peringkat penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur

17

Click here to load reader

Upload: fixone

Post on 27-Jun-2015

877 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kemahiran Mendengar dan Bertutur1. Peringkat Penguasaan2. Unsur dan Faktor Keberkesanan

3. Prinsip Pengajaran

Page 2: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur

(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.

Page 3: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secarapertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa danayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

Page 4: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Peringkat –Peringkat Kemahiran BertuturPeringkat awal(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi- situasi tertentu;(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;(g) Memberi arahan;(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.

Page 5: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Peringkat –Peringkat Kemahiran BertuturPeringkat pertengahan(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar- gambar bersiri(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;

Page 6: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;(i) Memberi komen secara mudah; dan(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Page 7: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Peringkat –Peringkat Kemahiran BertuturPeringkat maju(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, prosesdan sebagainya;(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;

Page 8: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan)(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;(j) Mendeklamsi puisi(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Page 9: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan

a) Kecerdasan: merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat aspek penting dalam pertumbuhan

dan perkembangan bahasab) Kesihatan: merujuk kepada tahap kesihatan yang

cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;

Page 10: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan

c) Fizikal: berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;

Page 11: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan

d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi

akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak- kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;

Page 12: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan

e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan 16 perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.

Page 13: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan

f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh

lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.

Page 14: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis.(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamikdan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;

Page 15: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

Page 16: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar(e) Guru tidak perlu terlalu ghairah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan;(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderunganmendengar dalam kalangan kanak-kanak;(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.

Page 17: Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Tamat