pergerakan asas

12
1.0 PENDAHULUAN Satu ujian bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (semester 2) iaitu Ujian Amali Kemahiran Pergerakan Asas akan diadakan pada 01 oktober 2010 bertempat di Dewan Agung, IPGM Kampus Persekutuan, Pulau Pinang. Semua pelajar kursus PISMP (semester 2) diwajibkan menjalani ujian amali pergerakan asas ini. Antara komponen-komponen yang akan dinilai di dalam ujian amali ini adalah pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta 5 pergerakan memanipulatif alatan. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang melibatkan perubahan arah manakala pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang berpaksi pada satu titik atau tidak mengalami perubahan arah. Apabila seseorang melakukan pergerakan tetapi ia masih tetap di titik tersebut ataupun statik maka pergerakan tersebut dinamakan sebagai pergerakan bukan lokomotor contohnya membongkokkan badan, berdiri, menegakkan badan dan sebagainya. Bagi mencantikkan lagi pergerakan yang dilakukan, pelajar boleh memanipulatifkan alatan seperti menggunakan bola, tali, gelung, pundi kacang, reben dan sebagainya. Manipulatif alatan pula ialah pergerakan yang menggunakan alatan samada secara lokomotor ataupun bukan lokomotor. Dalam menjalani penilaian ujian amali ini, kami juga diwajibkan untuk menyediakan kertas kerja berkaitan dengan ujian amali yang akan dilakukan pada hari penilaian. Di dalamnya terkandung perancangan rangkaian 20 pergerakan untuk penilaian termasuk 5 pergerakan dalam memanipulatif alatan yang diberi. Dalam ujian penilaian ini, kami akan dinilai oleh

Upload: syairul-asraf-safar

Post on 30-Nov-2014

786 views

Category:

Sports


1 download

DESCRIPTION

Membincangkan komponen-komponen yang akan dinilai di dalam ujian amali ini dan memfokuskan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta 5 pergerakan memanipulatif alatan.

TRANSCRIPT

Page 1: Pergerakan Asas

1.0 PENDAHULUAN

Satu ujian bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (semester 2)

iaitu Ujian Amali Kemahiran Pergerakan Asas akan diadakan pada 01 oktober 2010

bertempat di Dewan Agung, IPGM Kampus Persekutuan, Pulau Pinang. Semua

pelajar kursus PISMP (semester 2) diwajibkan menjalani ujian amali pergerakan

asas ini. Antara komponen-komponen yang akan dinilai di dalam ujian amali ini

adalah pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta 5 pergerakan

memanipulatif alatan.

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang melibatkan perubahan arah

manakala pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang berpaksi pada satu

titik atau tidak mengalami perubahan arah. Apabila seseorang melakukan

pergerakan tetapi ia masih tetap di titik tersebut ataupun statik maka pergerakan

tersebut dinamakan sebagai pergerakan bukan lokomotor contohnya

membongkokkan badan, berdiri, menegakkan badan dan sebagainya. Bagi

mencantikkan lagi pergerakan yang dilakukan, pelajar boleh memanipulatifkan alatan

seperti menggunakan bola, tali, gelung, pundi kacang, reben dan sebagainya.

Manipulatif alatan pula ialah pergerakan yang menggunakan alatan samada secara

lokomotor ataupun bukan lokomotor.

Dalam menjalani penilaian ujian amali ini, kami juga diwajibkan untuk

menyediakan kertas kerja berkaitan dengan ujian amali yang akan dilakukan pada

hari penilaian. Di dalamnya terkandung perancangan rangkaian 20 pergerakan untuk

penilaian termasuk 5 pergerakan dalam memanipulatif alatan yang diberi. Dalam

ujian penilaian ini, kami akan dinilai oleh beberapa orang panel yang terdiri daripada

pensyarah maktab ini dan juga pensyarah daripada maktab berdekatan. Penilaian ini

akan dijalankan secara individu pada tarikh yang ditetapkan.

Page 2: Pergerakan Asas

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama ujian amali ini adalah untuk melengkapkan bakal-bakal guru

dengan kemahiran pergerakan asas yang telah dipelajari iaitu pergerakan lokomotor

dan bukan lokomotor serta menilai kemampuan mereka untuk melakukan

pergerakan asas yang pelbagai dan menarik dengan memanipulatif alatan di

samping dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.

Di samping itu juga, ujian ini bermatlamat memberi pendedahan awal dan

latihan kemahiran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan kecergasan mereka dari segi pelbagai

aspek. Dengan adanya pendedahan awal ini juga, pelajar lebih mudah mengaplikasi

pergerakan-pergerakan yang dipelajari pada waktu lapang mereka dan mungkin ada

diantara mereka yang menjadikannya sebagai hobi untuk memastikan diri dalam

keadaan sihat sentiasa.

Seterusnya, ujian ini juga mendorong pelajar untuk memahami dan

mendalami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan

iaitu ruang, masa dan kuasa dalam meningkatkan kemahiran koordinasi anggota

badan dan pergerakan bagi kanak-kanak serta membantu pelajar memperbaiki dan

mempertingkatkan lagi mutu pergerakan aktiviti seharian mereka. Hal ini juga dapat

membantu pelajar untuk lebih mahir dalam pergerakan mereka.

Page 3: Pergerakan Asas

4.0 OBJEKTIF

Memperkenalkan pelbagai jenis pergerakan lokomotor dan kepelbagaian

pergerakan bukan lokomotor kepada pelajar.

Supaya pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak tertumpu pada teori,

sebaliknya juga pada aspek praktikalnya.

Melihat ciri-ciri kreatif dan nilai estetika yang ada pada pelajar ketika

melakukan kombinasi pergerakan yang mempunyai kesinambungan.

Melakukan penilaian terhadap para pelajar supaya mereka berkemahiran

untuk mempraktikkan pergerakan yang telah dipelajari dalam pengajaran.

Menilai tahap penguasaan dan kemampuan fizikal para pelajar dalam

melakukan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor bersama

alatan.

Menguatkan pergerakan otot pelajar.

Melatih dan mendorong pelajar dalam melakukan kemahiran pergerakan asas

yang betul.

Membolehkan pelajar mengaplikasi pergerakan dalam aktiviti seharian.

Melatih proses keseimbangan badan dalam pergerakan pelajar.

Page 4: Pergerakan Asas

2.0 PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu

Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran

Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen

utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran

Memanipulasikan Alatan.

Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke

tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat

dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun

dan pusing-putar.

2.1 Lokomotor

Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat

dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak

Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan

Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-

1. Berjalan

2. Berlari

3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )

4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )

5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki

berselang seli )

Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :

1. Skip

2. Galop

3. Melongsor

Page 5: Pergerakan Asas

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau setempat

dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup,

naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar

menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-

1. Meregang

2. Memusing

3. Membongkok

4. Menghayun

5. Menolak

6. Menarik

7. Mengilas

8. Bangkit

9. Rebah

10.Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya

Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan

merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya,

pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di

atas:

1. Merangkak = membongkok + berjalan

2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih

langkah berjalan atau berlari

3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong

4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan

Page 6: Pergerakan Asas

2.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk

mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid

sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan

mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.

Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola

besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa

manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-

i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak,

memukul, mengumpan dan merejam

ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut

iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid

sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih

bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-

kemahiran asas sukan.

Page 7: Pergerakan Asas

5.0 MAKLUMAT UJIAN AMALI (PERGERAKAN ASAS)

TARIKH : 5 hingga 7 Oktober 2010.

MASA : 8.00 pagi/2.30 petang

TEMPAT : Dewan Agung IPGM Kampus Persekutuan, Pulau

Pinang.

KUMPULAN SASARAN : 7 hingga 12 tahun (murid-murid sekolah rendah)

PENILAI : Pensyarah Pendidikan Jasmani

6.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu dilalui

oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza untuk

setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan lokomotor

manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini turut

melibatkan 5 pergerakan manipulasi alatan dalam setiap pergerakan yang ingin

dilakukan oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri

untuk mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.

Berikut adalah senarai alatan-alatan yang digunakan dalam ujian tersebut:

Senarai peralatan berat :

Papan anjal Tilam Peti lombol Tangga Skitel besar Bangku panjang

Senarai alatan tangan :

Gelung rotan

Page 8: Pergerakan Asas

KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan

2.0 Pengenalan

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Maklumat Ujian Amali

6.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

7.0 Litar Pergerakan

8.0 Rumusan

Page 9: Pergerakan Asas

8.0 RUMUSAN

Justeru dengan penyediaan kertas kerja Ujian Amali Pergerakan Asas bagi

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, para pelajar dapat menambahkan

pengetahuan dan pengalaman dalam menjalankan kerja yang lebih teratur dan

sistematik. Persediaan yang rapi dan khusus juga dapat menghasilkan tugasan dan

aktiviti yang baik serta berkesan.

Ujian ini juga dapat membantu para pelajar supaya lebih bersedia dari segi

fizikal dan mentalnya. Lantaran, mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukan hanya

dipelajari dengan teori, malah merangkumi praktikal dan latihan. Hal ini menunjukkan

bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah suatu mata pelajaran yang

diangggap tidak mencabar dan mudah malah ia juga mengandungi objektif dan

matlamat seperti mata pelajaran yang lain. Kertas kerja ini mengandungi semua

maklumat yang berkaitan dengan Ujian Amali Pergerakan Asas untuk dijadikan

rujukan kepada penilai semasa penilaian dan menjadi panduan kepada pelajar.

Dalam pada itu, sebagai pelajar, kita wajib mengetahui segala apa yang

dipelajari untuk dipraktikkan pada masa akan datang di mana akan wujudnya

cabaran-cabaran yang harus ditempuhi sepanjang perjalanan hidup ini. Sebagai

bakal guru, semua ini haruslah diambil serius supaya kelak tidak kekok dan dapat

menyesuaikan diri di sekolah dengan baik.