perkembangan kanak2.pptx

16
PERKEMBANGAN

Upload: malliga-samian

Post on 02-Nov-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN

PERKEMBANGANKonsep PerkembanganPerkembangan merujuk Crow and Crow iaitu perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.Menurut Karl G. Garisson (1975) perkembangan ini terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan ialah mengikut urutan semulajadi dan bersifat sejagat. Ianya merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh faktor genetik.Menurut D.S Wright dan Ann Tylor perkembangan merupakan perubahan yang berlaku dalam warisan hayat.

Ciri-ciri perkembangan kanak-kanakPerubahan bersifat kualitatifKualitatif bermaksud tidak boleh diukur.

Perkembangan hanya boleh diperhatikan melalui perubahan yang berlaku ke atas kanak-kanak seperti perubahan dalam penggunaan bahasa, penggunaan perkataan, latihan dan pembelajaran.

Perubahan berlaku memperlihatkan sifat yang berlainanPerubahan yang berlaku akibat perkembangan akan memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat terdahulu.

Sifat perubahan yang tidak dapat diukur tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang lebih dahulu.

Berlaku secara berterusanBerlaku secara berterusan semenjak lahir hingga ke akhir hayat.

Perkembangan tidak akan berlaku secara tersekat-sekat atau berhenti pada peringkat pertengahan, tetapi perkembangan terus berlaku walaupun pada peringkat umur yang lanjut.Berbeza bagi setiap individuProses perkembangan antara seorang individu dengan individu yang lain tidak sama walaupun peringkat umur yang sama kerana bergantung kepada genetik, persekitaran, pemakanan, kematangan dan kesihatan seseorang.

Berlaku mengikut pola dan urutanPerkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu serta dikawal oleh faktor kematangan.

Proses perkembangan ini juga telah membawa kepada perubahan ke arah sifat-sifat sejagat serta mengikut aturan semula jadi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanakFaktor Baka (Genetik)Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.

Menurut Ernest R. Hilgard, mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.

Menurut W.E. Vinacke, menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu.

Menurut Amram Schienfeld, menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.

Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.

Pengaruh baka terhadap perkembangan kanak- kanak boleh dilihat daripada ciri ciri berikut:

Fizikal - meliputi warna kulit, warna rambut, warna mata, jenis kumpulan darah dan saiz tubuh badan.

Fisiologi - tahap kesihatan kanak-kanak, ibu bapa yang sihat akan melahirkan anak yang sihat dan sebaliknya.

sahsiah - sikap introvert atau ekstrovert.

Mental - kecerdasan seseorang individu. Faktor persekitaranMenurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.

Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.

W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

Faktor ini dilihat sebelum dan selepas kelahiran.

Faktor faktor sebelum kelahiran (pernatal)

Pemakanan.Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.

Kesihatan Ibu.Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta.

Emosi Ibu.Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat.

Umur Ibu.Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.

Faktor-faktor selepas kelahiran

Pemakanan. Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan.Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit.

Keluarga.Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu.Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak.

Rakan Sebaya.

Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama.Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.

Sekolah.

Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan.