perbezaan sistem demokrasi & sistem syura

Upload: paulina

Post on 09-Jan-2016

498 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengajian MalaysiaKolej Islam Sains & Teknologi

TRANSCRIPT

Perbezaan antara zaman pemerintahan sekarang dengan zaman pemerintahan nabi.

Perbandingan sistem pemerintahan zaman Dahulu dengan zaman sekarang. Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbezaSeperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyatSebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.TpengenalanPemerintah merupakan orang yang dipilih orang rakyat dalam sesebuah negara untuk mengetuai rakyat nya dalam membuat sesuatu perkara.Apa itu pemerintah?Dari segi bahasaPerkataan syura dari segi bahasa bermaksud mesyuarat, perundingan atau perbincanganlahPermesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama yang muktabar dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dengan kebajikan mereka berdasrkan kepada keimanan dan ketakwaan kepada allah (s.a.w)Definisi syuraDemokrasi adalah satu idelogi ciptaan manusia yang meletakkan sesuatu hukuman itu berdasarkan logik akal dan mendapat sokongan yang ramai.Demokrasi meletakkan suara ramai itulah penghukum samaada halal atau haram, samaada menepati syara' atau tidak.Lantaran itu berlakunya segala bentuk kerosakan dan kefasidan yang mengakibatkan perselisihan antara manusia yang tidak di cerna dengan baik.Sistem demokrasiSistem demokrasiDemokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang bermaksud kuasa rakyat.Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun demokrasi moden lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara.Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyatPerbezaan sistem demokrasi & sistem syuraSistem syuraDefinisi syura adalah kata nama daripada perkataan Al-Musyawwaratun atau Watasyawwarun bererti mengutarakan pendapat yang terpilih.Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran.

Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.

Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :(syura)Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T,mempunyai pengetahuan luas , mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik .

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :(demokrasi)syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem demokrasi untuk seseorang itu boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.

Dari segi bidang kuasa (syura):bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quranseseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanahSeseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

PERBEZAAN BIDANG KUASA ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASIDari segi bidang kuasa (demokrasi) :seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat.Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyatbidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dari Segi Perundangan (syura) :Perundangan dalam sistem syura adalah berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan al-Quran dan al-HadisPertimbangan dalam meletakkan undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya serta bentuknya berdasarkan suara majoriti yang di terima oleh IslamSebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan di dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah Islam menekankan.Jika pmimpin di beri mandat rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat / pemimpintidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum AllahPERBEZAAN PERUNDANGAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari Segi Perundangan (demokrasi) :sistem demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan keputusan sehingga sampai ke tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoritiDi dalam demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan.

Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam (syura) : Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan IslamDalam piagam madinah Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraanRakyatnya yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara.Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat merekamereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahajaPERBEZAAN HAK ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASIDalam sistem syura golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam (demokrasi) :golongan bukan Islam ini mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahanMereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan lain-lain lagiIa jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama.

kesimpulan