bab 5 rumusan, perbincangan, implikasi dan cadangan...

55
288 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN Pengenalan Bab ini merumuskan dapatan kajian tentang syarat-syarat pengajaran yang wujud dalam persekitaran pengajaran TMK, strategi dan hasil pengajaran komponen TMK dalam KPLI. Berdasarkan rumusan dapatan kajian tersebut, bab ini membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan kajian dan implikasinya kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalan dalam program pendidikan guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Cadangan untuk kajian lanjut berkaitan dengan bidang yang dikaji juga disyorkan. Rumusan Dapatan Kajian Bahagian ini merumuskan dapatan kajian terhadap syarat, strategi, dan hasil pengajaran komponen TMK dalam program pendidikan guru KPLI. Proses inkuiri pengkaji yang meneroka syarat-syarat pengajaran komponen TMK, menemui lima syarat pengajaran yang mempengaruhi strategi pengajaran komponen TMK iaitu; sukatan pelajaran, kriteria guru pelatih, prestasi prasarana TMK, peranan prasarana sokongan, dan halangan-halangan pengajaran komponen TMK. Syarat-syarat pengajaran tersebut telah mempengaruhi pensyarah untuk memilih dan menggunakan strategi pra pengajaran, strategi ekspositori atau pendedahan, strategi amali, strategi berorientasikan masalah, strategi dwibahasa, strategi pemantauan, dan strategi membina insan guru dalam pengajaran komponen TMK. Penggunaan strategi-strategi tersebut telah menghasilkan guru-guru pelatih yang mempunyai pengetahuan dan

Upload: phunghanh

Post on 03-Mar-2018

318 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

288

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Pengenalan

Bab ini merumuskan dapatan kajian tentang syarat-syarat pengajaran yang

wujud dalam persekitaran pengajaran TMK, strategi dan hasil pengajaran komponen

TMK dalam KPLI. Berdasarkan rumusan dapatan kajian tersebut, bab ini

membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan kajian dan implikasinya

kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

penambahbaikan terhadap amalan dalam program pendidikan guru Kursus Perguruan

Lepas Ijazah. Cadangan untuk kajian lanjut berkaitan dengan bidang yang dikaji juga

disyorkan.

Rumusan Dapatan Kajian

Bahagian ini merumuskan dapatan kajian terhadap syarat, strategi, dan hasil

pengajaran komponen TMK dalam program pendidikan guru KPLI. Proses inkuiri

pengkaji yang meneroka syarat-syarat pengajaran komponen TMK, menemui lima

syarat pengajaran yang mempengaruhi strategi pengajaran komponen TMK iaitu;

sukatan pelajaran, kriteria guru pelatih, prestasi prasarana TMK, peranan prasarana

sokongan, dan halangan-halangan pengajaran komponen TMK. Syarat-syarat

pengajaran tersebut telah mempengaruhi pensyarah untuk memilih dan menggunakan

strategi pra pengajaran, strategi ekspositori atau pendedahan, strategi amali, strategi

berorientasikan masalah, strategi dwibahasa, strategi pemantauan, dan strategi

membina insan guru dalam pengajaran komponen TMK. Penggunaan strategi-strategi

tersebut telah menghasilkan guru-guru pelatih yang mempunyai pengetahuan dan

Page 2: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

289

kefahaman verbal TMK, kemahiran mengaplikasikan perisian dan perkakasan TMK,

kemahiran menyelesaikan masalah, dan menghasilkan media kreatif mengikut bidang

masing-masing. Guru pelatih juga telah membina sikap positif terhadap

pengintegrasian TMK untuk menjadi guru permulaan yang terlatih.

Berdasarkan dapatan kajian ini permasalahan yang menyebabkan kajian ini

perlu dijalankan dapat dijelaskan. Kajian ini telah menyumbang maklumat terhadap

dapatan dan saranan kajian-kajian lain yang telah dijalankan oleh penyelidik dalam

kalangan pendidik guru yang mendapati wujudnya percanggahan terhadap

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam program latihan guru. Permasalahan

terhadap kurangnya guru-guru sekolah mengintegrasikan TMK dalam amalan

pengajaran dan pembelajaran juga dapat dileraikan sebahagian daripada punca yang

menyebabkan isu ini ditimbulkan dalam pendidikan pada akhir-akhir ini. Begitu juga

gambaran kepada pematuhan program latihan guru di nagara ini terhadap dasar-dasar

yang disarankan oleh UNESCO dapat difahami sejauh mana amalan program

pendidikan guru kita berjaya mencapainya. Justeru, kos perbelanjaan kerajaan

persekutuan melalui KPM yang telah membiayai pelbagai program dan inisiatif TMK

dalam melaksanakan dasar pendidikan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

dapat diulas dengan justifikasi yang munasabah.

Permasalahan-permasalahan tersebut dihuraikan sebaik mungkin melalui

tajuk-tajuk yang terdapat dalam rumusan, perbincangan, implikasi dan cadangan

penambah-baikan terhadap langkah-langkah untuk mempertingkatkan amalan dalam

pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran komponen TMK dalam

program pendidikan guru khususnya dan bidang lain amnya.

Page 3: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

290

Rumusan Syarat Pengajaran TMK

Kajian ini merumuskan bahawa syarat-syarat pengajaran komponen TMK

adalah unik. Keunikan ini berlaku kerana syarat-syarat pengajaran bagi komponen

TMK berbeza dengan mata-mata pelajaran lain. Satu ciri penting yang sangat

signifikan telah difahami terdapat dalam syarat-syarat pengajaran TMK ialah

keperluan infrastruktur. Infrastruktur atau prasarana dalam persekitaran pengajaran

TMK telah muncul sebagai satu syarat pengajaran yang asas dan merentas ke seluruh

pengajaran.

Oleh kerana infrastruktur telah menjadi tulang belakang kepada proses

pengajaran komponen TMK dalam program pendidikan guru, maka prasarana yang

terdiri daripada perkakasan dan perisian teknologi komputer serta sistem jaringan

komunikasi menjadi satu syarat penting diperlukan dalam proses pengajaran. Walau

bagaimanapun, syarat-syarat pengajaran lain seperti objektif pengajaran, kriteria

pelajar, halangan-halangan serta guru juga penting dalam menyokong proses

pembelajaran pada tahap optimum.

Ciri unik berkaitan persekitaran tersebut dijelaskan dalam Model PDPL

(Persekitaran Dalaman & Persekitaran Luaran) seperti dalam Rajah 5.1. Syarat-syarat

pengajaran yang wujud dalam persekitaran pengajaran TMK menunjukkan bahawa

entiti persekitaran dalam pengajaran ini mempunyai sempadan. Sempadan tersebut

memisahkan antara syarat-syarat persekitaran dalaman dengan syarat-syarat

persekitaran luaran. Sempadan yang memisahkan antara persekitaran dalaman dengan

persekitaran luaran seperti dalam rajah tersebut.

Page 4: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

291

Model PDPL

Berdasarkan kajian terhadap syarat-syarat pengajaran, kajian ini mengutarakan

Model PDPL. Kefahaman yang baik tenang model ini dapat membantu pensyarah

membuat perancangan pengajaran TMK dengan lebih rapi dan sempurna. Kefahaman

tentang unsur-unsur yang wujud dalam persekitaran ini boleh membantu pensyarah

meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya syarat-syarat tertentu diabaikan,

umpamanya dari segi prasarana. Prasarana yang kurang keupayaan dari segi

kecekapan untuk mencapai dan memproses maklumat, menyebabkan banyak masa

boleh terkorban, semata-mata kerana menunggu masa komputer memproses input

yang dimasukkan.

Rajah 5.1

Model PDPL: Syarat-syarat pengajaran dalam persekitaran pengajaran

komponen TMK

☻Kriteria Pensyarah

☺Pengetahuan

☺Kemahiran

☺Sikap

☺Kepercayaan

☼ Syarat Pengajaran

Dalaman

◙ Persekitaran Dalaman

(Internal Environment)

◙ Persekitaran Luaran

(External Environment)

☼ Syarat Pengajaran

Luaran

☻Sukatan Pelajaran

☺Merancang objektif pengajaran

☻Kriteria guru pelatih

☺Kepelbagaian latar belakang

☺Pendedahan awal

☺Keyakinan dan minat

☺Jurang perbezaan kemahiran asas

☻Prestasi Prasarana Pengajaran

☺Keupayaan infrastruktur

☺Kegagalan perkakasan

☺Pakej perisian pembelajaran

☺Penyelenggaraan

☺Masalah serangan virus

☻Infrastruktur Sokongan

☺Sokongan pengurusan atasan

☺Peranan jabatan teknologi

☺Makmal komputer pelajar

☻Halangan

☺Prestasi dan bilangan terhad

☺Peruntukan masa interaksi

☺Jadual guru pelatih terlalu padat

Page 5: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

292

Penggunaan perisian versi lama juga boleh merendahkan motivasi guru pelatih

kerana gagal memenuhi keperluan guru pelatih yang bermotivasi tinggi untuk

mempelajari TMK. Keadaan sebegini dengan jelas boleh menjadi halangan dalam

proses pengajaran dan menjejaskan pencapaian objektif pembelajaran.

Penyelenggaraan perkakasan dan perisian yang tidak cekap, menjadi punca mengapa

keadaan ini boleh berlaku.

Rajah 5.1 menunjukkan unsur-unsur persekitaran pengajaran TMK yang

wujud dalam bilik darjah. Rajah tersebut juga menjelaskan tentang keadaan syarat-

syarat pengajaran yang boleh dilihat satu demi satu mengikut fungsi masing-masing.

Teori reka bentuk pengajaran Reigeluth yang menghuraikan tentang syarat-syarat

pengajaran, sebenarnya adalah satu entiti yang kompleks dalam konteks pengajaran

komponen TMK. Kajian ini telah menjelaskan tentang unsur-unsur yang wujud dalam

persekitaran pengajaran, dengan menghuraikan secara terperinci syarat-syarat

pengajaran yang wujud sebagai satu entiti yang mempunyai pengaruh dalam proses

pengajaran.

Kajian ini menjelaskan bahawa syarat-syarat pengajaran wujud sebagai unsur

yang membentuk persekitaran pengajaran. Persekitaran pengajaran TMK dalam

konteks pendidikan guru, boleh dibahagikan kepada dua kategori utama. Iaitu

persekitaran pengajaran yang terlibat secara langsung dengan pengajaran yang

dikenali sebagai Persekitaran Dalaman. Syarat-syarat pengajaran yang menyokong

pelaksanaan pengajaran pula dikenali sebagai Persekitaran Luaran. Kedua-dua

persekitaran pengajaran ini mempunyai perhubungan yang saling bergantung antara

satu sama lain, dan mempengaruhi kecekapan pelaksanaan pengajaran.

Page 6: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

293

a. Persekitaran Dalaman

Persekitaran dalaman mengandungi tiga unsur syarat pengajaran yang

mempunyai pengaruh terhadap pengajaran, iaitu Syarat Dalaman, Syarat Luaran, dan

Halangan. Syarat-syarat pengajaran ini terlibat secara langsung dengan proses

pengajaran di dalam bilik darjah. Persekitaran dalaman ini didapati lebih bersifat

mikro, justeru boleh dikenal pasti sebagai Persekitaran Mikro Pengajaran.

b. Persekitaran Luaran

Persekitaran Luaran pula adalah syarat-syarat yang bukan terlibat secara

langsung dengan proses pengajaran. Syarat pengajaran ini juga dikenali sebagai faktor

yang menyokong proses pengajaran tetapi berada di luar bilik darjah. Walau

bagaimanapun unsur-unsur dalam syarat pengajaran jenis ini, seperti pihak

pengurusan institut, unit atau jabatan yang menguruskan pelaksanaan kurikulum, dan

pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan program latihan guru

mempengaruhi proses pengajaran. Kajian ini mendapati persekitaran luaran ini, lebih

bersifat makro kerana adanya hubungan dalam bentuk tidak langsung dengan unsur-

unsur luar bilik darjah tersebut. Justeru, persekitaran ini juga dikenali sebagai

Persekitaran Makro Pengajaran dalam konteks pengajaran komponen TMK dalam

latihan guru.

Melihat dari segi profil, persekitaran pengajaran boleh dikategorikan kepada

dua: Persekitaran Dalaman, dan Persekitaran Luaran. Apabila diteliti dengan lebih

mendalam wujud perbezaan antara persekitaran pengajaran satu mata pelajaran

dengan satu mata pelajaran yang lain. Ini bermakna bahawa persekitaran pengajaran

bagi sesuatu mata pelajaran itu adalah unik. Oleh yang demikian, pengaruh

persekitaran pengajaran terhadap proses menyampaikan isi pelajaran yang berlainan

Page 7: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

294

adalah berbeza, ini mempengaruhi strategi untuk menyampaikan pengetahuan isi

kandungan bagi suatu mata pelajaran. Justeru, persekitaran pengajaran TMK

memerlukan infrastruktur dan prasarana yang memerlukan kos yang tinggi untuk

meletakkan kecekapan syarat pengajaran itu dapat melicinkan proses pengajaran

komponen TMK.

Keunikan persekitaran pengajaran komponen TMK ini harus difahami oleh

pendidik guru supaya membolehkan pengajarannya dapat menghasilkan pembelajaran

yang bermakna kepada pelajar. Syarat-syarat pengajaran dalam pengajaran

berteknologi yang telah disediakan oleh KPM melalui berbagai program dan insentif

TMK kepada BPG dan institut perguruan demi untuk melaksanakan pengajaran

komponen TMK telah dimanfaatkan dengan sebaiknya, walaupun masih terdapat

banyak isu yang harus diteliti dan diperbaiki dalam amalan pengurusan dan

penggunaannya.

Jurang perbezaan antara yang dicapai dengan matlamat yang telah ditetapkan

oleh program latihan guru (Abd. Latif, 2000) yang telah dikenal pasti dalam kajian-

kajian lalu yang memerlukan penambahbaikan telah dikesan perubahannya hasil

tindakan pihak yang berkepentingan. Penyediaan makmal-makmal pembelajaran

untuk TMK oleh KPM ke arah pembelajaran berasaskan web di institut-institut

perguruan telah membolehkan pembelajaran komponen TMK dilaksanakan.

Rumusan Penggunaan Strategi dan Hasil Pengajaran

Kajian ini telah mendapati bahawa penggunaan strategi ekspositori, strategi

amali, dan strategi penyelesaian masalah memerlukan pensyarah membina konteks

kepada pengajarannya. Strategi ini bukan sahaja menuntut pensyarah membina

konteks sahaja, bahkan juga memerlukan pensyarah menjelaskan objektif pengajaran

Page 8: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

295

kepada pelajar, merangsang pengetahuan pelajaran yang lalu, dan juga mengajukan

bahan-bahan rangsangan dengan ciri-ciri yang tersendiri. Cara mempersembahkan isi

pelajaran dengan menekankan contoh-contoh dan mengaktifkan kognitif guru pelatih

untuk memproses maklumat pengajaran juga perlu dilakukan oleh pensyarah untuk

menjayakan strategi ekspositori.

Disebabkan strategi ekspositori, strategi amali, dan strategi penyelesaian

masalah menuntut banyak langkah sebagai asas kepadanya maka strategi kompleks-

dinamik, dan strategi arah kendiri kurang mendapat perhatian pensyarah. Dua strategi

tersebut telah terabai.

Justeru, kajian ini merumuskan bahawa pengajaran komponen TMK dalam

program KPLI banyak tertumpu kepada penggunaan strategi ekspositori, strategi

amali dan strategi berorientasikan masalah sahaja. Pengajaran komponen TMK dalam

program pendidikan guru KPLI di institut perguruan kurang menekankan strategi

pengajaran yang mencabar kebolehan pelajar; seperti strategi kompleks-dinamik. Oleh

yang demikian, pelajar memperoleh pengetahuan deklaratif dan pengetahuan

prosedural (Anderson, 1983) sahaja. Pemerolehan kemahiran generik dan kognitif aras

tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat kurang dititik beratkan.

Rajah 6.3, merumuskan penggunaan strategi-strategi pengajaran yang telah

digunakan dalam pengajaran TMK dalam KPLI. Penggunaan strategi yang menjurus

ke arah hasil pembelajaran arah kendiri adalah kurang. Penggunaan strategi

berorientasikan masalah digunakan dalam pengajaran TMK apabila pelajar

menyelesaikan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh sukatan pelajaran sahaja.

Persoalan yang timbul dari kajian ini ialah, mengapakah strategi kompleks dinamik

kurang mendapat perhatian pensyarah dalam pengajaran mereka ?

Page 9: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

296

Pengalaman

Arah Kendiri

Strategi Pra

Pengajaran

Strategi Amali

Strategi

Berorientasikan

Masalah

Strategi

Kompleks-Dinamik

Hasil Pengajaran:

Kesediaan Pembelajarann

Kefahaman Verbal

Mengawal Halangan

Hasil Pembelajaran:

Pembinaan Pengetahuan Baru

Proses / Produk Kreatif

Sikap Mengintegrasikan TMK

Sistem Kognitif Total

Hasil Pengajaran:

Pengetahuan dan Kefahanan Verbal

Pengetahuan Prosedura

Penggunaan Pengetahuan

Hasil Pembelajaran:

Kompleksiti Kognitif

Strategi

Ekspositori

Strategi Dwi

Bahasa

Strategi

Pemantauan

Hasil Pembelajaran:

Pengetahuan Prosedural

Mengaplikasikan Perisian

Kemahiran Psikomotor /

Perkakasan

Penyelesaian Masalah /

Membuat Keputusan

Pengetahuan Kontekstual

Rajah 5.2

Strategi Bersepadu Pengajaran Komponen TMK dalam KPLI

Adalah difahami bahawa penggunaan strategi dalam pengajaran komponen

TMK dalam program pendidikan guru lebih banyak tertumpu kepada penggunaan

strategi ekspositori, dan semakin berkurangan kepada penggunaan strategi yang lebih

mencabar seperti strategi kognitif yang kompleks, dan ke arah pengalaman arah

kendiri. Sedangkan pensyarah harus menggunakan strategi yang lebih mencabar untuk

memastikan guru pelatih boleh menguasai kemahiran kognitif aras tinggi atau higher

order cognitive skills.

Persoalan mengapa pensyarah kurang menggunakan strategi yang lebih

kompleks, adalah kerana sukatan pelajaran Pengurusan Sumber yang digunakan

sebagai panduan melaksanakan pengajaran komponen TMK kurang menekankan

aspek perkembangan kognitif aras tinggi dan kurang menggalakan kreativiti.

Page 10: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

297

Strategi pengajaran TMK dalam KPLI didapati demikian rupa keadaannya

kerana sukatan pelajaran yang dikaji, mempunyai struktur dan kandungan yang harus

dibaiki. Penekankan kepada pemerolehan pengetahuan kognitif aras tinggi tidak

dirancang dengan teliti. Kajian ini merumuskan bahawa sukatan pelajaran tersebut

harus disemak semula untuk diperbaiki supaya dapat memenuhi keperluan guru pada

waktu ini dan dekad akan datang. Jika sukatan pelajaran tersebut tidak diperbaiki

dengan menyenaraikan strategi-strategi pengajaran yang sesuai dengan keadaan dan

kehendak semasa, maka penguasaan TPACK tidak mungkin akan berlaku dalam

kalangan guru-guru yang dilatih oleh institut pendidikan guru.

Penemuan ini telah memberi gambaran tentang permasalahan mengapa guru-

guru kurang menggunakan TMK dalam pengajaran mereka. Sebahagian daripada

punca kepada permasalahan tersebut adalah disebabkan penggunaan strategi

kompleks-dinamik dan pembelajaran arah kendiri kurang dilaksanakan dalam

pengajaran komponen TMK. Justeru, implikasinya guru pelatih setelah mereka tamat

latihan, tidak mengekalkan dan tidak meneruskan amalan mengintegrasikan TMK

dalam tugas harian dan dalam pengajaran bilik darjah masing-masing. Walaupun telah

difahami terdapat faktor-faktor negatif lain yang kurang menggalakkan guru-guru

pelatih yang telah bertugas di sekolah selepas tamat latihan. Strategi kompleks-

dinamik yang membawa kepada pembelajaran arah kendiri yang sewajarnya menjadi

amalan dalam program latihan guru harus dipromosikan melalui program-program

pengayaan yang mementingkan TMK sebagai alat ke arah pembelajaran arah kendiri.

Implikasi Terhadap Teori dan Amalan Pengajaran TMK

Syarat-syarat yang wujud dalam persekitaran pengajaran komponen TMK

adalah terlibat secara langsung dengan diri pensyarah. Unsur-unsur persekitaran

Page 11: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

298

inilah yang membentuk syarat-syarat pengajaran TMK yang terdiri daripada; kriteria

pelajar, sukatan pelajaran atau objektif pengajaran, dan halangan-halangan yang boleh

menggugat pencapaian objektif pengajaran.

Selain daripada unsur-unsur tersebut terdapat unsur lain yang difahami turut

mempengaruhi pengajaran iaitu prasarana. Prasarana yang disediakan harus selaras

dengan keperluan isi kandungan pelajaran supaya menyokong pencapaian objektif

pembelajaran. Begitu juga dengan kriteria diri pensyarah (guru) itu sendiri, ia harus

mempunyai keterampilan pengetahuan teknologi pedagogi isi kandungan untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan serta membentuk keperibadian mulia pelajar-

pelajarnya.

Justeru, langkah KPM yang menyalurkan peruntukan melalui berbagai

program TMK dalam pendidikan, dan pembestarian sekolah sejak tahun 2000 (Jadual

2.2) dapat dilihat kesannya. KPM yang menyediakan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran TMK yang dilengkapi dengan infrastruktur dan prasarana berteknologi

telah berjaya memberi peluang guru pelatih mengikuti sistem latihan guru yang

selaras dengan keperluan semasa. Kewujudan persekitaran pengajaran berteknologi

ini telah mengubah strategi penyampaian ilmu pengetahuan kepada guru pelatih.

Perubahan dalam strategi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran

dalam program latihan guru ini telah memenuhi hasrat UNESCO yang menyarankan

supaya program latihan guru menyediakan peluang pembelajaran yang membantu

guru pelatih menggunakan teknologi untuk belajar, berkomunikasi dan membina

produk pengetahuan (UNESCO, 2002, h. 58). Ini telah memperlihatkan

perkembangan pesat telah berlaku dalam program latihan di Malaysia. Program

latihan guru yang sedang berjalan di institut-institut pendidikan guru hari ini harus

terus diperkemas kini dengan berbagai program yang dapat memberi peluang yang

Page 12: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

299

lebih baik dalam membina kemahiran TMK aras tinggi supaya dapat bersaing dengan

negara-negara lain.

Konsep Persekitaran Pengajaran

Berdasarkan rumusan yang menyatakan bahawa syarat-syarat pengajaran

mempunyai dwi profil iaitu dalaman dan luaran, maka persekitaran pengajaran TMK

boleh ditakrifkan sebagai keadaan syarat-syarat pengajaran yang mempengaruhi

proses penyampaian isi kandungan pelajaran yang harus dikawal oleh guru supaya

menyumbang kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Justeru,

kajian ini menyokong teori behaviorist yang menekankan tentang pentingnya

pengaruh persekitaran terhadap pembelajaran seseorang individu. Seperti pendapat

behaviourist Corey (1971) dalam Burton, Moore, dan Magliaro (2004), telah

menekankan tentang kepentingan persekitaran pembelajaran ketika mereka bentuk

pengajaran. Beliau menyenaraikannya sebagai satu daripada elemen dalam model

pengajarannya, dengan menjelaskan … “membina persekitaran pengajaran – ini

melibatkan pembinaan suatu persekitaran yang akan membantu pelajar melaksanakan

tingkah laku yang diharapkan hasil dari stimuli dan situasi yang telah dibentuk”.

Berdasarkan perbincangan ini, terdapat unsur utama yang membentuk

persekitaran pengajaran TMK. Di mana unsur-unsur ini menjadi syarat penting untuk

diketahui dan diaplikasikan dalam pengajaran TMK. Syarat-syarat pengajaran yang

dikenal pasti itu telah mempengaruhi penggunaan strategi pengajaran pensyarah.

Profil persekitaran pengajaran yang ditemui di dalam kajian ini menunjukkan bahawa

persekitaran pengajaran TMK adalah unik jika dibandingkan dengan pengajaran mata

pelajaran lain dalam konteks latihan guru. Keunikan inilah yang harus dikuasai oleh

Page 13: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

300

pensyarah TMK yang membezakan pengajaran komponen TMK dengan mata

pelajaran lain.

Apabila membincangkan isu berkaitan syarat pengajaran, sebenarnya ia

menyentuh isu unsur-unsur yang wujud dalam persekitaran bilik darjah. Persekitaran

bilik darjah ini merupakan satu bahagian daripada elemen pengajaran yang amat

penting yang kerap terabai secara tidak disedari oleh pensyarah / guru. Ia mempunyai

hubungan yang amat berpengaruh terhadap pemilihan dan penggunaan strategi

pengajaran yang akhirnya memberi impak kepada pemerolehan pengetahuan guru

pelatih. Persekitaran pengajaran TMK mempunyai profil yang tersendiri seperti yang

telah digambarkan dalam rajah persekitaran pengajaran TMK di awal bab ini. Lantas

membawa kepada pengajaran yang tidak mencapai objektif kerana pensyarah gagal

memahaminya.

Kegagalan pensyarah memilih strategi pengajaran yang melibatkan

penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran mereka adalah disebabkan oleh

kecetekan pengetahuan tentang perkara ini (profil persekitaran dan hubungannya

dengan pengajaran). Satu kajian lanjut yang memberi fokus kepada profil persekitaran

pengajaran dan melihat bagaimana hubungan dan pengaruhnya terhadap penggunaan

strategi pengajaran harus dilakukan.

Kajian yang mendalam berfokus kepada profil persekitaran pengajaran boleh

memberi kefahaman yang lebih baik tentang proses pengajaran dan pembelajaran

berorientasikan teknologi supaya masalah-masalah yang timbul dalam persekitaran

pengajaran berteknologi mudah diramal dan dikuasai. Persoalannya adalah,

bagaimanakah cara untuk memastikan kefahaman tentang konsep persekitaran

pengajaran TMK ini agar boleh difahami dengan baik dalam kalangan pensyarah

TMK dan pensyarah dalam bidang lain amnya ?

Page 14: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

301

Justeru, semua pihak yang terlibat dengan program latihan guru perlu celik

teknologi atau celik digital (techno-literate), khususnya staf akademik yang

mengkhusus dalam bidang selain daripada teknologi pengajaran. Pensyarah dalam

pengkhususan lain seperti bahasa, sains dan matematik, sains sosial dan kemanusiaan,

Pendidikan Islam dan Moral, kokurikulum, dan sebagainya harus menguasai

kemahiran mengintegrasikan TMK dalam pengajaran mereka pada Fasa Ketiga iaitu

mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran guru pelatih berpandukan Piawaian

Kecekapan Guru Dalam Pengintegrasian TMK seperti Technology Integration

Standard Configuration Matrix ringkasnya TISCM (Mills, 2000). Semua strategi

penyampaian dalam program pendidikan guru harus berorientasikan teknologi yang

merentas kurikulum.

Proses Pengajaran

Keterampilan pensyarah adalah unsur penting dalam syarat pengajaran.

Pensyarah yang mengajar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran TMK yang

mencukupi untuk mereka bentuk, membangun, melaksana, mengurus dan menilai

pengajarannya. Dari segi pengetahuan isi kandungan, kemahiran mengintegrasikan

TMK dalam pengajaran, sikap dan kepercayaan terhadap aspek-aspek seperti

kepentingan peranan teknologi adalah asas penting yang boleh membantu pensyarah

mencapai objektif pengajaran. Secara umum apabila lebih lama pengalaman seseorang

pensyarah itu mengajar, maka lebih mahir ia melaksanakan pengajarannya.

Justeru, untuk memastikan pengajaran komponen TMK berkesan, faktor

pensyarah yang berperanan menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada guru

pelatih adalah sama penting dengan unsur-unsur lain. Tanpa pensyarah proses

pengajaran dalam bilik darjah tidak boleh berlangsung, tanpa prasarana teknologi,

Page 15: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

302

pengajaran berlangsung dalam kepincangan. Pelaksanaan pengajaran komponen TMK

harus mengambil kira kriteria pensyarah sebagai faktor penting semasa menentukan

tenaga pengajar. Pemilihan pensyarah harus mempunyai latar belakang akademik

dalam bidang TMK dengan pengalaman mengajar yang melebihi lima tahun, untuk

mengajar komponen TMK dalam program pendidikan guru, supaya masalah

ketidakcekapan pelaksanaan pengajaran tidak akan timbul.

Dalam konteks pelaksanaan sukatan pelajaran komponen TMK, KPLI di

institut pendidikan guru, pensyarah berhadapan dengan cabaran lain. Pensyarah harus

menguasai komponen Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan, selain daripada

komponen TMK. Justeru, institut pendidikan guru harus mempunyai pensyarah yang

versatile yang cenderung dan cekap dalam berbagai lapangan teknologi dalam

pendidikan. Cara untuk mengatasi cabaran itu ialah dengan memberi latihan kepada

pensyarah dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain yang berkaitan,

bukan sahaja tentang komponen TMK, dan Teknologi dalam Pendidikan bahkan

meliputi pengurusan TMK dalam sektor pendidikan, pengurusan maklumat dan ilmu

pengetahuan, dan sebagainya yang dapat meningkatkan keterampilan pendidik guru.

Ringkasnya, sumber tenaga manusia untuk melaksanakan pengajaran komponen TMK

ini memerlukan pensyarah yang bersifat versatile dan resourceful. Begitu juga dengan

pensyarah-pensyarah dalam bidang-bidang lain yang terdapat dalam sistem latihan

guru di institut pendidikan guru harus menguasai keterampilan tersebut.

Perkara lain yang perlu ditimbulkan berkaitan masalah yang timbul dalam

proses pengajaran komponen TMK ialah persepsi individu pensyarah itu sendiri.

Pensyarah acap kali membuat andaian bahawa guru-guru pelatih adalah sama dengan

diri pensyarah dalam proses pembelajaran TMK. Pensyarah cenderung menerangkan

sesuatu isi pelajaran mengikut cara dia memahami sesuatu konsep, menggunakan

Page 16: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

303

contoh yang lazim dan biasa digunakan olehnya, serta menggunakan teknik yang

mudah pada pandangannya, semasa melaksanakan strategi pengajaran.

Dengan mengandaikan guru pelatih sedemikian rupa, maka tanggapan ini

menjadikan guru pelatih mengalami kesukaran untuk mempelajari ilmu pengetahuan

baru tentang TMK, lebih-lebih lagi apabila pengetahuan berbentuk prosedural yang

ingin diterapkan. Sikap „mengandaikan pelajar sama dengan diri pensyarah‟ ini adalah

satu punca yang boleh membawa kepada kegagalan pelajar mengikuti pengajaran

pensyarah.

Justeru, pensyarah harus menghapuskan tanggapan ini dengan cara

menganalisis dan memahami aspek kriteria pelajar mereka dengan teliti dan

menyeluruh. Kriteria pelajar yang harus difahami merangkumi kepelbagaian latar

belakang pelajar, pendedahan awal mereka, keyakinan diri, dan minat mereka

terhadap TMK. Jurang perbezaan kemahiran asas TMK yang ada dalam kalangan

guru-guru pelatih mereka harus difahami juga. Pandangan ini selaras dengan pendapat

Smith dan Ragan (1999), yang pernah menyatakan bahawa;

Kita cenderung untuk menjelaskan sesuatu mengikut cara kita

memahaminya, menggunakan contoh yang biasa kepada kita, dan

menggunakan teknik pengajaran yang berkesan mengikut

pandangan kita. Jenis ethnocentrism yang tersembunyi ini boleh

mendatangkan mudarat buruk kepada reka bentuk pengajaran (h.

46).

Justeru, pensyarah harus merancang pengajarannya mengikut kriteria-kriteria

pelajar seperti yang diingini oleh pelajar, sebaliknya bukan mengikut rasa atau

pandangan peribadi individu pensyarah itu sendiri. Untuk membolehkan pensyarah

merancang dengan baik, sukatan pelajaran yang dirujuki haruslah lengkap dengan

menghuraikan matlamat dan objektif sukatan, peruntukan jam interaksi, tajuk isi

Page 17: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

304

kandungan, kaedah dan strategi pengajaran, bahan-bahan sokongan dan kaedah

penilaian pengajaran yang saintifik.

Dokumen sukatan pelajaran bagi Pengurusan Sumber harus terlebih dahulu

diperbaiki dengan penambahbaikan yang inovatif dan futuristik. Penambah-baikan

sukatan harus merujuk kepada strategi mengintegrasikan TMK dalam proforma kursus

bagi mata pelajaran ini. Pada waktu yang sama, pandangan dan pendapat peribadi

individu pensyarah juga tidak boleh dinafikan sama sekali. Keseimbangan di antara

dua aspek ini perlu diimbangi supaya hasil pengajaran terbaik dapat direalisasikan

berpandukan sukatan pelajaran yang lengkap dan sempurna.

Kurikulum KPLI

Kurikulum dan sukatan pelajaran adalah satu unsur penting dalam syarat-

syarat pengajaran. Kurikulum ini penting kerana ia memandu pensyarah untuk

mencapai matlamat dan tujuan kursus di akhir pengajarannya. Daripada sukatan

pelajaran ini objektif pengajaran dibentuk selaras dengan isi kandungan pelajaran

yang disampaikan. Sukatan pelajaran yang menjadi dokumen utama rujukan

pensyarah untuk merancang pengajaran sudah seharusnya lengkap dan mengandungi

aspek-aspek seperti matlamat, tujuan dan objektif yang ingin dicapai melalui sukatan

pelajaran itu dalam kerangka empoh masa kursus yang munasabah. Strategi dan

huraian tentang hasil pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar sudah seharusnya

dinyatakan dengan jelas dan jitu dalam sukatan pelajaran yang mementingkan

komponen TMK. Memanjangkan tempoh kursus bagi program KPLI adalah satu

langkah yang munasabah disebabkan kekangan tempoh masa kursus dua semester

sahaja adalah tidak mencukupi untuk memberi berbagai pendedahan dalam program

latihan yang sedia ada.

Page 18: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

305

Transformasi Sukatan Pelajaran Komponen TMK

Sukatan pelajaran kursus ini adalah dokumen utama rujukan pensyarah untuk

merancang pengajaran, kerana analisis terhadap matlamat dan objektif sukatan

pelajaran (AD02-02) menunjukkan terdapat tajuk pelajaran tetapi tidak mempunyai

objektif pengajaran. Sudah seharusnya ia perlu lengkap dan mengandungi aspek-aspek

seperti matlamat, tujuan dan objektif serta isi kandungan sesuai dengan keperluan

semasa yang memenuhi kriteria tertentu untuk melahirkan guru yang berketerampilan

dalam Abad 21.

Syarat ini harus dititik beratkan kerana menurut Dick dan Carrey (1994) dalam

bukunya bertajuk Systematic Instructional Design and Models, menegaskan bahawa

pembinaan objektif pengajaran yang sempurna harus mengandungi tiga unsur utama

berikut: istilah tingkah laku yang boleh diukur; keadaan bagaimana tingkah laku itu

ditunjukkan oleh pelajar; dan syarat yang dikenakan bagi pencapaian objektif.

Rothwell dan Kazanas (1992) pula, menegaskan supaya guru menjawab tiga

persoalan berikut semasa membina objektif pencapaian untuk pengajarannya, iaitu; a)

What should the learner be able to do at the end of instruction ? b) How well should

the learner be able to perform at the end of instruction ? c) What conditions must exist

for the learner to perform as desired ? (h.126).

Oleh yang demikian, dalam sukatan pelajaran bagi pengajaran komponen

TMK harus memenuhi kriteria tersebut. Bagi pensyarah pula harus memahami dan

tahu membezakan jenis-jenis objektif sebelum berupaya membina objektif pengajaran

dengan sempurna. Dalam proses mereka bentuk pengajaran pensyarah memerlukan

sukatan pelajaran yang lengkap, jelas dan sempurna mengandungi matlamat, tujuan,

Page 19: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

306

dan domain objektif secara spesifik. Dengan demikian, penggubalan sukatan pelajaran

baru yang lengkap adalah wajar supaya dapat membantu pensyarah menggunakan

domain-domain objektif yang sesuai agar pengajaran komponen TMK dapat

menunjukkan hasil seperti yang memenuhi kehendak semasa.

Semasa mereka bentuk pengajaran, khususnya ketika membina objektif

pengajaran, pensyarah harus menyediakan kategori objektif yang merangkumi domain

kognitif, afektif dan psikomotor yang lebih jauh. Pengajaran komponen TMK harus

mempunyai objektif pengajaran yang menjurus ke arah memanfaatkan potensi guru

pelatih yang mahir menghasilkan produk atau media pengajaran yang kreatif . Dengan

mengambil kira faktor ini guru pelatih akan mempunyai ruang untuk menunjukkan

potensi mereka dalam pelbagai lapangan semasa melalui program latihan di institut

perguruan.

Begitu juga dalam pembentukan sikap dan sahsiah serta nilai-nilai murni

keguruan seseorang guru pelatih boleh terbina. Justeru, hasil pembelajaran yang

menjurus ke arah … kemahiran praktikal, penguasaan keupayaan kognitif dan kaedah

saintifik dalam pemikiran, penguasaan kemahiran teknologi dan mengurus maklumat,

serta keperibadian etika, nilai dan profesionalisme…. seperti yang telah ditetapkan

dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KPT, 2007) perlu disemak dan diperbaiki

setiap lima tahun supaya relevan dengan tuntutan semasa pendidikan bagi Sekolah

Bestari yang diiktiraf menjadi satu flagship dalam pembangunan dan kemajuan MSC

(Multimedia Super Corridor) Malaysia yang wujud sejak 1997 lagi.

Isi kandungan sukatan pelajaran Pengurusan Sumber KPLI didapati terlalu

luas. Dalam komponen TMK sahaja meliputi tajuk-tajuk seperti aplikasi pemproses

perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik, pangkalan data, internet

dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PPBK) dan lain-

Page 20: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

307

lain. Ditambah pula dengan komponen Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan.

Masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan sukatan ini ialah dua jam kredit untuk

keseluruhan program KPLI.

Justeru, peruntukan masa yang sedemikian rupa telah mengekang pensyarah

untuk melaksanakan sukatan dengan baik. Keadaan ini harus dielakkan supaya

pensyarah mempunyai masa dan ruang yang sesuai serta mencukupi untuk

menghabiskan sukatan pelajaran. Sekiranya semua isi kandungan tersebut perlu

dikekalkan dalam sukatan pelajaran, maka kurikulum KPLI harus peruntukan jumlah

jam interaksi yang sewajarnya dalam komponen Asas Dinamika Guru.

Peruntukan jam interaksi sebanyak 2 jam kredit untuk komponen TMK, 1 jam

kredit untuk komponen Teknologi Pendidikan, dan 1 jam kredit untuk komponen

Sains Perpustakaan adalah sesuai dan mencukupi untuk pensyarah menyelesaikan

semua komponen sukatan tersebut.

Oleh yang demikian, struktur sukatan pelajaran harus lebih realistik, dan

sistematik. Aspek memperuntukkan jumlah jam interaksi yang munasabah dengan

skop tajuk isi pelajaran yang tersenarai untuk dihabiskan dalam tempoh tertentu harus

diubahsuai apabila penambah-baikan dilakukan. Saranan yang terbaik ialah, sukatan

yang dikaji ini harus disemak semula untuk memperbaiki struktur dan peruntukan

masanya supaya sejajar dengan keperluan semasa. Para penggubal sukatan ini wajar

mengambil kira dua aspek tersebut yang telah dikenal pasti untuk diperbaiki.

Semua guru pelatih juga mempunyai potensi yang boleh digilap. Mereka

mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti latar belakang, usia, dan

pengalaman semasa menuntut di peringkat ijazah pertama mereka. Kriteria seorang

guru pelatih dengan seorang guru pelatih yang lain telah dikenal pasti menunjukkan

jurang perbezaan kemahiran yang besar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran

Page 21: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

308

TMK. Kajian ini mendapati kriteria ini mendatangkan kesan kepada strategi

pengajaran. Faktor ini boleh menyebabkan guru pelatih yang lemah tercicir semasa

dalam proses pembelajarannya, manakala mereka yang mempunyai kemahiran asas

dapat menguasi pengetahuan dan kemahiran yang baru dengan baik.

Justeru, jurang perbezaan kemahiran asas TMK yang besar dalam kalangan

guru pelatih harus ditangani oleh pensyarah dengan bijak. Ketepatan pensyarah

memilih strategi pengajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka yang

mempunyai jurang perbezaan pengetahuan dan kemahiran asas TMK ini, akan dapat

mewujudkan proses pembelajaran kemahiran-kemahiran dalam TMK dengan lebih

berkesan.

Dalam proses mereka bentuk pengajaran, maklumat dan pengetahuan

pensyarah tentang ciri-ciri pelajar mereka menjadi faktor penting untuk menyusun dan

menentukan strategi yang wajar digunakan. Reigeluth (1987), menggunakan istilah

the nature of the learner sebagai konsep yang sinonim dengan ciri pelajar. Justeru,

pensyarah harus menganalisis ciri-ciri guru pelatih terlebih dahulu, kerana ia memberi

maklumat kepada pensyarah dalam merancang pengajaran.

Heinich, Molenda, Russell, dan Smaldinao (1999), menerangkan terdapat tiga

kategori ciri semula jadi pelajar yang sepatutnya diambil kira semasa pensyarah

mereka bentuk pengajaran iaitu; ciri umum (general characteristics), kebolehan

khusus (specific entry characteristic), dan gaya pembelajaran (learning styles). Oleh

itu pada peringkat awal proses merancang, perhatian harus diberikan kepada ciri,

kebolehan, dan pengalaman guru pelatih. Untuk mengendalikan aktiviti pengajaran

kepada guru pelatih, pensyarah wajib memperoleh maklumat tentang kebolehan,

keperluan, dan minat pelajar. Justeru menyaring pemilihan calon pelajar untuk

menjadi guru pelatih seperti yang diamalkan oleh KPM adalah wajar sekali.

Page 22: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

309

Langkah pensyarah menganalisis maklumat tentang ciri guru pelatih mereka

tidak harus dilakukan secara sambil lewa sahaja. Tindakan ini adalah langkah asas

untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Kegagalan pensyarah memahami dan

menggunakan maklumat tentang kriteria guru pelatih, menjadikan pensyarah asing

kepada mereka, dan boleh menjerumuskan pensyarah ke dalam kancah pengajaran

yang membosankan. Maka guru-guru yang dilahirkan dari program latihan guru ini

menjadi guru yang serba kekurangan dalam banyak aspek termasuk sikap yang negatif

terhadap usaha mengintegrasikan TMK dalam pendidikan.

Dalam konteks pemilihan media dalam pengajaran, Aronson dan Briggs

(1983), menegaskan ciri pelajar seperti umur, pengalaman, dan kebolehan

mempelajari sesuatu konsep melalui media pengajaran perlu diambil kira semasa

mereka bentuk pengajaran. Menurut Morrison, et al (2004), ciri peribadi, dan sosial

pelajar, turut menjadi isu dalam merancang pengajaran kerana ia boleh mendatangkan

impak kepada reka bentuk dan pelaksanaan pengajaran yang tidak menghasilkan

manfaat yang baik. Ringkasnya, maklumat lanjut yang lebih mendalam tentang guru

pelatih amat membantu pensyarah dalam merancang strategi pengajarannya.

Berdasarkan kriteria yang digariskan oleh Morrison, pemboleh ubah mana

yang paling penting mendatangkan kesan kepada pengajaran, ia banyak bergantung

kepada keadaan dan persekitaran dalam aktiviti pembelajaran yang dikendalikan oleh

pensyarah. Bagi kebanyakan sarjana dalam bidang teknologi pengajaran berpendapat

bahawa, motivasi dan sikap pelajar terhadap isi kandungan pelajaran, menjadi faktor

penentu kepada pengajaran berkesan (Driscoll, 2000; Keller, 1983; Keller &

Litchfield, 2002). Sudah pasti guru pelatih yang bersikap mementingkan pengetahuan

akan berusaha untuk menguasai sesuatu konsep dan kemahiran yang diajarkan.

Mereka mempunyai motivasi yang lebih tinggi, berbanding dengan pelajar lain yang

Page 23: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

310

sambil lewa terhadap pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Isu persekitaran ini

harus diselidiki dengan lebih mendalam oleh pengkaji dalam bidang teknologi

pengajaran pada masa hadapan.

Morrison et al. (2004), menjelaskan “…dengan mengetahui kemahiran, sikap,

atau kebolehan pelajar, kepentingannya adalah jelas untuk menentukan tahap

kesukaran pengajaran”. Lanjutan daripada itu, jika pensyarah memahami kemahiran

asas dan sikap guru pelatih mereka, maka pensyarah akan dapat melaksanakan

pengajaran yang akan mencabar kebolehan guru pelatih. Walaupun sebahagian besar

daripada mereka memerlukan sokongan dan bantuan untuk menguasai sesuatu konsep

atau kemahiran, proses pembelajaran mereka akan menjadi lebih bermakna. Justeru,

apabila pensyarah mengetahui guru pelatih telah menguasai kemahiran asas komputer,

mempunyai akses kepada internet, mahir mencetak dokumen, telah memiliki

komputer sendiri dengan perisian yang sesuai, berpengalaman menggunakan aplikasi,

dan bermotivasi menjadi guru, maka pengetahuan ini akan memanfaatkan pensyarah

semasa mereka bentuk pengajaran.

Menurut Morrison et al., (2004), menguji tahap kesediaan pelajar sebelum

melaksanakan pengajaran amat sesuai dilaksanakan selepas pensyarah selesai mereka

bentuk pengajaran. Melalui ujian seperti itu pensyarah boleh mendapat maklumat

tentang tahap penguasaan kemahiran asas TMK guru pelatih. Dari situ pensyarah akan

dapat mengenal pasti guru pelatih yang berpengalaman dan mahir dalam TMK,

dengan yang kurang mahir, pelajar yang bermotivasi tinggi dengan pelajar yang

mempunyai sikap negatif terhadap TMK yang akan dipelajari.

Oleh yang demikian, pensyarah akan dapat mengesan kesesuaian sesuatu isi

kandungan pelajaran itu. Pensyarah akan mengetahui sesuatu isi pelajaran itu sesuai

untuk satu kumpulan guru pelatih pengkhususan ini, tetapi tidak sesuai untuk guru

Page 24: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

311

pelatih dari pengkhususan yang lain. Sebagai pensyarah, mereka harus memahami isu

ini, supaya dapat menghasilkan pengajaran yang bermakna, berdasarkan kepada

kefahaman tentang syarat-syarat pengajaran TMK. Amalan terbaik ini menjadi

tuntutan objektif Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 (KPM,

2007b), untuk menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam

pelaksanaan program-program latihan guru khasnya dan latihan sumber tenaga

manusia lain amnya. Disokong dengan

Selain daripada maklumat tentang ciri umum pelajar, kebolehan khusus, gaya

pembelajaran dan ciri personal dan sosial, maklumat akademik turut perlu diketahui

oleh pensyarah. Maklumat tentang latar belakang akademik pelajar adalah yang paling

mudah diperoleh jika rekod pelajar diurus oleh institut dengan cekap. Sumber

maklumat inilah yang paling kerap digunakan sebagai rujukan apabila mereka bentuk

pengajaran. Menurut Morrison et al. (2004), maklumat tersebut meliputi “… school

grade or training level completed, and major subject areas studied; grade point

average or letter grades for academic studies; scores on standardized achievement

tests of intelligence and in such basic skills as reading, writing, and mathematics;

special or advanced courses completed relating to the academic major or area of

training.

Maklumat tersebut adalah mudah diperoleh, walaupun ia adalah sulit kepada

sesetengah pihak. Maklumat tentang pencapaian akademik guru pelatih boleh

diperoleh dari fail rekod guru pelatih di Jabatan Hal Ehwal Pelajar institut. Pensyarah

harus menggunakan maklumat tersebut dan maklumat dari ujian-ujian yang biasanya

ditadbir ke atas guru pelatih bagi tujuan mengenal pasti tahap kesediaan, dan

kebolehan khusus guru pelatih yang akan diajar, dalam perancangan pengajarannya.

Page 25: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

312

Dengan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap tiga kategori ciri-ciri

latar belakang pelajar; ciri umum, kebolehan khusus, dan pencapaian akademik, ini

akan dapat memberi ruang yang luas untuk pensyarah mengenal pasti strategi yang

sesuai semasa pembinaan reka bentuk pengajaran. Pengetahuan pensyarah berkaitan

maklumat peribadi dan sosial, dan rekod akademik pelajar, menambahkan lagi

keupayaan pensyarah untuk mengatur strategi pengajaran yang berkesan seterusnya

menghasilkan reka bentuk pengajaran yang lebih praktikal dan autentik. Kualiti ini

sesuai dengan tuntutan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

untuk memartabatkan profesion keguruan.

Selaras dengan tertubuhnya NITC (National Information Technology Council)

pada 1994, dan NITA (National Information Technology Agenda) pada 1996,

fenomena di aras adalah menggambarkan kedudukan yang sebenar berlaku di

peringkat pelaksana dasar dalam konteks melahirkan guru terlatih. Justeru, penggubal-

penggubal dasar dalam NITC dan badan lain yang melibatkan TMK haruslah peka

terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh pelaksana-pelaksana dasar.

Implikasi Terhadap Organisasi

Persekitaran luaran dalam pengajaran TMK merujuk kepada peranan pihak-

pihak lain yang terlibat secara tidak langsung dengan proses pengajaran, tetapi

menyokong proses pembelajaran di kalangan guru pelatih. Faktor-faktor ini dikenali

sebagai faktor sokongan. Fungsi faktor-faktor sokongan seperti peranan jabatan

taknologi, keprihatinan pengurusan atasan institut perguruan dan penyediaan makmal

komputer pelajar memainkan peranan penting dalam persekitaran pembelajaran

komponen TMK.

Page 26: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

313

Pengurusan atasan yang menguruskan perjalanan organisasi secara

keseluruhannya harus mempunyai falsafah, visi dan misi TMK. Kepentingan falsafah,

visi dan misi berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi tidak dapat dinafikan

mempengaruhi perkembangan TMK di dalam organisasi institut. Ini adalah kerana

dengan visi dan misi yang jelas sesebuah organisasi mempunyai hala tuju dan objektif

yang akan dicapai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Justeru, mengadakan

visi dan misi TMK untuk institut adalah menjadi kewajiban pihak pengurusan atasan

institut perguruan. Tanpa falsafah, visi dan misi TMK institut perguruan tidak akan

bermaya untuk membangunkan dan memajukan prasarana dan perkhidmatan-

perkhidmatan berkaitan TMK.

Visi dan misi adalah suatu mekanisme yang penting untuk menjayakan sesuatu

matlamat organisasi. Dalam perkembangan TMK sesebuah organisasi harus

mempunyai suatu misi dan misi TMK yang boleh menjana usaha ahli organisasi ke

arah mencapai matlamat. Justeru, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran TMK

di institut pendidikan guru, misi dan visi harus digubal supaya dapat memandu hala

tuju semua warga institut pendidikan guru supaya bekerja keras dan sentiasa berusaha

selaras dengan misi dan visi untuk melahirkan individu guru yang menguasai

pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi yang akhirnya dapat

mengintegrasikan TMK sebagai amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Begitu juga di peringkat yang lebih kecil, peranan ketua-ketua jabatan

teknologi yang bertanggungjawab melaksanakan kurikulum dan sukatan pelajaran

berkaitan TMK adalah dituntut untuk bekerjasama erat dengan pihak pengurusan

atasan dan dengan pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk memajukan amalan

pengajaran dan pembelajaran berorientasikan teknologi dalam program pendidikan

guru. Badan-badan koperat yang mengeluar, membekal dan mengedarkan perkakasan

Page 27: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

314

dan perisian TMK perlu dilibatkan bersama untuk membangun dan memajukan

persekitaran pengajaran di institut perguruan, kerana mereka merupakan pihak yang

mempunyai kepentingan untuk bersama-sama memajukan modal insan negara.

Dengan wujudnya kolaborasi yang merentas kementarian, institusi swasta, dan badan

dunia seperti UNESCO dan sebagainya boleh meningkatkan lagi kecekapan program

latihan guru pada masa hadapan.

Implikasi Penggunaan Strategi Terhadap Amalan

Pengkaji telah mengenal pasti implikasi dapatan kajian terhadap proses

pengajaran komponen TMK dalam program latihan guru. Penggunaan strategi

pengajaran TMK yang dikaji harus menitik beratkan tiga aspek berikut;

1. pemerolahan pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan TMK Abad

21,

2. pemerolehan keterampilan kognitif untuk menghasilkan produk

pengetahuan yang kreatif yang mempunyai nilai tambah,

3. pembentukan nilai moral modal insan berintegriti yang mempunyai

daya tahan untuk bersaing di peringkat rantau dan antarabangs.

Supaya dapat melahirkan guru permulaan yang menguasai TPACK dan

berkualiti tinggi selaras dengan TISCM (Technology Integration Standard

Configuration Matrix) oleh Mills, S. C. (2002), sehingga boleh memasuki pasaran

pendidikan global.

Strategi Untuk Penguasaan Kemahiran TMK

Pada dasarnya strategi amali atau practice strategy adalah bertujuan untuk

menggunakan pengetahuan baru yang diperolehi pelajar untuk diaplikasikan dengan

Page 28: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

315

betul (Tennyson, 1990). Walaupun telah difahami bahawa strategi ini adalah untuk

pengajaran bagi pelajar supaya menguasai kemahiran motor, namun strategi ini adalah

berkesan untuk menguasai pembelajaran konsep baru, serta kemahiran intelektual

aras tinggi seperti Jadual 5.1 dan Jadual 5.2 berkaitan Taksonomi Pengajaran.

Oleh yang demikian, sudah seharusnya pensyarah yang melaksanakan strategi

ini harus berkebolehan untuk mewujudkan keadaan yang memberi peluang kepada

guru pelatih untuk mengaplikasikan pengetahuan baru yang diperolehi.

Memperuntukan masa yang bersesuaian dan mencukupi adalah amat mustahak.

Memberi latihan amali yang mencukupi dengan kemahiran yang perlu dikuasai oleh

guru pelatih perlu dipertimbangkan dengan bijak oleh pensyarah. Ini adalah kerana

lebih sukar sesuatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru pelatih, maka

memperuntukan masa yang lebih untuk melaksanakan strategi ini adalah diperlukan.

Justeru, pensyarah dalam sistem pengajarannya harus mempunyai mekanisme

pemantauan penguasaan kemahiran intelektual aras tinggi supaya dapat mengenal

pasti kebolehan pelajar setelah membuat penilaian terhadap pencapaian.

Berkaitan dengan strategi amali ini, adalah disarankan supaya institut

perguruan berusaha mempertingkatkan kecekapan prasarana TMK. Langkah ini dapat

meletakkan status keadaan prasarana yang kurang memuaskan ke tahap optima ke

arah Technology Rich Classroom. Ini termasuk memperbaiki dari segi nisbah bilangan

antara pelajar dengan bilangan komputer. Nisbah bilangan yang kecil perlulah

menjadi keutaman apabila sistem latihan program pendidikan guru dikatakan

mengutama guru pelatih sebagai pelanggan terdekat. Bagitu juga dengan keupayaan

semua prasarana TMK harus turut dipertingkatkan, jika institut pendidikan guru ingin

melihat semua pelajarnya memperoleh kecekapan TMK pada standard yang

membanggakan. Sekurang-kurangnya pada tahap 4 mengikut standard TISCM apabila

Page 29: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

316

mereka keluar dari institut perguruan sebagai guru permulaan yang terlatih. Ini akan

dapat menjamin guru pelatih yang dilahirkan melalui sistem pendidikan guru KPM

bersedia mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Begitu

juga pensyarah-pensyarah dalam bidang Teknologi Pengajaran juga akan dapat

menunjukkan keupayaan dalam merealisasikan objektif dan tujuan membina

keterampilan TMK dalam kalangan pendidik.

Adalah dicadangkan supaya kajian lanjut tentang penggunaan strategi amali

dalam pengajaran TMK dilakukan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan strategi

dalam persekitaran pengajaran berteknologi ini. Cadangan ini diajukan kepada mana-

mana pihak untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang faktor masa dengan isi

kandungan sukatan pelajaran komponen TMK. Kefahaman tentang corak hubungan di

antara dua pembolehubah tersebut akan dapat memberi gambaran yang tepat tentang

kesesuaian dan kesepadanan peruntukan masa bagi pengajaran tajuk-tajuk yang

terkandung dalam mana sukatan pelajaran atau proforma kompnen TMK dalam

pendidikan guru. Dengan demikian masalah ketidak cukupan masa, atau isi

kandungan program yang melampau had yang munasabah dalam melaksanakan

program latihan guru dapat diselaraskan oleh semua pihak.

Strategi Untuk Pemerolehan Keterampilan Kognitif

Strategi Berorientasikan Masalah menurut Tennyson (1990), adalah satu

daripada strategi-strategi yang sesuai untuk mencapai objektif dan tujuan pengajaran

yang mementingkan kecekapan kognitif. Strategi berorientasikan masalah ini perlu

menjadi amalan pensyarah kerana pencapaian suatu objektif pembelajaran

keterampilan kognitif memerlukan pelajar melalui satu peroses kognitif yang

kompleks. Proses kognitif itu kompleks kerana Gagné (1985), dalam Smith dan Ragan

Page 30: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

317

(1999), berpendapat dua jenis utama strategi kognitif, ialah (i) untuk pembelajaran

dan, (ii) untuk berfikir. Cognitive strategies for learning are mental tactics for

attending to, organizing, elaborating, manipulating, and retriving knowledge.

Cognitive strategies for thinking are mental tactics that lead to discovery, invention,

or creativity (Smith, & Ragan, 1999).

Implikasi penggunaan strategi berorientasikan masalah yang telah digunakan

oleh pensyarah dalam pengajaran komponen TMK, harus dijadikan amalan dan

penggunaannya perlu diperluaskan lagi. Strategi ini adalah sangat penting kerana

pelaksanaan strategi berorientasikan masalah yang berkesan dapat membina

keyakinan dan tanggungjawab terhadap diri pelajar kerana;

Problem-oriented simulation present problem situation that

require the student to (a) analyze the problem, (b) work out a

conceptualization of the problem, (c) define specific goals for

coping with the problem, and (d) propose a solution or decision

(Tennyson, 1990. h. 622).

Justeru, dengan terbentuknya keyakinan diri dan rasa tanggungjawab dalam

diri guru pelatih setelah melalui proses pembelajaran yang mencabar, dengan

sendirinya mereka akan ke arah Pembelajaran Regulasi Kendiri atau Self-regulated

Learning (Butler & Winne, 1995; Schunk & Zimmerman, 1994, Smith & Ragan,

1999). Self-regulated Learning (SRL) is recognized as an important predictor of student

academic motivation and achievement… dan proses ini memerlukan pelajar merancang,

memantau, dan menilai sendiri pembelajaran mereka (Zumbrunn, Tadlock, & Roberts,

2011).

Walaupun pencapaian matlamat pengajaran ke arah pembelajaran arah kendiri

tidak menjamin kejayaan 100% tetapi dalam konteks pendidikan guru, guru pelatih

sentiasa menunjukkan cenderung kepada pembinaan diri mereka untuk menjadi insan

Page 31: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

318

guru yang gigih dan bersedia untuk memecut ke tahap maksima apabila bimbingan

diberi dengan betul dan tepat.

Adalah dicadangkan supaya setiap pensyarah TMK mempunyai pengetahuan

tentang strategi berorientasikan masalah serta menguasai kemahiran melaksanakan

strategi berorientasikan masalah ini. Bagi memastikan saranan ini menjadi realiti,

Centre for T-L Excellence seperti yang dicadangkan kajian ini boleh memainkan

peranannya. Satu daripada peranannya yang sangat signifikan ialah supaya dapat

meningkatkan ketrampilan kakitangan akademik institut pendidikan guru sepanjang

hayat, di samping berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan pengajaran

dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran pengkhsusan.

Keupayaan pensyarah untuk melaksanakan strategi berorientasikan masalah

bukanlah mudah untuk dikuasai. Selain daripada pensyarah perlu mempunyai

pengetahuan dan kemahiran tentang strategi itu, pensyarah harus memahami beberapa

konsep tentang proses kognitif. Keterampilan pengetahuan pensyarah tentang konsep

proses kognitif seperti yang telah diterokai oleh para saintis dalam bidang Sains

Kognitif menjadi asas kepada kualiti yang boleh menjamin keberkesanan pelaksanaan

strategi berorientasikan masalah dalam kalangan pensyarah.

Strategi pengajaran yang jauh lebih penting daripada strategi berorientsikan

masalah ialah penggunaan strategi kompleks-dinamik. Menurut Tennyson (1990),

Strategi Kompleks-Dinamik adalah strategi pengajaran yang paling mencabar dalam

hierarki pelaksanaan strategi pengajaran. Pelaksanaannya lebih mencabar kerana ia

melibatkan pelajar menggunakan proses kognitif mereka dengan lebih kompleks.

Proses itu tidak sahaja bermula dari pemerolehan pengetahuan dan kefahaman verbal,

pemahaman konsep, dan prosedur, bahkan menuntut pelajar supaya melakukan

proses berfikir, mengingat semula pengetahuan yang lalu, untuk menyelesaikan

Page 32: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

319

masalah secara kreatif yang jauh berbeza dari kebiasaan. Justeru, Tennyson

menyimpulkan strategi ini sebagai;

In summary, complex-dynamic strategies should be designed to

provide a learning environment in which learners develop and

improve higher order thinking processes by engaging in situations

that require the employment of their knowledge base in the service

of problem solving (Tennyson, 1990).

Teachers thus should be familiar with the factors that influence a

learner’s ability to self-regulate and the strategies they can use to

identify and promote self-regulated learning (SRL) in their

classrooms. In addition to self-regulation, motivation can have a

pivotal impact on students’ academic outcomes (Zimmerman,

2008).

Strategi ini sebenarnya merupakan strategi yang mampu melahirkan guru-guru

permulaan yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang dihasratkan dalam

program KPLI, … merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran

berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi komputer dan

pedagogi.......(KPM, 2001a). Walau bagaimanapun sukatan pelajaran Pengurusan

Sumber KPLI, komponen TMK didapati kurang memberi ruang kepada pensyarah dan

guru pelatih untuk melalui pengalaman pembelajaran ke arah kemahiran berfikir

supaya akhirnya mencapai kepada pembelajaran arah kendiri.

Justeru itu, pada umumnya pensyarah telah memilih dan mengguna strategi

pengajaran komponen TMK dengan mengambil kira faktor-faktor yang terdapat di

dalam syarat pengajaran seperti kriteria pelajar, prasarana, dan kekangan-kekangan

lain yang sedia ada di dalam persekitaran pengajarannya. Matlamat dan objektif

pengajaran, kriteria guru pelatih, keupayaan kemudahan teknologi dan prasarana

merupakan pembolehubah yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan strategi

pengajaran termasuk penggunaan strategi kompleks-dinamik dalam pengajaran

komponen TMK.

Page 33: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

320

Adalah agak mengejutkan apabila kajian terhadap penggunaan strategi

pengajaran komponen TMK ini mendapati strategi kompleks-dinamik amat jarang

digunakan untuk melatih guru pelatih menggunakan keupayaan kognitif mereka.

Justeru, ruang untuk menyelesaikan masalah-masalah baru yang belum pernah

dihadapi dalam pembelajaran TMK adalah sangat tipis. Faktor peruntukan masa yang

amat terhad iaitu hanya 2 jam kredit sepanjang guru pelatih mengikuti program

pendidikan KPLI adalah sebagai bukti yang sangat ketara dari segi menyediakan

ruang dan waktu kepada pensyarah yang melaksanakan sukatan tersebut (Lampiran 2).

Peruntukan masa yang sangat terhad ini adalah memustahilkan bagi pensyarah untuk

mengendalikan strategi kompleks-dinamik ini kerana mereka menghadapi kekangan

dari segi kriteria pelajar yang mempunyai latar belakang dan jurang perbezaan

pengetahuan asas TMK yang sangat besar. Pada masa yang sama pendedahan guru

pelatih kepada pengetahuan dan kemahiran TMK perlu juga sangat terhad kerana

jadual kursus dipenuhi dengan program-program lain yang sama pentingnya dalam

membangunkan modal insan guru.

Justeru, adalah dicadangankan supaya pihak penggubal dan penilai sukatan

pelajaran Pengurusan Sumber menyemak semula sukatan tersebut supaya satu sukatan

pelajaran yang lebih menepati dangan kehendak dan keperluan semasa sistem

pendidikan di Malayaia pada masa ini dipenuhi. Aspek-aspek seperti peruntukan masa

yang lebih munasabah, dan dimensi-dimensi sukatan seperti matlamat, objektif, skop,

kesepaduan, urutan, kesinambungan, artikulasi, dan keseimbangan (Ornstein, &

Hunkins, 2004), dititik beratkan dalam penggubalan sukatan pelajaran tersebut.

Kerangka penggubalan sukatan yang lebih terkini dan lengkap seperti yang biasa

diamalkan oleh pakar-pakar pengubal sukatan pelajaran harus dipraktikan dalam

proses semakan semula sukatan.

Page 34: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

321

Pemilihan strategi yang tepat dan bersesuaian dengan keadaan syarat-syarat

pengajaran yang ada di dalam persekitaran pengajaran semasa merancang objektif,

dan langkah-langkah untuk mencapai obejktif, didapati menentukan pemilihan strategi

pengajaran. Dengan mengambil kira syarat-syarat pengajaran yang wujud,

pelaksanaan pengajaran dalam konteks pelaksanaan sukatan pelajaran Pengurusan

Sumber KPLI dapat berjalan dengan licin dan dapat mencapai objektifnya. Akhirnya,

pemilihan strategi yang sesuai dengan kriteria pelajar, dan keadaan prasarana boleh

menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran yang telah ditentukan sebelum

pengajaran dilaksanakan.

Justeru, institut perguruan yang beroperasi berasaskan Model Konseptual

Pendidikan Guru seperti dalam Rajah 1.1 yang mengandungi unsur-unsur intelek,

rohani, jasmani dan emosi yang menitik beratkan ilmu pengetahuan, nilai dan

kemahiran demi kepentingan kemajuan masyarakat dapat direalisasikan dengan

sebaik-baiknya. Model konseptual pendidikan guru tersebut juga harus disemak

semula kesesuaiannya dengan tuntutan semasa. Konsep dan unsur-unsur yang

terkandung dalam model tersebut perlu diberi nafas baru untuk yang lebih realistik

untuk dihayati oleh guru pelatih dan pensyarah institut perguruan.

Implikasi Hasil Pengajaran TMK Terhadap Program Latihan

Kajian ini merumuskan bahawa hasil pengajaran komponen TMK dalam yang

dikaji hanya tertumpu kepada penguasaan pengetahuan isi kandungan TMK sahaja.

Justeru, implikasinya ialah keterampilan guru pelatih dalam penguasaan Pengetahuan

Pedagogikal Isi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge) adalah kurang

dikuasai, sedangkan TPACK adalah sangat penting kepada guru pada millinium ini.

Kekurangan pengetahuan ini boleh menjejaskan keupayaan guru menyampaikan isi

Page 35: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

322

kandungan pelajaran. Kekurangan pengetahuan pedagogikal isi kandungan dan

TPACK ini timbul kerana strategi pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah lebih

menekankan kepada starategi ekspositori dan strategi amali, bukan strategi yang

mencabar kebolehan guru pelatih menyelesaikan masalah dan menjana pengetahuan

baru dari kemahiran asas yang telah diperolehi.

Strategi ekspositori yang menjadi amalan pensyarah dalam kebanyakan proses

pengajaran, memang benar telah memdedahkan guru pelatih kepada pemerolehan

pengetahuan baru. Strategi ini memang baik untuk mendedahkan konsep-konsep baru

kepada guru pelatih yang dilakukan dengan cara melabel, dan mengenal pasti kriteria-

kriteria sesuatu konsep pada peringkat awal pengajaran. Pemberian contoh-contoh,

dan bukan-contoh oleh pensyarah dalam proses pengajarannya telah memantapkan

pengetahuan baru kepada guru pelatih. Ini selaras dengan Kerangka Kelayakan

Malaysia yang menitik-beratkan penguasaan bidang ilmu dan dapat mengamalkannya

(PSPTN, 2006, ms.59)

Tetapi pengajaran yang menggunakan strategi ekspositori dan strategi amali

ini, hanya mendedahkan konsep baru kepada guru pelatih sahaja. Galakkan untuk

melangkah lebih jauh dengan menguasai dan menghasilkan pengetahuan baru secara

kreatif, dan pembelajaran arah kendiri kurang digalakkan dalam kalangan guru

pelatih. Sedangkan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2006-2010 telah

menuntut supaya guru pelatih menghayati tanggungjawab sosial dan akauntabiliti

dalam memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat tampatan, negara dan

sejagat.

Justeru, keupayaan guru pelatih dari segi kognitif, afektif dan psikomotor

harus diberi perhatian oleh pensyarah, dalam sukatan pelajaran dan kurikulum

pendidikan guru. Keupayaan kognitif mereka harus digembeleng supaya pada masa

Page 36: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

323

hadapan guru-guru dapat merealisasikan kerangka pendidikan tinggi negara yang

kompiten. Penggunaan strategi ekspositori dan strategi amali harus diminimakan, dan

memberi tumpuan kepada penggunaan strategi penyelesaian masalah dan strategi

kompleks-dinamik. Perubahan ini akan dapat mengubah hasil pengajaran ke arah

melahirkan guru pelatih yang menepati Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

menjelang 2020. Dalam konteks latihan guru sumbangan NITC (National Information

Technology Council) melalui agensinya NITA (National Information Technology

Agenda) yang mempromosikan program-program TMK untuk kemakmuran negara

harus ditransformasikan ke arah melahirkan modal insan yang menepati spesifikasi

FPK iaitu melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat,

dan negara.

Cadangan

Penambahbaikan Syarat Pengajaran

Keperluan prasarana untuk pengajaran TMK adalah berbeza dengan prasarana

untuk mengajar pelajaran-pelajaran lain, walaupun terdapat persamaan dalam

beberapa aspek. Apa yang difahami tentang pengajaran TMK, aspek prasarana adalah

suatu perkara yang bersifat krusial. Ini bermakna bahawa dalam banyak keadaan

prasarana TMK yang dapat memenuhi keperluan tajuk dan isi pelajaran yang hendak

disampaikan adalah wajib disediakan. Umpamanya untuk mengajar bagaimana

melanggan dan mendaftar e-mail, membina pautan pada laman-web, dan sebagainya

kepada pelajar, keadaan infrastruktur yang dapat mengakses internet menjadi wajib.

Kegagalan persekitaran pengajaran menyediakan prasarana yang dapat memenuhi

keperluan sedemikian menyebabkan pengajaran TMK kurang membawa makna

Page 37: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

324

kepada pembelajaran pelajar, dan tidak menggalakkan kepada Pengajaran

Berbantukan Komputer (Computer-assisted Instruction), dan pembelajaran berasaskan

web seperti memanfaatkan Intelligent Tutoring System yang ada di internet.

Justeru, keadaan infrastruktur harus mencukupi dari segi nisbah bilangan

komputer dengan bilangan pelajar pada kadar 1:5 atau lebih baik daripada itu dalam

program pendidikan guru. Dalam konteks pengajaran TMK dalam bilik darjah, tidak

dapat dinafikan bahawa nisbah satu pelajar satu komputer adalah wajib, untuk

membolehkan setiap orang guru pelatih berpeluang belajar menguasai kemahiran

psikomotor secara khusus. Saranan ini adalah selaras dengan teori konstruktivisme

yang menekankan tentang pembinaan pengetahuan melalui pengalaman terus dengan

persekitaran pembelajaran pelajar yang berteknologi.

Selain daripada bilangan yang perlu mencukupi, keupayaan infrastruktur dan

komputer yang digunakan oleh pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran TMK harus mempunyai kekuatan yang berupaya untuk mengatasi sela

masa yang sedia untuk diterima oleh pengguna. Kepantasan teknologi komputer dan

teknologi jaringan komunikasi pada prasarana yang disediakan oleh institut untuk

pengajaran dan pembelajaran TMK menjadi perkara utama. Walaupun kadang kala

kegagalan berlaku terhadap prasarana ketika proses pengajaran dan pembelajaran

sedang berjalan, pihak penyelenggara harus secara proaktif dapat meramal

kemungkinan kegagalan ini dari berlaku. Kecekapan pihak penyelenggara prasarana

membuat ramalan kemungkinan berlaku kegagalan prasarana, harus dapat dikawal

pada tahap optima. Gangguan kepada kelancaran pengajaran pensyarah dapat akan

dapat diatasi. Halangan-halangan yang wujud dari segi kekurangan bilangan dan

keupayaan komputer perlu diurus dengan mengamalkan sistem pengurusan TMK

dalam sektor pendidikan yang mempunyai piawaian.

Page 38: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

325

Justeru, prasarana perlu sentiasa berada pada tahap keupayaan yang optima

supaya dapat membantu proses mengakses maklumat dari portal-portal pendidikan

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran supaya lebih cekap. Untuk mencapai tahap

keupayaan yang optima ini prasarana harus sentiasa diselenggarakan mengikut jadual

yang telah ditetapkan, agar kecekapan perkakasan sejajar dengan keperluan teknologi

semasa.

Pada masa ini, sebuah institut perguruan mempunyai bilangan Pegawai

Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer yang terhad untuk bertugas

menyelenggarakan prasarana seluruh institut. Adalah mustahil bagi sumber tenaga

manusia yang terhad ini dapat melayan dengan sempurna semua keperluan TMK

untuk seluruh institut perguruan. Justeru, adalah disarankan supaya institut perguruan

mempunyai satu pasukan pegawai teknologi maklumat dan komunikasi, dan

juruteknik komputer yang mantap dari segi bilangan dan bidang kepakaran. Dengan

andaian lima orang pegawai TMK sebagai bilangan yang mencukupi untuk sebuah

institut perguruan pasukan ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam memberi

perkhidmatan berkaitan TMK. Penubuhan satu jabatan bukan akademik yang

berfungsi khusus menyedia dan memberi perkhidmatan berkaitan TMK adalah wajar

dan perlu diwujudkan segera dalam tempoh terdekat ini. Dalam jangka panjang

jabatan seperti ini supaya dapat meluaskan peranannya sehingga ke peringkat

membantu dalam proses pengajaran dalam bilik darjah pensyarah.

Justeru, dalam tempoh transisi maktab perguruan berubah wajah baru kepada

institut pendidikan guru, BPG harus bersedia ke arah yang lebih mencabar untuk

memartabatkan institut pendidikan guru. Ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 (PIPP) teras ke lima Memartabatkan Profesion Perguruan.

Pandangan dan cadangan ini adalah amat wajar kerana pada waktu inilah merupakan

Page 39: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

326

masa yang paling sesuai untuk memenuhi tuntutan-tuntutan berkaitan perancangan

masa hadapan TMK dalam program latihan guru.

Dalam bidang TMK, prasarana untuk pengajaran dan pembelajaran TMK

memerlukan kepada penyelenggaraan. Kecekapan menjalankan kerja-kerja

penyelenggaraan yang berjadual dapat menjamin kelicinan proses pengajaran dan

pembelajaran pensyarah dan pelajar. Ini dapat membantu pensyarah melaksanakan

tugas masing-masing dengan berkesan. Oleh kerana pengajaran TMK melibatkan

perkakasan dan juga perisian, maka penyelenggaraan kedua-dua aspek ini; perkakasan

dan perisian, amat kritikal. Justeru, aspek penyelenggaraan teknologi maklumat ini,

perlu mempunyai pasukan sumber manusia yang berasingan.

Setiap satu pasukan bertanggungjawab untuk menangani kegagalan,

kerosakan, dan penyelenggaraan perkakasan, manakala satu pasukan lagi bertugas

menyelenggarakan kerosakan dan kegagalan perisian sistem dan aplikasi supaya

berfungsi dengan baik. Penyelenggaraan kedua-dua aspek ini secara berasingan

kelihatan tidak logik, tetapi dari segi realiti perkakasan dan perisian TMK adalah dua

bidang yang asing antara satu sama lain. Justeru, masalah-masalah pengajaran yang

timbul seperti gangguan virus, trojan, dan malware kepada perisian sistem ataupun

perisian aplikasi untuk pembelajaran dapat ditangani dengan berkesan.

Dalam konteks latihan guru, kecekapan institut perguruan menyediakan dan

menyelenggarakan kedua-dua aspek ini dapat menjamin proses pengajaran dan

pembelajaran berorientasikan teknologi berjalan dengan cekap. Keadaan ini dapat

menyokong pensyarah menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk

menyampaikan isi pelajaran bagi komponen TMK, KPLI. Pihak institut perguruan

juga harus peka terhadap penyediaan, penyelenggaraan, dan perancangan masa

hadapan prasarana pengajaran TMK, dengan menyediakan peruntukan kewangan pada

Page 40: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

327

nisbah yang lebih besar dibandingakan dengan peruntukan pembangunan dan

pengurusan yang lain. Jika usaha untuk melahirkan guru-guru sebagai modal insan

yang bertaraf dunia ingin dicapai, perancangan dan pengurusan TMK, serta

peruntukan kewangan harus disemak semula. Ini boleh dilakukan dengan mengkaji

semula kekuatan dan kelemahan prasarana yang sedia ada di institut perguruan

sekarang. Justeru, kajian mencanangkan supaya kajian yang berfokus kepada aspek

penyelenggaraan teknologi maklumat yang menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran di institut perguruan dlakukan pada masa hadapan.

Capaian Maklumat

Proses pembelajaran pada hari ini boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-

bila masa. Pengalaman pembelajaran juga melibatkan multisensory, komunikasi, dan

pembelajaran regulasi kendiri dalam kalangan guru pelatih supaya dapat membantu

pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran TMK dengan efisyen. Dengan

sokongan perkakasan berteknologi tinggi pelajar boleh mengakses maklumat dari

terminal-terminal yang dihubungkan secara fizikal mahupun perhubungan tanpa

wayar, yang secara tidak langsung menggalakan ke arah Mobile-Learning dalam

kalangan pelajar yang mengamalkan Pembelajaran Regulasi Kendiri.

Pihak institut perguruan harus menyediakan prasarana TMK seperti makmal

komputer pelajar yang sentiasa terbuka kepada semua pelajar untuk mengakses

maklumat dan menggunakan kemudahan-kemudahan TMK lain bagi tujuan

pembelajaran kendiri. Selain makmal tersebut, prasarana lain seperti penyediaan

terminal-terminal untuk mengakses maklumat tanpa-wayar di merata kawasan dalam

kampus turut diperlukan oleh pelajar. Begitu juga dengan penyediaan kemudahan

TMK yang lebih praktikal dan murah seperti kemudahan talian broadband, hot-spot,

Page 41: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

328

wi-fi dan jaringan wireless lain adalah menjadi tanggungjawab institusi perguruan bagi

memenuhi keperluan dan hak pelajar untuk belajar mengikut fasa mereka sendiri.

Para pendidik mempercayai bahawa kegagalan institu pendidikan guru

menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi seperti makmal komputer ini

boleh mewujudkan penafian hak terhadap pelajar atau digital deprivation. Lebih-lebih

lagi apabila institut pendidikan guru telah mula mengendalikan kursus-kursus di

peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ketiadaan kelengkapan TMK yang sempurna untuk

dimanfaatkan oleh para guru pelatih demi perkembangan potensi diri mereka

membantutkan perkembangan pelbagai aspek kompetensi. Isu yang harus dicegah

daripada berlaku ialah penafian hak menikmati persekitaran pembelajaran

berteknologi, ringkasnya technology rich classroom deprivation.

Perkhidmatan wireless dan berkabel melalui jaringan di dalam kampus sudah

menjadi suatu kemestian dalam dunia pembelajaran berteknologi hari ini. Penyediaan

prasarana seperti ini dapat menggalakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web

dalam program pendidikan guru. Tulisan ilmiah Shapiro, dan Niederhauser (2004),

bertajuk Leraning from hypertext: Research issues and findings, mengutarakan konsep

Hypertext-Assisted Learning yang menurut beliau boleh membawa pelajar belajar

secara aktif dengan maklumat yang telah diakses. Tambah beliau lagi, this feature

gives way to a number of factors related to learning. Primary among these is a

flexibility of information access. Justeru, menyediakan kemudahan mengakses

maklumat adalah suatu yang asas untuk menggalakkan pelajar menimba dan membina

ilmu pengetahuan secara konstruktif pada masa ini. Pembelajaran berasaskan web dan

secara mobile di dalam kampus harus menjadi keutamaan kepada institut pendidikan

guru untuk guru pelatih menguasai teknologi Web 2.0.

Page 42: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

329

Dengan demikian beberapa halangan yang wujud dalam program latihan guru

seperti jadual guru pelatih terlalu padat kerana bilangan jam interaksi yang terlalu

tinggi, akan dapat diselesaikan. Guru pelatih dapat memanfaatkan masa terluang dan

hari hujung minggu mereka dengan menggunakan perkhidmatan makmal yang

sentiasa tersedia untuk mereka gunakan pada bila-bila masa. Ini sesuai dengan gaya

Pembelajaran Regulasi Kendiri seperti yang dinyatakan oleh Zumbrunn, Tadlock, dan

Roberts (2011);

These learners commonly seat themselves toward the front of the

classroom (Labuhn, Zimmerman, & Hasselhorn, 2010), voluntarily

offer answers to questions (Elstad & Turmo, 2010), and seek out

additional resources when needed to master content (Clarebout,

Horz, & Schnotz, 2010).

Justeru, peranan prasarana yang menyediakan kemudahan makmal komputer,

komunikasi tanpa wayar, bantuan teknikal dan lain-lain sokongan dari organisasi

dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi ke arah

Pembelajaran Regulasi Kendiri dan menguasai kemahiran Abad 21. Ini

menggalakkan penggunaan perkakasan berteknologi tinggi yang boleh memberi ruang

kepada proses pembelajaran TMK dan pedagogi berorientasikan TMK di luar bilik

darjah dengan lebih luas lagi. Dengan demikian, cadangan ini akan dapat

menyelesaikan masalah kekangan masa disebabkan oleh tajuk sukatan pelajaran yang

terlalu luas. Masalah ini boleh diatasi dengan memperbaiki portal-portal pembelajaran

atas talian (LMS – Learning Management System) yang dikawal dan diurus sendiri

oleh institut perguruan atau individu pensyarah. Dengan yang demikian, masalah

pengajaran pensyarah yang terpaksa bersifat Touch n Go disebabkan kekangan masa

pensyarah yang padat kerana dibebani dengan tugas-tugas seperti praktikum,

pengubalan item, mengikuti program peningkatan profesionalise dan tugas sampingan

Page 43: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

330

lain dapat diatasi dengan prasarana yang menyediakan sistem jaringan tanpa wayar

serta mobile.

Kemudahan ini juga sudah tentu akan dapat memenuhi perubahan yang sedang

berlaku di sekolah-sekolah Malaysia, yang menuntut guru-guru supaya melengkapkan

diri dengan kecekapan yang tinggi dalam pedagogi TMK. Seperti yang pernah

dikemukakan oleh Phillips (2001), bertajuk Technology-Based Learning Environment,

beliau mengatakan bahawa persekitaran pembelajaran yang menitik beratkan faktor

teknologi, boleh menjurus kepada persekitaran bilik darjah yang menyediakan

prasarana yang berkeupayaan untuk mencapai jaringan global supaya dapat

mengakses maklumat dalam pelbagai bentuk (multimedia). Justeru, persekitaran

pembelajaran seperti ini memerlukan infrastruktur yang boleh memanfaatkan

penggunaan teknologi dengan bijak dan menggalakkan Web-Based Learning serta

Mobile-Learning. Beliau menegaskan perkara ini apabila membincangkan isu

penstrukturan semula sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2004.

Sokongan Pihak Berkepentingan

Unsur-unsur dalam persekitaran luaran jenis ini adalah seperti pihak

pengurusan institut, unit atau jabatan teknologi, Bahagian Pendidikan Guru, dan

pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran di institut perguruan. Sama ada pihak pengurusan, unit atau jabatan

teknologi itu prihatin atau tidak prihatin terhadap kecekapan dan keupayaan prasarana

untuk kegunaan pengajaran TMK, syarat pengajaran ini tetap mempunyai pengaruh

terhadap proses pengajaran. Ini kerana kelengkapan perkakasan dan prasarana untuk

pengajaran TMK bergantung pada pihak pengurusan organisasi yang berkaitan. Pihak

pengurusan teknologi yang mengambil berat terhadap kelengkapan yang diperlukan

Page 44: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

331

untuk pengajaran komponen TMK sudah pasti akan menyediakan perkakasan dan

prasarana yang lengkap dan mempunyai berkeupayaan yang sejajar dengan kehendak

pengajaran.

Justeru, syarat-syarat pengajaran ini yang bertanggungjawab terhadap

pengurusan kemudahan TMK harus sentiasa peka dan berusaha sedaya upaya

menyediakan keperluan pengajaran TMK dengan sebaik mungkin, atau jika tidak

kualiti pengajaran yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar tidak mungkin

berkualiti. Sokongan unit dan jabatan teknologi yang menguruskan kemudahan

teknologi maklumat untuk pengajaran adalah perkara asas dalam isu ini.

Keadaan ini boleh dirumuskan bahawa, seorang pensyarah di institut

pendidikan guru itu haruslah seorang yang environmental competence (Steele, 1973).

Dia harus mempunyai kecekapan persekitaran, di mana dia mempunyai kesedaran dan

peka terhadap persekitaran pengajaran dan implikasinya. Ia juga harus mempunyai

keupayaan untuk menggunakan dan membuat perubahan terhadap persekitaran

pengajaran di dalam mana ia berada. Merealisasikan keterampilan ini bukannya

mudah, ia bergantung kepada banyak faktor yang perlu disusun di tempat yang betul,

dan berada pada waktu yang sesuai.

Terdapat beberapa isu penting tentang syarat pengajaran TMK yang perlu

ditangani oleh pendidik guru di institut perguruan kini. Iaitu berkaitan dengan keadaan

syarat-syarat pengajaran seperti kriteria pelajar, sukatan pelajaran, halangan-halangan

pengajaran, dan prasarana bilik darjah. Syarat-syarat pengajaran yang dikaji telah

menunjukkan banyak perbezaan dalam pelbagai aspek jika dibandingkan dengan

keadaan pada tahun lapan puluhan. Apabila membincangkan isu syarat-syarat

pengajaran ini sebenarnya ia adalah merujuk kepada konsep persekitaran pengajaran

Page 45: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

332

yang telah menarik perhatian pendidik untuk memperbaiki persekitaran pembelajaran

dengan menangani perubahan yang terus berlaku.

Dari tinjauan kajian-kajian yang telah lalu syarat-syarat pengajaran adalah

bersifat dinamik. Sifat dinamik unsur-unsur yang wujud dalam persekitaran

pengajaran inilah yang perlu dihadapi oleh para pensyarah dalam pengajaran TMK. Ia

harus difahami dengan baik oleh semua pihak, tidak sahaja dalam kalangan pensyarah

sendiri bahkan pihak pengurusan organisasi dan pihak lain yang mempunyai

kepentingan dalam program pendidikan guru. Tanpa kefahaman yang jelas tentang

faktor ini, pengajaran TMK tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ketidakfahaman isu ini telah menggugat perkembangan proses pengintegrasian TMK

dalam pengajaran dalam kalangan pensyarah dan juga guru-guru di sekolah. Justeru,

dalam konteks pendidikan guru pensyarah harus memahami konsep technology rich

classroom environment.

Kefahaman tentang perkara ini telah menarik perhatian penyelidik dalam

bidang teknologi pengajaran. Ia telah menjadi tumpuan pihak pendidik guru

khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan pengajaran komponen TMK

dan mata-mata pelajaran lain yang berorientasikan teknologi maklumat. Bahkan

pensyarah yang melaksanakan pengajaran mata pelajaran lain dalam program

pendidikan, sedang dan telah menuju ke arah mengaplikasikan teknologi dalam

pengajaran mereka. Mata-mata pelajaran lain seperti Pendidikan Jasmani, Muzik,

Kajian Sosial dan sebagainya juga turut menjadikan teknologi sebagai elemen penting

dalam pengajaran.

Isu berkaitan dengan syarat-syarat pengajaran yang telah dikaji sebenarnya

telah membawa kepada penerokaan terhadap persekitaran pengajaran yang sangat

berkait rapat dengan proses pengajaran. Analisis terhadap unsur-unsur persekitaran

Page 46: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

333

pengajaran TMK menunjukkan bahawa persekitaran pengajaran TMK mempunyai

hubungan yang rapat dengan pengajaran pensyarah. Salah satu sifat semula jadi

pengajaran TMK yang dikaji menunjukkan persekitaran pengajaran TMK adalah amat

spesifik; berorientasikan objektif; bersifat kritikal; memerlukan persediaan pengajaran

yang terancang; memerlukan technology rich environment; menuntut kualiti

pensyarah yang tinggi kecekapan dan kemahiran TMK.

Mengikut pendapat Shulman (2000), Pedagogical Content Knowledge adalah

pengetahuan asas pendidik yang harus dikuasai oleh pensyarah. Di sini, penguasaan

TPACK iaitu Technological Pedagogical Content Knowledge seperti yang

dibincangkan oleh Mishra dan Koehler (2006) harus menjadi agenda utama dalam

kalangan pendidik guru. Dalam kalangan pensyarah, mereka harus memahami dan

menguasai kemahiran tentang TPCK ini. Latihan pembangunan profesionalisme

pensyarah harus mengutamakan ilmu pengetahuan ini sebelum pensyarah itu sendiri

mampu menyalurkan pengetahuan dan kemahiran tentang TPACK kepada guru-guru

pelatih.

Dalam konteks menghasilkan modal insan kelas pertama, institut pendidikan

guru harus mempunyai matlamat yang sejajar dengan visi dan misi institusi pengajian

tinggi awam yang lain. Institut pendidikan guru juga harus bersama-sama menghayati

hala tuju Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 yang menetapkan agar

negara mempunyai 100 000 penduduk mempunyai kelulusan PhD atau kelayakan

yang setaraf dalam tempoh 15 tahun akan datang dalam bidang berikut: 60 peratus

dalam bidang sains, teknologi dan perubatan; 20 peratus dalam bidang sains

kemanusiaan dan sastera gunaan ; dan 20 peratus dalam bidang profesional (KPT,

2007b). Dengan menggembleng tenaga bersama secara kolaboratif, maka Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010, KPM boleh menunjukkan hasil yang signifikan.

Page 47: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

334

Penambah-baikan Pengajaran TMK

Bagi membolehkan pensyarah-penyarah mempunyai keupayaan tersebut,

program latihan peningkatan perofesionalisme untuk pensyarah harus dibentuk sesuai

dengan keperluan semasa. Peningkatan profesionalisme tenaga pengajar yang

berfokus kepada kefahaman tentang teori dan amalan pengajaran yang strategik harus

menjadi keutamaan. Latihan khusus supaya pensyarah mempunyai kemahiran untuk

mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran juga penting. Aspek ini tidak menjadi

keutamaan kerana sukatan pelajaran Pengurusan Sumber yang dijadikan panduan

tidak mengandungi aspek ini; kemahiran mengintgrasikan TMK dalam pengajran.

Latihan-latihan tersebut boleh didapati dengan memberi tumpuan kepada

penguasaan kemahiran menyampaikan ilmu pengetahuan yang mengintegrasikan

teknologi maklumat masa kini dalam program latihan perguruan. Contohnya

meningkatkan kefahman tentang TPACK, dan tubuh ilmu baru lain dalam teknologi

web yang inovatif yang harus diterokai sendiri oleh pensyarah dari latihan-latihan

profesional.

Pensyarah yang mengajar mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai

latarbelakang pengkhususan bidang teknologi dalam pendidikan. Mereka harus arif

tentang teori dan amalan teknologi dalam pengajaran. Pengetahuan yang mendalam

tentang syarat, strategi dan hasil pengajaran sebagaimana yang terdapat dalam teori

reka bentuk pengajaran menjadi pengetahuan asas pensyarah dalam bidang sukatan

pelajaran ini. Justeru, dalam konteks program pendidikan guru, pensyarah TMK harus

menguasai pengetahuan kandungan, teori reka bentuk pengajaran, strategi bersepadu

TMK, serta menguasai TPACK dan teknologi web.

Page 48: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

335

Sebagai pelengkap kepada pengetahuan asas itu, pensyarah perlu mempunyai

pengetahuan keguruan yang mencukupi berkaitan dengan proses mendidik. Ini selaras

dengan pendapat Grossman, P. L. (1990), yang menjelaskan bahawa terdapat empat

bidang pengetahuan keguruan iaitu; general pedagogical knowledge, subject matter

knowledge, pedagogical content knowledge, dan knowledge of context seperti dalam

Lampiran 17. Pengetahuan tentang strategi pengajaran ini terkandung dalam bidang

pedagogical content knowledge, yang turut diakui oleh para sarjana yang terkenal

bidang ini seperti Shulman, Wilson, dan Richert. Mereka telah mengkategorikan

pengetahuan guru kepada tujuh: knowledge of content, knowledge of pedagogy,

knowledge of curriculum, knowledge of learners and learning, knowledge of contexts

of schooling, pedagogical content knowledge, knowledge of educational philosophies,

goals, and objectives. Pendidik guru dalam Teknologi Pengajaran juga perlu

mempunyai ketrampilan teknologi di samping kategori pengetahuan tersebut.

Technological Pedagogical Content Knowledge merupakan aset penting kapada

pensyarah yang harus sentiasa dipertingkatkan sepanjang kerjaya. Justeru, program

pengayaan untuk pensyarah perlu diperkemaskan, dengan memberi fokus kepada

kemahiran menyampaikan pengetahuan isi kandungan TMK dengan lebih berkesan.

Latihan supaya pensyarah menguasai kemahiran melaksanakan strategi menyelesai

masalah, dan strategi complex-dynamic adalah sangat kritikal dalam program

pembangunan staf institut pendidikan guru.

Tidak dapat dinafikan pensyarah harus pentingkan penyelidikan dan

pembangunan pengajaran dalam bilik darjah. Pengetahuan dan kemahiran menyelidik

harus dipertingkatkan dari masa ke semasa. Walaupun KPM telah menggalakan guru

supaya menjalankan penyelidikan tindakan berkaitan dengan bidang tugas mengajar

masing-masing, tetapi masih banyak usaha yang perlu dilakukan di pihak institut

Page 49: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

336

perguruan untuk memastikan kualiti pengajaran pensyarah supaya terus meningkat.

Setiap institut pendidikan guru harus mempunyai pusat penyelidikan pendidikannya

sendiri, yang memberi penumpuan khusus kepada bidang atau niche pengajaran dan

pembelajaran. Umpamanya Centre for Teaching dan Learning Excellence, harus

diwujudkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan sebagai langkah

meningkatkan kualiti profesionalisme pensyarah di institut perguruan pada masa ini.

Tujuannya adalah supaya pusat ini dapat melebarkan skop tugas dan peranannya demi

untuk memajukan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ke

peringkat lebih jauh. Fokus utama fungsi pusat ini ialah untuk meningkatkan

ketrampilan pensyarah dalam menyampaikan isi kandungan bidangnya. Justeru,

penekanan kepada skop penyelidikan berkaitan penggunaan strategi pengajaran yang

lebih mencabar seperti strategi berorientasikan masalah dan strategi complex-dynamic

harus menjadi keutamaan dalam program pengayaan ini.

Institut perguruan sebagai organisasi yang telah menuju ke arah visi

pendidikan bertaraf dunia, adalah dicadangkan supaya program latihan pembangunan

stafnya sentiasa menekankan kepada pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran

penyampaian. Ilmu keguruan, TPACK, dan penguasaan kemahiran menggunakan

strategi complex-dynamic sesuai dengan keperluan program latihan masa kini harus

sentiasa dipertingkatkan melalui program peningkatan profesionalisme pensyarah.

Pelaksanaan program ini harus dipantau oleh pihak pakar dalam bidang penilaian

program latihan/pengajaran seperti instructional technologist dari pelbagai latar

belakang, atau yang setaraf dengan kepakaran tersebut, yang mempunyai minda kelas

pertama.

Page 50: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

337

Misi dan Visi TMK Organisasi

Untuk membolehkan pensyarah melaksanakan pengajaran yang menjurus ke

arah penggunaan strategi pengajaran yang lebih mencabar, beberapa keperluan asas

pensyarah dan persekitaran pengajarannya harus sentiasa merangsang proses

pengajaran.

Falsafah, visi dan misi TMK organisasi harus jelas, diketahui, difahami, dan

dihayati oleh setiap pensyarah. Sejak kebelakangan ini isu visi dan misi telah menjadi

agenda dalam pengurusan organisasi pendidikan kerana ia dapat memandu para

pendidik guru untuk mencapai matlamat organisasi dalam tempoh masa yang telah

ditentukan. Hari ini isu tersebut boleh diterima oleh setiap individu dalam sesebuah

organisasi kerana ia dapat merangsang sumber tenaga manusia yang terlibat ke arah

masa hadapan yang lebih dinamik. Banyak institusi pendidikan gagal menunjukkan

kecemerlangan dalam operasinya kerana mempunyai matlamat dan hala tuju TMK

yang kurang jelas. Para pentadbir organisasi harus peka untuk memahami dan

menghayati kepentingan TMK sebagai pemangin kepada kecekapan organisasi.

Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan TMK dalam sektor pendidikan harus

dimiliki dan dimenifestasikan dalam organisasi. Justeru, perkembangan TMK di

institut perguruan dapat berkembang sejajar dengan kemajuan TMK semasa.

Sukatan Pelajaran TMK

Kurikulum kursus dan sukatan pelajaran harus jelas difahami oleh setiap orang

pensyarah yang menggunakannya sebagai panduan untuk melaksanakan

pengajarannya. Di mana kurikulum dan sukatan pelajaran sentiasa selaras dengan

falsafah, visi dan misi TMK yang telah ditetapkan oleh organisasi. Selain daripada itu,

dokumen ini harus dilengkapi dengan senarai tajuk dan isi pelajaran yang sesuai

Page 51: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

338

dengan peruntukan masa. Berdasarkan tajuk yang telah disenaraikan objektif

pengajaran dibina, atau membina objektif pengajaran terlebih dahulu dan diikuti

dengan menyenaraikan tajuk-tajuk pelajaran.

Pembinaan objektif pengajaran di dalam sukatan harus mempunyai spesifikasi

tertentu bersifat eksplisit, menggunakan istilah-istilah tingkah laku yang boleh diukur,

meletakkan syarat-syarat tertentu yang munasabah untuk dicapai dalam tempoh masa

yang tertentu. Huraian tentang aktiviti dan kaedah yang menjurus kepada penggunaan

strategi kompleks-kognitif, dan strategi arah kendiri harus dirancang dengan rapi

supaya mudah difahami oleh pensyarah yang menjadi pelaksana kepada kurikulum

dan sukatan kursus KPLI. Strategi penggubalan kurikulum KPLI, dan sukatan

pelajaran TMK yang bersifat futuristik harus diamalkan oleh para penggubal. Unsur

pengajran berasaskan web yang boleh dicapai melampaui sempadan tempat dan masa

sudah seharusnya menjadi keutamaan dalam penggubalan sukatan pelajaran TMK.

Justaru, berbagai sistem pengurusan pembelajaran berasaskan web seperti LMS

(Learning Management System), CMS (Content Mangement System) dan sebagainya

disediakan oleh insitut perguruan.

Justeru, kurikulum yang digunakan untuk melahirkan guru permulaan harus

mempunyai ciri-ciri bersepadu dengan kerangka yang lengkap dan mantap. Unsur-

unsur seperti pernyataan objektif yang meliputi semua domain kognitif, afektif dan

psikomotor tidak boleh diabaikan. Huraian kepada klasifikasi setiap domain harus

dijelaskan dan dimuatkan secara optimum dalam sukatan pelajaran. Seperkara yang

lebih penting ialah menyenaraikan dengan jelas jenis strategi yang paling wajar

diguna pakai oleh pensyarah supaya guru pelatih memperoleh pengetahuan dan

kemahiran aras tinggi. Strategi ekspositori, strategi amali, strategi berorientasikan

Page 52: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

339

masalah, dan strategi kompleks-kognitif seperti yang digariskan dalam model

Integrated Instructional Strategies oleh Tennyson (1990) wajar menjadi rujukan.

Penyusunan strategi pengajaran yang mantap untuk sukatan pelajaran

Pengurusan Sumber ini seharusnya difokuskan kepada pemerolehan pengetahuan dan

kemahiran ilmu-ilmu keguruan termasuk Technological Pedagogical Content

Knowledge (TPACK). Justeru, program KPLI dalam pendidikan guru harus

menjadikan TPACK sebagai wadah yang mendasari sukatan pelajaran Pengurusan

Sumber. Penyemakan semula dan penggubalan sukatan pelajaran Pengurusan Sumber

dalam program latihan guru KPLI harus menjadikan TPACK sebahagian daripada

bahan rujukan para penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran lain untuk

melengkapkan keterampilan guru permulaan supaya dapat mengintegrasikan teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan ini boleh menjadi lebih mantap apabila institut pendidikan guru dan

Bahagian Pendidikan Guru mempunyai jabatan yang khusus bertanggung jawab

terhadap hal ehwal akademik. Contohya jika institut perguruan mempunyai Jabatan

Hal Ehwal Pelajar yang mengurus segenap aspek tentang pelajar, justeru Jabatan Hal

Ehwal Akademik hurus diwujudkan untuk memikul tanggung jawab terhadap isu dan

hal ehwal berkaitan pelaksanaan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dilaksanakan

oleh institut perguruan. Justeru, produk atau hasil pembelajaran di kalangan guru

pelatih harus diukur dan dinilai dengan menggunakan model penilaian yang saintifik,

berbeza dangan apa yang sedang diamalkan.

Iklim Persekitaran Pengajaran TMK

Iklim persekitaran pengajaran harus menggalakan dan menjurus ke arah

penglahiran K-Modal Insan yang menguasai teknologi. Keadaan institut perguruan di

Page 53: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

340

mana reka bentuk pengajaran TMK itu dibina dan dilaksanakan harus mempunyai

impak yang signifikan terhadap pembangunan modal insan dalam bidang pengajaran

dan pembelajaran berorientasikan Web. Sumber dan halangan (masa, kewangan, staf

dan prasarana), dan budaya (sistem nilai, falsafah, visi, misi matlamat dan polisi) yang

wujud dalam organisasi mempengaruhi pemilihan strategi pengajaran TMK.

Pensyarah harus mampu untuk mengesan sumber, halangan, dan budaya dalam institut

perguruan ia bertugas, dan seterusnya membuat keputusan-keputusan yang bijak

sepanjang proses pembangunan reka bentuk pengajaran dilakukan.

Prasarana TMK sentiasa dalam keadaan terurus dan sentiasa tersedia untuk

penggunaan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat ia diperlukan.

Perkhidmatan mengakses maklumat ke internet harus diberi keutamaan dan percuma

kepada semua guru pelatih selagi ia tergolong sebagai prasarana untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan prasarana sebegini dapat mempromosi

Pembelajaran Regulasi Kendiri dalam kalangan guru pelatih. Penyediaan keperluan

TMK ini sudah tentu memerlukan peruntukan perbelanjaan yang banyak kerana

melibatkan sumber tenaga manusia yang mahir dalam TMK untuk merancang dan

menyelenggara prasarana untuk pengajaran dan pembelajaran di institut perguruan.

Kos untuk membiayai tujuan ini memang tidak dapat dielakkan untuk melahirkan

golongan guru sebagai modal insan yang berketerampilan tinggi.

Cadangan Kajian Lanjut

Berdasarkan rumusan, implikasi dan cadangan penambah-baikan dalam

amalan pengajaran TMK, kajian ini mencadangkan supaya kajian lanjut yang

komprehensif tentang aspek berikut menjadi keutamaan selain daripada bidang-bidang

penyelidikan yang telah diutarakan di awal bab ini;

Page 54: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

341

a. Aspek kepercayaan, falsafah dan spiritual dalam diri pensyarah yang

mengajar TMK di institut pendidikan guru terhadap integrasi teknologi

dalam pengajaran berasaskan Web.

b. Pengaruh dan hubungan syarat-syarat pengajaran terhadap pemilihan

strategi pengajaran TMK berasaskan Web yang diamalkan oleh pensyarah.

c. TPACK sebagai pengetahuan asas guru dalam menjalankan tugas

pengajaran komponen TMK dalam program pendidikan guru.

d. Kesesuaian Integrated Instructional Strategy dalam pengajaran komponen

TMK untuk menguasai TPACK dalam kalangan guru pelatih.

e. Amalan penggunaan Strategi Kompleks-Dinamik dalam kalangan pendidik

guru di institut perguruan.

f. Pembelajaran Regulasi Kendiri dalam kalangan guru pelatih di institut

perguruan yang mengikuti berbagai program di institut perguruan.

Tajuk-tajuk kajian tersebut yang melihat secara terperinci dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam situasi sebenar dalam bilik darjah

akan dapat memperbaiki amalan pengajaran pensyarah dalam program pendidikan

guru. Kajian-kajian sedemikian rupa boleh menyumbang kepada tubuh ilmu dalam

bidang Teknologi Pengajaran yang sedang berkembang begitu pesat ke arah

pembelajaran berasaskan Web.

Kesimpulan

Kajian ini merupakan hasil penyelidikan terhadap proses pengajaran

komponen TMK sebenar dalam konteks program latihan guru KPLI di institut

pendidikan guru. Kajian ini telah menjelaskan corak persekitaran pengajaran

komponen TMK dan penggunaan strategi pra pengajaran, strategi ekspositori, strategi

Page 55: BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN …studentsrepo.um.edu.my/3844/6/12-Bab_Penutup_5.pdf · kepada program latihan guru. Implikasi yang diutarakan mencadangkan usaha-usaha

342

amali, strategi penyelesaian masalah, strategi dwibahasa, strategi pemantauan, dan

strategi membina insan guru dalam pengajaran pensyarah yang melaksanakan

pengajaran komponen TMK. Penjelasan tentang hasil pengajaran dari segi kognitif,

afektif dan kemahiran motor telah dikesan berlaku dalam kalangan guru pelatih.

Rumusan-rumusan yang telah menghuraikan corak pelaksanaan pengajaran

komponen TMK dalam program KPLI telah menjelaskan keadaan sebenar yang

sedang berlaku dalam sistem latihan guru. Cadangan penambahan-baikan kepada

persekitaran pengajaran, dan penggunaan strategi pengajaran harus dilakukan untuk

mendapatkan hasil pengajaran yang autentik. Perubahan-perubahan yang perlu

dilakukan harus selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara: Melangkau

Ke 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, dan saranan UNESCO sebagai

badan dunia berkaitan pendidikan. Dengan demikian pensyarah di institut pendidikan

guru, dan institut pendidikan tinggi lain akan mempunyai keupayaan tinggi untuk

melaksanakan pengajaran komponen TMK dengan berkesan dalam melahirkan modal

insan kelas pertama Abad Ke-21.