sistem pemerintahan negara (demokrasi berparlimen raja berperlembagaan)
TRANSCRIPT
Sistem Pemerintahan
NegaraNormurni Binti Mohamad
Jabatan Pengajian AmPoliteknik Banting Selangor
2
CLO2
Menjelaskan Perlembagaan Malaysia dan sistem pemerintahan negara (C2, LD1)
Sistem Pemerintahan Negara
• Sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara Malaysia adalah menggunakan konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.
• YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.
• Ciri-ciri khusus dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia:• Perlembagaan, • Raja Berperlembagaan• pengasingan kuasa (perundangan, pentadbiran dan kehakiman)• pilihan raya
Konsep Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan
Maksud demokrasi
pemerintahan yang dijalankan
secara perwakilan.
Corak pemerintahan demokrasi
Sistem Raja Berperlembagaan• mengekalkan raja sebagai pemerintahan
tertinggi negara serta dibantu oleh Perdana Menteri
Sistem Republik.• diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya
Amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
Rakyat membentuk kerajaan melalui pilihan rayaMelahirkan sebuah kerajaan yang adil,
stabil dan sejahteraRaja/Sultan menjadi lambang taat setia
rakyat
Ciri-ciri Khusus Dalam Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen Di Malaysia:
Perlembagaan, Raja
Berperlembagaan
Pengasingan Kuasa (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) Pilihan Raya
Struktur Sistem Pemerintahan Negara
Yang di-Pertuan Agong
Perundangan Parlimen
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Pentadbiran
Perdana Menteri
Jemaah Menteri/Kabinet
Kementerian
Jabatan
Kehakiman Mahkamah
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Negeri
Majlis Raja-Raja
• Institusi Raja di Malaysia adalah satu unsur tradisional yang wujud melalui pemerintahan beraja sejak awal kurun ke-11.
• Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdaulat atas negeri dan jajahan takluknya.
• Pada abad ke-19 dan 20, kuasa pentadbiran pemerintahan diambil alih oleh British dan Jepun.
• Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan beraja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hendaklah mematuhi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
• Peruntukan ini bermaksud bidang kuasa YDPA ditetapkan oleh Perlembagaan dan undang-undang.
• Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hanya bertindak untuk menasihati YDPA dalam hal-hal tertentu.
Raja Berperlembagaan
• Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
• Baginda dipilih dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu dari sembilan buah negeri (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor) secara bergilir-gilir dalam tempoh lima tahun sekali.
• YDPA merupakan Ketua Negara dan Ketua Persekutuan.
• Tugas Baginda telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang boleh dibahagikan kepada tugas rasmi dan kuasa budi bicara.
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Tugas Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Jenis Keterangan
Tugas Rasmi Ketua Badan Pentadbiran
Perkara 39—Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda
Perkara 40 (1)—Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau seorang menteri dibawah kuasa am Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat maklumat berkenaan pemerintahan Persekutuan daripada Jemaah Menteri.
Perkara 40 (1A)—Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat yang diberikan
Ketua Badan Perundangan
Perkara 55 (1)—Memanggil Parlimen bersidang dari semasa ke semasaPerkara 60—Memberi ucapan dalam mana-mana majlis ParlimenPerkara 66 (4)—Memperkenankan Rang Undang-Undang
Jenis Keterangan
Tugas Rasmi
Ketua Badan Kehakiman
Perkara 122B(1)—Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja hendaklah Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden
Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi. (Tertakluk pada Perkara 122C)- Melantik Hakim-hakim yang lain
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
Perkara 122AB(1)—Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi sebagai Pesuruhjaya kehakimanPerkara 125 (1)—Memanjangkan perkhidmatan hakim selepas 66 tahunPerkara 42 (1)—Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman: kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan kesalahan lain yang dilakukan dalam Negeri (Raja atau yang di-Pertua
Negeri berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman) (Perkara 42 (5)—Lembaga Pengampunan harus diwujudkan yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Peguam Negara dan sekurang-kurangnya tiga ahli lain)
Jenis KeteranganKuasa budi bicara
Perkara 40 (2)(a)—Melantik Perdana MenteriPerkara 40 (2)(b)—Mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan Perdana Menteri untuk membubar parlimenMeminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan khas bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat tersebut
Tugas Lain Perkara 41—Yang di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
Perkara 153 (1)—Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera Sabah dan Sarawak, selain menjaga kepentingan kaum lain
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam Perkara 3 (2)—bagi negeri yang tidak mempunyai raja serta negeri baginda sendiri Perkara 3 (3)—bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak Perkara 3 (5)—bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Perkara 150—Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengisytiharkan darurat serta memperkenankan undang-undang darurat dilaksanakan
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri berkuasa Perkara 43 (2) (b)—melantik jawatan Jemaah Menteri Perkara 43A (1)—melantik jawatan Timbalan-Timbalan Menteri
Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik jawatana) Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Rayab) Ketua Audit Negarac) Peguam Negarad) Ahli Dewan Negara (40 orang)e) Yang Dipertua Negeri (atas nasihat Perdana Menteri)
Majlis Raja-Raja 1 Julai 1896 : British telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang) dan menetapkan satu mesyuarat yang diadakan dengan serta merta antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu Negeri-negeri Bersekutu.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama.
Mesyuarat Raja-Raja Negeri Bersekutu tersebut dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR).
Mesyuarat DURBAR yang pertama diadakan di Kuala Kangsar selama empat hari bermula pada 13 Julai 1897.
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada 1948 sebagai penggantian kepada DURBAR dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Negeri Melaka dan Pulau Pinang menjadi ahli selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sabah dan Sarawak pula menjadi ahli selepas penubuhan Malaysia pada 1963.
Tugas Majlis Raja-Raja• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan jadual ketigaPerkara 38 (2)
(a)
• Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak,
Perkara 38 (2)(b)
• Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada undang-undang atau memberi nasihat tentang tentang apa-apa perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja menurut Perlembagaan
Perkara 38 (2)(c)
• Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182Perkara 38 (2)(d)
• Memberi ampun, tunda, hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 38 (2)(e)
• Menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar negara dan perkara yang dikira patut.Perkara 42