perbezaan makmal sains dan bilik sains

3
3. Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains dari segi fungsi, susun atur dan kemudahan. a) Fungsi Makmal sains merupakan sebuah bilik atau bangunan di mana penyelidikan secara saintifik dijalankan. Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen. Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah. Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan. b) Susun Atur Menurut satu dapatan kajian oleh seorang pengkaji di Israel, transformasi makmal sains (oleh negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, dan di tempat-tempat lain) daripada meja makmal yang tetap beserta susunan botol-botol reagen yangkaku, kepada reka bentuk yang lebih terbuka dan fleksibel, dapat meningkatkankomunikasi dan kolaborasi di antara guru dan pelajar (Arzi,1998, dipetik daripadaSusan, Margaret & Heidi, 2005). Kebanyakan makmal kimia di sekolah- sekolahmenengah di Malaysia mempunyai cara susun atur

Upload: rachel

Post on 01-Oct-2015

421 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

3. Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains dari segi fungsi, susun atur dan kemudahan.

a) Fungsi Makmal sains merupakan sebuah bilik atau bangunan di mana penyelidikan secara saintifik dijalankan. Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen. Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah. Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan.

b) Susun AturMenurut satudapatan kajian oleh seorang pengkaji di Israel,transformasi makmal sains (oleh negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, dan di tempat-tempat lain) daripada meja makmal yang tetapbeserta susunan botol-botol reagen yangkaku, kepada reka bentuk yang lebih terbuka dan fleksibel, dapat meningkatkankomunikasi dan kolaborasi di antara guru dan pelajar(Arzi,1998, dipetik daripadaSusan, Margaret & Heidi,2005). Kebanyakan makmal kimia di sekolah-sekolahmenengah di Malaysia mempunyai cara susun atur tradisiyang sama, iaitu terdapat 4 hingga 6 orang pelajarakan berkongsi satu meja panjang yang mempunyai satusinki di tengah-tengah.Susun atur ini kurang sesuai kerana ianya melambatkan akses guru kepada muridsekiranya berlaku sebarang kemalangan.Selain itu, ruang diantara satu meja ke meja yang lainadalah agak sempit dan boleh meningkatkan risiko kemalangan.Dari segi susunan fizikal bilik sains, meja dan kerusi murid-murid disususn dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik sains tahap satu disusun mengikut kumpulan untuk memudahkan pelajar menjalankan eksperimen atau berbincang bersama-sama tentang sesuatu topik dan persoalan yang dikemukakan.

c) Kemudahan Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti P&P Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa atau bilik Alam dan manusia. Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah sebuah meja yang sesuai, Kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik ,pemadam api,almari penyimpanan bahan,rak buku atau bahan rujukan dan peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setiap makmal sains pula perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan, seperti meja makmal, bangku makmal, komputer, Pencetak, bakul sampah, DLP, papan tulis, Papan putih beroda, Skrin, Langsir 1 set untuk bilik, Meja computer, Pembesar suara, Rak peralatan sains, Almari, Kabinet, Penggantung carta, Pemadam api, Selimut api, Penggera kebakaran, Bekas simpanan bahan sisa ,Bekas simpanan bahan rosak, Kebuk Wasap, Pancuran dan pencuci mata, Kipas pengudaraan, Kit Pertolongan Cemas.