peringkat perkembangan guru

13
PERINGKAT - PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU Menjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa, perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri. TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU Teori Keprihatinan (Fuller,1969) Teori keprihatinan mengkonsepkan perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru dari peringkat keprihatinan terhadap diri (guru) kepada tugas (pengajaran) dan seterusnya impak (pelajar). a. Peringkat Kemandirian Diri - Guru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain. b. Peringkat Tugas -Peringkat perkembangan kedua, iaitu keprihatinan guru adalah terhadap memperbaiki pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran. c.Peringkat Impak -Peringkat Ketiga dalam perkembangan guru, iaitu guru mulai melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai pelbagai keperluan. Rumusan; Perkembangan guru sebagai proses semula jadi. -perubahan kepada persekitaran pembelajaran seperti perubahan kurikulum, perubahan tahap kelas yang diajar dan perubahan tempat bertugas boleh menyebabkan peringkat perkembangan guru berbalik ke peringkat yang lebih rendah.

Upload: so-good

Post on 27-Dec-2015

131 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Peringkat Perkembangan Guru

PERINGKAT - PERINGKAT PERKEMBANGAN GURUMenjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa, perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri.

TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller,1969)

Teori keprihatinan mengkonsepkan perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru dari peringkat keprihatinan terhadap diri (guru) kepada tugas (pengajaran) dan seterusnya impak (pelajar).  

a. Peringkat Kemandirian Diri- Guru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain.

b. Peringkat Tugas-Peringkat perkembangan kedua, iaitu keprihatinan guru adalah terhadap memperbaiki pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran.

c.Peringkat Impak-Peringkat Ketiga dalam perkembangan guru, iaitu guru mulai melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai pelbagai keperluan. 

Rumusan; Perkembangan guru sebagai proses semula jadi.-perubahan kepada persekitaran pembelajaran seperti perubahan kurikulum, perubahan tahap kelas yang diajar dan perubahan tempat bertugas boleh menyebabkan peringkat perkembangan guru berbalik ke peringkat yang lebih rendah.

Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)-mula mempelajari cara mengajar-mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran-masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan

b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)-menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.

Page 2: Peringkat Perkembangan Guru

-pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan

c. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)- memiliki kelayakan ikhtisas-lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza

d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)-Mahir dalam bidangnya-Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)-guru yang gemilang dan terbilang-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.-orang yang berautoriti dalam profesionnya-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah.

IMPLIKASI KEPADA GURU: PERJALANAN DARI NOVIS KE PAKAR

-kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh teras pengetahuan:1. isi kandungan2. pedagogi am3.kurikulum4.kandungan pedagogi5.tentang pelajar dan ciri - ciri pelajar6.tentang konteks pendidikan7.tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan

Pengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut.

Perbandingan kandungan pengetahuan pedagogi guru novis dan guru pakar: 

Page 3: Peringkat Perkembangan Guru

Guru Novis

-pengetahuan isi kandungan adalah terhad secara diskret/berasingan-tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran

Guru Pakar

-pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara bersepadu-tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai-mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam perwakilan struktur kognitifnya-memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konteks.

Perkara yang Perlu Diberi Penekanan:

-sokongan dan bimbingan semasa program keguruan-latihan atau aktiviti menjurus perkembangan domain pengetahuan spesifik-kursus - kursus ditawarkan dalam program latihan keguruan menyeimbangkan teori dan amali-penghayatan pengurusan bilik darjah

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru- Peringkat novis- Peringkat novis lanjutan- Peringkat cekap- Peringkat mahir- Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak

Page 4: Peringkat Perkembangan Guru

sekolah- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru- Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap :- Ada kecekapan pada tahap minimum- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus.- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Mahir- Terbaik dalam bidang- Menjadi teladan profesionalisme- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar- Menyerlahkan diri secara profesionalisme- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.

Page 5: Peringkat Perkembangan Guru

- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.Posted by galaduit at 12:40 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Guru CekapMenjadi guru cekap :- Kecekapan profesionalisme- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip- Keutuhan peribadi- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh- Berkongsi visi yang sama- Bakti disemai bukti dituai- Penambahbaikan berterusan- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Guru Berkesan

Ciri guru berkesan :- Profesional- Mempamer kekuatan teori- Kaya ilmu

Page 6: Peringkat Perkembangan Guru

- Bertindak atas landasan etika kerja- Morality yang teguh- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian- Professional dengan PNP di sekolah- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.

Guru Mahir

- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

Guru Berintelek- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)Guru mahir perlulah :- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik- Dapat memberikan motivasi yang berkesan- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.

Kesimpulan :

Page 7: Peringkat Perkembangan Guru

Kemahiran guru yang perlu ada :- Kemahiran penyampaian- Kemahiran penilaian- Kemahiran merangsang- Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar

Definisi Guru Pakar :- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :- Sahsiah terpuji- Berketrampilan- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etikaperkhidmatan awam- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar- ‘role model’ kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran- Menjadi pakar rujuk PNP- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

Hasil kerja :- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.

Potensi :- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang

Page 8: Peringkat Perkembangan Guru

pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan

1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi. 

Fokus isu :- Guru baru sering menghadapi masalah :guru besar dan guru: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar: masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan:- Kurang mahir urus Koku- Kurang mahir urus aktiviti sukan- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah- Kurang teori dan amalan latihan- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber- Kurang kemahiran sosial

Asas Kepemimpinan: Nota Bab 4: Peringkat Perkembangan Guru dan Akauntabiliti Keguruan

PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

1)    PERINGKAT PERKEMBANGAN  Guru Permulaan  Guru Cekap  Guru Berkesan  Guru Mahir  Guru Pakar

Page 9: Peringkat Perkembangan Guru

2)    Cabaran Guru Permulaan;  Dikatakan pasif, tidak kreatif & imaginatif.  Belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.  Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah.

3)    Ciri-ciri Guru Permulaan;  Mula mengaplikasikan kaedah mengajar  Memahami fakta, konsep & perkara asas pengajaran  Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru  Kurang berupaya menangani tugas harian guru

4)    Fokus Guru Permulaan;  Mempunyai kualiti dan kebolehan diri  Melaksanakan P&P  Pelaksanaan aktiviti kokurikulum  Pengurusan tempat kerja (sekolah)  Penyesuaian diri dengan budaya sekolah  Peka dan sentiasa mendapatkan informasi  Mempunyai kepelbagaian idea

5)    Guru Cekep;  Mempunyai kecekapan dari segi:-–        Profesionalisme–        Melaksanakan visi dan misi–        Keterampilan peribadi–        Mengaplikasikan ICT–        Kecerdasan mental dan intelektual–        Kestabilan emosi–        Kebijaksanaan dan kepimpinan  Guru cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum.  Guru mula mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi

khusus.  Guru  memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.

6)    Guru Mahir;  Guru terbaik dalam bidangnya.  Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P.  Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi  Berkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.  Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang

membangunkan murid  Mahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya.  Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri

7)    Guru Pakar;  Sentiasa menyerlahkan kepimpinan profesional.

Page 10: Peringkat Perkembangan Guru

  Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum.  Dianggap sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.  Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.