rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

14

Upload: mohd-rizal-mustafa

Post on 21-Jan-2017

323 views

Category:

Sports


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat
Page 2: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

Balingan 7 meter

Suasana pertandingan peringkat negeri MSSPP 2011

Page 3: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

SUSUN ATUR BALINGAN PERMULAAN SISTEM 5:0+1

CB

LBLW RB RW

CR

CR

CBRB LBRW LW

GK

GK

Jarak 3 meter atau 2 buah meja guru atau 2 buah bangku.

Pembaling pasukan penyerang (CR) mesti buat hantaran bola kepada mana-mana pemain selepas tiupan wisel. Penyerang boleh lintasi garisan tengah selepas tiupan wisel.

RW

LW

LBRB

CR

CB

Page 4: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

SUSUN ATUR BALINGAN PENJAGA GOL(SERANGAN KILAT)

LW

CRRW

GK

CBLB RB

CRRW

CB LBRB

LW

CR

LW

LB

RW

GK

Penjaga gol tidak terikat masa 3 saat seperti Futsal

Kiraan 3 saat-1 hingga 4 atau 1 per 1000, 2 per 1000, 3 per 1000

Page 5: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

SISTEM PERTAHANAN SATU-KAWAL-SATU(MAN-TO-MAN) LAWAN SISTEM SERANGAN 0:4

LB

RB

CBLW RWCR

RB LWRW CBCR

LB

GK

GK

LW RW

CR

CB

Page 6: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

Pasukan penyerang tidak boleh hantar bola ke belakang kawasan sendiri -dihukum balingan percuma; dihukum balingan penalti jika penjaga gol tangkap bola.

SISTEM PERTAHANAN MODEN 5:0+1 LAWAN SISTEM SERANGAN 2:4

Lima pemain pertahanan membuat benteng pertahanan ikut zon masing-masing(zone defense).Lima pemain pertahanan akan membuat pergerakan sisi ke kiri dan ke kanan(side steps) untuk tutup ruang pintu gol ikut arah pergerakan bola pasukan penyerang dan mengganggu pengamatan pasukan penyerang dalam 3 saat.

Mana-mana lima pemain pertahanan buat pergerakan piston ke atas selama 3 saat untuk memberi tekanan ke atas pemain penyerang LB, RB, dan RW yang menerima bola daripada pemain penyerang tengah CB sebelum mencuba membuat jaringan jarak jauh pada 9 meter. Kemudian buat pergerakan piston ke bawah selepas 3 saat di antara garisan gol dan garisan balingan percuma.

Pemain pertahanan CR bertindak sebagai pengejar dan ditugaskan khas untuk mengekori pemain penyerang CB setiap masa(man-to-man defense) sambil memberi tekanan ke atas pemain penyerang tengah CB.

Sistem Serangan 2: 4Pemain pertahanan CB mengawasi pergerakan pemain penyerang CR yang cuba jaringan jarak dekat 6 meter manakala pemain pertahanan LB memberi tekanan kepada pemain

LBRB CB

GK

LWRW

CR

CR

RW

LW

CB

LB

RB

Page 7: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

penyerang RB jika memiliki bola, dan pemain pertahanan LW juga memberi tekanan kepada pemain penyerang RW.

Pemain pertahanan RB mengawasi dengan ketat pergerakan pemain penyerang LW yang cuba jaringan jarak dekat 6 meter manakala pemain pertahanan RW memberi tekanan kepada pemain penyerang LB.

SISTEM PERTAHANAN 4:0+1 DEMARKING LAWAN SISTEM SERANGAN 3:2

LW

RW LW

RW

CB

CR

LB

RB

CB

LB

LW

CRRWLB

GK

Page 8: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

BALINGAN PERCUMA DI GARISAN BALINGAN PERCUMA

Balingan percuma diberi kepada pasukan penyerang bila berlaku kesalahan di antara garisan kawasan gol dan garisan balingan percuma seperti :

1. Pemain pertahanan terkena bola di kaki.

2. Pemain pertahanan tolak badan pemain penyerang yang tidak mencederakan mana-mana anggota badannya-peluang membuat jaringan 50% sahaja.

3. Pemain pertahanan tarik baju pemain penyerang atau menyiku pemain penyerang –peluang membuat jaringan 50% sahaja.

4. Pemain pertahanan peluk badan pemain penyerang-peluang membuat jaringan 50% sahaja.

5. Pemain pertahanan pukul bola di tangan pemain penyerang- peluang membuat jaringan 50%.

6. Pemain pertahanan memasuki kawasan gol tanpa bola atau dengan bola.

RB LBCBRW LW

CB

CRLB RW

RB

LWCR

LW

RB

GK

Page 9: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

7. Penjaga gol mengambil bola yang berada di luar garisan kawasan gol dan membawa masuk bola ke dalam kawasan gol atau tidak membawa masuk bola ke dalam kawasan gol.

8. Penjaga gol menyepak bola yang berada di luar garisan kawasan gol dengan kaki.

9. Penjaga gol mengambil bola semula selepas membuat balingan penjaga gol kecuali bola telah disentuh dahulu oleh pemain pertahanan lain.

10. Pemain pertahanan mengambil bola semula selepas membuat balingan bola kecuali bola telah disentuh dahulu oleh pemain pertahanan lain.

Pemain pertahanan boleh membina benteng di luar garisan kawasan gol dengan menjarakkan diri sejauh 3 meter daripada pembaling dengan kadar segera tanpa sebarang arahan daripada pengadil ataupun tiupan wisel pengadil sebelum pembaling membuat jaringan terus. Pembaling boleh terus membuat balingan percuma tanpa tunggu tiupan wisel pengadil. Pembaling tidak boleh melompat. Pemain pertahanan boleh melompat dengan mengangkat tangan untuk menghalang balingan pembaling.

Balingan percuma yang diambil oleh pembaling pasukan penyerang akan terbatal jika salah seorang pemain penyerang memijak garisan balingan percuma atau memasukinya. Bola mesti diletak semula ke atas lantai untuk diambil oleh pasukan yang bertahan seperti penjaga gol atau pemain pertahanan.

Mengikut undang-undang baru pemain penyerang boleh berada dalam garisan balingan percuma tetapi tidak boleh menerima hantaran oleh pembaling. Pembaling pasukan penyerang mesti membuat hantaran kepada rakannya yang berada di luar garisan balingan percuma.

Balingan percuma boleh berlaku di luar garisan balingan percuma apabila berlaku kesalahan dalam permainan. Kawasan garisan balingan percuma tidak boleh dimasuki oleh mana-mana pemain pasukan penyerang, hanya pemain pasukan bertahan yang boleh berada dalam kawasan balingan percuma.

Page 10: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

BALINGAN PERCUMA ATAU BALINGAN KE DALAM DI LUAR GARISAN BALINGAN PERCUMA

Pembaling tidak boleh melompat untuk membuat balingan percuma atau balingan ke dalam.

Pembaling boleh terus membuat balingan percuma atau balingan ke dalam tanpa tiupan wisel pengadil.

Pemain bertahan tidak boleh mendekati pembaling, mesti jarakkan 3 meter atau berada terus di garisan penjaga gol.

LW

RCBLCB

RWLCRLCR

RW

RB LB LW

CB

CR

Page 11: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

DENDA KE ATAS KESALAHAN PEMAINAmaran dan Kad Kuning

1. Kerap-kali melanggar peraturan permainan setelah diberi amaran lisan seperti jarakkan diri 3 meter semasa balingan permulaan, balingan percuma, balingan ke dalam dan balingan sudut, semua pemain berada di luar garisan balingan percuma kecuali pembaling ketika balingan 7 meter hendak diambil, dan memarahi rakan sepasukan.

2. Tingkah-laku yang tidak ada semangat kesukanan.

3. Memeluk badan dengan kuat atau memeluk leher pemain penyerang, memegang pergelangan tangan pemain pertahanan.

Gantung 2 Minit

1. Menyepak bola dengan emosi.

2. Menghempas bola ke atas lantai gelanggang dengan emosi.

3. Penggantian pemain yang tidak sah- pemain simpanan masuk dahulu sebelum pemain dalam gelanggang keluar dahulu di kawasan pertukaran pemain.

4. Pemain pertahanan menarik baju pemain penyerang dengan kasar.

5. Pemain pertahanan menyiku atau menarik rambut, menarik telinga pemain penyerang untuk merampas bola.

6. Pemain pertahanan menolak pemain penyerang dengan amat kasar atau menolak belakang badan pemain penyerang dengan mat kasar.

7. Pemain penyerang menyiku atau menumbuk perut pemain pertahanan untuk melepasi kepungan.

8. Maki hamun rakan sepasukan.

9. Tidak ada semangat kesukanan oleh pegawai pasukan seperti menengking pemain. Pengurus pasukan diberi pilihan untuk memilih seorang pemain yang akan kena denda.

10. Tidak meletakkan bola di atas lantai selepas sesuatu kesalahan berlaku untuk balingan percuma oleh pasukan penyerang.

Tidak akan ada kad kuning dikeluarkan jika denda gantung 2 minit telah diberikan.

Page 12: Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat

Kad Merah Tidak Berlaporan(Penggantungan Pemain Hingga Satu Perlawanan Berikut)

1. Menerjah kaki pemain penyerang ala bola sepak atau ragbi agar tidak boleh bermain atau mencederakan mana-mana anggota badannya.

2. Merempuh atau melompat terus ke benteng pertahanan agar pemain pertahanan tidak boleh bermain terus atau mencederakan mana-mana anggota badannya.

3. Membaling bola dengan sengaja ke arah benteng pertahanan agar pemain pertahanan tidak boleh bermain atau mencederakan mana-mana anggota badannya.

4. Diberi hukuman gantung 2 minit kali ke-3.

Pasukan yang menerima kad merah akan bermain dengan kekurangan pemain hingga akhir perlawanan. Perlu ada 5 orang pemain termasuk penjaga gol untuk permulaan permainan dan boleh diteruskan jika kurang 5 orang pemain(budi bicara pengadil).

Kad Merah Berlaporan (Disingkirkan Terus Dalam Kejohanan)

1. Bergaduh dengan mana-mana pemain, pegawai kejohanan, dan pengadil.

2. Bertumbuk dengan mana-mana pemain, pegawai kejohanan, dan pengadil.

3. Mengeluar kata-kata lucah atau kata-kata kesat atau memaki-hamun kepada mana-mana pemain, pegawai kejohanan, dan pengadil.

4. Mengugut dengan mana-mana pemain, pegawai kejohanan, dan pengadil di luar gelanggang.

Laporan akan dihantar kepada Jawatankuasa Teknik Bola Baling.