ucapan terulung pengurus besar - pmintekonomi. di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan,...

8

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti
Page 2: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti

1PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU - PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana PMINT telah berjaya membangunkan Pelan Strategik PMINT 2017-2021. Pelan ini mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan dengan kerjasama dan komitmen dari Kumpulan Pengurusan & Profesional yang terlibat dalam memberikan idea bagi mencorakkan hala tuju PMINT.

Pelan ini akan ‘memandu’ gerak kerja PMINT untuk tempoh 5 tahun akan datang yang menyentuh empat teras utama. Fokus teras adalah lebih menyeluruh dan mendukung aktiviti utama PMINT iaitu pembangunan hartanah bagi menjana pendapatan kepada PMINT, keperluan dan kepuasan pelanggan yang sejajar dengan moto PMINT, memperkemaskan proses kerja agar lebih efektif dan pembangunan modal insan yang terancang.

Menjadi harapan saya agar Pelan Strategik PMINT 2017-2021 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Komitmen serta kesungguhan warga kerja dalam merealisasikan pelan ini adalah amat diharapkan kerana segalanya adalah untuk landskap pembangunan dan sosio ekonomi rakyat Negeri Terengganu. Sekian, terima kasih.

HAJI SAMIUN BIN SALLEHPengurus Besar PMINT

Page 3: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti

2 PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU - PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

SEJARAH PENUBUHAN PMINT

PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 haribulan April tahun 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (No. 3/1965) bagi tujuan untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksanakan dan mempercepatkan pembangunan serta kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Sejajar dengan pelancaran Dasar Eknomi Baru (DEB) pada tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga, apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT juga turut terlibat secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas hingga hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan juga melalui syarikat-syarikat anak.

OBJEKTIF PENUBUHAN PMINT

• Untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. • Meningkatkan aktiviti ekonomi. • Pembangunan sumber tenaga manusia. • Memesatkan rancangan-rancangan pembangunan bandar dan luar bandar. • Meningkatkan serta memperkukuhkan asas ekonomi bumiputera dengan melahirkan Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera.

Page 4: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti

3PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU - PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

VISI, MISI DAN MOTO

VISIPeneraju,

Penjana, dan Penyumbang Utama Pembangunan Sosio-

Ekonomi Negeri.

MISIMemajukan Pelbagai Sumber dan Sektor

Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu Ke

Arah Kesejahteraan Rakyat.

MOTO“KEPERLUAN & KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN

KAMI”

Page 5: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti

4 PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU - PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

NILAI-NILAI BERSAMA

INTEGRITI:Integriti wujud di

peringkat individu dan organisasi

CAKNA:Budaya cakna

dalam organisasi dan pembentukan

hubungan dua hala yang erat

KREATIF DAN

INOVATIF:Kreatif dan inovatif

dalam pemikiran dan penjanaan

idea

PEMBUDAYAAN ILMU:

Menyuburkan proses pembelajaran

berterusan di kalangan warga kerja

MOTIVASI DIRI YANG TINGGI:Peningkatan motivasi

yang tinggi dengan amalan sikap positif

dan responsif

SEMANGAT KERJA

BERPASUKAN:Pengukuhan semangat

kekitaan dan kerjasama

NILAI-NILAIBERSAMA

Page 6: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti

5PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU - PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

CARTA ORGANISASI PMINT

Page 7: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti

6 PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU - PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

MODEL PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

VISI PMINT Peneraju, Penjana dan Penyumbang utama pembangunan sosio ekonomi negeri

MISI PMINT Memajukan pelbagai sumber dan sektor untuk pembangunan ekonomi Negeri Terengganu ke arah kesejahteraan rakyat

TERAS STRATEGIK PMINT 2017-2021

STRATEGI UTAMA

K1MENERAJUI PEMBANGUNAN HARTANAH DI NEGERI TERENGGANU

L1MENJADIKAN PMINT SEBAGAI AGENSI PELAKSANA YANG KOMPETEN KEPADA KERAJAAN NEGERI & PERSEKUTUAN

P1MENINGKATKAN KUALITI REKA BENTUK PRODUK HARTANAH

B1MEMBUDAYAKAN AMALAN KERJA BERPRESTASI TINGGI

K2MENINGKATKAN PULANGAN/KEUNTUNGAN YANG OPTIMUM DARI PELABURAN YANG DIJALANKAN

L2MEMACU PENJENAMAAN SEMULA PMINT

P2MEMASTIKAN TAHAP KECEKAPAN YANG TINGGI DI DALAM MENGURUS PROJEK PEMBANGUNAN

B2MENGUKUHKAN DAN MENAMBAH NILAI TADBIR URUS KORPORAT ORGANISASI

K3MENCEBURI SEKTOR PERNIAGAAN BARU YANG BERPOTENSI

L3MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN

P3MEREKAYASA DAN MEMBERIKAN NILAI TAMBAH KEPADA POLISI DAN PROSEDUR OPERASI AGAR LEBIH CEKAP DAN BERKESAN

B3MEMPERKEMAS SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

K4MEMPERKUKUHKAN KEUPAYAAN PERNIAGAAN DI PERINGKAT KUMPULAN PMINT

B4MERANCAKKAN AGENDA PEMBANGUNAN BAKAT ORGANISASI BERTERASKAN KOMPETENSI

PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

KEWANGAN

TERAS STRATEGIK 1 TERAS STRATEGIK 2 TERAS STRATEGIK 3 TERAS STRATEGIK 4

MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MENGOPTIMA

KEUNTUNGAN

MEMANTAPKAN PERANAN DAN IMEJ PMINT

MENINGKATKAN KUALITI PRODUK DAN

MEMPERKASAKAN SISTEM PENYAMPAIAN

MEMANTAPKAN PENGURUSAN ORGANISASI

DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PELANGGAN PROSES PEMBANGUNAN

Page 8: UCAPAN TERULUNG PENGURUS BESAR - PMINTekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti

7PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU - PELAN STRATEGIK PMINT 2017-2021

RINGKASAN STATISTIK STRATEGIK PMINT 2017-2021

TERAS STRATEGIK 2

MEMANTAPKAN PERANAN DAN IMEJ

PMINT

PELANGGAN

TERAS STRATEGIK 3

MENINGKATKAN KUALITI

PRODUK DAN MEMPERKASAKAN

SISTEM PENYAMPAIAN

PROSES

TERAS STRATEGIK 4

MEMANTAPKAN PENGURUSAN

ORGANISASI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PEMBANGUNAN

4

26 23 15 18

43 3STRATEGI STRATEGI STRATEGI STRATEGI

PELAN TINDAKAN PELAN TINDAKAN PELAN TINDAKAN PELAN TINDAKAN

KEWANGAN

TERAS STRATEGIK 1

MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MENGOPTIMA KEUNTUNGAN