syura dalam sistem politik islam dan kebaikannya

33
SADN 1013 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1 SYURA DALAM SISTEM POLITIK ISLAM DAN KEBAIKANNYA PENGENALAN Syura adalah merupakan suatu tuntutan yang difardhukan kepada umat Islam. Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan. Ianya juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang perlu diberi pemahaman semula di dalam menghadapi sesuatu cabaran dan tuntutan semasa. Ia adalah asas dan kaedah tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perintah syura yang diwahyukan kepada baginda SAW sebagai suatu penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah SWT (Fakhrurazi Ghazali). Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan 1 200954

Upload: hafiz-bin-abu-hassan

Post on 23-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

syura atau musyawarah ialah bertukar fikiran atau berbincang antara dua orang atau lebih dalam menghadapi hal-hal yang dibenarkan oleh syariat sesuai dengan adab-adab, cara cara yang syar’i untuk memperoleh hasil yang baik dan benar yang akan menjadi tindakan bersama, seseorang atau satu kelompok.

TRANSCRIPT

Page 1: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

SYURA DALAM SISTEM POLITIK ISLAM DAN KEBAIKANNYA

PENGENALAN

Syura adalah merupakan suatu tuntutan yang difardhukan kepada umat  Islam.

Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap

sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan. Ianya  juga dianggap

sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang perlu diberi pemahaman semula di

dalam menghadapi sesuatu cabaran  dan  tuntutan semasa. Ia adalah asas dan kaedah

tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama sebagaimana yang diperintahkan oleh

Allah SWT. Perintah syura yang diwahyukan kepada baginda SAW sebagai suatu

penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah SWT (Fakhrurazi

Ghazali).

Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam

perkara tuntutan  Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada

kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa

ada  negara dan kedaulatan politik.  Tuntutan perlaksanaan syari‘ah  adalah wajib ke

atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib (Abd. Halim El

Muhammady).

Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari.;

"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah

amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan

dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu

1 200954

Page 2: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

tunaikan pula amanah itu." Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan

kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.

DEFINISI SYURA

Menurut bahasa, Syura bererti Mesyuarat.

Menurut istilah syariat Islam, erti syura atau musyawarah ialah bertukar fikiran atau

berbincang antara dua orang atau lebih dalam menghadapi hal-hal yang dibenarkan

oleh syariat sesuai dengan adab-adab, cara cara yang syar’i untuk memperoleh hasil

yang baik dan benar yang akan menjadi tindakan bersama, seseorang atau satu

kelompok.

“Dan orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan

mendirikan shalat, sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarah

antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan

kepada mereka.”

(QS. Asy-syura 42: 38)

PENGERTIAN SYURA

Dalil yang mengharuskan Syura:

Syiekh Sa’id Hawwa ada menyebut persoalan syura di dalam bukunya Durus Fi Amal

Islami:

2 200954

Page 3: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

“Syura adalah ciri yang asas serta sifat yang perlu ada dalam gerakan Islam, tanpanya

hilanglah kekuatan dan kemantapan gerakan Islam seperti mana hilangnya solat dari

mereka”

Syura Perlulah:

Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah

Menggunakan feqh aulawiyyah (keutamaan) dan feqh muazanah

(pertimbangan)

SYURA (MUSYAWARAH)

Di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang dibawa oleh Islam adalah syura

(musyawarah). Makna syura adalah bahawa hendaknya seseorang tidak menyendiri

pendapatnya dan dalam persoalan-persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran

dengan orang lain. Karana pendapat dua orang atau lebih dalam jamaah itu dianggap

lebih mendekati kebenaran daripada pendapat seorang saja.

Sebagaimana musyawarah dalam suatu urusan itu dapat membuka pintu kesulitan dan

memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari berbagai sudut, sesuai dengan

perbezaan perhatian tiap individu dan perbezaan tingkat pemikiran serta tingkat

pengetahuan mereka. Dengan demikian maka keputusan yang diperoleh adalah

berdasarkan persepsi (tashawwur) yang syamil (sempurna) dan berdasarkan studi

yang menyeluruh.

Dengan adanya aktifitas bermusyawarah, manusia akan mempunyai nilai tambah,

selain dan yang bersumber dari pikirannya sendiri. Yakni pemikiran orang lain. Selain

itu ilmunya juga bertambah oleh ilmu orang lain. Seorang penyair mengatakan:

3 200954

Page 4: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

"Apabila suatu idea itu telah sampai pada musyawarah, maka minta tolonglah

dengan idea orang yang memberi nasihat dengan mantap, dan jangan kamu

mengira bahwa musyawarah itu akan merugikan kamu, karena para pendahulu itu

menjadi penguat generasi masa kini."

Islam telah menyuruh kita untuk bermusyawarah dalam kehidupan individu,

berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara (Yusuf Qardhawi)

SYURA DALAM SUNNAH

Abu Hurairah mengatakan, sebagaimana dicatat oleh Al-Bukhari, “Aku tidak melihat

orang yang paling banyak bermusyawarah dengan para sahabatnya selain

Rasulullah saw.”

Hadits Aisyah ra saat peristiwa Haditsul ‘Ifki: “… maka nabi SAW memanggil Ali bin

Abi Thalib & Usamah bin Zaid ra untuk meminta saran tentang keluarganya… (HR

Bukhari di beberapa tempat dlm shahih-nya,

KEPENTINGAN SYURA

Syura amat luas bidang dan cukupannya. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan

manusia, samada bersangkutan dengan kehidupan harian dan sebagainya,

sehinggalah kepada pemerintahan Negara. Namun begitu syura tidak seharusnaya

dipandang penting dalam bidang politik dan pemerintahan sahaja, namun dari segala

sudut kehidupan bagi mendapatkan keputusan dan natijah yang terbaik, maka

seseorang itu sebaiknya bermesyuarat dalam setiap urusan, umpama untuk membeli

sesuatu dengan orang-orang yang arif, begiti juga untuk memilih pasangan hidup,

4 200954

Page 5: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

seseorang itu sebaiknya bermesyuarat dengan ahli keluarga,begitu juga para hakim,

kadi, mufti dan sebagainya dalam menentukan hukum yang betul dan ketetapan serta

keputusan yang terbaik dengan bermesyuarat dengan mereka yang arif dalam bidang

tertentu, dan sudah tentu kepentingan pelbagai sudut dapat dijaga (Abdul Monir

Yaacob)

Oleh itu kita dapat lihat Rasulullah s.a.w. sendiri adalah orang yang paling banyak

bermesyuarat bersama-sama para sahabatnya. Ini jelas diterangkan oleh

Allah sebagai pengajaran untuk manusia sebagaiman firmanNya yang bermaksud:

“Dan Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila

kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.

Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertawakal kepadanya”

(Ali Imran Ayat 159)

Syura adalah prinsip fitrah yang sememangnya wujud di dalam jiwa manusia. Manusia

suka urusan mereka dibincangkan dengan meneliti pandangan yang berbagai.

Manusia tidak suka dipaksa dengan cara yang zalim dan menekan kepentingan

mereka.

Syura adalah prisnsip asas dalam khalifah insaniah di muka bumi juga sebagai prinsip

asas dalam khalifah ummah di dalam satu-satu masyarakat dan negara. Allah Ta’ala

berfirman yang bermaksud;

“…dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya

aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al-Baqarah Ayat 30)

5 200954

Page 6: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

SYURA DALAM SEJARAH

Sebuah Kisah Kebanggaan

Saat terjadi pertempuran dengan Persia, Panglima Tentara Persia meminta bertemu

dengan Panglima Perang Kaum Muslimin untuk melakukan perundingan. Setelah

Panglima Tentara Persia itu menyampaikan keinginannya, Panglima Perang Muslimin

menjawab, “Beri saya waktu untuk bermusyawarah dengan orang-orang.” Panglima

Persia itu mengatakan, “Kami tidak mengangkat orang yang selalu mengajak

bermusyawarah sebagai pemimpin.” Panglima Muslim itu menjawab, “Kerana itulah

kami selalu mengalahkan kalian. Kami justru tidak pernah mengangkat pemimpin dari

orang yang tidak mau bermusyawarah.”

Terdapat banyak ketika yang menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW menjalankan

syura di dalam urusannya di sepanjang sirah hidupnya. Di antaranya ialah ketika

peperangan Khandaq yang berlaku apabila sebilangan pemimpin Yahudi Bani Al-

Nadhir menghasut bangsa Quraisy, Qabilah Ghafatan, Bani Fuzarah dan Bani Murrah

untuk memerangi Rasulullah SAW dan pihak Muslimin keseluruhannya.

Peristiwa pertama berlaku ketika pihak Muslimin mendapat tahu akan pakatan

yang dibuat oleh kaum Yahudi, Quraisy dan beberapa qabilah daripada bangsa

Arab. Sebaik sahaja Rasulullah SAW menerima berita pakatan tersebut,

Baginda SAW terus menyampaikan berita ini kepada kaum Muslimin yang

ketika itu berada di Madinah dan bermesyuarat dengan mereka bagi

membincangkan masalah ini. Maka, salah seorang daripada sahabat Rasulullah

6 200954

Page 7: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

SAW, iatu Salman Al-Farisi pun mencadangkan agar digali kubu di sekitar luar

kota Madinah.

“Di Parsi, apabila kami takut akan penceroboh, kami akan menggali parit di

sekitar kami untuk membiarkan mereka terperangkap di teluk.”8

Rasulullah SAW telah bersetuju dengan cadangan ini dan sebuah parit telah

digali di bahagian yang terdedah kepada serangan musuh di luar kota Madinah.

Satu lagi peristiwa yang berlaku di dalam tempoh peperangan yang sama, iaitu apabila

pihak musuh telah membajiri bahagian luar kubu yang telah digali oleh pihak Muslimin.

Sementara itu, di dalam kota Madinah pula golongan munafiq sedang menjalankan

kerja mereka untuk manabur keraguan dan memecah belahkan saf Muslimin.

Melihatkan keadaan yang semakin meruncing, Rasulullah SAW telah memanggil

Sa`ad bin Mu`adz dan Sa`ad bin `Ubadah lantas bermusyawarah dengan mereka.

Rasulullah SAW mengatakan bahawa baginda akan berdamai dengan Qabilah

Ghaftan (salah satu daripada qabilah musuh) memberi satu pertiga daripada hasil

buah-buahan Madinah kepada mereka agar mereka mengundur diri dari medan

pertempuran. Lalu kedua-dua Saad berkata,“Ya, Rasulullah SAW. Apakah keputusan

ini merupakan suatu pendapat tuan hamba untuk kami bertindak atau apakah ini suatu

suruhan yang ingin Rasulullah SAW lakukan untuk faedah kami atau satu perintah dari

Allah? Baginda SAW menjawab, “Malah ini adalah suatu perkara yang ingin aku

lakukan untuk kebaikan kamu dan supaya dengannya dapat kuleraikan mereka”.

Lantas Sa`ad bin Muadz menjawab,“Demi Allah, sesungguhnya kami tidak berhajatkan

ini, demi Allah kita tidak akan memberi kecuali mata pedang sahaja, hingga Allah SWT

7 200954

Page 8: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

menghukumkan di antara kita dan mereka.” Muka Rasulullah SAW pun memancarkan

cahaya kesenangan dan berkata,“Engkau dan pendapat engkau”.(tarbiyah kampus)

Saat Perang Badr:

Dilakukan majlis syura’ dalam penentuan penyusunan pasukan & saat

berangkatnya pasukan kaum muslimin

(Sirah Ibnu Hisyam, I/620)

Saat Perang Uhud:

Dilakukan majlis syura’ mengenai apakah akan keluar menyerang musuh ke luar

kota Madinah atau cukup menunggu di dalam kota saja

(Al-Bidayah, Ibnu Katsir, IV/11-13)

SYURA KEBANGGAAN UMAT ISLAM

Khalifah Umar Bin Khattab mengatakan, “Tiada kebaikan pada suatu urusan

yang dilaksanakan tanpa musyawarah.” (An- Nizham As-Siyasi Fil-Islam,

Muhammad Abdul- Qadir Abu Faris).

HUKUM SYURA

Sunnah ( ) ( أل�ند��ب�

8 200954

Page 9: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Dinukil pendapat Imam Asy-Syafi’i mengenai masalah ini, beliau berkata:

“Sesungguhnya perintah dalam ayat ‘dan bermusyawarahlah kalian dalam urusan itu’

menunjukkan hukumnya sunnah.” (Tafsir Ar- Razi, IX/67)

Dinukil dari Imam Al-Baihaqi tentang sunnahnya bermusyawarah.

(Al-Fath, XII/249)

Wajib ( ) و�ب� ( أل��و�ج�

Dari Ibnu Khariz Mindad berkata: “Wajib bagi setiap penguasa untuk bermusyawarah

dengan para ulama pada hal-hal yang mereka tidak ketahui dan dalam masalah yang

sulit.” (Tafsir Al-Qurthubi, IV/249)

Ibnu Taimiyyah berkata: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala memerintahkan untuk

menyatukan hati para sahabatnya dan agar diikuti oleh orang-orang setelahnya, dan

agar mereka mau mengeluarkan pendapatnya dalam masalah yang tidak diturunkan

wahyu tentangnya, seperti dalam masalah peperangan dan masalah-masalah cabang

dan yang selainnya.” (Al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, XXVIII/387).

Imam Al-Qurthubi bahkan menyatakan: “Jika penguasa tidak mahu bermusyawarah

maka wajib diturunkan, hal ini juga dinukil dari Ibnu ‘Athiyyah, ia berkata: Syura adalah

kaidah syar’iyyah dan kewajiban hukum ALLAH, maka jika penguasa tidak

bermusyawarah dengan ahli ilmu maka memisahkan diri dari penguasa tersebut

hukumnya wajib.” (Tafsir Al-Qurthubi, II/474)

Terdapat berbagai-bagai bidang yang dilaksanakan melalui sistem musyawarah ini.

Ianya termasuklah :

9 200954

Page 10: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Hakim (pemerintah) juga melaksanakan tuntutan syura bersama ahli halli wal

aqdi dalam menentukan sesuatu dasar yang berhubung dengan maslahah

ummah dalam pentadbiran Negara.

Syura juga dilaksanakan di dalam majlis kehakiman sebagaimana berlakunya

syura di antara qadhi bersama para ilmuan dan fuqaha' terhadap sesuatu

qadhiah sebelum sesuatu ketetapan diambil terhadap hukuman yang bakal

diputuskan.

Dalam aspek kehidupan seharian seperti urusan munakahat, bai’e, ijarah,

wakalah dan dzoman di mana berlakunya proses syura .

Majlis mufti juga melaksanakan konsep syura bersama para alim ulamak di

zamannya sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan untuk tatapan umum.

PRINSIP DALAM SYURA

Keikutsertaan Individu Dalam Jama’ah

Kebebasan Mengeluarkan Pendapat

Bersifat Adil Dalam Menetapkan Syura

Mengutamakan Pendapat Dari Sudut Dimensi Masing-Masing Individu

Ketetapan Keluar Manakala Suara Sudah Mencapai Bulat

Syura (musyawarah) disebutkan di dalam Al-Quran sebagai salah satu ciri utama Islam

yang secara integral berkaitan dengan ketaatan kepada Allah, melaksanakan shalat,

dan mem belanjakan apa-apa yang telah dikaruniakan Allah untuk keperluan-keperluan

masyarakat. Al-Quran mengatakan: "Dan mereka yang mematuhi seruan Tuhannya dan

10 200954

Page 11: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

mendirikan shalat, sedang urusan mereka (dalam segala urusan kemasyarakatan)

diselesai kan dengan musyawarah di antara mereka dan yang menafkahkan sebagian

dari rizki yang kami berikan kepada mereka." (Asy-Syura: 38).

Prinsip syura harus dipakai pada setiap tingkat inter aksi sosial. Keluarga, yang

merupakan kesatuan terkecil dari struktur masyarakat, juga diperintahkan untuk

melaksanakan syura sebelum memutuskan masalah-masalah penting. Al-

Quran mengajarkan orangtua untuk membicarakan penyapihan anak melalui

pertukaran pendapat (syura): "...dan apabila kedua orangtua memutuskan

melalui permusyawaratan untuk menyapih anaknya, maka tidak ada dosa atas

mereka..."

(Al-Baqarah Ayat 233)

Ayat tersebut ditujukan kepada Nabi dalam kapasitasnya sebagai pemimpin

masyarakat Islam. Bila Nabi, dengan segenap kemaksuman dan kebesarannya,

berkewajiban kon sultasi dengan rakyatnya, maka pemimpin Islam sesudahnya tentu

lebih banyak dituntut untuk berkonsultasi ketimbang Nabi, sesuai dengan kadar

perbedaan antara keduanya.(Syamsul Balda)

Asas Kepada Prinsip Syura Ini Ialah Firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

"Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan" dan firmanNya yang

bermaksud, "Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka". Ayat-

ayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan

11 200954

Page 12: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

orang-orang Muslim. Dalam amalan Rasulullah s.a.w, prinsip ini adalah dijalankan,

baginda bermesyuarat dengan sahabatsahabatnya dalam urusan-urusan kepentingan

umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar dan Uhud . Demikian juga

amalan para sahabat-sahabat, baginda Abu Bakar bermesyuarat untuk mengambil

tindakan ke atas orang-orang murtad, Saidina Umar bermesyuarat untuk

menyelesaikan tanah rampasan perang". Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil

tindakan mengumpul dan menyalin menyusun al Qur'an. Jadi, amalan prinsip syura ini

adalah lumrah dalam pimpinan Islam dalam segenap peringkatnya.

SYURA DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA

Walaupun syura dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka Al Qur'an

memasukkannya sebagai unsur terpenting dalam berjamaah (bermasyarakat).

Demikian itu disebutkan dalam Al Qur'an Makky (yang diturunkan di Mekkah) yang

telah membangun kaidah-kaidah asasi dan meletakkan dasar-dasar kehidupan Islam.

Maka syura itu juga dimasukkan dalam sifat-sifat orang yang beriman, disertai dengan

sifat-sifat lainnya yang asasi, di mana keislaman dan keimanan seseorang tidak

sempurna kecuali dengan sifat-sifat itu. Yaitu, istijabah (menyambut) seruan Allah,

mendirikan shalat, dan menginfakkan apa yang diberikan Allah kepadanya. Ini

disebutkan dalam surat yang membawa nama "As-Syura." Allah SWT berfirman:

"Maka sesuatu apapun yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan

hidup didunia; dan apa yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal

bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhannya, mereka

bertawakkal, dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan

12 200954

Page 13: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi

mnaf Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan

Tuhannnya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan)

dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian

dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

(Asy Syura: 36-38)

Perintah dalam ayat ini turun serelah perang Uhud, di mana Rasulullah SAW

bermusyawarah dengan para sahabatnya, tetapi Rasulullah mengikuti pendapat majoriti

sahabat. Dan hasilnya, adalah kekalahan yang menimpa ummat Islam sehingga gugur

tujuh puluh syuhada' dari para sahabat pilihan, termasuk di antaranya Hamzah,

Mush'ab, Sa'ad bin Rabbi dan lain-lain (Yusuf Qardhawi)

PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM

Negara islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting

1. Prinsip Syura

2. Prinsip Keadilan

3. Kebebasan

4. Persamaan

13 200954

Page 14: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

KONSEP SYURA DALAM ISLAM

Syura adalah merupakan suatu konsep perbincangan yang diletakkan bagi

menyelesaikan sesuatu masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya sistem 

syura dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perselisihan pendapat, pandangan

mahupun emosi dalam rangka untuk menentukan titik persefahaman dan

permuafakatan di antara semua pihak dalam perkara-perkara yang tidak mempunyai

nas secara qat’ie yang melibatkan umat Islam .

Keadilan di dalam Islam adalah keadilan yang bersifat tetap yang  melibatkan  ثابتة

keseluruhan  masyarakat dalam meraikan maslahah serta meletakkan dasar 

persamaan dalam menentukan hak dan kewajipan serta kebebasan untuk berie’tikad

dan melaksanakan amal ibadat. Ruang lingkup syura adalah  berlegar di bawah

wilayah Khalifah. Ianya adalah disifatkan sebagai suatu bentuk dzoman (jaminan)

tehadap dua dasar utama pentadbiran yang dibawa oleh mana-mana kerajaan Islam

yang memerintah. Dasar ini adalah untuk melaksanakan hukum-hakam Islam dan

menjaga maslahah ummah.k Dua dasar inilah  yang dijamin  melalui perlaksanaan

sistem syura yang juga merupakan sebuah badan muhasabah terhadap pemerintah

(Fakhrurazi Ghazali)

Firman Allah SWT :

فى يجدوا ال ثم بينهم شجر فيما يحكموك حتى يؤمنون ال وربك فال

% أنفسهم % ويسلموا قضيت مما حرجا (65 النساء)   تسليما

14 200954

Page 15: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

“Tidak, demi tuhanmu mereka tidak juga beriman  kepada engkau sehingga

mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan

antara mereka, kemudian mereka tidak memperolehi keberatan dalam hatinya

menerima perutusan engkau dan mereka terima sebenar-benarnya”.

SISTEM SYURA MANTAPKAN PENGURUSAN NEGARA

Menerusi Islam kita akan mempunyai satu pendekatan dalam menyusun kehidupan

bermasyarakat dan negara menerusi sistem politik. Urusan politik dalam sesebuah

negara perlu dikendalikan dengan mantap dan beramanah. Kepemimpinan negara

adalah satu tanggungjawab keagamaan besar yang perlu dipikul oleh sesebuah

pemerintah. Dengan itu, mengikut Islam usaha untuk membangun sesebuah

masyarakat dalam negara memerlukan kepada sebuah sistem politik yang adil dan

mampu memilih sebuah pemerintahan berwibawa untuk menerajui sesebuah kerajaan.

Tanggungjawab orang Islam ialah memilih pemimpin berakhlak dan berkelayakan.

Kepemimpinan negara mengikut Islam mempunyai tanggungjawab keagamaan untuk

menghasilkan kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang seterusnya menjana

kepada pembangunan negara. Rakyat turut sama mempunyai hak dan tanggungjawab

keagamaan atau dari segi moral untuk berperanan menyokong segala tindak tanduk

pemerintah yang berfaedah semoga negara mencapai matlamat luhur.  Tugas

pemerintah yang dipilih menerusi sistem politik dalam sesebuah negara itu adalah berat

dan mencabar. Kemampuan sebuah kerajaan membangun negara ke arah peningkatan

mutu hidup rakyat secara syumul dan sepadu memenuhi keperluan rakyat adalah

15 200954

Page 16: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

kejayaan yang dipertanggungjawab Islam.  Kepemimpinan sesebuah negara perlu

memberi perhatian yang utama kepada perkara terpenting dalam menyusun dan

membangun negara. Dua daripada perkara itu ialah negara perlu mengurus

pengendalian negara bersandarkan semangat syura dan negara perlu memenuhi

tuntutan kebajikan rakyat. Islam menuntut pemerintah berusaha dengan ikhlas dan

bijaksana menghasilkan pencapaian kebajikan rakyat dalam negara. Menepati

perutusan Nabi kepada umat manusia di mana risalahnya perlu menjana kebajikan

kepada masyarakat manusia dan alam sejagat, pemerintah sesebuah negara perlu

meneruskan perjuangan Rasulullah. Ia termasuk usaha ke arah pencapaian kehidupan

sempurna, meningkat keselesaan hidup, meminimumkan kesusahan, menjana

pertumbuhan ekonomi, memupuk budaya penyayang dan bermuafakat, berusaha

mengurangkan keruntuhan akhlak, membasmi kemiskinan, menghapus ketakutan dan

tekanan jiwa rakyat.  Dari kedua-dua asas penting pemerintahan negara mengikut Islam

jelas kepada kita kepemimpinan negara wajib memberi perhatian bersungguh-sungguh

kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang diasaskan kepada semangat

syura dan sekali gus bermatlamat mencapai pembangunan negara dalam semua aspek

keperluan rakyat termasuk kerohanian dan kebendaan dalam acuan yang sepadu. 

Pembangunan negara mengikut Islam dengan itu adalah satu proses usaha untuk

menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau negara oleh sesebuah

pemerintahan ke arah memaju dan meningkatkan mutu hidup rakyat pada peringkat

individu dan bermasyarakat (Nik Mustapha Nik Hassan: 2008)

Nabi Muhamad SAW pernah bersabda dalam hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada

Abu Hurairah ra yang bermaksud: 

16 200954

Page 17: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

"Kaum Bani Israel, siasah kenegaraan mereka dipimpin Nabi. Setiap kali

meninggal seorang Nabi, digantikan oleh Nabi yang kemudian. Sesungguhnya

aku tidaklah ada Nabi yang akan mengganti dibelakangku. Yang bakal ada

hanya khalifah, yang jumlah mereka adalah banyak". 

FAEDAH SYURA:

Mencegah sesuatu yang menjurus kepada kerosakan kerana setiap ahli

syura berhak mengeluarkan pendapat dan sama-sama berbincang bagi

mencapai sesuatu matlamat, jika ada satu pandangan yang bathil maka

ahli-ahli syura berhak menolaknya.

Menguatkan lagi rasa ukhuwwah Islamiyyah

CIRI-CIRI AHLI SYURA

Ahli syura merupakan individu yang paling penting dalam sesuatu organisasi mahupun

negara selepas pemimpin itu sendiri kerana merekalah yang membuat keputusan dan

menentukan hala tuju organisasi tersebut. Secara ringkasnya, seseorang yang hendak

dilantik menjadi ahli syura hendaklah merupakan seorang yang:

mengetahui masalah-masalah pokok (Al-Usul) dalam syariat Islam dan hukum-

hukum 

dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan

Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar

17 200954

Page 18: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus

menerus melakukan dosa kecil

Maka, dapatlah dilihat bahawa sebaik-baik ahli majlis syura adalah mereka yang terdiri

daripada kalangan ahli ulamak. Namun demikian, ketiadaan mereka yang mempunyai

ciri-ciri di atas tidaklah bermakna amalan syura harus ditinggalkan. Dalam konteks ini,

ahli syura hendaklah dipilih di kalangan orang yang paling afdhal dan layak ketika itu

serta mempunyai ciri-ciri mukmin yang lain seperti:

Amanah

Luas pengetahuan dan panjang akal dalam memikirkan sesuatu

permasalahan

Berpandangan jauh

Tawadhu’ dengan pandangan sendiri dan tidak memandang rendah

cadangan orang lain

Tidak bersifat pemarah, suka berbalah dan tergopoh-gapah dalam

tindakan

Sentiasa mengutamakan kemaslahatan ramai daripada diri sendiri

Selain daripada ciri-ciri di atas, terdapat juga ciri-ciri lain yang lebih bersifat

khusus yang perlu dipunyai dan diamalkan oleh setiap ahli syura terutamanya

semasa berlangsungnya musyawarah. Antara ciri-ciri tersebut adalah:

Ahli syura mestilah meletakkan suatu neraca timbangan di antara bai’ah

yang diberikan kepada pemimpin tertinggi dalam konsep as-sami’ wa

18 200954

Page 19: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

tho’ah dan juga konsep memberi nasihat dan pandangan dalam

permesyuaratan.

Mengamalkan konsep al-tasamuh (bertolak ansur)

Meletakkan pandangannya di antara antara kebenaran dan kebatilan dan

bersedia untuk diperbetulkan. Ini kerana kaedah dalam Islam adalah

untuk mencari kebenaran sama ada Muslim itu memberi nasihat dan

pandangan ataupun meminta nasihat dan pandangan.

Masalah Syura.

Dalam majlis syura terdapat masalah yang sering timbul iaitu:

1. Diskusi perkara lain diluar agenda. .'

Terdapat ahli-ahli yang membuat diskusi perkara law yang tidak dikehendaki. Diskusi ini

mengganggu konsentrasi ahli lam semasa syura dan menyebabkan ahli tidak berupaya

memberikan tumpuan terhadap agenda syura. Ahli perlu hormat kepada majlis syura

kerana majlis berkenaan adalah ibadat dan arahan Allah kepada manusia untuk

dilaksanakan.

2. Keingkaran kepada ketua.

Terdapat ahli yang tidak patuh kepada arahan ketua semasa syura. Keingkaran ini

merupakan salah satu penyakit hati manusia yang perlu dipulihkan.

3. Keingkaran kepada keputusan syura.

Terdapat ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan majlis syura lalu bertindak

ingkar terhadap tugasan yang sepatutnya dilaksanakan. Keingkaran ini adalah satu

19 200954

Page 20: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

dosa dan salah dalam konsep organisasi Islam. Sekiranya ahli mengikuti majlis syura

dengan baik, maka keadaan sedemikian boleh dijauhkan.

4. Monopoli dalam majlis syura.

Terdapat ahli yang sering menguasai syura dengan pandangan dan pendapatnya

sahaja. Penguasaaan ini adalah kesalahan dan perlu diperbaiki. Ahli hanya boleh

bercakap apabila dikehendaki berbuat demikian dan diarahkan oleh pengerusi sahaja.

Selain itu, ahli perlu diam dan mendengar apa yang dibincangkan.

5. Ahli yang tidak aktif.

Sering terjadi dalam sesi syura, ahli tidak memberikan pandangan dan komentar

terhadap isu yang dibincangkan. Hal ini mengakibatkan suasana majlis syura suram

dan tidak diisi dengan diskusi. Keadaan ini boleh terjadi sekiranya pengerusi tidak

berupaya menjana pandangan daripada ahli dan ahli-abli yang tidak berkelayakan dan

tidak berminat dengan perbincangan yang dibuat (Muhammad Nubli Abdul Wahab)

KEDUDUKAN SYURA DALAM ISLAM

Dalam sebuah pemerintahan Islam, syura atau pengambilan pendapat dilakukan oleh

pemerintah atau seorang amir atau seseorang yang memiliki autoriti. Aktiviti ini

biasanya dijalankan di dalam sebuah institusi yang dikenali sebagai Majlis Umat.

Berkaitan dengan soal ‘mengemukakan pendapat’ kepada mereka yang memiliki

autoriti, baik sebagai hakim, komandan atau lainnya, ini merupakan perkara yang tidak

lagi samar di kalangan umat Islam, kerana ia termasuk dalam kategori nasihat. Nasihat

merupakan perkara yang disyariatkan dan mesti disampaikan kepada para pemimpin

kaum Muslimin dan kepada seluruh manusia. Dalam soal ‘mengambil pendapat’

20 200954

Page 21: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

daripada manusia oleh orang yang memiliki autoriti, maka perkara ini merupakan topik

yang masih samar/keliru bagi kebanyakan kaum Muslimin, terutama setelah tersebar

luasnya pemikiran demokrasi yang berjaya mengubah cara berfikir umat Islam. Proses

mengambil pendapat (oleh mereka yang memiliki autoriti) yang sering disebut dalam

Islam dikenali sebagai syura atau tasyawur. Mengemukan pendapat (usul) boleh dibuat

oleh kaum Muslimin mahupun non-Muslim, kerana Rasul telah mentaqrirkan

(menyetujui) suatu pendapat yang terjadi pada (peristiwa) hilf al-fudhul yang berbunyi,

“Jika aku dipanggil bersamanya, sungguh aku akan memenuhi (panggilannya), dan aku

tidak ingin melanggarnya. (Ketahuilah) bahawasanya hal itu bagiku adalah lebih baik

daripada unta merah”. Padahal, pendapat (dalam peristiwa hilf al-fudhul) tersebut

adalah pendapat orang-orang musyrik. Walaubagaimanapun, dalam membuat

keputusan samada untuk menerima atau menolak pendapat tersebut, ia hanya boleh

dilakukan oleh seorang Muslim.

Di dalam sebuah pemerintahan Islam, syura (mengambil pendapat) tidak berhak

dijalankan kecuali oleh kaum Muslimin, kerana Allah Subahanahu wa Ta’ala menyeru

kepada Rasul dengan firmanNya, “...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam

urusan itu...” (Ali Imran Ayat 159). Perkataan ‘mereka’ dalam ayat ini membawa maksud

‘kaum Muslimin’. Dalam ayat lain, Allah Subahanahu wa Ta’ala berfirman, “Sedang

urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka” (Asy-Syura Ayat 38)

juga hanya mencakup kaum Muslimin. Oleh kerana itu, syura, dalam konteks membuat

keputusan menurut Islam, dikhususkan hanya bagi kaum Muslimin. (Hizbut Tahrir

Malaysia: 2008)

MENGAPLIKASIKAN SYURA RASULULLAH

21 200954

Page 22: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Dari keempat-empat peristiwa di atas, kita memahami bahawa Rasulullah pernah

berpegang teguh dengan pendapatnya sendiri dan mencampakkan seluruh pendapat

yang lain ke dinding (diabaikan). Kita juga mendapati bahawa baginda pernah kembali

kepada pendapat yang benar dan cukup mengambilnya dari satu orang sahaja seraya

meninggalkan pendapatnya sendiri dan tidak kembali kepada pendapat para jama’ah

(majoriti). Kita juga mendapati bahawa baginda pernah menyetujui pendapat majoriti

dan beliau pernah bersabda mengenai perkara yang menunjukkan rujukan (beliau)

kepada pendapat majoriti dan tidak menentang pendapat tersebut. Apabila kita meneliti

secara bersungguh-sungguh persoalan yang ada dalam hadis-hadis tersebut, serta

mengkaji situasi dan keadaan yang wujud di dalamnya, maka akan kita dapati bahawa

Rasulullah melakukan 3 perkara dalam menangani persoalan syura ini:-

Rasulullah merujuk kepada kekuatan dalil, menurut pihak yang mengeluarkan

dalil (Allah Subahanahu wa Ta’ala), bukan menurut manusia;

Rasulullah merujuk kepada pendapat yang benar tanpa memandang pada

(pendapat) majoriti, bahkan tanpa mempertimbangkannya sedikit pun.

Rasulullah merujuk kepada pendapat majoriti tanpa memandang pada

(pendapat) yang lain, bahkan tanpa mempertimbangkannya sedikit pun. (Hizbut

Tahrir Malaysia: 2008)

Apabila kita terapkan tiga perkara (hukum) di atas, yang telah diistinbath(digali)

dari perbuatan dan perkataan Rasul terhadap realiti pelbagai jenis pendapat

yang ada di dunia pada hari ini, maka kita akan dapat simpulkan:-

Bahawa dalam aspek hukum syarak, ia dirajih berdasarkan kekuatan dalil

sahaja, kerana Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hanya merajihkan apa

22 200954

Page 23: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

yang diturunkan berdasarkan wahyu dan menolak apa selainnya secara

tegas.

Bahawa terdapat juga pendapat yang bersandarkan kepada suatu

pemikiran (selain hukum syarak) dan termasuk topik yang harus dirajihkan

aspek kebenarannya. Contohnya seperti masalah an-nahdhah

(kebangkitan).

Bahawa terdapat juga pendapat yang mengarah kepada pelaksanaan

suatu aktiviti. Dalam hal ini maka yang lebih diutamakan adalah pendapat

majoriti

Bertolak dari penerapan dalil-dalil tersebut terhadap realiti tentang pelbagai jenis

pendapat yang ada di dunia, maka jelaslah bahawa pendapat yang mengikat,

maksudnya pendapat yang dirajihkan dan tercakup dalam pendapat majoriti adalah

pendapat yang keberadaannya sejenis dengan pendapat yang terjadi pada peristiwa

Uhud. Pendapat seperti ini termasuk di bawah cakupan masyurah (permuafakatan hasil

musyawarah) yang terdapat dalam sabda Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Jika

kalian berdua sepakat dalam satu masyurah...”. Pendapat ini adalah pendapat yang

mengarah kepada pelaksanaan suatu aktiviti dari pelbagai aktiviti. Adapun selain dari

perkara itu (yang keberadaannya tidak termasuk ke dalam jenis pendapat yang terjadi

di Uhud), tidak dianggap sebagai pendapat yang mengikat dan tidak diwajibkan

beraktiviti dengan pendapat majoriti.

Kesimpulan.

23 200954

Page 24: Syura Dalam Sistem Politik Islam Dan Kebaikannya

SADN 1013Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Syura adalah salah satu konsep penting dalam pengurusan institusi Islam. Konsep dan

perlaksanaan yang telah dijelaskan adalah penting untuk memastikan perjalanan syura

berkesan. Syura yang mantap berupaya menggerakkan organisasi dengan berkesan

dan cepat mencapai matlamat. Ia juga merupakan nadi kepada kesatuan dan

kemantapan operasi organisasi. Syura berupaya meringankan beban organisasi dan

melancarkan operasi dalam cuaca yang harmoni (Muhammad Nubli Abdul Wahab)

24 200954