya sendiri. Kedua, dia telah menyalahi undang2 dan membuat tindakan dilarang iaitu, salah satu daripada yang berikut :

1. Dia Menjadi Warganegara Satu Negeri Asing.

2. Dia Menggunakan Segala Hak Dan Kemudahan Dalam Negeri Lain, Sedangkan Hak2 Itu Diberikan Kpd Warganegara Negeri Itu Sahaja, Misalnya Dia Menyertai Pilihan Raya Negeri Asing @ Memiliki Passport Negeri Asing.

3. Seorang Wanita Menjadi Warganegara Negeri Asing Melalui Perkahwinan Denganm Lelaki Negeri Berkenaan.

4. Bertindak Negatif Yang Menunjukkan Dia Tidak Lagi Taat Kpd Negara Malaysia.

5. Berniaga / Berhubung Dengan Negeri Musuh.

6. Dihukum Di Mana2 Negeri Dalam Tempoh 5 Tahun Setelah Dia Menjadi Warganegara Persekutuan, Dengan Hukuman Penjara Tidak Kurang 12 Bulan Atau Didenda Tidak Kurang Rm 5,000.00.

7. Memberi Khidmat Kepada Negeri Lain Tanpa Kebenaran.

8. Tinggal Menetap Di Negeri Asing Selama 5 Tahun Berturut2 Kecuali Untuk Berkidmat Dengan Atau Bagi Kerajaan Malaysia.

9. Disedari Kewarganegaraannya Telah Diperoleh Dengan Penipuan.

10. Wanita Asing Yang Mendapat Taraf Kewarganegaraan Melalui Perkahwinan, Telah Bercerai Dengan Suaminya, Kecuali Dia Bercerai Mati.

Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa kewarganegaraan itu satu taraf yang istimewa ; dan tidak pula kebal daripada sebarang tindakan perlucutan. Tidak kira sama ada status kewarganegaraan itu diperolihi secara automatis seperti warisan atau melalui permohonan, ia boleh ditarik balik atau dibatalkan di atas kesalahan tertentu. Jesteru setiap warganegara haruslah menghargai status kewarganegaraannya dan memeliharanya dengan baik.

HAK ASASI.Semenjak tamadun manusi bermula meskipun di peringkat paling rendah, masyarakat manusia

tetap mempunyai sistem pemerintahannya tersendiri. Tentulah bentuk sistem pemerintahan itu berbeza2 mengikut tahap tamadun masyarakat itu. Lagi moden masyarakat itu lagi canggih sistem pemerintahannya. Kelangsungan sistem pemerintahan itu berlaku kerana ada bentuk hubungan timbal

Page 16: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

balas dan saling mengharapkan di antara pihak memerintah dan oleh ideologi dan corak kerajaan yang berkuasa.

Bagi menjamin sistem pemerintahan / pentadbiran dengan licin, pihak pemerintahan perlu mengadakan undang2 serta melaksanakannya dengan berkesan. Pelaksanaan pemerintahan melibatkan soal kuasa, kerah dan kawal. Bagi menjamin tindakan ” Tiga K” ini berjalan berterusan dengan saksama dan berkesan, mekanisma tertentu perlu diitergrasikan. Ini dilakukan dengan mengadakan peraturan tertentu bagi memandu sistem Tiga K itu supaya tiada kemungkinan kuasa itu disalahgunakan atau terlalu kuat sehingga menyekat kebebasan dan hak asasi rakyat.

Masalah Imbangan Kuasa.

Dalam menetukan perkongsian ( pembahagian ) kuasa di antara kerajaan dan rakyat persoalan besarnya ialah : berapa banyak kuasa patut diberi kepada pihak pemerintahan. Kalau kita timbangkan tanggungjawab kerajaan yang begitu berat, tentulah kita bersetuju bahawa jika kuasa pada kerajaan terlalu kecil, susahlah kerajaan hendak mentadbir. Sebaliknya jika kuasa kerajaan terlalu besar, maka kebebasan rakyat akan terhalang. Ini kerana keadaan demikian boleh menyebabkan timbulnya kerajaan yang zalim atau diktator. Jesteru, rakyat perlu dilindungi oleh peraturan pemerintahan itu sendiri. Rakyat mesti diberikan jaminan kebebasan yang asas yang dengannya rakyat tidak teraniaya dan tidak terhalang daripada hak2 yang asas. Ini bukan sahaja dan segi perlindungan daripada kekerasan tetapi juga bagi menjamin hak individu dalam soal pergerakan, pertuturan ( bersuara ) dan pemikiran harta, ataupun memilih agama ( pada tahap umur yang dibenarkan oleh undang2 ).

Sebaliknya, dipihak rakyat pula, sudah sewajarnya mereka patuh kepada peraturan dalam sistem pemerintahan itu. Sebagai rakyat yang mendapat perlundungan dan kemudahan daripada pihak kerajaan, seseorang itu hendaklah memainkan peranannya baik dari segi ekonomi mahupun politik, keagamaan atau sosial.

Peruntukan hak asasi di malaysia terkumpul secara bertulis ( dalam perlembagaan bertulis ) ia menjamin keseimbangan atau kewajaran kadar kuasa kerajaan berbanding kadar kebebasan asasi rakyat. Jaminan ini dipastikan oleh Perlembagaan yang menggariskan kuasa dan perlaksanaan oleh pihak tertentu. Ungkapan berikut menyimpal hakikat tersebut:

” tiap2 orang bebas bercakap, membuat perjumpaan dan menubuhkan persatuan, tetapi kebebasan ini boleh disekat oleh Parlimen jika difikirkan mustahak untuk keselamatan negeri atau keamanan dan keelokkan akhlak awam ” M Salleh Abas (1988;52 )

PENYEBARAN ISLAM DI MALAYSIA.Islam bertapak di malaysia dengan kedudukan yang kukuh apabila raja melaka yang pertama

<Parameswara> menganut agama islam seterusnya berkahwin dengan dengan puteri islam pada tahun 1414.

Dimasa pemerintahan Sultan Mansor Shah <1456 – 1477>, Agama Islam mula bertapak kuat di melaka dan kemudiannya menjadi pusat kerajaan melayu islam yang terbesar di tenggara asia dan pusat penyebaran agama islam yang terpenting di bahagian dunia sebelah sini.

Dikurun masihi yang ke 16 orang-orang eropah kristian telah membuat serangan secara besar-besaran terhadap negara-negara islam. Mereka melakukan peperangan dengan tujuan ekonomi, politik dan agama. Mereka mengambil kesempatan ini ketika umat islam berpecah sesema mereka sebagai

Page 17: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

menutut bela kekalahan mereka di dalam peperangan salib yang terpanjang antara mereka dengan kerajaan islam diasia tenggara. Lebih-lebih lagi beberapa tahun sebelum itu<1453 masihi> kerajaan islam turki osmaniah dapat menakluksi kota konstantinopal, iaitu sebuah kota kristian terpenting di asia.

Kerana faktor-faktor itulah maka pada bulan Ogos 1511 Kota Melaka yang menjadi pusat penyembaran islam di tenggara asia ini jatuh ketangan Penjajah Portugis yang terkenal sebagai penjajah yang Orthodoq dan sangat Konservatif . sebelum ini tentera portugis telah berjaya memerangi orang-orang islam yang berada di beberapa bahagian di india dan berjaya menakluki pulau goa pada bulan november, 1510. dari pulau ini mereka menjadikan pusat penyerangan mereka terhadap melaka.

Pada awal tahun 1641, penjajah belanda berjaya mengusir orang-orang portugis di melaka. Mereka kemudiannya memperluaskan kekuasaannya ke pulau-pulau yang kini dikenali sebagai Indonesia. Setelah itu berlaku pula persaingan dengan ingeris. Persaingan ini berakhir dalam tahun 1824 apabila melaka diserahkan kepada Inggeris dan Kepulauan Indonesia diberi pada belanda. Selepas itu inggeris mendapat menakluki seluruh semenanjung tanah melayu.

Dalam peperangan dunia yang kedua<1942-1945> jepun telah dapat mengusir penjajah inggeris. Tetapi apabila jepun dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu, Inggeris datang lagi ke semenanjung tanah melayu.

Oleh kerana negara melaysia ini adalah sebuah negara yang begitu lama dijajah oleh kuasa-kuasa barat maka sedikit sebanyak ia telah menjejaskan perkembangan islam di kawasan ini. Kesan yang pertama ialah agama islam sudah tidak berkembang lagi dan kesan yang kedua pula orang-orang islam menjadi lemah dalam serba bidang kehidupan.

Orang orang melayu/ islam sepanjang penjajahan tersebut tidak banyak memberi kerjasama dengan penjajah, kerana penjajah anti islam. Penjajah memperkenalkan agama kristian di negara ini tetapi ia tidak diterima oleh orang-orang melayu. Namun dengan demikian ia telah dapat menarik minat orang-orang cina dan India yang mereka bawa kesini.

Penjajah juga bersifat merapas kegiatan ekonomi orang-orang melayu dan membawa masuk ramai buruh dari negeri cina dan india untuk melakukan monopoli dan eksploitasi ekonomi melayu. Dibandar-bandar dimana bilangan orang islam tidak ramai di dirikan sekolah dan gendol perniagaan. Pembangunan yang seumpama ini banyak memberi faedah kepada orang cina dan india semata-mata dan tidak banyak memberi faedah kepada orang islam.

Dibawah pemerintahan penjajahan agama kristian mula bertapak dan mendapat perlindungan dengan keistimewaan tertentu sehingga tertubuhnya gereja-gereja, sekolah misionari dan lembaga-lembaga kristian yang lain.

Kaum penjajah telah meresapkan fahaman kristian kepada orang-orang bukan melayu dan orang-orang asli. Orang-orang bukan melayu memberi sambutan yang hangat dengan alasan ”beragama kristian bererti termasuk golongan Superior dan Elite”, sedangkan orang-orang melayu<islam> adalah golongan yang dijajah dan ”inferior” kerana dijajah. Demikian nilai pemeluk islam pada masa penjajahan.

Untungnya pada masa tanah melayu mulai dijajah, raja-raja dan keseluruhan rakyat melayu telah memeluk dan bersebadi denga Agama Islam. Tetapi penjajah telah berjaya meninggalkan kesan yang pedih sekali. Mereka telah berjaya sekurang-kurangnya 2 perkara penting, pertama melemahkan pengaruh islam di tanah melayu dan kedua memundurkan kehidupan umat islam.

Page 18: KELUHURAN PERLEMBAGAAN