perbezaan perkembangan moral lawrence kohlberg

Upload: norazlinarahman

Post on 03-Mar-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

Perbezaan Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Perbezaan Perkembangan Moral Lawrence KohlbergDisediakan oleh:

Siti Najwa Amirrah binti Md. Nordin

Carlpane Anpar Tenie

Norazlina binti RahmanPrakonvensional1) Orientasi Dendaan dan KepatuhanKepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan.Sekiranya kanak-kanak berasa mereka boleh terlepas daripada hukuman, mereka mungkin akan melanggar peraturan.sesuatu tindakan dianggap salah secara moral bila orang yang melakukannya dihukum.

2) Ganjaran peribadiPeringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.Mereka melakukan sesuatu perbuatan berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasa baik.Sebagai contoh, saya berikan sedikit makanan saya, dan awak berikan sedikit makanan awak.Berdasarkan contoh tersebut, dia tidak akan melakukan perkara tersebut sekiranya tidak menguntungkan dirinya sendiri.

2)konvensional3) Harmoni antara PeribadiDalam tahap ini, individu sudah mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan komuniti.Individu berkelakuan mengikut norma yang telah ditetapkan.Mereka menolong orang supaya dianggap sebagai orang yang baik

Sebagai contoh, memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua atau wanita mengandung semasa berada di dalam bas.

Perlakuan tersebut memenuhi sistem sosial yang telah ditetapkan dan menganggap perlakuan tersebut ada gunanya kerana menunjukkan dia seorang anak yang baik.4) Orientasi Undang-undang dan peraturan individu pada peringkat ini menghormati undang-undang atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup memperjuangkannya.Contohnya: Solat, bagi kanak-kanak yang beragama Islam, pada peringkat ini mereka akan solat apabila dia disuruh oleh ibu bapa bukan kerana mereka tahu itu merupakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.3) Pasca-konvensional5) Etika Kontrak sosialTindakan dilakukan untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam masyarakat.Individu pada peringkat tersebut menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang boleh diubahsuai untuk kesejahteraan umat manusia.Sebagai contohnya, peluang pekerjaan dan pendidikan harus diberi sama rata kepada semua kaum di negara Malaysia supaya tidak berlaku rusuhan perkauman dan demi kesejahteraan negara.6) Etika prinsip sejagat pada peringkat ini, individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi.Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.