perbincangan implikasi sistem pendidikan era british terhadap masyarakat tempatan

4
PERBINCANGAN IMPLIKASI SISTEM PENDIDIKAN ERA BRITISH TERHADAP MASYARAKAT TEMPATAN. PENGENALAN Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris telah memberi impak yang besar ke atas masyarakat tempatan. Sistem sekolah vernakular diperkenalkan apabila kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri-negeri selat. Penjajahan British telah membawa banyak kesan kepada masyarakat tempatan. ISI PERTAMA Implikasi sistem pendidikan era British terhadap masyarakat tempatan ialah mewujudkan pelbagai jenis sekolah yang memisahkan kaum. Hal ini menyebahkan semua kaum tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan tidak mewujudkan perpaduan. berbagai-bagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai.

Upload: malarvilee

Post on 22-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota pismp sjh

TRANSCRIPT

Page 1: Perbincangan Implikasi Sistem Pendidikan Era British Terhadap Masyarakat Tempatan

PERBINCANGAN IMPLIKASI SISTEM PENDIDIKAN ERA BRITISH TERHADAP

MASYARAKAT TEMPATAN.

PENGENALAN

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris telah memberi

impak yang besar ke atas masyarakat tempatan.

Sistem sekolah vernakular diperkenalkan apabila kerajaan British mula

mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri-negeri selat. 

Penjajahan British telah membawa banyak kesan kepada masyarakat

tempatan.

ISI PERTAMA

Implikasi sistem pendidikan era British terhadap masyarakat tempatan ialah

mewujudkan pelbagai jenis sekolah yang memisahkan kaum.

Hal ini menyebahkan semua kaum tidak dapat berkomunikasi antara satu

sama lain dan tidak mewujudkan perpaduan.

berbagai-bagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah

Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi

pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak.

Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja.

Kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang

lain.

Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan

tercapai.

Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan

bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-

bandar sahaja. Hal ini kerana pendidikan di sekolah Inggeris terbuka untuk

semua orang.

Tidak mempunyai bahasa pengantar yang tunggal.

Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu

menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di

samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan

sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

Page 2: Perbincangan Implikasi Sistem Pendidikan Era British Terhadap Masyarakat Tempatan

Hal ini menyebahkan semua kaum hanya boleh berbual sesama kaum

sahaja. Hal ini menyebahkan perpaduan tidak tercapai dalam kalangan

semua kaum.

Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka

sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain. (boleh

melihat berdasarkan kedudukan geografinya)

sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa Kampung, Sekolah Cina pula

terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian .

Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana

penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai

di Tanah Melayu. Penjajah Inggeris memisahkan semua kaum mengikut

bidang mengikut dasar yang diamalkan iaitu dasar pecah dan perintah. Hal ini

tidak mewujudkan perpaduan.

Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak

sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri.

Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran dan

sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di

England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan

mengira. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di

Negara China dan India.

Hubungan etnik pada zaman Penjajahan Inggeris semakin hari semakin

menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa

berdarah pada 13 Mei 1963.

ISI KEDUA

Page 3: Perbincangan Implikasi Sistem Pendidikan Era British Terhadap Masyarakat Tempatan

Seterusnya adalah kesan pendidikan terhadap orang melayu. Secara

umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak

British telah gagal mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri.

Kehadiran anak-anak Melayu di sekolah-sekolah Melayu ketika itu bukanlah

atas dasar keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi disebabkan oleh

paksaan yang telah dikenakan oleh British.

Pencerobohan British ke atas sistem pengajian tradisional al-Quran sedikit

sebanyak telah menyinggung hati orang Melayu.

Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang

setanding dengan orang-orang yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu telah

tidak tercapai.

Anak-anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu, akan terus pulang ke

kampung halaman mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani, buruh,

guru, polis atau peon.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sememangnya pihak Inggeris hanya memperkenalkan sistem

pendidikan semata- mata untuk memenuhi keperluan dan kehendajk mereka

sahaja.

Mereka tidak begitu prihatin dengan pendidikan sehingga mengundang

kepada masalah perpaduan.

Kemuncak masalah ini adalah peristiwa 13 Mei 1963.