perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dilihat dapat menjadi sandaran yang...

3
Perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dilihat dapat menjadi sandaran yang boleh membangunkan masyarakat keseluruhannya. Kepelbagaian teknologi komunikasi yang wujud pada hari ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk manfaat bersama. Meneliti penggunaan teknologi komunikasi mengikut konteks, sejauhmanakah teknologi komunikasi yang ada pada masa kini telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk kelestarian perpaduan, keagamaan dan kebudayaan. Dari aspek perpaduan, teknologi komunikasi telah menerapkan dan memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat melalui siaran rancangan yang berkonsepkan muhibah seperti rancangan RTM iaitu Salam Pantai Timur yang menggabungkan semua jenis kaum malah kandungan hiburan yang sentiasa mengupas isu semasa yang berlaku di Malaysia. Selain itu, iklan juga turut berperanan dalam memupuk semangat perpaduan seperti Iklan PETRONAS sempena perayaan, Hari Merdeka dan sebagainya. Iklan ini banyak memberi nilai positif kepada masyarakat kerana kandungan iklan dan mesej yang ingin disampaikan sangat mendalam untuk difahami. Namun begitu, teknologi komunikasi juga turut memberi impak negatif kepada masyarakat seperti internet digunakan secara bebas dalam menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, hak keistimewaan orang Melayu, adat resam, agama dan sebagainya untuk diperdebatkan secara serius. Keadaan ini boleh menjejaskan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia yang terbina berkurun lama dahulu. Dari aspek keagamaan pula teknologi komunikasi menjadi satu platform atau saluran untuk menyalurkan maklumat tentang aPerkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dilihat dapat menjadi sandaran yang boleh membangunkan masyarakat keseluruhannya. Kepelbagaian teknologi komunikasi yang wujud pada hari ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk manfaat bersama. Meneliti penggunaan teknologi komunikasi mengikut konteks, sejauhmanakah teknologi komunikasi yang ada pada masa kini telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk kelestarian perpaduan, keagamaan dan kebudayaan. Dari aspek perpaduan, teknologi komunikasi telah menerapkan dan memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat melalui siaran rancangan yang berkonsepkan muhibah seperti rancangan RTM iaitu Salam Pantai Timur yang menggabungkan semua jenis kaum malah kandungan hiburan yang sentiasa mengupas isu semasa yang berlaku di Malaysia. Selain itu, iklan juga turut berperanan dalam memupuk semangat perpaduan seperti Iklan PETRONAS sempena perayaan, Hari Merdeka dan sebagainya. Iklan ini banyak memberi nilai positif kepada masyarakat kerana kandungan iklan dan mesej yang ingin disampaikan sangat mendalam untuk difahami. Namun begitu, teknologi komunikasi juga turut memberi impak negatif kepada masyarakat seperti internet digunakan secara bebas dalam menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, hak keistimewaan orang Melayu, adat resam, agama dan sebagainya untuk diperdebatkan secara serius. Keadaan ini boleh menjejaskan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia yang terbina berkurun lama dahulu. Dari aspek keagamaan pula teknologi komunikasi menjadi satu platform atau saluran untuk menyalurkan maklumat tentang agama seperti agama Islam; penerapan nilai islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah manakala agama Bukan Islam pula melalui pendidkan moral. Keadaan dapat dilihat melalui rancangan televisyen dan radio yang banyak mengupas tentang keagamaan seperti Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1, Mari Mengaji di TV9 manakala pendidikan moral melalui rancangan drama yang berunsurkan hiburan. Keadaan ini membolehkan masyarakat majmuk hari ini sentiasa hidup berlandaskan agama masing-masing. Walau bagaimanapun kewujudan internet hari ini turut memberi impak negatif kepada agama. Isu negatif yang diperdebatkan boleh menyebabkan perselisihan faham seperti isu murtad. Isu

Upload: namrahsira

Post on 26-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Teknologi Komunikasi Yang Berkembang Dengan Pantas Dilihat Dapat Menjadi Sandaran Yang Boleh Membangunkan Masyarakat Keseluruhannya

Perkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dilihat dapat menjadi sandaran yang boleh membangunkan masyarakat keseluruhannya. Kepelbagaian teknologi komunikasi yang wujud pada hari ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk manfaat bersama. Meneliti penggunaan teknologi komunikasi mengikut konteks, sejauhmanakah teknologi komunikasi yang ada pada masa kini telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk kelestarian perpaduan, keagamaan dan kebudayaan.

Dari aspek perpaduan, teknologi komunikasi telah menerapkan dan memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat melalui siaran rancangan yang berkonsepkan muhibah seperti rancangan RTM iaitu Salam Pantai Timur yang menggabungkan semua jenis kaum malah kandungan hiburan yang sentiasa mengupas isu semasa yang berlaku di Malaysia. Selain itu, iklan juga turut berperanan dalam memupuk semangat perpaduan seperti Iklan PETRONAS sempena perayaan, Hari Merdeka dan sebagainya. Iklan ini banyak memberi nilai positif kepada masyarakat kerana kandungan iklan dan mesej yang ingin disampaikan sangat mendalam untuk difahami.

Namun begitu, teknologi komunikasi juga turut memberi impak negatif kepada masyarakat seperti internet digunakan secara bebas dalam menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, hak keistimewaan orang Melayu, adat resam, agama dan sebagainya untuk diperdebatkan secara serius. Keadaan ini boleh menjejaskan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia yang terbina berkurun lama dahulu.

Dari aspek keagamaan pula teknologi komunikasi menjadi satu platform atau saluran untuk menyalurkan maklumat tentang aPerkembangan teknologi komunikasi yang berkembang dengan pantas dilihat dapat menjadi sandaran yang boleh membangunkan masyarakat keseluruhannya. Kepelbagaian teknologi komunikasi yang wujud pada hari ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk manfaat bersama. Meneliti penggunaan teknologi komunikasi mengikut konteks, sejauhmanakah teknologi komunikasi yang ada pada masa kini telah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk kelestarian perpaduan, keagamaan dan kebudayaan.

Dari aspek perpaduan, teknologi komunikasi telah menerapkan dan memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat melalui siaran rancangan yang berkonsepkan muhibah seperti rancangan RTM iaitu Salam Pantai Timur yang menggabungkan semua jenis kaum malah kandungan hiburan yang sentiasa mengupas isu semasa yang berlaku di Malaysia. Selain itu, iklan juga turut berperanan dalam memupuk semangat perpaduan seperti Iklan PETRONAS sempena perayaan, Hari Merdeka dan sebagainya. Iklan ini banyak memberi nilai positif kepada masyarakat kerana kandungan iklan dan mesej yang ingin disampaikan sangat mendalam untuk difahami.

Namun begitu, teknologi komunikasi juga turut memberi impak negatif kepada masyarakat seperti internet digunakan secara bebas dalam menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, hak keistimewaan orang Melayu, adat resam, agama dan sebagainya untuk diperdebatkan secara serius. Keadaan ini boleh menjejaskan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia yang terbina berkurun lama dahulu.

Dari aspek keagamaan pula teknologi komunikasi menjadi satu platform atau saluran untuk menyalurkan maklumat tentang agama seperti agama Islam; penerapan nilai islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah manakala agama Bukan Islam pula melalui pendidkan moral. Keadaan dapat dilihat melalui rancangan televisyen dan radio yang banyak mengupas tentang keagamaan seperti Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1, Mari Mengaji di TV9 manakala pendidikan moral melalui rancangan drama yang berunsurkan hiburan. Keadaan ini membolehkan masyarakat majmuk hari ini sentiasa hidup berlandaskan agama masing-masing.

Walau bagaimanapun kewujudan internet hari ini turut memberi impak negatif kepada agama. Isu negatif yang diperdebatkan boleh menyebabkan perselisihan faham seperti isu murtad. Isu murtad hangat diperdebatkan sebelum ini berikutan pengkristianan Zarina Jailani atau nama kristiannya Liena Joy. Isu ini telah menimbulkan perselisihan faham antara agama dimana Islam melarang penganutnya menukar agama manakala fahaman agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha menganggap kebebasan beragama adalah hak asasi manusia. Oleh hal yang demikian, sekiranya soal agama terlalu diperdebatkan melalui internet khususnya ia amat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat hari ini.

Di samping itu, dari segi kebudayaan pula, teknologi komunikasi dan penggunaannya banyak memberi kesedaran kepada masyarakat dan negara luar dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Contohnya; perayaan bulan Citrawarna Malaysia. Penyiaran dan sambutan bulan Citrawarna ini menjadi satu platform sebagai alat memupuk dan mengetengahkan budaya masyarakat Malaysia.

Namun begitu kewujudan media baru hari ini iaitu internet banyak memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, budaya yang tidak tahu asal usulnya masuk ke Malaysia menerusi media tersebut dan masyarakat terdedah dengan budaya tersebut seperti budaya kuning iaitu, Punk, Skin Head, Black Metal dan sebagainya. Kesenangan untuk mendapatkan hiburan beracuan barat yang terlampau juga memberi kesan kepada sosial masyarakat Malaysia terutama golongan

Page 2: Perkembangan Teknologi Komunikasi Yang Berkembang Dengan Pantas Dilihat Dapat Menjadi Sandaran Yang Boleh Membangunkan Masyarakat Keseluruhannya

remaja. Keadaan ini bermakna ia memberi impak negatif kepada minda masyarakat seandainya masyarakat tidak menilai dengan sebaik-baiknya budaya itu malah menerima budaya itu mentah-mentah dan diguna pakai secara berleluasa dan terhormat.

Begitu juga dalam konteks pendidikan dimana menerusi media massa ia dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk tujuan pendidikan. Menerusi televisyen, banyak rancangan pendidikan seperti Pendidikan Di 9 dan juga di Astro yang bermanfaat untuk pelajar. Media cetak pula menyisipkan Didik, Minda Pelajar dan lain-lain.

Namun begitu, kandungan pendidikan dilihat masih sedikit berbanding kandungan hiburan yang mendominasi ruangan media massa. Kewujudan internet pula dilihat amat bermanfaat untuk pelajar kerana pelajar boleh mendapatkan pelbagai maklumat ilmiah untuk proses pendidikan. Begitu juga, pelajar universiti yang perlu membuat kerja kursus boleh mendapatkan maklumat menerusi internet untuk tujuan tersebut. Namun, internet juga ada kesan negatifnya kerana boleh menggalakkan budaya plagiarism di kalangan pelajar yang sekaligus memberikan kesan kepada pembangunan minda pelajar.

Sebagai kesimpulannya, memperkatakan tentang teknologi komunikasi dan sejauhmanakah ia bermanfaat kepada masyarakat kita perlu melihat dalam dua aspek iaitu media massa dan media baru. Jika dilihat keseluruhannya tidak dapat dinafikan bahawa kandungan dalam media massa banyak memberi maklumat berguna kepada masyarakat dalam konteks perpaduan, keagamaan, budaya dan pendidikan dimana ia mampu menjana minda masyarakat yang cintai budaya sendiri dan juga berpotensi menggalakkan perpaduan, mempertingkatkan ilmu serta mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada agama masing-masing. Namun perlu diingat bahawa semua ini mampu dijana seandainya masyarakat menggunakan segala maklumat tersebut sebaik-baiknya dan pada masa yang sama media massa perlu mempertingkatkan lagi maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat berbanding hiburan dalam masyarakat. Dalam konteks media baru memang jelas bahawa masyarakat memang bebas menggunakan medium tersebut dalam pelbagai konteks. Namun, kebebasan yang diperolehi itu haruslah dimanfaatkan dengan cara yang betul dan untuk tujuan yang betul.gama seperti agama Islam; penerapan nilai islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah manakala agama Bukan Islam pula melalui pendidkan moral. Keadaan dapat dilihat melalui rancangan televisyen dan radio yang banyak mengupas tentang keagamaan seperti Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1, Mari Mengaji di TV9 manakala pendidikan moral melalui rancangan drama yang berunsurkan hiburan. Keadaan ini membolehkan masyarakat majmuk hari ini sentiasa hidup berlandaskan agama masing-masing.

Walau bagaimanapun kewujudan internet hari ini turut memberi impak negatif kepada agama. Isu negatif yang diperdebatkan boleh menyebabkan perselisihan faham seperti isu murtad. Isu murtad hangat diperdebatkan sebelum ini berikutan pengkristianan Zarina Jailani atau nama kristiannya Liena Joy. Isu ini telah menimbulkan perselisihan faham antara agama dimana Islam melarang penganutnya menukar agama manakala fahaman agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha menganggap kebebasan beragama adalah hak asasi manusia. Oleh hal yang demikian, sekiranya soal agama terlalu diperdebatkan melalui internet khususnya ia amat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat hari ini.

Di samping itu, dari segi kebudayaan pula, teknologi komunikasi dan penggunaannya banyak memberi kesedaran kepada masyarakat dan negara luar dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Contohnya; perayaan bulan Citrawarna Malaysia. Penyiaran dan sambutan bulan Citrawarna ini menjadi satu platform sebagai alat memupuk dan mengetengahkan budaya masyarakat Malaysia.

Namun begitu kewujudan media baru hari ini iaitu internet banyak memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, budaya yang tidak tahu asal usulnya masuk ke Malaysia menerusi media tersebut dan masyarakat terdedah dengan budaya tersebut seperti budaya kuning iaitu, Punk, Skin Head, Black Metal dan sebagainya. Kesenangan untuk mendapatkan hiburan beracuan barat yang terlampau juga memberi kesan kepada sosial masyarakat Malaysia terutama golongan remaja. Keadaan ini bermakna ia memberi impak negatif kepada minda masyarakat seandainya masyarakat tidak menilai dengan sebaik-baiknya budaya itu malah menerima budaya itu mentah-mentah dan diguna pakai secara berleluasa dan terhormat.

Begitu juga dalam konteks pendidikan dimana menerusi media massa ia dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk tujuan pendidikan. Menerusi televisyen, banyak rancangan pendidikan seperti Pendidikan Di 9 dan juga di Astro yang bermanfaat untuk pelajar. Media cetak pula menyisipkan Didik, Minda Pelajar dan lain-lain.

Namun begitu, kandungan pendidikan dilihat masih sedikit berbanding kandungan hiburan yang mendominasi ruangan media massa. Kewujudan internet pula dilihat amat bermanfaat untuk pelajar kerana pelajar boleh mendapatkan pelbagai maklumat ilmiah untuk proses pendidikan. Begitu juga, pelajar universiti yang perlu membuat kerja kursus boleh mendapatkan maklumat menerusi internet untuk tujuan

Page 3: Perkembangan Teknologi Komunikasi Yang Berkembang Dengan Pantas Dilihat Dapat Menjadi Sandaran Yang Boleh Membangunkan Masyarakat Keseluruhannya

tersebut. Namun, internet juga ada kesan negatifnya kerana boleh menggalakkan budaya plagiarism di kalangan pelajar yang sekaligus memberikan kesan kepada pembangunan minda pelajar.

Sebagai kesimpulannya, memperkatakan tentang teknologi komunikasi dan sejauhmanakah ia bermanfaat kepada masyarakat kita perlu melihat dalam dua aspek iaitu media massa dan media baru. Jika dilihat keseluruhannya tidak dapat dinafikan bahawa kandungan dalam media massa banyak memberi maklumat berguna kepada masyarakat dalam konteks perpaduan, keagamaan, budaya dan pendidikan dimana ia mampu menjana minda masyarakat yang cintai budaya sendiri dan juga berpotensi menggalakkan perpaduan, mempertingkatkan ilmu serta mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada agama masing-masing. Namun perlu diingat bahawa semua ini mampu dijana seandainya masyarakat menggunakan segala maklumat tersebut sebaik-baiknya dan pada masa yang sama media massa perlu mempertingkatkan lagi maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat berbanding hiburan dalam masyarakat. Dalam konteks media baru memang jelas bahawa masyarakat memang bebas menggunakan medium tersebut dalam pelbagai konteks. Namun, kebebasan yang diperolehi itu haruslah dimanfaatkan dengan cara yang betul dan untuk tujuan yang betul.