jc - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem...

24
JC 423 M697 1997

Upload: duongdieu

Post on 17-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

JC 423 M697 1997

Page 2: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

Pusat Kbidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

PiiüuTilMMLUMAiuiiü 1000246012 PERSPEKTIF DEMOKRASI DAN HAK ASASI MANUSIA DI

MALAYSIA DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: KAJIAN KES UNIMAS

MOHD NAFFE OTHMAN

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada

syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Politik dan Pemerintahan

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian dan syukur kepada Allah, Tuhan semesta alam atas hidayah dan petunjuk yang diberikan kepada Saya.

Saya ingin menyampaikan penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Andrew Aeria selaku penyelia saya yang banyak memberi pandangan terhadap penulisan ilmiah ini. Di atas segala cadangan, nasihat dan kritikan yang diberikan amat dihargai.

Kepada rakan-rakan yang memberi dorongan dan semangat ketika di UNIMAS, saya amat dihargai dan tidak akan dilupakan.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga di Kemasik, Terengganu atas dorongan yang diberikan selama pengajian di UNIMAS terutama kepada ibu saya, Aminah Abdullah yang banyak berkorban. Juga kepada datuk dan nenek saya, Abdullah Omar dan Sa'diah Arshad. Tidak dilupakan juga kepada semua bapa dan emak saudara saya terutamanya Pak Su sekeluarga, Ayah Chik sekeluarga, Mek Tam sekeluarga, Mak Long sekeluarga, Pak Ngah Ali sekeluarga serta Pak Yie. Kepada mereka semua saya sangat berterima kasih. Segala pengorbanan yang diberikan akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

Akhir sekali, kepada semua sepupu saya diucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran dan kehidupan seharian.

Wassalam

1008-1 Tanah Lot, 24200 Kemasik, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

ii

Page 4: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

ABSTRAK

Pengertian demokrasi dam hak asasi manusla boleh dOwt daripada beberapa perspektif iaitu demokrasi sejagat, masyarakat madatti, detnolnasi Timnr dan Barat. Pelbagai

perspektif ini perlu diambil dexni metýonjolkan bagaimana berbagoi unsur tetaebirt telah

merangkumi atnalan demokrasi yang bercirikan masyarakaa itu sendiri. Kajian ini

mwnekankan bahawa negoa a Malaysia dan kebaayakkan neg, ara Asia neempunyai ciri-

ciri demokrasi yang belch ditemui: PtIflumMa yang adil dan bebas untuk menu'h'h

penwnpm, kebebasan media dan ciri demokrasi yang lain. Walaubapinwwpun

disebabkan oleh masalah yang dt'hadapi oleh seliap nqara dalam pembinaan banW

dan negara, pembangunan ekonomi, keselamatan negara, juga clemen autoritatian yang

wujud serta digabunglcan dengan elemen demokrait'k telah melahirkan demokrass cara

Asia. Kajisn mi dijalankan di Uttivereiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 100

orang pelajar UNIMAS telah menjadi subjek kajian ini. Pada hemat penulis penemuatt

kajian ini mendukung pandangan bahawa pelajar UNIMAS cendenmg mempunyai

perspektif bahawa demokrasi di Malaysia adalah sosuai dengan stntktur tnasyarakat di

negaza ini.

ni

Page 5: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

ABSTRACT

The mein of democracy and human rights that need to be viewed from a variety of

perspectives; universal democracy, Civil society and from both a Western and an

Eastern perspective. Resource to this variety of perspectives is necessary to highlight

the combination of these various elements within the practice of democracy that has

now become characteristic of society as a whole. This study is concerned that most

nations in Asia including Malaysia, certain characteristics of democracy are found: five

and fair elections to choose the leaders, noncensored media and others. However,

because of the problems each nation has faced in state and nation, economic problem,

national security and authoritarian components also exist that, when combined with the

democratic elements, produce Asian -style democracy. The present study conducted at

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). A total of 100 students UNIMAS became

the subject in this study. It is the opinion of the write that the result of this research

support the view that UNIMAS's students tendency have perspective that democracy in

Malaysia is suitable with the structure of society in this country.

w

Page 6: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

SENARAI JADUAL

Jadual

Jadual 1 Responden terhadap sistem demokrasi dalam

negara yang berbilang kaum, agama dan budaya

Jadual 2 Kebebasan dan hak asasi manusia dalam sistem demokrasi

Jadual 3 Pendapat responden terhadap perbandingan sistem demokrasi daripada sistem pemerintahan autoritarian, monarki dan diktator

Muka Surat

47

47

48

Jadual 4 Pendapat responden terhadap amalan demokrasi dan had 49

Jadual 5 Pendapat responden terhadap persamaan hak dalam demokrasi 50

Jadual 6 Pendapat responden terhadap persamaan hak di Malaysia 50

Jadual 7 Pendapat responden yang berpendapat perlu had dalam kebebasan di Malaysia 52

Jadual 8 Pendapat responden terhadap kritikan sebagai hak asasi manusia 53

Jadual 9 Responden yang membaca buku perlembagaan 55

Jadual 10 Responden yang membaca hak asasi manusia dalam buku perlembagaaan 55

Jadual 11 Responden berminat terhadap isu-isu hak asasi manusia 56

V

Page 7: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

Jadual 12 Responden yang mengetahui isu-isu hak asasi manusia 57

Jadual 13 Saluran sumber maklumat yang diperolehi oleh responden 57

Jadual 14 Responden percaya pertumbuhan ekonomi dan amalan demokrasi 60

Jadual 15 Responden percaya pertumbuhan ekonomi dan amalan demokrasi di Malaysia 60

Jadual 16 Pendapat responden terhadap akta-akta di Malaysia dan hubungannya dengan hak asasi manusia 63

Jadual 17 Pendapat responden terhadap kebebasan bercakap dan memberi pendapat 66

Jadual 18 Pendapat responden terhadap kebebasan bercakap dan peraturan-peraturan hak 68

Jadual 19 Responden yang bersetuju penekanan kumpulan sebagai ciri demokrasi Timur 70

Jadua120 Responden yang bersetuju aspek individu sebagai ciri demokrasi barat 70

Jadua121 Pendapat responden terhadap usaha kerajaan dalam menjamin hak asasi manusia 71

Jadual 22 Responden yang menyokong penglibatan Malaysia dalam isu-isu hak asasi manusia di negara lain 72

Jadual 23 Pendapat responden terhadap kedudukan hak asasi manusia secara keseluruhannya 73

Vl

Page 8: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI JADUAL

KANDUNGAN

BAB I

PENGENALAN

1.1

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

1.7

1.8

Pendahuluan

Demokrasi Sejagat: Satu Tinjauan

Demokrasi Timur: Satu Tinjauan

Persoalan Demokrasi Di Malaysia

Konsep Masyarakat Madani

Kenyataan Masalah

Objektif Kajian

Had-Had Kajian

BAB II

KAJIAN LEPAS

2.1 Pendahuluan

2.2 Ulasan Kajian dan Hak Asasi Manusia

2.3 Rumusan

ii

iii

iv

V

vi

1

6

9

16

21

25

28

28

30

30

38

VII

Page 9: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

BAB III

KAEDAH PENYELIDIKAN

3.1 Kajian Perpustakaan

3.2 Borang Soal Selidik

3.3 Takrifan populasi dan Penentuan saiz sampel

3.4 Pensampelan

3.5 Pembentukan Soal Selidik

3.6 Kaedah Pengkodan dan Analisis Data

BAB IV

KEPUTUSAN KAJIAN

40

40

40

41

42

43

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Pengertian Demokrasi dan Hak Asasi Manusia 45

4.3 Demokrasi dan Kebebasan Di Malaysia 48

4.4 Kecenderungan Responden Terhadap Isu Hak Asasi Manusia 54

4.5 Demokrasi dan Ekonomi 58

4.6 Akta-Akta dan Hubungannya Dengan Hak Asasi Manusia 61

4.7 Kepercayaan Demokratik Di Kalangan Responden 64

4.8 Ciri Demokrasi Timur dan Barat 69

4.9 Hak Asasi Manusia dan Peranan Kerajaan 71

viii

Page 10: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

BAB V

PERBINCANGAN DAN CADANGAN PENYELIDIKAN

5.1 Pendahuluan 74

5.2 Rumusan Kajian: Perspektif Demokrasi dan

Hak Asasi Manusia 75

5.3 Rumusan Kajian: Perspektif Pelajar Terhadap

Demokrasi dan Hak Asasi Manusia 78

5.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 80

LAMPIRAN

1.1 Komposisi Responden Berdasarkan Fakulti 82

Komposisi Responden Berdasarkan Kaum 82

1.2 Borang Soal Selidik perspektif Demokrasi

dan Hak Asasi Manusia 83

BIBLIOGRAFI 89

0 t

Page 11: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan

unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi berparlimen sebagai sistem

politik yang mengutamakan kepentingan rakyat. Dalam sistem ini, rakyat adalah

penentu bagi pemilihan pemimpin dan kerajaan. Semenjak mencapai kemerdekaan

hinggalah ke hari ini, Malaysia dapat mengekalkan sistem tersebut dan pembangunan

negara dapat berjalan dengan lancar dan pesat. Sebagai sebuah negara yang

mengamalkan sistem demokrasi, peranan dan penglibatan rakyat dalam dasar kerajaan

serta membangunkan negara amat penting. Lebih daripada itu, sistem demokrasi

memberi jaminan hak kepada rakyat sebagaimana yang terkandung dalam

perlembagaan negara.

Pada tahun 1948, Deklarasi Hak Asasi Manusia telah diputuskan di Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Di dalam piagam PBB ini, negara-negara anggota perlu

mematuhi ketetapan yang telah dipersetujui dan menghormati hak asasi manusia.

Dalam piagam yang dimeterai, hal-hal yang berkaitan seperti hak ekonomi, sosial dan

budaya telah ditetapkan bagi memastikan hak asasi manusia berada pada kedudukan

yang betul dan sewajarnya. Piagam ini secara tidak langsung menjadi garis panduan

bagi memastikan pemerintah tidak mengabaikan hak-hak individu.

I

Page 12: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

2

Takrifan demokrasi yang agak baik telah dibuat oleh Aristotle dalam bukunya

Politics (buku IV, bab 4) iaitu: -

"Demokrasi adalah keadaan yang manusia bebas dan golongan miskin, sebagai

golongan majoriti diberi kuasa menentukan corak pemerintahan kerajaan. Demokrasi

yang paling tulen adalah apa yang dinamakan fungsi keketuaan melalui persamaan

hak yang terkandung dalamnya; kerana ia adalah apa yang undang-undang dalam

kerajaan itu arahkan; yang keadaannya orang miskin itu tidak melampaui kuasa orang

kaya dan begitu juga sebaliknya dan kuasa tertinggi pula tidak menguasai mana-mana

satu daripada golongan miskin dan kaya ini, sebaliknya kedua-dua golongan

hendaklah sama-sama berkongsi kekuasaan itu. Keranajika kebebasan dan persamaan

hak, sebagaimana yang beberapa pihak jangkakan hanya boleh didapati dalam

demokrasi, ia hendaklah juga boleh didapati dalam setiap pemerintahan dan kerajaan

yang sempurna; tetapi oleh sebab orang ramai adalah majoriti; dan apa yang mereka

calonkan ialah undang-undang, maka, kerajaan yang sedemikian itu adalah berbentuk

demokrasi " (Watkins, 1967: 216, al-Buraey, 1992: 49)

Perkataan "demokrasi" berasal daripada perkataan Greek, "demos " bermaksud

rakyat, manakala "kreatein" bermaksud memerintah. John Locke seorang ahli

falsafah Inggeris mengatakan bahawa idea demokrasi adalah berasaskan hak asasi

manusia dan pemerintahan oleh majoriti. Jean Jacques Rousseau seorang ahli teori

demokrasi mengatakan, idea demokrasi adalah berasaskan aspek kebebebasan dan

persamaan (New Standard Encyclopedia, 101). Salah satu pandangan yang terkenal

Page 13: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

3

datangnya daripada Abraham Lincoln. Beliau mendefinasikan demokrasi sebagai

"kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat ".

Demokrasi moden hari ini merujuk kepada sistem demokrasi bercorak

perwakilan. Demokrasi yang merujuk kepada sistem politik yang demokratik, iaitu

pemerintah dipilih secara adil, jujur dan adanya pilihanraya yang mana calon-calon

adalah bebas bertanding (Huntington, 1993: 28). Demokrasi merupakan sistem politik

yang membolehkan rakyat sesebuah negara mempunyai pilihan ke atas persaingan di

antara pertubuhan-pertubuhan dan para pemimpin politik. Di dalam amalan demokrasi,

rakyat diberi kebebasan untuk menganggotai persatuan atau pertubuhan. Kebebasan ini

diberi dengan pelbagai tujuan termasuk hak untuk menubuhkan parti politik yang boleh

mengawal kerajaan. Jika kebebasan disekat, akibatnya tiada parti yang akan wujud atau

pun hanya satu parti yang berkuasa penuh di dalam kerajaan.

Dalam demokrasi setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Oleh itu

demokrasi membawa rakyat "bebas ". Kebebasan adalah syarat asas demokrasi yang

mana rakyat mempunyai hak untuk memilih dan bertindak tanpa adanya sekatan.

Demokrasi secara teorinya menganjurkan "kebebasan ", termasuk hak untuk mengundi,

mengkritik, mengeluarkan pendapat, berkempen, bergerak, mencetak dan membaca.

Hubungan antara demokrasi dan kebebasan adalah rapat kerana demokrasi menyokong

kebebasan ( Cohen, 1982 : 27).

Page 14: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

4

Namun begitu adalah sukar untuk kita mencari negara di dunia ini yang

mengamalkan sistem demokrasi yang unggul. Rausseau pernah berkata "tidak pernah

terjadi dan tidak akan terjadi kemunculan demokrasi yang sebenar-benarnya kerana ia

berlawanan dengan kehendak semulajadi, iaitu pihak majoriti sahaja mentadbir"

(Rousseau, 1991: 88-89). Namun begitu perlu diakui bahawa pengertian demokrasi

adalah berbeza-beza bagi seseorang. Seorang ahli fikir Barat bernama Acton mengakui,

"of freedom there are two hundred different definitions" (Jurij Haji Jalaluddin, 1991:

20). Di kalangan negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi hari ini, dapat

dikatakan bahawa konsep dan corak demokrasi telah diubahsuai bagi kepentingan

masyarakat tempatan. Namun apa jua pendapat, tujuan utama demokrasi diperkenalkan

adalah untuk mengawal kuasa atau autoriti pemerintah (al-Buraey, 1992: 50).

Hari ini, persoalan mengenai hak asasi manusia di dalam masyanakat merupakan

isu yang penting dan kerap diperkatakan. Persoalan ini tidak hanya melibatkan kritikan

dan kecaman, malah turut menjadi persoalan semasa yang memerlukan pertimbangan

dan pendekatan yang krtikal bagi mengatasinya. Di bawah undang-undang antarabangsa

dan tempatan, hak asasi manusia menjadi topik utama dan isu kontroversi kerana

pelbagai pendekatan dan kefahaman yang diberikan oleh prinsip perundangan sesebuah

negara tersebut. '

'Negara-negara maju mendakwa terdapat perlanggaran dan penyelewengan terhadap hak asasi manusia terutamanya di dalam negara sedang membangun. Namun bagi pemimpin negara membangun seper Malaysia, ISA dan akta Hasutan dipandang sebagai langkah untuk menjamin keharmonian kaum dan keselamatan negara. Oleh itu terdapat pertentangan pendapat terhadap kebebasan demokrasi di Malaysia.

Page 15: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

Pusat Khldmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 5

Di Asia, demokrasi muncul pada pertengahan abad ke 19 melalui dasar

penjajahan Barat. Demokrasi telah digunakan oleh golongan nasionalis tempatan untuk

menentang penjajah. Di Malaysia demokrasi berparlimen telah ditubuhkan pada tahun

1957 apabila parti gabungan (UMNO, MIC dan MCA) menguasai kerajaan. Pada 13

Mei 1969, parlimen Malaysia telah digantung ekoran berlakunya rusuhan kaum. Ekoran

daripada itu undang-undang hasutan telah diperketatkan bagi melarang perbincangan

mengenai persoalan bahasa, kaum dan agama dalam politik. Kebebasan akhbar juga

telah dikurangkan, malah akhbar dikehendaki mewujudkan keharmonian kaum di

Malaysia (Chee, 1993: 12-13). Dalam kes Malaysia menunjukkan bahawa untuk

menjaga kepentingan tempatan, keharmonian kaum dan kestabilan negara, kebebasan

dalam sistem demokrasi telah dibendung demi menjaga kepentingan masyarakat.

Pada pandangan penulis, demokrasi merupakan satu proses yang berterusan

daripada kehidupan yang ringkas kepada kehidupan yang lebih kompleks. Demokrasi

bukan hanya merupakan sistem yang mengamalkan pilihanraya untuk memilih wakil

pemerintah tetapi juga merujuk kepada hak rakyat untuk terlibat secara aktif dalam

politik dan dasar kerajaan. Demokrasi dan kebebasan mempunyai harga yang tinggi

dalam negara yang mengamalkan sitem demokratik. Namun disebabkan oleh faktor

masa dan keadaan masyarakat sesebuah negara, nilai-nilai demokrasi telah diabaikan.

Page 16: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

6

1.2 DEMOKRASI SEJAGAT: SATU TINJAUAN

Persoalan demokrasi dan hak asasi sejagat mula diperkatakan selepas perang dunia

kedua di PBB pada 1945. Sebelum itu, penulisan oleh sarjana seperti Aristotle dan St.

Aquinas mengenai kebebasan daripada perhambaan yang boleh dianggap dan

didefisikan sebagai kebebasan dan persamaan hari ini.

Menurut Ichigo, idea mengenai hak asasi manusia mula mengambil tempat

dalam masyarakat ketika zaman pencerahan dan merosotnya zaman feudal. Revolusi

England pada 1688 telah dianggap sebagai perkembangan baru kepada masyarakat

Barat terhadap nilai-nilai hak manusia. Pada 26 ogos 1768, semasa revolusi Amerika,

Dekiarasi Hak Asasi manusia telah diistiharkan. Deklarasi ini menyentuh hal yang

berkaitan dengan kebebasan memiliki harta, keselamatan daripada tahanan, kebebasan

bercakap, berpesatuan dan beragama.

Han ini, piagam hak asasi manusia telah dipersetujui di PBB. Piagam ini secara

langsung bertujuan memastikan perhatian diberikan terhadap hak asasi sejagat tanpa

adanya unsur-unsur perbezaan dari aspek kaum, jantina, bahasa dan agama. Pada tahun

1976, persetujuan antarabangsa terhadap hak ekonomi, sosial dan budaya serta hak

politik dan sivil telah diterima sebagai nilai-nilai yang harus dihormati oleh negara

anggota.

Piagam PBB 1945 memberi penekanan pada asas hak asasi manusia, persamaan

hak lelaki dan wanita serta persamaan di antara negara besar dan kecil. Tujuan piagam

Page 17: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

7

ini antara lain untuk meningkatkan hubungan antara negara berasaskan prinsip hormat-

menghormati dalam aspek persamaan hak bagi tujuan kerjasama antarabangsa.

Mengikut Deklarasi Hak Asasi Manusia, pengistiharan ini menyentuh

persamaan dari segi undang-undang; perlindungan daripada penahanan sebarangan; hak

untuk mendapat perbicaraan yang adil; kebebasan daripada undang-undang jenayah

yang terdahulu; hak terhadap harta; kebebasan berfikir dan beragama; kebebasan

memberi pendapat; kebebasan untuk berhimpun secara aman dan berpesatuan.

Manakala perjanjian antarabangsa mengenai hak ekonomi, sosial dan budaya

menyentuh mengenai hak untuk bekerja; hak untuk mendapatkan persekitaran kerja

yang baik; hak untuk menganggotai kesatuan sekerja; hak untuk keselamatan sosial;

hak terhadap perlindungan keluarga; hak untuk kesihatan; hak untuk pendidikan; hak

bagi perkara yang berkaitan dengan budaya dan sains. Deklarasi Hak Asasi Manusia

merupakan standard yang perlu dicapai oleh semua individu dan negara (The

International Bill of Human Right, 1985: 4).

Dalam demokrasi sejagat penglibatan rakyat secara aktif amat penting.

Rousseau berpendapat bahawa masyarakat demokrasi yang ideal ialah penglibatan

penuh rakyat dalam semua aspek kehidupan (Eccleshall et. al, 1992: 155). Nilai

demokrasi hanya akan wujud dalam masyarakat yang adil dan saksama. Demokrasi

Page 18: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

8

tidak akan wujud apabila satu-satu kelas dalam masyarakat mendominasikan kelas yang

lain sama ada dari aspek ekonomi dan politik (Renwick & Swinburn, 1987: 140). 2`

Nilai-nilai demokrasi sejagat bagi Fung bukannya merupakan sistem yang asing

dalam konteks negara Asia. Menurut beliau, negara Asia mempunyai warisan tradisi

dan falsafah yang selari dengan ciri-ciri demokrasi. 3 Pada pendapat beliau institusi

demokratik telah lama bertapak di Asia sebelum kedatangan Barat. Pemerintahan

kerajaan China dan Korea sudah mempunyai sistem bercirikan demokrasi sejak 2000

tahun yang lampau. Sistem ini baginya merupakan nilai yang selari dengan demokrasi

yang wujud di Eropah.

Beliau turut berpendapat bahawa negara Asia akan beralih kepada nilai-nilai

demokrasi pada masa akan datang. Namun begitu, menurutnya halangan kepada

penerimaan demokrasi dan hak Asasi manusia di Asia bukannya bersandarkan kepada

budaya Asia yang berbeza dengan Barat tetapi keengganan kerajaan autoritarian untuk

menerima perubahan.

Demokrasi merupakan konsep yang kompleks melibatkan banyak pemahaman,

malah negara yang mengamalkan demokrasi mendakwa masyarakat lain tidak

mengamalkannya disebabkan sistem politik yang tidak sama dengan demokrasi Barat

(Renwick & Swinburn, 1987: 138). Namun begitu banyak negara mendakwa sebagai

2 Bagi pandangan Marxist, Cara untuk masyarakat awam terutamanya kelas pekerja untuk menyelia diri

sendiri ialah menghapuskan sistem kelas yang wujud dalam masyarakat. Dalam masayarakat komunis,

semua rakyat mempunyai hak yang sama.

' Nilai tradisi dan falsafah yang dinyatakan oleh Fung ialah ajaran Confusian, Budha dan Tonghak (satu

ajaran agama di Korea)

Page 19: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

9

negara demokrasi seperti Britain, China, Amerika Syarikat, Russia, India, Malaysia,

Indonesia dan Singapura.

Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa, nilai-nilai demokrasi sejagat telah

dicapai dalam Piagam Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB. Walaupun piagam ini

diterima sebagai nilai-nilai sejagat tetapi sesetengah pemimpin Asia menganggapnya

tidak sesuai dalam konteks budaya masyarakat Asia. Ini menyebabkan ada nilai-nilai

yang dikatakan sejagat ini tidak diterima oleh sesetengah pemimpin negara Asia.

Walaupun sesetengah sarjana Asia seperti Fung berpendapat bahawa budaya Asia dari

aspek tradisi dan falsafah adalah selari dengan demokrasi sejagat dan masyarakat Asia.

1.3 Demokrasi Timur: Satu Tinjauan

Persoalan demokrasi berteraskan nilai-nilai ketimuran menjadi isu yang hangat

diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin negara Asia termasuk juga pemimpin negara

Malaysia, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Secara umumnya, pemimpin-pemimpin

negara Asia cenderung menolak demokrasi Barat yang dianggap sebagai tidak sesuai

dengan norma dan nilai masyarakat Asia. 4 Pertembungan antara nilai Barat dan Timur

menyebabkan kecenderungan pemimpin-pemimpin Timur melihat demokrasi Barat

sebagai asing dalam konteks nilai ketimuran.

a Dr. Mahathir mengatakan bahawa Barat terlalu mengutamakan hak individu sehingga individu boleh

membuat apa sahaja walaupun perbutan tersebut mengancam ketenteraman dan keselamatn negara. Ucapan ketika perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA pada 18 Jun 1994. Beliau juga bahawa di Barat, demokrasi keterlaluan telah membawa kepada keruntuhan akhlak seperti dadah, homoseksual dan "single parent". Ucapan di perasmian Persidangan "Islam dan Keadilan" Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia pada 3 Jun 1993.

Page 20: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

10

Corak pemerintahan negara Asia perlu dilihat dari konteks perubahan politik di

Asia itu sendiri yang dapat dikatakan mencorakkan demokrasi di Asia berbeza dengan

demokrasi cara Barat. Secara kasarnya negara-negara Asia seperti Malaysia, Jepun,

India, Thailand, Singapura, Sri Langka, India, Pakistan, Indonesia dan Korea Selatan

mempunyai ciri-ciri demokrasi yang boleh ditemui seperti di negara Barat seperti

pilihanraya bebas dan adil. Namun disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam

membangunkan negara dan bangsa, pembangunan ekonomi, keselamatan negara,

pergolakan dalaman serta adanya unsur autoritarian yang digabungkan dengan elemen

demokratik menghasilkan demokrasi cara Asia (Neher, 1994: 949).

Kim Dae Jung seorang pejuang hak asasi Korea mengatakan idea demokratik

merupakan asas kepada budaya orang-orang Asia. Pada pandangan beliau, ajaran-ajaran

Confusianism, Budha, Tonghak adalah selaras dengan idea demokrasi (Naisbitt, 1996:

92-3). 5 Beliau menjelaskan bahawa demokrasi bukanlah sesuatu yang asing di kalangan

masyarakat Asia dan tidak menjadi suatu masalah kepada masyarakat Asia untuk

mengamalkan asas-asas demokrasi dalam pemerintahan negara.

S Perlu dinyatakan bahawa negara-negara yang majoriti penduduknya adalah Islam seperti negara Malaysia, Brunai dan Indonesia tidak dinyatakan dalam konteks ini. Dari perspektif Islam, terdapat nilai- nilai demokrasi yang selari dengan nilai Islam. Menurut al-Buraey, kebebasan berfikir, beragama dan

menyuarakan pendapat merupakan perkara utama dalam dasar Islam. Menurut syariat Islam, kebebasan berfikir dikatakan sebagai alat untuk kebebasan berfikir daripada semua ketahyulan, adat resam yang kufur atau kebiasaan hidup yang menyesatkan. Islam mengiktiraflcan kebebasan beragama bukan sahaja secara teorinya, malahan juga sebagai prinsip kehidupan yang praktis. Manusia bebas untuk menganut sebarang agama atau ideologi; kebebasan manusia hendaklah dihormati dan diterima oleh orang lain. Undang-undang Islam mengatakan dengan jelas kebenaran bagi kebebasan menyuarakan pendapat untuk penduduk di negara Islam, samada mereka beragama Islam atau pun tidak. Islam tidak membenarkan seseorang mengumpat keji orang lain, menghina agama lain atau mempersendakan pihak berkuasa

masing-masing. Walaubagaimanpun memberi kritikan membangun digalakkan. Jelas menunjukkan bahawa kebebasan bersuara stau memberi pendapat merupakan tulang belakang kepada negara demokrasi dan juga negara Islam.

Page 21: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

11

Perdebatan mengenai persoalan demokrasi adalah bergantung kepada

pandangan dan perspektif pemimpin serta masyarakat di negara itu sendiri. 6 Pada tahun

1993, kongres dunia mengenai hak asasi manusia telah diadakan di Vienna, Austria.

Dalam kongres ini, negara-negara Asia yang diketuai oleh China dan Indonesia telah

menentang model hak asasi manusia Barat. Kebanyakkan negara-negara Asia memberi

penekanan kepada kepentingan masyarakat berbanding hak-hak individu (Tamney,

1996: 62). Bekas Perdana Menteri China, Li Peng berkata "tidak adil untuk

menggunakan konsep hak asasi manusia negara maju terhadap negara-negara sedang

membangun. Bagi negara-negara maju, hak asasi manusia, utama dan penting, hak

untuk hidup dan pembangunan ... seseorang perlu hidup dahulu sebelum bercakap

mengenai hak" (Naisbitt, 1996: 94). Pendapat beliau ini mengambarkan bahawa

panduan ciri-ciri yang dikatakan sejagat itu bergantung kepada nilai dan budaya sesuatu

masyarakat. Ini kerana ciri yang dianggap sejagat secara objektif mempunyai

kemungkinan ditolak oleh sesebuah masyarakat seandainya ciri itu tidak bersesuaian

dengan nilai moral, etika hidup dan budaya pemerintahan sesebuah masyarakat.

Chee menjelaskan terdapat beberapa ciri yang boleh dikatakan sebagai

demokrasi cara Asia. Antaranya ialah penekanan manafaat bersama lebih diutamakan

berbanding dengan hak individu. Pada pandangan beliau, kepentingan bersama lebih

6 Dr. Mahathir misalnya berpandangan "the rule of law" tidak semestinya adil sepanjang masa. Mengikut beliau apa yang dianggap adil oleh sesuatu masyarakat boleh dianggap zalim oleh masyarakat lain. Beliau juga berpendapat bahawa konsep keadilan walaupun dikatakan "universal" bagi semua tetapi manusia tetapi tafsiran tentang sesuatu perkara boleh berbeza. Ucapan di Konvokesyen Ulang Tahun UMNO ke 50 pada 11 Mei 1996.

Page 22: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

12

penting kerana ianya datang daripada keutuhan keluarga dan keutuhan kaum yang

pelbagai (Chee, 1993: 22). Masyarakat Asia pada umumnya melihat individu sebagai

sebahagian kumpulan dan bukannya individu itu sendiri. Dapat juga dikatakan bahawa

nilai-nilai agama dan falsafah seperti menghormati pemimpin, individu yang lebih tua

memainkan peranan yang penting dalam membentuk ikatan ini.

Huntington mengatakan negara Asia mempunyai nilai mereka tersendiri seperti

menekankan keutamaan kumpulan lebih daripada individu, autoriti lebih daripada

kebebasan, tangggungjawab lebih daripada hak... keharmonian dan kerjasama lebih

diutamakan daripada ketidaksetujuan dan pertentangan ... konflik antara idea, kumpulan

dan parti dilihat sebagai merbahaya sebagaimana kata Lew Kuan Yew "bukan cara

orang Jepun, Cina dan budaya Asia melakukan begitu kerana ianya membawa

. kekeliruan dan ketidaktentuan" (Huntington, 1993: 37). 7 Walaupun penentangan ada

kalanya wujud, tetapi ianya dianggap sebagai tidak normal (Chee, 1993: 22). Terdapat

pemimpin Asia yang menolak kebebasan yang terlalu luas dalam masyarakat kerana

ianya akan menimbulkan masalah moral dalam masyarakat. Pendapat ini dirujuk

daripada pandangan Lew Kuan Yew juga mengatakan bahawa terlalu luas demokrasi

dan terlalu banyak kebebasan akan menjadi punca kepada kejatuhan moral, malah

beliau tidak bersetuju dengan model politik dan ekonomi Barat (Aliran, 1996 16/1).

Huntington membincangkan "Asian Democratic: Economic vs Culture". Beliau melihat budaya

tradisional Asia dan pembangunan ekonomi.

Page 23: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

13

Elemen lain yang boleh dikatakan sebagai demokrasi cara Asia iaitu parti

dominan mengekalkan kuasa untuk tiga dan empat dekad atau lebih seperti UMNO di

Malaysia, Golkar di Indonesia dan PAP di Singapura. Namun begitu bagi sesetengah

pemimpin Asia, dominasi sistem parti mempunyai tanggungjawab untuk mengalakkan

pertumbuhan ekonomi (Neher, 1994: 959). Negara-negara di Asia juga dapat dikatakan

memainkan peranan penting sebagai mekanisma untuk membangunkan ekonomi seperti

yang berlaku di Taiwan, India dan negara ASEAN yang lain (Chee, 1993: 4). Ini dapat

dilihat daripada pengalaman kerajaan Singapura. Walaupun kerajaan Singapura

dianggap sebagai negara yang mengamalkan pemerintahan autoritarian, namun

pertumbuhan ekonomi dan kemajuan yang dicapai telah meletakkan negara ini setaraf

negara-negara maju yang mengamalkan sistem demokrasi.

Selain daripada unsur-unsur di atas yang dapat dikatakan sebagai demokrasi

cara Asia. Neher menyenaraikan elemen personaliti pemimpin sebagai satu ciri

demokrasi cara Asia. Menurut beliau unsur personaliti pemimpin memainkan peranan

yang penting dalam menentukan demokrasi dan arah masyarakat (Neher, 1994: 951).

Pemimpin yang mempunyai karisma dan pengaruh mendominasikan politik negara

seperti Sukarno dan Suharto di Indonesia, Lee Kuan Yew di Singapura, Nehru dan

Indira Ghandi di India.

Walaupun terdapat beberapa pandangan mengenai ciri demokrasi Asia namun

bagi Huntington masa depan demokrasi di Asia akan ditentukan oleh interaksi antara

Page 24: JC - ir.unimas.my demokrasi dan hak asasi... · Negara kita didirikan atas ciri-ciri sistem demokrasi, dan hak-hak rakyat merupakan unsur-unsur keadilan yang terkandung dalam demokrasi

14

ekonomi dan budaya. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan Asia Timur sendiri

mengalami pertubuhan ekonomi yang pesat dan kesannya dapat dirasakan apabila

Korea Selatan dan Taiwan mula mengerakkan proses demokrasi dalam sistem politik

mereka dan tekanan demokrasi mula muncul di Hong Kong dan Thailand (Huntington,

1993: 37). 8 Di samping itu ekonomi Asia menuju ke arah mekanisma informasi dan

teknologi. Malah order baru ekonomi dunia akan menjamin "kebebasan ". Maklumat

dan kretiviti tidak akan wujud kecuali dalam masyarakat demokratik (Fung, 1996). 9

Kenyataan ini merujuk bahawa pertumbuhan ekonomi yang pesat akan memberi kesan

kepada sistem demokrasi di Asia. Persoalan yang timbul kini ialah sejauhmanakah

budaya di Asia Timur dapat menyekat pengaruh demokrasi yang mana kebanyakkan

negara di Asia mula mengalami pertumbuhan ekonomi yang pantas.

Walaupun negara Asia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat yang

dianggap oleh sesetengah pihak sebagai harapan kepada pendemokrasi di Asia tetapi

pada pandangan penulis ianya tidak akan mampu mengerakkan nilai-nilai demokrasi

secara keseluruhannya. Lucian Pye berpendapat, harapan untuk pemodenan sama ada

dengan demokrasi atau tidak demokrasi bergantung kepada ciri-ciri kuasa pemerintah.

B Hunington menjelaskan bagaimana budaya di Asia Timur menyekat demokrasi yang digerakkan oleh pembangunan ekonomi. Beliau mengatakan nilai-nilai tardisi Asia Timur mempunyai perbezaan daripada di Barat. Budaya Confusian bagi beliau mementingkan kumpulan berbanding individu, autoriti berbanding kebebasan dan tanggungjawab lebih daripada hak-hak. Baginya hak ditentukan oleh negara. 9 Menurut Fung, pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi dan maklumat akan mewujudkan sistem ekonomi dunia yang lebih mementingkan kebebasan kreativiti dan maklumat. Bagi beliau,

walaupun pada masa ini kebanyakkan negara Asia tidak mepraktiskan nilai-nilai demokrasi tetapi

perubahan ekonomi dunia akan menyebabkan lebih banyak maklumat akan mengalir dan secara tidak langsung akan mengerakkan proses pendemokrasian di Asia.