perkembangan sukan dan teori psikososial dalam kanak2

4
Dari aspek psikoanalisis mengikut Freud, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua 1990). Karl Groos dalam Teng Bon Tong 1984 mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai sifat kecenderungan untuk bermain dan ini adalah bersifat persediaan iaitu menyediakan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk masa akan datang. Menurut Erik Erikson yang mempelopori teori psikososial, teori perkembangan psikososial adalah salah satu teori keperibadian terbaik dalam psikologi. Beliau berkata bahawa tingkahlaku seseorang individu berkembang melalui interaksi sosial. Di samping itu, tingkahlaku individu juga akan sentiasa berubah berdasarkan pengalaman dan maklumat yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan orang lain. Dalam pada itu, permainan kini diakui akan membawa perkembangan jasmani, mental, sosial dan intelek dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Secara tidak langsung, perkembangan sukan dalam kalangan kanak-kanak adalah berhubungkait dengan teori-teori psikososial yang mana dinyatakan oleh beberapa tokoh bahawa bermain memberi kecenderungan kepada penyediaan kanak-kanak dari lima jenis aspek termasuklah juga aspek sosial. Kerana semasa bermain kanak-kanak akan mula berinteraksi dan ini sekali gus akan membantu perkembangan kanak-kanak dalam aspek jasmani, emosi, sosial dan intelek. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, psikososial berkaitan dengan atau melibatkan faktor atau pengaruh psikologi dan sosial. Menurut Sigmund Frued, teori psikososial berkaitan dengan prinsip-prinsip perkembangan psikologi dan sosial. Salah satu prinsip perkembangan psikososial adalah proses di mana anggota masyarakat saling berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain serta menentukan peranan yang mesti dimainkan oleh setiap anggota masyarakat untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Secara lumrahnya, penyertaan dalam sukan dalam kalangan kanak- kanak telah memberi kesan kepada aspek psikososial. Menurut Eccles dan Harold 1991, terdapat tida cara individu dipengaruhi untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi, situasi dan persekitaran dan faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara individu.

Upload: mothy-majitol

Post on 26-Nov-2015

206 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dari aspek psikoanalisis mengikut Freud, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua 1990). Karl Groos dalam Teng Bon Tong 1984 mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai sifat kecenderungan untuk bermain dan ini adalah bersifat persediaan iaitu menyediakan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk masa akan datang. Menurut Erik Erikson yang mempelopori teori psikososial, teori perkembangan psikososial adalah salah satu teori keperibadian terbaik dalam psikologi. Beliau berkata bahawa tingkahlaku seseorang individu berkembang melalui interaksi sosial. Di samping itu, tingkahlaku individu juga akan sentiasa berubah berdasarkan pengalaman dan maklumat yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan orang lain.Dalam pada itu, permainan kini diakui akan membawa perkembangan jasmani, mental, sosial dan intelek dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Secara tidak langsung, perkembangan sukan dalam kalangan kanak-kanak adalah berhubungkait dengan teori-teori psikososial yang mana dinyatakan oleh beberapa tokoh bahawa bermain memberi kecenderungan kepada penyediaan kanak-kanak dari lima jenis aspek termasuklah juga aspek sosial. Kerana semasa bermain kanak-kanak akan mula berinteraksi dan ini sekali gus akan membantu perkembangan kanak-kanak dalam aspek jasmani, emosi, sosial dan intelek.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, psikososial berkaitan dengan atau melibatkan faktor atau pengaruh psikologi dan sosial. Menurut Sigmund Frued, teori psikososial berkaitan dengan prinsip-prinsip perkembangan psikologi dan sosial. Salah satu prinsip perkembangan psikososial adalah proses di mana anggota masyarakat saling berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain serta menentukan peranan yang mesti dimainkan oleh setiap anggota masyarakat untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.Secara lumrahnya, penyertaan dalam sukan dalam kalangan kanak-kanak telah memberi kesan kepada aspek psikososial. Menurut Eccles dan Harold 1991, terdapat tida cara individu dipengaruhi untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi, situasi dan persekitaran dan faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara individu. Dalam konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan dalam kehidupan seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan mempebgaruhi penglibatan mereka dalam sukan (Greendorfer 1992). Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh saudara tua sama ada abang atau adik turut mempengaruhi penglibatan kanak-kanak dalam sukan (Eccles dan Harold 1991) dan (Greendorfer 1992).Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan salin berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kanak-kanak akan saling mengenali, mempelajari dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut. Proses ini boleh berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan. Proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada sesorang individu. Sebagai contoh, sukan bola sepak adalah contoh yang jeles proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui kasut bola yang digunakan oleh pemain terkemuka Christiano Ronaldo yang ditaja oleh NIKE. Kini ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini serta memakai jenama NIKE sebagai lambang semangat sukan dalam diri individu tersebut.Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institut sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu taktikal, kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah. Oleh itu, jelas bahawa perkembangan sukan dalam kalangan kanak-kanak mempunyai hubungkait dengan teori psikososial. Merujuk kepada isi yang seterusnya iaitu bagaimana sukan dapat membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan emosi, rohani dan intelek kanak-kanak. Dalam kehidupan seharian setiap individu memerlukan pergerakan untuk melakukan semua perkara dan untuk membantu perkembangan motor individu. Pergerakan menggunakan otot-otot secara maksimum adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otot kanak-kanak. Oleh yang demikian, guru atau jurulatihlah yang perlu merangsang kanak-kanak untuk menggunakan otot-otot tersebut untuk melakukan pergerakan. Sebagai contoh, seorang murid yang boleh berlari dengan laju tetapi bukan dengan teknik yang betul. Maka itu, guru bertindak membantu murid tersebut memberi latihan untuk membetulkan larian murid tersebut sehinggalah murid tersebut boleh berlari dengan lebih laju serta teknik larian yang betul. Daripada situ, ia boleh dikaitkan dengan sukan olahraga balapan iaitu lari pecut. Secara tidak langsung ia telah memberi kesan yang positif kepada perkembangan fizikal murid tersebut yang mana sebelum ini murid tersebut tidak berlari dengan teknik yang betul tetapi selepas dilatih maka pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya semakin baik dan digunakan secara maksimum dalam larian pecut.Bukan sahaja dari aspek fizikal, namun sukan juga membantu murid dari aspek perkembangan emosi. Dalam sukan akan wujud proses sosialisasi di mana kanak-kanak akan bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dengan rasa gembira. Secara tidak langsung ini akan membantu perkembangan emosi kanak-kanak kerana melalui interaksi dan pergaulan serta penerapan nilai-nilai, kanak-kanak dapat membentuk tingkahlaku emosi positif sama ada emosi gembira semasa mendapat kejayaan, emosi sedih semasa menerima kekalahan, dan sebagainya. Secara tidak langsung, dalam sukan juga, kanak-kanak dapat belajar mengawal emosi mereka dengan menghayati peraturan-peraturan sukan tersebut.Dari aspek perkembangan kognitif atau intelek, sukan melibatkan aktiviti fizikal secara aktif. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan menggunakan akal fikiran untuk membantu mereka memenangi dalam sesuatu sukan atau permainan. Aktiviti fizikal akan menyebabkan oksigen disalurkan ke dalam tubuh badan dan otak dengan banyak. Jelaslah bahawa otak yang mengandungi oksigen adalah otak yang baik dan dapat merangsang minda. Selain badan cergas, otak turut menjadi cerdas.Dalam aspek perkembangan emosi pula dapat kita kaitkan dalam salah satu domain perkembangan dalam Pendidikan Jasmani iaitu domain afektif. Domain afektif ialah berkaitan dengan dengan perkembangan emosi, penerapan nilai dan pembentukkan tingkahlaku murid. Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid akan belajar mengenai kemahiran dalam sukan-sukan. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat bergaul bersama rakan-rakan sebaya dengan rasa gembira, menunjukkan keseronokkan semasa bermain dan beraktiviti, berlaku adil, belajar menerima kekalahan dan kemenangan, bersikap menghormati, disiplin dan kerjasama dalam kumpulan. Secara tidak langsung, daripada aspek-aspek tersebut murid telah mengalami perkembangan emosi.