syura,motivasi,peranan dakwah

24
Syura Syura adalah proses perbincangan dan perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal). Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan di harmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar matang demi kepentingan bersama. Perspektif Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13) Ayat al-Quran tersebut menggambarkan kepada kita betapa manusia ini secara fitrahnya berbeza dari segi agama, bangsa, latarbelakang keluarga, pendidikan, skop kerja, tanggungjawab, kepentingan dan sebagainya. Kepelbagaian inilah yang akhirnya mewujudkan perbezaan cara pemikiran, tingkah-laku dan pembawaan. Wujudnya perbezaan pandangan kerana mereka melihat dari sudut ruang lingkup dan perspektif masing-masing. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam soal ini. Baginda mempamerkan sikap kepimpinan yang ideal dalam menegakkan prinsip syura ini. Walaupun Baginda adalah seorang rasul yang pastinya dibimbing oleh Allah SWT, tetapi masih memberi ruang kepada sahabat-sahabat untuk mengemukakan pandangan.Tidak ada halangan bagi mereka untuk terlibat sama dalam proses mengeluarkan keputusan kerana keputusan tersebut akan dilaksanakan untuk kepentingan bersama. Dalam peperangan

Upload: muhd-najib-badarudin

Post on 02-Dec-2015

76 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bezt

TRANSCRIPT

Page 1: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

Syura

Syura adalah proses perbincangan dan perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal).Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan diharmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar matang demi kepentingan bersama. PerspektifFirman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13)Ayat al-Quran tersebut menggambarkan kepada kita betapa manusia ini secara fitrahnya berbeza dari segi agama, bangsa, latarbelakang keluarga, pendidikan, skop kerja, tanggungjawab, kepentingan dan sebagainya.Kepelbagaian inilah yang akhirnya mewujudkan perbezaan cara pemikiran, tingkah-laku dan pembawaan. Wujudnya perbezaan pandangan kerana mereka melihat dari sudut ruang lingkup dan perspektif masing-masing.Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam soal ini. Baginda mempamerkan sikap kepimpinan yang ideal dalam menegakkan prinsip syura ini. Walaupun Baginda adalah seorang rasul yang pastinya dibimbing oleh Allah SWT, tetapi masih memberi ruang kepada sahabat-sahabat untuk mengemukakan pandangan.Tidak ada halangan bagi mereka untuk terlibat sama dalam proses mengeluarkan keputusan kerana keputusan tersebut akan dilaksanakan untuk kepentingan bersama. Dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW menerima pandangan Hubab r.a mengenai tempat pertempuran. Hubab r.a mencadangkan untuk tentera Islam menduduki tempat yang paling dekat dengan air kerana ia sangat penting bagi tentera dan haiwan tunggangan mereka. Dalam perang Khandak pula, Rasulullah SAW bersetuju dengan pandangan Salman al-Farisi

Page 2: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

yang berketurunan Parsi untuk menggali parit bagi berhadapan dengan tentera Ahzab. Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua peperangan dengan pihak musuh. Demikianlah antara episod-episod betapa Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Iaitu mengambil dan menerima pandangan sahabat-sahabat.Kita melaksanakan syura bukan kerana memenuhi prosedur syarikat atau organisasi semata-mata, tetapi lebih besar daripada itu adalah disebabkan perintah dan arahan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:…Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (asy-Syura: 38) 1. Pada zaman Rasulullah s.a.w.: Syura tidak dibentuk secara rasmi, namun perlaksanaannya telah diterapkan oleh baginda. Baginda sering berbincang dengan para sahabat sebelum mengambil sebarang keputusan terutamanya mengenai sesuatu perkara yang tidak terdapat wahyu untuk dirujuk. Syura dilakukan secara bebas dan terbuka iaitu tidak ada suatu tempat khusus tetapi biasanya di masjid iaitu tempat perkumpulan masyarakat Islam. Contoh : Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat dalam menentukan cara mempertahanan kota Madinah dalam perang Khandak. Akhirnya Rasulullah menerima pandangan Salman al-Farisi iaitu menggali parit dikeliling kota Madinah.2. Zaman Khulafa ar-Rasyidin : Syura yang pertama diadakan di Saqifah Bani Sa’idah di Madinah ketika perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama bagi menggantikan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat. Berlaku perbincangan antara orang Muhajirin dan Ansar dalam menentukan Khalifah umat Islam pada ketika itu. Rasulullah s.a.w tidak mewasiatkan bakal penggantinya kerana baginda mahukan umat Islam menentukan sendiri pemimpin mereka berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Islam dalam memilih pemimpin.3. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq : Masih tidak mempunyai institusi syura secara rasmi.Khalifah Abu Bakar masih dan sering mengikuti langkah-langkah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum mengambil sebarang keputusan.. Bukti-bukti perlaksanaan syura:- Syura ketika Khalifah Abu Bakar berhasrat untuk memerangi golongan ar-Riddah.- Syura untuk mengumpulkan al-Quran .- Perbincangan untuk menentukan bakal penggantinya ketika Abu Bakar sedang sakit.

Page 3: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

Majlis  Syura :Pendahuluan :Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w. pengganti baginda dikenali sebagai khalifah.Empat orang khalifah yang selepas kewafatan Nabi dikenali sebagai Khalifah al-Rasyidin. Keempat-empat orang Khalifah al-Rasyidin dipilih melalui Majlis Syura.Majlis syura ini wujud sejak zaman Rasullulah dan diamalkan oleh Khulafah al-Rasyidin.Isi :Latar Belakang dan Konsep :Merupakan Majlis Mesyuarat negara yang berperanan membantu ketua agama Islam melaksanakan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat.Perkataan syura berasal  daripada perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat . Kepimpinan pemerintahan dan pentadbiran Islam berasaskan sistem perbincangan , perundingan dan nasihat dalam menentukan keputusan dan ketetapan.Ramai ahli sejarah menyatakan secara raasmi Majlis Syura dibentuk oleh Khalifah Umar al-Khattab, namun Majlis Syura telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Rasullulah terlebih dahulu.Tugas :Menjadi tempat rujukan untuk melaksanakan  undang-undang Allah.Sebagai kuasa eksekutif pada zaman Kalifah al-Rasyidin.Memilih calon khalifah, contohnya semasa perlantikan Khalifah Uthman bin  Affan.Mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan khalifah jika ia gagal melaksanakan tugasnya.Memberi bantuan nasihat teknikal yang berkaitan dengan perundangan.Bilangan Ahli :Bilangan ahli syura tidak ditetapkan kerana bergantung kepada keadaan. Contohnya  pada zaman Rasullulah terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat dan panglima tentera.Kelayakan Ahli :Adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah (mempunyai visi /wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak. )Prinsip :Pentabiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan

Page 4: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

dan perundingan ( Musyawarah ) dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan / pentadbiran dibuat nmelalui persetujuan hasil daripada perbincangan (Mudhakarah )Kesepakatan, kesefahaman dan kesatuan pendapat serta pendangan dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan.Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber rujukan dalam membuat pertimbangan untuk menentukan keputusan.Menggunakan kebijaksanaan hikmah dan sifat lemah-lembut ‘maw’izah’ semasa mengemukakan pendapat, pandangan dan pendirian dalam perbincangan.Keputusan dan tindakan yang diambil/diputuskan hendaklah mengutmakan kepentingan maslahat umum.Menghormati dan menghargai pandangan, pendapat sereta nasihat yang diketengahkan olah orang lain.Kesimpulan :Amalan Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan yang bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi.    Syura: Petunjuk Ilahi Mencapai Kecemerlangan Organisasi Misi Hidup ManusiaIslam adalah agama dan sistem yang sempurna yang diturunkan oleh Allah s.w.t. bagi menyusun kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Kesempurnaan ini dijamin oleh Pencipta manusia, Allah s.w.t., dalam firman-Nya dalam surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud:“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan aku telah redha Islam menjadi agama kamu.”Misi manusia dicipta oleh Allah s.w.t. juga disebut dengan jelas oleh Pencipta manusia, Allah s.w.t.  Misinya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan mengurus alam ini

Page 5: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

mengikut kehendak Allah s.w.t., yakni menjadi khalifah Allah s.w.t.  Misi dan tanggungjawab ini disebut dengan jelas oleh Allah s.w.t. dalam dua potong ayat al-Quran yang maksudnya seperti berikut, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepada-Ku.”(Al-Dzariat, 51:56) ”Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”(Al-Baqarah, 2:30) Manusia dan OrganisasiUntuk berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah, manusia sering kali perlu bekerja dalam suatu kelompok atau organisasi. Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. juga jelas menunjukkan bagaimana bekerja secara berorganisasi boleh menghasilkan impak yang luar biasa. Rasulullah s.a.w. telah berjaya merubah landskap bumi Semenanjung Arab dalam masa dua puluh tiga tahun sahaja hasil bekerja secara berorganisasi. Perubahan ini merupakan perubahan yang amat mendasar, yakni perubahan daripada penyembahan kepada berhala dan khurafat kepada perhambaaan dan ketaatan hanya kepada Allah s.w.t.Bekerja dan berusaha secara berkelopok atau berorganisasi ini merupakan sesuatu yang tabii bagi manusia. Bekerja secara berorganisasi sering kali menatijahkan hasil yang jauh lebih memberangsangkan. Sinergi yang dicapai sering kali jauh lebih baik daripada bekerja bersendirian, meskipun bekerja secara bersendirian seolah-olah kelihatan mudah kerana ia bersifat “one man show”; semua keputusan dibuat sendiri dan dilaksanakan secara bersendirian sambil meminta bantuan orang lain hanya ketika diperlukan.Namun begitu, bekerja dalam satu organisasi punya cabaran-cabarannya yang tersendiri. Bagi memastikan sesebuah organisasi itu dapat berfungsi dengan baik dan bergerak dengan lancar, organisasi tersebut perlu mempunyai beberapa amalan asasi organisasi. Amalan-amalan asasi ini perlu dihayati oleh sesebuah organisasi tersebut dan anggota-anggotanya perlu beramal dengannya. Syura Perintah Ilahi

Page 6: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

Salah satu panduan dan perintah Allah s.w.t. tentang perkara ini adalah amalan syura. Amalan syura ini disebut oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran, yang bermaksud: “Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada Tuhannya dan mendirikan solat sedang urusan mereka dengan bermesyuarat (syura)  sesama mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”(Al-Syura, 42:38)Dalam ayat ini, perintah melaksanakan syura diletakkan seiringan dengan perintah mendirikan solat dan melaksanakan infaq pada jalan Allah s.w.t.  Ini merupakan dalil yang cukup kuat betapa amalan syura ini amat dipentingkan oleh Allah s.w.t.Dalam membicarakan soal organisasi, isu kepimpinan adalah suatu perkara yang amat penting untuk dibincangkan. Kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha untuk menggerak dan memotivasikan sekumpulan manusia bagi mencapai wawasan dan objektif organisasi. Dalam banyak keadaan, kepimpinan merupakan faktor yang amat penting dalam menjayakan sesebuah organisasi.Salah satu perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh pucuk pimpinan adalah menghidupkan amalan syura. Ini merupakan tanggungjawab pemimpin dan hak anggota organisasi. Maksud SyuraSyura boleh diertikan sebagai suatu proses yang melibatkan pertukaran fikiran dan pandangan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah  s.w.t. Syura Amalan Rasulullah s.a.w.Dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., syura merupaka amalan serta budaya baginda dan para sahabat. Ini dilakukan dalam perkara-perkara yang besar seperti dalam menentukan strategi peperangan ataupun dalam menangani isu-isu rumah tangga atau peribadi.Dalam kes menentukan strategi dalam Perang Badar dan Uhud, syura dilaksanakan bagi menentukan kedudukan yang paling baik bagi menempatkan tentera muslimin. Hasil syura dengan para sahabat dalam Perang Khandaq juga telah menatijahkan kesepakatan untuk membina parit bagi menghadapi kaum musyrikin.

Page 7: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

Syura ini juga menjadi amalan Rasulullah s.a.w. dalam mentadbir negara, mengatur masyarakat serta mengurus rumahtangganya.Dalam konteks urusan rumahtangga, amalam syura disebut oleh Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 233, yang bermaksud:“Kemudian jika kedua-dua (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka dengan berunding (syura), maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya.” Kelebihan-kelebihan SyuraAmalan syura akan menghasilkan kebaikan yang sangat banyak. Kualiti keputusan yang diperoleh melalui proses syura pada kebiasaannya adalah tinggi. Hal ini disebabkan lebih banyak pandangan dapat dikutip, manakala dalam hal-hal tertentu mereka yang pakar dalam bidang berkaitan diambil kira pendapatnya.Amalan syura juga merupakan kaedah bagi merungkai perbezaan pandangan yang semestinya wujud dalam mana-mana organisasi. Bagi organisasi yang gagal menghayati amalan syura, sudah pasti akan timbul suasana bantah-membantah dan ini telah diberi amaran oleh Allah s.w.t. untuk kita mengelakkannya. Maksud firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal, ayat 46:“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah  kamu berbantah-bantahan; nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu, dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar.”Amalan syura merupakan cara yang sangat efektif bagi mewujudkan ownership kepada keputusan yang dibuat. Penglibatan anggota organisasi dalam proses syura juga membantu mereka memahami latar belakang sesuatu keputusan itu dibuat. Ini semua boleh membantu dalam pelaksanaan keputusan syura sehingga tercapai maksud sesuatu keputusan syura tersebut. Amalan Syura Menatijahkan Organisasi CemerlangAmalan syura adalah amalan organisasi muslimin yang cemerlang. Syura dihayati bagi membantu mencapai keputusan yang paling hampir dengan kebenaran. Syura dilaksanakan bukan untuk mencari siapa menang dan siapa kalah atau siapa kuat dan siapa lemah. Roh dan semangat ini jauh menyimpang daripada tuntutan Allah s.w.t. dalam melaksanakan syura. Jesteru itu pendukung organisasi hendaklah sentiasa meningkatkan keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan perintah

Page 8: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

Allah s.w.t. untuk melaksanakan syura.Amalan syura tidak syak lagi merupakan petunjuk Allah s.w.t. yang penting bagi mencapai kecemerlangan organisasi. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran, ayat 159, yang bermaksud:“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah (syura) dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian sesudah engkau berazam (setelah melaksanakan syura untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Langkah-Langkah dalam Proses Perancangan DakwahDalam merancang satu-satu aktiviti dakwah,para daei perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan tentang apa yang hendak didakwahkan serta ilmu-ilmu berkaitan cara menyampaikan dakwah serta memiliki akhlak yang terpuji supaya apa yang para daei hendak dakwahkan sampai kepada masyarakat dan boleh diterima oleh masyarakat. Sebelum melakukan aktiviti dakwah sesuatu gerakan dakwah atau idaei

Page 9: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

perlu merancang aktiviti ini supaya aktiviti dakwah dapat berjalan dengan lancar serta matdamat dakwah dapat dicapai. Terdapat enam langkah-langkah dalam proses perancangan dakwah.  1.Analisis Suasana Menganalisis suasana merupakan langkah yang penting dalam menyampaikan dakwah.sebelum mengambil sesuatu tindakan kita mestilah memahamikeadaan serta persekitaran dimana aktiviti dakwah hendak dijalankan. Antara aspek-aspek yang perlu dikaji antaranya ialah aspek social yang mana menyentuh komposisi , nilai, sikap yang mempengaruhi masyarakat di sesuatu tempat. Perancangan dakwah yang dilakukan tanpa memahami serta melakukan analisis reality masyarakat boleh diibaratkan seperti membina rumah di atas angin.selain itu para daei juga perlu menganilis keupayaan diri @ keupayaan organisasi dakwah seperti keupayaan tenaga kerja, kekuatan dan kelemahan organisasi, serta struktur dan budaya organisasi. 2. Penentuan Matlamat Dalam menyampaikan dakwah matlamat adalah penting supaya para daei @ organisasi dakwah bergerak berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat dua jenis matlamat iaitu matlamat strategic dan matlamat praktikal. Matlamat strategic ialah matlamat jangka panjang yang tertumpu pada persoalan apa yang ingin kita capai dalam sesuatu persekitaran.matlamat teknikal ialah matlamat jangka masa pendek yang perlu dicapai untuk menjayakan matlamat strategic.matlamat ini lebih tertumpu kepada bagaimana hendak melaksanakan matlamat strategic. 3. Mengkaji Alternatif Menkaji alternative ialah dimana kita perlu mengkaji tindakan-tindakan yang dapat diambil untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.persoalan-persoalan yg mesti diselesaikan ialah seperti adakan sesuatu alternative itu praktikal(adakah alternative itu dapat dilaksanakan dengan sumber dan tenaga kerja yang ada),adakah sesuatu alternative itu akan Berjaya dan yang manakah antara alternatif-alternatif ini yang paling tinggi possibilitinya untuk mencapai matlamat yg disasarkan. 

Page 10: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

4. Memilih Alternatif Proses pemilihan alaternatif ini hendaklah mengambil kira had masa, kadang2 kita terpaksa memilih alternative kerana kesuntukan masa, walaupun kita munglin akan memperolehi alternative yang lebih baik sekiranya para daie dapat menyiasat@menganalisis lebih lama. Paling tidak pun alternative yang dipilih dapat memenuhi keperluan yang paling minimum dan menghasilkan kesan yang maksimum. 5. Pelaksanaan Pelaksanaan merupakan proses yang paling utama dalam menentukan keberjayaan sesuatu perancangan. Pada peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilakukan antaranya ialah: mengenalpasti kemahiran yang diperlukan, pastikan yang terlibat betul2 memahami keputusan serta tugas yang akan dilaksanakan, menyusun dan mengagihkan tugas, memperincikan tugas, menggabungkan ahli2 serta unit2 dalam organisasi dalam bentuk yang paling sesuai dan berkesan dan mendapatkan sokongan dan penerimaan mereka yang terlibat (kerjasama). 6. Pengawalan Pengawalan merupakan langkah terakhir dalam proses perancangan dakwah. Pengawalan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pengawasan serta pembetulan.perkara yang perlu ada dalam sistem kawalan untuk memastikan ianya berjalan dangan lancar antaranya ialah pengukur-pengukur prestasi (tahap yang perlu dicapai), kriteria-kriteria( cth jumlah mad’u yang dapat didakwahkan), sistem maklumat( laporan) dan tatacara pembetulan( untuk mengatasi masalah yang berlaku). 

Page 11: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

ULASAN MENGENAI SIKAP DAN MOTIVASI DALAM ORGANISASI Pengenalan Sikap dalam memimpin sesebuah organisasi adalah sangat penting bagi membentuk sebuah organisasi yang cemerlang samada organisasi tersebut berorientasikan keuntungan mahupun yang tidak berorientasikan keuntungan (kebajikan). Justeru itu,  secara rasionalnya sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin yang mempamerkan sikap yang positif terhadap pekerja bawahan lazimnya akan mampu membentuk organisasi tersebut menuju gerbang kejayaan. Satu lagi elemen yang menjadi teras kejayaan sesebuah organisasi adalah motivasi yang tinggi dikalangan pemimpin dan juga para pekerja yang menjadi sebahagian daripada asset terpenting sesebuah organisasi bagi berdaya saing dengan organisasi yang lain. Oleh yang demikian, tugasan ini akan memberi ulasan terhadap empat perkara penting mengenai sikap dan motivasi dalam organisasi. Pertamanya adalah kepentingan sikap dan  motivasi pekerja dalam organisasi. Ianya akan memberi ulasan bagaimana peranan sikap dan motivasi mampu membawa kejayaan dalam sesebuah organisasi. Seterusnya ulasan ini akan  menumpu kepada faktor yang mempengaruhi sikap dan motivasi dalam organisasi. Bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci anasir-anasir yang mempengaruhi sikap serta motivasi dalam sebuah organisasi. Walau bagaimanpun tugasan ini akan menjelaskan juga peranan latihan dalam membentuk sikap dan meningkatkan motivasi pekerja dalam organisasi. Fokus akan diberi bagaimana latihan itu mampu membentuk sikap bagi meningkatkan motivasi  para pekerja yang menjadi tulang belakang dalam sesebuah organisasi. Akhirnya tugasan ini akan mengulas hubungan sikap dan motivasi pekerja terhadap pencapaian organisasi. Dalam bahagian terakhir ini akan memberi kefahaman tentang bagaimana sikap dan motivasi para pekerja memberi kesan kepada pencapaian sebenar sesebuah organisasi. Takrifan sikap Istilah sikap menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan ianya sebagai gaya,lagak, gerak-geri, rupa, tingkah-laku, takah,atau aksi.  Azizi Bin Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon  (2004:75), mengatakan bahawa sikap

Page 12: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

adalah perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat (fikiran) atau dalam istilah bahasa Inggeris pula disebut sebagai “attitude” yang membawa maksud satu cara penterjemahan terhadap perasaan, pemikiran dan tingkah laku. Kesimpulannya sikap bolehlah dikatakan sebagai perbuatan yang mencerminkan tingkah laku seseorang.  Takrifan motivasi Definisi motivasi boleh disama ertikan sebagai “keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan”( Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke empat). Walau bagaimanapun, bagi Robbins (1998), yang dipetik oleh Zainuddin Zakaria dan Ying Soon Goh (2006:14) mendefinisikan motivasi sebagai:“Kuasa yang membangkitkan, mendorong dan mempengaruhi gelagat bertindak”  Kepentingan Sikap Dan Motivasi Pekerja Dalam Organisasi Sikap seseorang pemimpin dalam sesebuah oeganisasi akan mencerminkan persekitaran sesebuah organisasi tersebut sama ada sikap seseorang peminpin organisasi itu diterima atau tidak oleh para pekerjanya. Pada kebiasaannya, seorang pemimpin yang menunjukan sikap yang baik akan diterima secara total oleh setiap pekerja yang berada di bawah kepimpinannya. Namun begitulah sebaliknya apabila seseorang pemimpin bersikap buruk layanannya terhadap para pekerja, ianya akan menjadi faktor penolak oleh pekerja terhadap gaya kepimpinan yang ditonjolkan. Motivasi adalah satu kondisi dimana para pekerja bekerja dalam suasana persekitan kerja yang kondusif, bersemangat untuk bekerja yang akhirnya mampu untuk membawa organisasi tersebut kearah kejayaan, meningkatkan keuntungan dan sebagainya. Dalam hubungan sikap dan motivasi dalam organisasi boleh dikatakan bergerak seiring iaitu jika sikap seseorang itu disenangi oleh individu yang lain kebiasaannya sifat kepimpinan yang ditonjolkannya akan diterima dan begitulah juga sebaliknya. Namun ada juga situasi yang para pekerja terpaksa menerima corak kepimpinan seorang pemimpin yang autokratik dalam sebuah organisasi disebabkan menghormati status jawatan yang

Page 13: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

disandang oleh individu berkenaan sahaja bukan kerana sifat keperibadian yang ada padanya. Kepentingan yang pertama adalah, seseorang pengurus atau pemimpin itu harus memupuk semangat kekeluargaan dalam sesebuah organisasi yang dipimpinnya. Hanya dengan sikap kekeluargaan yang ditunjukan dalam sebuah kepimpinan organisasi ia akan merapatkan lagi perhubungan yang terjalin antara ketua dan juga para pekerja disamping merapatkan  jurang antara kedua belah pihak (pengurus dan pekerja).Contohnya sekiranya ada pekerja yang ditimpa kesusahan maka disinilah peranan seorang ketua bagi membantu meringankan  beban yang ditangung oleh pekerja tersebut. Jika suasana ini mampu dilakukan oleh seorang yang memimpin organisasi maka secara tidak langsung akan juga meningkatkan motivasi para pekerja yang berada di bawah seliaannya bekerja dengan bersungguh-sungguh yang akhirnya akan memberi faedah kepada organisasi itu sendiri yang mungkin menerima pulangan dalam bentuk peningkatan dalam produktiviti hasil daripada kepuasan bekerja para pekerja. Hal ini bertepatan dengan pandangan yang yang dikemukakan oleh Ab..Aziz Yusof (2007:91), yang mengatakan bahawa:“kerjasama antara satu sama lain dalam organisasi adalah penting untuk meningkatkan pencapaian kerja. Seringkali wujudnya konflik pekerja yang akan menyebabkan operasi kerja terjejas. Kejadian ini wujud kesan daripada pengabaian pengurus dalam membina semangat kekeluargaan.” Kepentingan sikap dan motivasi dalam sesebuah organisasi juga boleh membentuk satu persekitaran kerja yang ada keseronokan untuk bekerja dan terdapat elemen kepuasan dalam bekerja. Contohnya jika sesuatu pekerjaan itu sukar untuk dilakukan, akan tetapi dengan adanya sifat keseronokan bekerja yang timbul akibat  sikap pengurusan yang baik dan berkualiti sudah tentu pekerjaan tersebut dapat dilakukan dengan mudah dan penuh minat. Para pekerja akan bekerja dengan bersungguh-sungguh walaupun terdapat persaingan dan kesukaran ( Ishak Mad Shah (2006: 53). Disini jelas difahami bahawa sikap yang baik ditonjolkan oleh pengurus atau pemimpin dalam sesebuah organisasi akan mampu untuk memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja lebih gigih disamping mendapat kepuasan bekerja. Menurut Ishak Mad Shah lagi (2006:54), sesetengah para pekerja

Page 14: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

tidak hanya mengharapkan ganjaran dalam bentuk kewangan semata-mata untuk berjaya dan cemerlang dalam pekerjaannya sebaliknya ia bergantung kepada banyak faktor-faktor lain yang bukan berbentuk kewangan seperti sikap pengurus yang gemar memberi pujian atau galakan kepada setiap para pekerjanya. Hal yang demikian ini juga adalah diharapkan oleh para pekerja bagi memberi kesan kepada diri para pekerja bahawa masih diperlukan dalam sesebuah organisasi tersebut. Dalam hubungan ini, sudah semestinya pekerja terbabit tidak akan menolak untuk pekerjaan yang diberikan kepadanya apabila merasakan diri begitu dihargai oleh pihak organisasi. Sekaligus suasana ini akan mewujudkan pulangan yang baik kepada organisasi tersebut. Dalam sesebuah organisasi tidak dapat dinafikan akan berlaku konflik  samada diantara pekerja mahu pun diantara pihak pengurusan sendiri. Oleh yang demikian,  disinilah sikap memainkan peranan dalam sesebuah organisasi apabila pengurus yang bijak tidak perlu mengambil kesempatan diatas konflik yang berlaku sebaliknya menjadi agen pendamai bagi pihak-pihak yang berkonflik itu. Justeru akan wujud keadaan “menang-menang” kepada pihak yang terlibat tanpa membawa kesan buruk kepada organisasi yang dipimpin. Ini disokong oleh hujah yang diberikan oleh Md.Yadi Said (2006:3), yang mengatakan bahawa:“Konflik memerlukan kedua belah pihak bagi tujuan penyelesaian atau pun pihak ke tiga sebagai perantara.” Jelas bahawa peranan sikap dan motivasi sangat penting kepada organisasi dalam memacu keuntungan sekaligus membawa satu bentuk kepimpinan unggul yang diharapkan oleh para pekerja.  Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap dan motivasi dalam organisasi Dalam konteks organisasi akan terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi perilaku sikap dan motivasi pemimpin mahu pun para pekerja yang berada dalam organisasi tersebut. Pengaruh-pengaruh ini akan menentukan corak pentadbitan sesebuah organisasi atau pun gelagat yang akan muncul dikalangan pekerja. Kedudukan seseorang dalam organisasi boleh menjadi faktor pengaruh kepada sikap dan motivasi. Contohnya jika sebelum ini

Page 15: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

individu berkenaan berada diperingkat pekerja bawahan dan seringkali hanya menerima arahan sahaja daripada pihak atasan dan kemudian apabila dinaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi maka disini sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap dan motivasi individu terlibat daripada sikap yang dipamerkan sebelum daripada ini. Pada masa ini mungkin individu terlibat akan lebih tegas oleh kerana jawatan sekarang memperuntukan tanggungjawab dan autoriti yang berbeza (Zainudin Zakaria Dan Zaidatul Hidayah Zakaria (2006:15). Kedudukan jawatan dalam organisasi juga dalam konteks ini akan meningkatkan motivasi individu terlibat supaya bekerja dengan lebih gigih lagi sebagai tanda terima kasih kepada pihak pengurusan yang telah memberi  peluang kenaikan pangkat kepadanya.Seterusnya adalah konsep kuasa yang dimiliki oleh seseorang yang berada dalam organisasi itu sendiri. Konsep kuasa seringkali dikaitkan dengan kepimpinan kerana disana ada elemen pengaruh (Abdul Ghani Abdullah,  Abd Rahman Abd Aziz Dan Mohammed Zohir Ahmad,2008:6). Kuasa adalah keupayaan untuk bertindak dan mempengaruhi orang lain. Justeru itu, seseorang pemimpin akan berubah daripada segi sikap dan motivasinya terhadap pekerja bawahan supaya akan memperoleh penghormatan dan dalam masa yang sama boleh memberi arahan dan pekerja yang menerima arahan itu perlu mematuhi oleh kerana arahan tersebut datang daripada individu yang ada kuasa untuk memberi arahan. Selain itu kuasa juga boleh digunakan oleh pemimpin tersebut untuk memberi galakan atau nasihat kepada pekerja yang berada dibawah seliaannya untuk bekerja dengan lebih tekun yang sekaligus pasti akan meningkatkan motivasi para pekerjanya. Elemen seterusnya yang menjadi faktor mempengaruhi sikap dan motivasi pekerja dalam organisasi adalah nilai dan kercayaan pekerja itu sendiri. Contohnya, jika seseorang pekerja itu mempercayai bahawa tindakannya melakukan sesuatu adalah benar maka ia tetap akan mempertahankan tindakannya itu walaupun mungkin akan mendapat kritikan rakan sekerja mahupun  pihak pengurusan organisasi tersebut. Dalam hubungan ini, nilai dan kepercayaan seseorang individu itu akan mempengaruhi tindakannya dalam organisasi. Ini kerana nilai adalah satu pegangan yang menjadi prinsip dalam diri seseorang yang akhirnya akan membentuk sikap dan peribadi serta tindakannya. Hal ini sangat bertepatan dengan pandangan yang dikemukakan oleh Mardzelah Bt Makhsin (2006:2007), iaitu nilai wujud dengan memberi asas pegangan dalam kehidupan dan ia

Page 16: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

dibentuk melalui kepercayaan agama, kepercayaan politik dan kepercayaan budaya. Beliau juga membahagikan tiga kepercayaan yang membentuk nilai seseorang iaitu:(i)         Kepercayaan deskriptif iaitu kepercayaan yang mempunyai kemungkinan benar atau tidak.(ii)        Kepercayaan evualutif iaitu kepercayaan yang dipertimbangkan baik atau buruk.(iii)       Kepercayaan preskriptif iaitu hasil tindakan yang ditujukan sama ada dikehendaki atau pun tidak. Secara jelas menunjukan bahawa nilai dan kepercayaan itu sebenarnya boleh menjadi penyumbang kepada pengaruh sikap dan membawa kepada motivasi kepada seseorang pekerja yang yakin pada  dirinya  terus melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan kepadanya biar pun menerima kritikan.Sikap manusia secara semula jadinya akan berubah samada baik atau pun sebaliknya apabila menerima ganjaran. Justeru itu, ganjaran boleh dikaitkan dengan perkara yang secara tidak langsung mampu untuk mempengaruhi sikap dan motivasi seseorang pekerja dalam sebuah organisasi. Contohnya apabila seseorag pekeerja mendapat ganjaran dalam bentuk kewangan seperti kenaikan gaji sudah  pasti pekerja ini akan bekerja lebih gigih lagi dan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi untuk bekerja.Ini kerana ganjaran merupakan satu hubungan langsung terhadap prestasi pekerja,Jika para pekerja menilai ganjaran itu tinggi maka kesannya akan memotivasikan para pekerja dan begitulah sebaliknya.(Muhammad Ali Embi,2005:42). Begitulah besarnya pengaruh ganjaran lebih-lebih lagi dalam bentuk kewangan kepada para pekerja dalam memastikan objektif organisasi sentiasa boleh dicapai sepenuhnya.  Peranan latihan dalam membentuk sikap dan meningkatkan motivasi pekerja dalam organisasi           Dalam sesebuah organisasi sama ada besar atau pun kecil saiznya tidak akan terlepas daripada memberi latihan kepada para pekerjanya bagi mewujudkan pekerja yang mampu bekerja dengan baik dan sempurna disamping latihan itu memberi pengetahuan kepada pekerja tentang selok-belok pekerjaan yang akan dilakukannya. Tanpa latihan yang mencukupi pasti organisasi itu akan menuju saat yang sukar apabila berada dalam pasaran persaingan yang hebat kini. Oleh kerana persaingan

Page 17: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

memerlukan para pekerja yang bukan sahaja berdisiplin bahkan komited terhadap tugas yang diamanahkan.          Menerusi latihan secara berkala dan berterusan boleh berperanan menyumbnag kepada mengembangkan  kemahiran pekerja supaya mampu memenuhi keperluan organisasi (Ishak Mad Shah (2002:182).Berpegang kepada prinsip itu, dengan adanya latihan secara berterusan untuk para pekerja sedikit sebanyak akan mampu untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada pekerja yang terlibat. Segala ilmu yang diperoleh semasa dalam latihan tersebut akan digunakan sesudah kembali bertugas diorganisasi kelak. Sudah pasti keadaan menjadi sangat berbeza jika ingin dibandingkan dengan para pekerja yang tidak mengikuti latihan. Disini akan terbentuk sikap baru dikalangan para pekerja yang kembali bertugas setelah dibekalkan dengan ilmu baru, mereka ini akan lebih bersemangat dalam melakukan kerja, berkeyakinan, tahan cabaran dan yang paling penting adalah peningkatan daripada segi motivasi bekerja kerana pekerja ini sudah tahu apa yang sepatutnya dilakukan olehnya sekiranya berdepan dengan masalah atau pun berada di bawah tekanan akibat pekerjaan yang dilakukan. Ini semua kesan daripada latihan yang diberikan tersebut. Pencapaian  dalam organisasi pasti akan meningkat hasil daripada adanya pekerja-pekerja yang begini.              Melalui latihan juga akan meningkatkan disiplin dikalangan para pekerja. Dalam struktur sesebuah organisasi masalah disiplin dikalangan pekerja tidak dapat dinafikan lagi. Justeru melalui latihanlah mampu kembali mendisiplinkan pekerja-pekerja yang bermasalah. Menurut Ishak Mad Shah (2002) lagi sesuatu bentuk latihan itu hendaklah bersesuaian dengan tujuan ia dilaksanakan. Dalam hubungan ini sekiranya organisasi mahu melihat pekerja yang bermasalah itu kembali bersemangat dalam melaksanakan tugas maka  bentuk latihan yang patut diikuti mungkin dalam bentuk ceramah kaunseling atau mengikuti kem-kem motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri yang kian luntur. Sikap yang terserlah selepas mengikuti latihan tersebut akan mencerminkan kejayaan organisasi juga jika pekerja terlibat mampu membawa perubahan ketara dalam diri dan sekaligus memberi kesan positif dalam menjayakan misi dan visi organisasi.             Selain daripada apa yang telah dijelaskan peranan latihan juga akan membolekan pekerja dalam sesebuah organisasi

Page 18: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

membentuk pasukan kerja yang mantap. Kebanyakan organisasi pada masa ini mengamalkan budaya kerja berpasukan kerana ianya mampu untuk meningkatkan produktiviti organisasi selain memupuk sikap mengeratkan hubungan sesama kakitangan. Kerjasama yang wujud antara ketua jabatan yang bertanggungjawab merancang dan kakitangan yang menjalankan tangungjawab dengan baik kerana segala permasalahan dapat diselesaikan secara tolak ansur dan permuafakatan (Yeop Husin Bidin, 2006:2). Pendekatan yang digunakan dalam kerja berpasukan adalah kerjasama yang erat antara pihak pengurusan dan juga kakitangan. Hal ini terhasil daripada latihan baik secara dalaman mahupun luaran yang digembelingkan secara bersama dalam membentuk pasukan kerja yang berjaya. Semangat kerjasama yang ditonjolkan membuktikan bahawa latihan sangat memainkan peranan dalam membentuk sikap dan motivasi dalan sesebuah organisasi. Semangat kerja secara berpasukan sudah pun membuktikan bahawa setiap pekerja di organisasi tersebut ada semangat motivasi yang tinggi, jika tidak mana mungkin mampu untuk membentuk pasukan yang mantap.     

Organisasi yang baik dan mantap pengurusanya memerlukan seorang pemimpin yang mantap juga di semua peringkat kepimpinannya. Contohnya jika kepimpinan atasannya hebat tetapi kepimpinan diperingkat bawahan tidak sempurna maka keadaan tidak seimbang ini tidak mungkin mewujudkan kejayaan dalam organisasi tersebut. Maka disini peranan latihanlah yang akan memberi kesan besar dalam  mewujudkan ciri-ciri  atau pun melahirkan  bakat-bakat baru dalam kepimpinan organisasi. Lebih tepat lagi kepimpinan hari ini memerlukan seorang pemimpin yang demokratik bukan autokratik.Pemimpin demokratik adalah  pemimpin yang memberi banyak kebebasan dan banyak tanggungjawab kepada orang yang dipimpin dan bersifat terbuka kepada pelbagai cadangan dan pandangan (Abdullah b Hassan & Ainon Bt Mohd:63). Sifat pemimpin yang begini sebenarnya mudah didampingi oleh para pekerja bagi meluahkan apa yang tersirat dihati dan berkongsi masalah pekerja. Pendekatan yang dibawa juga membuatkan pekerja lain lebih senang berurusan dengan pemimpin yang dibentuk dengan jiwa demokratik ini. Sikap mesra dengan para pekerja memungkinkan situasi di tempat kerja menjadi lebih seronok dalam bekerja dan pasti keadaan ini meningkatkan semangat motivasi pekerja untuk mencapai hasrat organisasi. Inilah peranan latihan memberi

Page 19: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

pengaruh terhadap sikap dan motivasi dalam organisasi.  Hubungan sikap dan motivasi pekerja terhadap pencapaian organisasi                     Menurut pandangan Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004:53), mengatakan motivasi adalah tenaga penggerak kepada sikap yang menolak untuk melakukan sesuatu tindakan. Setiap pemimpin perlu menerima hakikat bahawa motivasi adalah komponen yang kritikal dalam  menentukan kejayaan mana-mana organisasi.Oleh itu seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang manusia (pekerja) supaya dapat menyusun strategi-strategi bagi mendapatkan kerjasama secara menyeluruh daripada pekerja bawahannya. Ini kerana motoivasi itu sendiri sebenarnya ada ciri-cirinya yang tersendiri bagi mengaitkan hubungannya dengan sikap dalam organisasi baik daripada pihak pemimpin mahupun pekerja terhadap pencapaian sesebuah organisas yang dipimpin. Ciri-ciri tersebut adalah:(i)                 Motivasi menggambarkan pandangan dan sikap yang unik pada diri seseorang(ii)               Motivasi yang wujud dalam diri seseorang itu akan mempengaruhi setiap tindak tanduk dan sikap mereka dalam melaksanakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya(iii)             Motivasi ada berbagai-bagai bentuk dan akan memainkan peranan penting dalam menggerakan seseorang pekerja disamping membentuk sikap dan pandangan pekerja(iv)             Motivasi menekankan pada gerak kerja dan suatu tindakan luaran dan dalaman yang mempengaruhi seseorang memilih tindakan dan gerak kerja yang hendak dilakukan. Ciri-ciri yang dinyatakan di atas dapat difahami bahawa motivasi membawa kearah pembudayaan kerja yang positif. Jika ditinjau daripada sikap pula ia mempunyai beberapa komponen sikap seperti perasaan, pemikiran dan tingkah laku (Azizi Yahaya et.al,2004:75). Oleh itu, hubungan antara sikap dan motivasi terhadap pencapaian organisasi boleh dikatagorikan sebagai satu hubungan yang positif ataupun selari. Contohnya sekiranya seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi bersikap terbuka dengan para pekerja bawahannya dalam ertikata boleh dibawa berbincang tentang masalah yang dihadapi pekerja, maka disini

Page 20: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

akan wujud situasi “menang-menang”antara pekerja dengan pihak pengurusan organisasi tersebut.              Keadaan  persekitaran pekerjaan juga akan menjadi lebih kondusif dimana para pekerja dapat bekerja dengan penuh komited. Kepuasan bekerja juga akan wujud dalam kalangan para pekerja bawahan oleh kerana sikap pengurusan yang sentiasa mengambil berat akan masalah yang dihadapi seperti mana yang dijelaskan sebelum ini bahawa  antara faktor yang mempengaruhi motivasi adalah ganjaran dan galakan yang tidak semestinya dalam bentuk kewangan akan tetapi boleh jadi dalam bentuk pujian dan dorongan. Dalam konteks ini, sikap pengurusan yang terbuka itulah berjaya meningkatkan motivasi para pekerja bawahannya. Oleh kerana itu disifatkan hubungan antara keduanya ( sikap dan motivasi) adalah positif ataupun selari.                Pencapaian organisasi yang didalamnya terdapat suasana pekerjaan yang “menang-menang’ antara pihak pengurusan dan juga pihak pekerja sudah tentu akan mencapai kejayaan cemerlang dalam memenuhi aspirasi organisasi. Gelagat-gelagat yang dipamerkan dalam organisasi itulah yang menjadi penyumbnag besar kepada pencapaian organisasi dalam menghadapi persaingan globalisasi kini. Tidak ada satu organisasi yang akan mencapai kejayaan jika hubungan antara pihak pengurusan dan pihak pekerja renggang ataupun bercakaran, sebaliknya keadaan ini hanya akan menimbulkan konflik yang akhirnya akan merugikan organisasi sendiri. Justeru itu kejayaan dalam organisasi tidak hanya bersifat individu bahkan mencakupi seluruh warga organisasi daripada pihak pengurusan hinggalah kepada pekerja bawahan (subordinat). Penggembelingan tenaga dan kepakaran semua level dalam organisasi maka akan mewujudkan pencapaian cemerlang organisasi.   Penutup                      Sikap dan motivasi dalam organisasi adalah dua elemen yang berhubungan rapat. Oleh itu tugasan ini telah menerangkan dengan terperinci definisi sikap iaitu satu perbuatan yang mencerminkan tingkah laku seseorang manakala motivasi lebih sinonim dengan takrifan kuasa yang membangkitkan, mendorong, dan  mempengaruhi gelagat bertindak. Lanjutan daripada itu, tugasan ini telah membincangkan kepentingan sikap dan motivasi

Page 21: Syura,Motivasi,Peranan Dakwah

dalam organisasi. Diantara kepentingan tersebut adalah memupuk semangat kekeluargaan dalam organisasi supaya perhubungan sedia terjalin menjadi lebih rapat. Selain itu ianya mampu untuk membentuk persekitaran kerja yang seronok dan ada elemen kepuasan dalam bekerja. Kepentingan sikap dan motivasi yang setrerusya adalah memberi galakan dan dorongan kepada para pekerja dan yang terakhir adalah menjadi pendamai sekiranya berlaku konflik dalam organisasi yang dipimpin.                    Faktor yang mempengaruhi sikap dan motivasi juga dibahaskan secara mendalam dalam tugasan ini iaitu kedudukan seseorang dalam organisasi (jawatan), faktor kuasa yang dimiiki seseorang, nilai dan kepercayaan serta ganjaran kepada pekerja. Semua ini adalah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap dan motivasi dalam organisasi. Latihan juga memainkan peranan dalam membentuk sikap dan motivasi. Diantara peranan latihan adalah mengembangkan kemahiran pekerja. Disamping itu latihan juga mampu untuk meningkatkan disiplin pekerja. Apa yang lebih penting latihan mampu untuk membentuk pasukan kerja yang mantap dan melahirkan bakat-bakat baru dalam kepimpinan. Di akhir tugasan membincangkan hubungan antara sikap dan motivasi pekerja terhadap pencapaian organisasi yang menyaksikan hubungan ini bergerak secara positif ataupun selari yang mana sikap yang baik di pihak pengurusan pasti mampu untuk meningkatkan motivasi pekerja yang akhirnya akan meningkatkan pencapaian organisasi.