kenali huruf secara pantas melalui kaedah nit(zm)

59

Upload: stefan

Post on 13-Jan-2016

88 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm). Objektif Membolehkan kanak-kanak mengenal huruf kecil,dapat menulis huruf kecil dengan cara yang betul di samping mengenal huruf besar dalam suasana yang menggembirakan tanpa rasa tertekan. Penerangan bahan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 2: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Objektif

Membolehkan kanak-kanak mengenal huruf kecil,dapat menulis huruf kecil dengan cara yang betul di samping mengenal huruf besar dalam suasana yang menggembirakan tanpa rasa tertekan.

Page 3: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Penerangan bahan

Fokus kaedah ini diberikan kepada bagaimana cara untuk mengatasi masalah mengenal huruf iaitu masalah utama ke arah menguasai kemahiran membaca. Kanak-kanak perlu diberikan asas yang kukuh untuk mengenal huruf dan cara menulis huruf yang betul semenjak dari awal lagi. Bahan ini sesuai digunakan untuk murid prasekolah/ tadika, LINUS, pemulihan dan pendidikan khas.

Page 4: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Pendekatan yang menggabungkan nyanyian,

pergerakan, permainan dan tulisan yang merangkumi

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis dapat mempercepatkan lagi proses kanak-

kanak belajar. Pendekatan Belajar Melalui Bermain

dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan

peranan penting dalam menentukan keberkesanan

sesuatu pengajaran. Dick dan Reiser (1999)

mentakrifkan pembelajaran berkesan sebagai

pembelajaran yang menyeronokkan.

Page 5: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan

oleh golongan guru dan pelajar-pelajarnya. Keseronokan

membawa implikasi di mana pelajar lebih tertarik dan

berminat untuk belajar, manakala guru pula mempunyai

strategi yang boleh mendorong para pelajarnya memberi

tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

KAD HURUF (6 keping)

CD LAGU(6 buah lagu)

LATIHAN PENGUKUHAN

KOMPONEN KAEDAH NIT(zm)

PANDUAN GURU

Page 7: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

CARA PENGGUNAAN BAHAN.

Sebelum memulakan kaedah ini, sila ambil nilai mula (TOV) murid dengan menggunakan senarai semak 1 (fotostat) yang disediakan. Sila guna senarai semak 2 selepas menggunakan kaedah ini untuk melihat peningkatan murid dalam penguasaan huruf.Guru juga boleh menggunakan senarai semak yang dibina sendiri.

Page 8: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 9: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 1 - Guru perkenalkan huruf-

huruf yang terdapat pada kad secara

berulang kali. Kemudian, guru

menyanyi lagu pertama sambil melukis

huruf berkenaan pada udara.(guna CD

lagu yang disertakan)

Page 10: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 2 - Murid menyanyi

bersama guru sambil melukis bentuk

huruf dengan cara yang betul pada

udara.

Page 11: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 3 - Murid menyanyi

bersama guru sambil guru melukis

bentuk huruf dengan cara yang

betul pada kertas majong/papan

putih. (tanpa kotak-kotak)

Page 12: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 4 - Guru lukis kotak-kotak

seperti pada kad yang sedang diajar

dengan saiz yang besar pada papan

putih/ kertas majong dan guru masukkan

huruf-huruf tersebut sambil menyanyi

bersama-sama murid.

Page 13: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 5 - Guru lukis beberapa set kotak seperti

pada kad yang sedang diajar dengan saiz yang

sederhana besar pada papan putih/ kertas majong dan

libatkan murid-murid untuk menulis huruf - huruf

tersebut sambil menyanyi bersama-sama (tanpa

muzik) .Bagi murid yang belum menguasai kemahiran

menulis, guru perlu fotostat huruf-huruf yang

dilampirkan pada muka surat akhir latihan pengukuhan

untuk murid berkenaan menjalankan aktiviti.

Page 14: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 6 - Perkenalkan huruf besar

yang berlainan bentuk dengan huruf kecil

yang terdapat di dalam kad ini dan

maklumkan kepada murid bahawa huruf-

huruf lain bentuknya sama dengan huruf

kecil.

Page 15: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 7 - Menjalankan aktivti di dalam kertas latihan pengukuhan.

*Aktiviti dijalankan dibawah kawalan dan seliaan guru.Langkah pengajaran di atas boleh disambung-sambung pada hari berikutnya tetapi pastikan semasa permulaan pengajaran, mulakan dengan lagu dan bentukkan huruf pada udara.

Page 16: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Telinga besar (2x) Itu c (2x) c,c,c,c,c,c (2x) c,c,c (2x)

Lurus ke kanan Jumpa telinga Itu e (2x) e,e,e,e,e,e (2x) e,e,e (2X)

Rajin usaha Kita berjaya berjaya (2x) Jangan putus asa Mari kita cuba Membaca (2x)

Kepala bulat Kepala bulat Itu o (2x) o,o,o,o,o,o (2x) o,o,o, (2X)

Telinga besar Badan kurus Itu a (2x) a,a,a,a,a,a (2x) a,a,a… (2x)

Telinga besar Badan kurus Kaki bengkok Itu lah huruf g (2x) g,g,g(2x) Ular sawa (2x) Itu s (2x) s,s,s,s,s,s (2x) s,s,s (2x)

Page 17: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 18: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Ramai murid yang keliru dengan huruf ini walaupun telah mengenal semua huruf lain. Kegagalan mengenal huruf b,d,p dengan baik menjadikan kanak-kanak tidak dapat membaca dengan betul kerana huruf ini banyak digunakan di dalam perkataan dan ayat.Berikut adalah salah satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk memperkenalkan huruf ini.

Page 19: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Langkah 1 - Guru perkenalkan huruf-

huruf yang terdapat pada kad. Sebut

huruf secara berulang kali. Kemudian,

guru menyanyi lagu sambil membuat

pergerakan berikut:

Page 20: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Untuk huruf q: kedudukan guru mengadap muridGuru letakkan tapak tangan kanan di atas kepala untuk dijadikan bentuk pipi besar. sambil tangan kiri gerakkan dari atas kepala turun ke bawah ketiak mengikut lengkungan pipi besar tangan kanan tadi. Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat.

Pipi saya besar, Badan saya kurus ,Itu huruf q,q,q,q ,q,q

Page 21: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Untuk huruf d: kedudukan guru mengadap muridGuru guna tangan kanan dan letak di pinggang utk dijadikan bentuk perut buncit sambil tangan kiri digerakkan dari atas bahu turun ke pinggang mengikut lengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kanan tadi. Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat.

Perut saya buncit,Badan saya kurus,Itu huruf d.d,d,d,d,d

Page 22: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Untuk huruf p: kedudukan guru mengadap muridUntuk badan kurus,gerakkan tangan kanan dari tengah dahi ke pusat. Untuk pipi besar,letak tapak tangan kiri di atas kepala untuk dijadikan bentuk pipi besar sambil tangan kanan digerakkan dari atas kepala turun ke bawah ketiak mengikut lengkungan pipi besar yang dibentuk dengan tangan kiri tadi.

Badan saya kurus,Pipi saya besar,Itu huruf p,p,p,p,p,p

Page 23: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Untuk huruf b : kedudukan guru mengadap muridUntuk badan kurus, gerakkan tangan kanan dari tengah dahi ke pusat. Untuk perut buncit, letak tangan kiri di pinggang kiri sambil tangan kanan digerakkan dari atas bahu turun ke pinggang mengikut lengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kiri tadi .

Badan saya kurus,Perut saya buncit,Itu huruf b.b,b,b,b,b (2x)

Dengar cakap guruJangan ragu-raguRajin baca bukuDapat tambah ilmu (3x)

Seterusnya ikut langkah 3 hingga 7 seperti kad 1 sebelum ini.

Page 24: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 25: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Badan kurus, pakai topi Itu huruf r(ulang 2x)r,r,r (3x)r,r,r,rItu huruf r

Kaki lurus,Badan bongkokItu huruf n(ulang 2x)n,n,n, (3x)n,n,n,n,Itu huruf n

Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Bengkok ke kiri y,y,y (3x) y,y,y,y Itu huruf y

Badan kurus tinggi lampai Kaki kanan dibuka (ulang 2x) h,h,h (3x) h,h,h,h, Itu huruf h

Kaki lurus, lompat ke kananKe kanan lagi(ulang 2x)m,m,m (3x)m,m,m,mItu huruf m

Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Jalan yang sama u,u,u (3x) u,u,u,u, Itu huruf u.

Page 26: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 27: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Badan kurus, tinggi lampaiItulah oh huruf ll,l,l,l (Ulang 3x)l,l,l..

Badan kurus, tinggi lampaiAda palang di tengaht,t,t,t (ulang 3x)t,t,t...

Pakai topi, badan kurusAda palang di tengah,f,f,f,f (ulang 3x)f,f,f…

Badan kurus, tinggi lampaiKaki atas dan bawahk,k,k,k (ulang 3x)k,k,k…

Sayang ibu, Sayang bapa,Hormat guru sentiasa,Jadi anak yang berguna,Hidup berbakti berjasa.

Page 28: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 29: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Garis lurus ke bawah Satu titik di atas, toing Itulah huruf i, i,i,i,i (ulang 2x)

Garis lurus ke bawah Kaki bengkok ke kiri Satu titik di atas, toing j,j,j,j,j,j,j,j

Rajin-rajin selalu Menulis dan membaca Kita di sayang guru Juga kawan rakan sebaya

Page 30: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 31: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Giginya tajam ada satu Turun ke bawah naik atas Itulah ia oh huruf v v,v,v,v,v. Oi, oi, v,v,v,v,v

Giginya tajam ada dua Turun ke bawah naik atas Turun ke bawah naik atas Itu w. Oi, oi. Itu w..

Darilah atas serong kiri, Darilah atas serong kanan, Bersilang di tengah macam pangkah Itu huruf x. Oi, oi, x,x,x,x,x

Lurus ke kanan dan berhenti Tarik ke bawah serong kiri Lurus ke kanan sekali lagi Itu huruf z. Oi, oi Itu huruf z

Tamatlah sudah huruf kecil Dari huruf a hingga ke z Menyanyi, ingat juga tulis Hati gembira oi,oi(2X)

Page 32: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Permainan 1

Permainan di bawah boleh digunakan untuk meningkatkan atau mempercepatkan proses murid mengingat huruf.

Guru bina kuib (10cm X 10cm) dengan menggunakan kad sederhana tebal untuk dijadikan dadu huruf. Tampal setiap keping kad 1-6 (fotosat lampiran dalam buku ini) pada setiap permukaan dadu. Kumpul murid di dalam satu kumpulan berlima di meja atau duduk di atas lantai.

Page 33: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Murid pertama lontar dadu dan sebut huruf

yang ketahui olehnya pada permukaan atas

dadu tersebut. Setiap huruf yang betul akan di

beri satu markah/ stiker untuk ditampal (fotosat

lampiran borang markah yang disediakan).

Guru meminta murid lain menyebut huruf yang

belum diketahui oleh murid tersebut.

Page 34: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Permainan di teruskan kepada murid kedua

dan seterusnya. Permainan ini boleh diulang

beberapa kali mengikut kesesuaian masa.

Markah atau stiker yang dikumpul dikira.

Murid yang mengumpulkan markah/ stiker

terbanyak dikira sabagai pemenang.

Page 35: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

LAMPIRAN Borang markah permainan 1

Nama :

Pusingan Markah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH MARKAH :

Page 36: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Minta murid tulis markah yang diperolehi pada setiap

pusingan. Satu markah untuk satu huruf yang

betul disebut. Jika murid boleh sebut tiga huruf

dengan betul, maka ia dikehendaki menulis

angka 3 pada bahagian markah. Jika murid belum

menguasai nombor, minta murid membuat ///

untuk no 3. Guru juga boleh sediakan stiker bintang

untuk murid tampal. Kira jumlah markah

yang dikumpul pada bahagian bawah.

Page 37: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Permainan 2

Permainan di bawah boleh digunakan untuk meningkatkan atau mempercepatkan proses murid mengingat huruf.

Guru bina kuib yang lebih besar (30cm X 30cm) dengan menggunakan kad manila atau kertas yang lebih keras.Tampal huruf seperti permainan 1 pada setiap permukaan. Minta murid berada di dalam satu bulatan besar (samada duduk ataupun berdiri).

Page 38: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Minta murid edarkan dadu tersebut

dari seorang ke seorang sambil muzik

diperdengarkan. Hentikan muzik dan

minta murid yang sedang memegang

dadu tersebut lontarkannya ke ruang

tengah.

Page 39: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Minta murid tersebut menyebut huruf yang berada di

atas permukaan dadu tersebut dengan kuat. Bagi

tepukan sekiranya murid dapat menyebut kesemua

huruf. Huruf yang tidak diketahui akan dibantu oleh

rakan-rakan lain. Aktiviti diteruskan dengan murid

tersebut mengambil semula dadu, muzik

diperdengarkan lagi dan dadu tersebut diedarkan dari

seorang ke seorang sehingga muzik diberhenti semula

seperti di atas. Ulang aktiviti di atas sehingga masa

ditetapkan.

Page 40: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 1

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Page 41: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)
Page 42: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 2

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Page 43: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 3

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Page 44: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 4

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Page 45: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 5

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Page 46: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja A: Kad 6

Warnakan

Sila latih murid mewarna sambil menyanyi.

Page 47: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 1

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Page 48: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 2

Salin atau tampal huruf.

Page 49: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 3

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Page 50: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 4

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Page 51: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja B: Kad 5

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Page 52: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja B : Kad 6

Salin atau tampal huruf.

Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Page 53: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja C

Tulis huruf yang disebut oleh guru.

Tujuan lembaran kerja C ini dibuat adalah untuk memastikan bahawa murid tidak mennghafal dan dapat mengenal serta menulis huruf dengan betulwalaupun kedudukan kotak telah diubah. Guru sebut huruf secara rawak tanpa menyanyi dan murid tulis. Ulang aktiviti ini beberapa kali dengan menggunakan lembaran kerja C ini. Dijalankan secara kelas dan individu. *Murid yang belum menguasai tulisan, sila tampal huruf yang disebut oleh guru.

I 2 3

4 5 6

Page 54: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

KAD 1 KAD 2 KAD 3 KAD 4 KAD 5 KAD 6

Huruf –huruf di atas diberikan kepada murid-murid yang belum menguasai tulisan. Guru fotostat dan gunting bahagian yang diperlukan dan berikan kepada murid untuk menjalankan aktiviti.

e

g

s

c

a

o

b

d

p

q

h

u

m

n

r l

t

f

k

i j

v

w

x

z

BAHAN 1

Page 55: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Nama:

Lembaran Kerja D

Padankan

A

G

E

D

Q H

L

T

F

K

I

J

B

R

N

Y

M

e

m

g

q

d

a

h

n

r

j

b

k

i

l

t

f

Tulis huruf besar

e

m

g

q

d

a

Tulis huruf besar Tulis huruf besar

h

b

n

r

j i

k

f

t

l

Padankan Padankan

* Ulang beberapa kali lembaran kerja ini sehingga murid mahir

Page 56: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

LAMPIRAN Borang markah permainan

Nama :

Pusingan Markah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH MARKAH :

Minta murid tulis markah yang diperolehi pada setiap pusingan. Satu markah untuk satu huruf yang betul disebut. Jika murid boleh sebut tiga huruf dengan betul, maka ia dikehendaki menulis angka 3 pada bahagian markah. Jika murid belum menguasai nombor, minta murid membuat /// untuk no 3. Guru juga boleh sediakan sticker bintang untuk murid tampal. Kira jumlah markah yang dikumpul pada bahagian bawah.

Page 57: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

Bil Nama murid Kad 1 Kad 2 Kad 3 Kad 4 kad 5

Kad 6 Catatan

c e o a g s q d p b r n m u y h l t f k i j v w x z

1.

2.

3

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

SENARAI SEMAK 1 ( TOV )

Tanda ( √ ) jika murid telah mengenal huruf tersebut. * Senarai semak ini perlu di buat sebelum guru menggunakan kaedah ini

Page 58: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)

SENARAI SEMAK 2

Bil Nama murid Kad 1 Kad 2 Kad 3 Kad 4 kad 5

Kad 6 Catatan

c e o a g s q d p b r n m u y h l t f k i j v w x z

1.

2.

3

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

Tanda ( √ ) jika murid telah mengenal huruf tersebut. Senarai semak ini perlu di buat setelah guru menggunakan kaedah ini

Page 59: KENALI HURUF SECARA PANTAS MELALUI KAEDAH NIT(zm)